Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 29 April 2021

Penggunaan “antara” dengan “di antara” dan “dalam” dengan “di dalam”(edisi nota dikemaskini )

 Penggunaan “antara” dengan “di antara” dan “dalam” dengan “di dalam”


           Perkataan antara dan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama.Selain itu,kedua-dua perkataan ini juga berfungsi sebagai kata arah.Sebagai kata sendi nama,antara dan dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

Contohnya:

i) Kebijaksanaan menguruskan masa merupakan antara hal yang mesti diutamakan oleh pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan akademik.

ii) Perjanjian antara kedua-dua pihak yang bermusuhan itu telah ditandatangani beberapa hari yang lalu.

Penggunaan di antara dan di dalam adalah untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah.

Contohnya:

i) Lif yang kami naiki itu terhenti secara tiba-tiba di antara tingkat lima dengan tingkat enam Hotel Firdaus Umrah.

ii) Rumah saya terletak di antara Hospital Tengku Anis dengan Institut Kemahiran Mara.

Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang(digandakan)untuk menunjukkan jamak.


Contohnya:

i. Hubungan politik,ekonomi,kebudayaan dan keagungan yang wujud antara negara Islam menyebabkan kuasa-kuasa besar lain mencemburui negara-negara Islam.

ii. Allahyarham P.Ramlee meninggal ratusan lagu yang menjadi idaman peminatnya dan antara lagu yang saya minati ialah “Getaran Jiwa”, “Kata”,dan “Engkau Laksana Bulan”.

Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Maksudnya: Seseorang yang mendapat kesusahan kerana keluarga atau diri sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"