Panduan Menjawab Rumusan
- Teliti kehendak soalan.Kemudian kenal pasti idea utama melalui kata kunci yang terdapat dalam petikan.Kata kunci tidak diberi,jadi pelajar perlu membaca dan memahami petikan untuk mengetahui kata kunci.Idea utama ini dianggap sebagai pendahuluan.
- Idea utama mungkin ada 1 atau mungkin ada 2
- Kemudian cari dan kenal pasti 6 idea sokongan(isi penting yang ada dalam bahan petikan setelah memperoleh idea utama.Jika pelajar salah mengemukakan idea utama maka idea sokongannya juga akan salah.Kemungkinan dalam petikan memang cukup-cukup 6 sahaja idea sokongan yang diberi.Sekiranya lebih isi diberi mungkin antara 6-8.(bergantung kepada tahun semasa panjang pendek petikan dan skema jawapan)
- Akhir sekali pelajar dikehendaki menulis kesimpulan iaitu idea calon sendiri.Tidak boleh menulis kesimpulan yang diambil daripada bahan petikan.Pelajar kena buat sendiri.Harus ada sekurang-kurangnya 2 elemen,iaitu harapan&cadangan serta kesan.
- Dari segi binaan perenggan, murid dicadangkan menulis rumusan dalam satu perenggan tetapi dalam perenggan rumusan itu pastikan mengandungi idea Utama(pendahuluan),idea sokongan dan penutup/kesimpulan (kena fikir ...tidak boleh ambil dalam petikan).Namun tidak menjadi kesalahan jika pelajar menulis rumusan dalam 3 perenggan.Rumusan pelajar masih disemak seperti biasa.
- Cara-cara hendak memulakan penulisan ayat bagi rumusan...
i) Jika ada 1 idea utama:-
Petikan membincang tentang punca-punca pencemaran alam sekitar.
ii)Jika ada 2 idea utama:-
Petikan membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar dan langkah-langkah mengatasinya.
- Markah rumusan ialah 15 markah,iaitu 10 markah untuk isi dan 5 markah untuk bahasa.
isi | Bilangan isi | markah |
Idea utama | 1 | 2m |
Idea sokongan(Isi penting) | 6 | 6m |
kesimpulan | 1 | 2m |
Jumlah | 8 | 10 markah |
Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa dicadangkan:15 minit]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat① demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.
Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran③ terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum mendapat lesen sepenuhnya.
Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar ⑥ sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.
Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda⑧ yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.
Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
* untuk tujuan pencontohan, latihan rumusan ini ada 9 idea sokongan.Namun begitu,diingatkan dalam peperiksaan hanya 6 idea sokongan sahaja perlu di kenal pasti oleh calon.
Panduan Menulis Perenggan Lengkap Rumusan
Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah/termasuklah ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ). Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).
Contoh Jawapan
Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya. Antaranya termasuklah pengeluaran lesen memandu diperketatkan. Selain itu, para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. Tambahan pula, hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Selanjutnya, pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama dikenakan hukuman tempoh percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk dalam jiwa pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna.
Latihan 1 : Rumusan (Bahan Petikan)
[Masa dicadangkan: 15 Minit ]
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka cergas. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namun aktiviti yang berkait dengan kesihatan masih berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.
“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.
Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan tenang.
Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah-faedah Senaman’,
oleh Ziauddin Sharuddin,
dalam Berita Minggu, 12 Mac 2010)
a) Sila jawab latihan rumusan ini dalam buku latihan.
Cadangan skema ini hanya sebagai panduan sahaja.
Latihan 1 : Faedah-faedah
senaman- Rumusan (Bahan Petikan-*jika ada tertinggal isi,cikgu tambah sendiri)
1. Petikan membincangkan faedah-faedah senaman. (2M)
2 Rumusan membincangkan faedah-faedah senaman. (2M)
CADANGAN IDEA SAMPINGAN :
ISI
TERSURAT TERDAPAT DALAM PETIKAN:
1.Senaman
dalam jangka panjang akan melancarkan
perjalanan darah ke otak.
2. . Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran
walaupun kepada golongan dewasa.
3. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah
melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri.
4. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.
5. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana
darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi.
Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan
tenang.
6. Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang berlebihan.
7. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas.
CADANGAN
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, bersenam banyak mendatangkan manfaat
kepada setiap lapisan masyarakat,justeru masyarakat disarankan untuk bersenam
agar kehidupan kita sentiasa sihat dan ceria.(2M)
Latihan 2 : Rumusan (Bahan Petikan)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Industri inap desa sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi industri inap desa dan cabaran-cabaran yang dihadapinya.
Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperoleh daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat memajukan negara.
Di samping itu, industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata dunia.Pelancong yang menginap di inap desa dapat melakukan pelbagai aktiviti terancang yang disediakan oleh pihak inap desa.Hal ini dapat memperkenalkan pelbagai budaya Malaysia yang terdapat di kawasan inap desa tersebut.Selain itu, industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara.Penubuhan industri inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan berikutan kehendak pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang ingin melawat ke kawasan pedalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan kerana terdapat inap desa.
Seterusnya, potensi inap desa juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila industri inap desa dibina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa. Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, tukang kebun, pengawal keselamatan dan sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang pekerjaan yang banyak namun mampu membantu golongan penganggur bagi mencari sumber rezeki.
Antara cabaran yang dihadapi oleh industri inap desa ialah masalah kekurangan modal. Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah mendapatkan modal untuk kos pengurusan dan membayar gaji pekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana pengusaha industri inap desa sukar mendapatkan pinjaman daripada bank berikutan faktor ekonomi mereka yang kurang kukuh. Situasi ini akan menyebabkan perkembangan inap desa agak perlahan dan terbatas. Selain itu, kedudukan inap desa yang jauh dari bandar menyukarkan para pelancong untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lain. Contohnya perkhidmatan bank, liputan talian dan pasar raya. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu dalam memajukan industri inap desa agar terus berkembang dan menjadi salah satu sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara kita.
a) Sila jawab latihan rumusan ini dalam buku latihan.
Cadangan Skema Latihan 2 : Rumusan –Inap Desa( Sila Rujuk Bahan Petikan di atas)
CADANGAN
IDEA UTAMA :
1. Petikan membincangkan potensi-potensi / kebaikan-kebaikan inap desa dan cabaran-cabaran yang dihadapinya. (2M)
2.
Rumusan membincangkan potensi-potensi / kebaikan-kebaikan inap desa dan
cabaran-cabaran yang dihadapinya. (2M)
CADANGAN
IDEA SAMPINGAN :
ISI TERSURAT TERDAPAT
DALAM PETIKAN:
Potensi-potensi /
kebaikan-kebaikan :
1.
mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. (1M)
2. dapat
memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata dunia.(1M)
3. mempunyai
potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara (1M)
4. mampu mewujudkan peluang pekerjaan. (1M)
Cabaran-cabaran
:
1.
masalah kekurangan modal. (1M)
2.
kedudukan inap desa yang jauh ke dalam kawasan kampung.
(1M)
CADANGAN KESIMPULAN :
Kesimpulannya,
semua pihak haruslah bekerjasama bagi memajukan lagi pengusahaan inap desa di
negara kita agar dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara. (2M).
Terbaik tuan. mohon untk digunakan oleh pelajar saya. terima kasih
BalasPadamok boleh .Sama-sama
PadamMohon izin menggunakan bahan untuk murid sy, t.kasih.
BalasPadamMohon izin menggunakan bahan untuk murid sy, t.kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammohon izin menggunakan bahan ini ye cikgu.terima kasih.
BalasPadammohon izinkan saya menggunakan bahan di atasuntuk latihan semasa PdPR. terima kasih tuan.
BalasPadamAssalamualaikum. Terima kasih cikgu. Saya mohon kebenaran menggunakan semua bahan ini untuk PDPR. Semoga Allah mempermudah urusan kehidupan cikgu dan keluarga. Terima kasih.
BalasPadamhehehe ha
PadamAssalamualaikum.mohon izinkan saya gunakan bahan di atas untuk latihan PdPR saya ya
BalasPadamAssalamualaikum cikgu. Mohon izin gunakan bahan ini untuk PdPR saya ya.
BalasPadamAssalamualaikum cikgu. Saya minta izin gunakan bahan cikgu ye. Terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum.. cikgu mohon guna bahan untuk dikongsikan dengan pelajar saya
BalasPadamMohon utk share..jazakallahukhoiran
BalasPadamMohon izin untuk gunakan.terima kasih
BalasPadamsangat membantu... mohon utk share ya, terima kasih banyak2..
BalasPadamMOHON IZIN UNTUK SY GUNAKAN BAHAN TUAN TERIMA KASIH
BalasPadamSAYA MOHON IZIN UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN INI. TERIMA KASIH DAN SEMOGA DIMURAHKAN RTEZEKI
BalasPadamMohon izin saya nak gunakan untuk murid saya. Terima kasih banyak2. Semoga murah rezeki cikgu.
BalasPadamboits awas ada wibu
BalasPadamMohon untuk gunakan bahan kepada murid-murid saya. Semoga dimurahkan rezeki cikgu.
BalasPadamAssalammualaikum cikgu, mohon izin untuk gunakan bahan ini untuk murid saya. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki cikgu
BalasPadamAssalamualaikum cikgu. Mohon keizinan utk gunakan bhn ini utk murid saya. Terima kasih
BalasPadamhi
BalasPadamaskm cikgu. mohon izin digunakan utk pdpc
BalasPadamok diizinkan
PadamAssalamualaikum.. Mohon izin gunavutk pdpr ya cikgu.
BalasPadamWALAIKUMUSSALAM .OK DIIZINKAN
BalasPadamassalamualaikm. mohon izin untuk pdp ya. terimakasih atas perkongsian
BalasPadamwalaikumussalam..semua yang mohon keizinan nk guna bahan ini saya beri keizinan deh..moga bermanfaat untuk anak-anak didik kita
BalasPadamNak jawapan
BalasPadamok ...nanti saya beri jawapan.Jawapan yang diberikan ini sebagai panduan penskoran atau cadangan sahaja untuk memudahkan semakan
Padam