Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 18 Januari 2022

MODUL NOTA DAN PRAKTIS DIRI :KMK STPM-ULANG KAJI SELOKA PAK PANDIR & GURINDAM TAAT SETIA RAJA&RAKYAT(SEM.1&U1)

 

N     NOTA  DAN PRAKTIS DIRI :PUISI TRADISIONAL

Puisi Tradisional : Seloka Pak Pandir

Definisi

Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka  iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu Tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).

 

            Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat dari segi isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan asyik dan khayal.

 

            Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadangkala seloka sama dengan peribahasa berirama.

 

Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.

 

Fungsi

Fungsi seloka amat terbatas, secara umum, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusuilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi Seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu:

a.         Untuk menyindir seseorang

-mengatakan sesuatu tidak dengan terus terang serta mengata-ngatai orang tetapi

perkataan-perkataan itu ditujukan kepada orang lain

b.         Untuk mengejek seseorang

            -mencemuh/menghina dengan menuturkan kata-kata yang keji

c.         Untuk menempelak seseorang

            -mencerca atau mencela dengan keras (dengan membangkit-bangkitkan hasil yang

sudah-sudah)

d.         Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia

e.         Untuk memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang

            - tujuannya memeri panduan agar sentiasa beringat dan berwaspada terhadap sesuatu

kemungkinan buruk yang akan menimpa akibat daripada tindakan kita yang lalai.

f.          Sebagai alat kawalan sosial / protes sosial.

g.         Sebagai alat hiburan-sesuai dengan isi dan tema seloka yang beupa sindiran,ejekan dan jenaka,puisi ini digunakan oleh berbagai-bagai lapisan masyarakat Melayu untuk berhibur pada masa lapang dan mendatangkan keriangan serta kegembiraan

 

Maksud Seloka Pak Pandir  Secara Keseluruhan

   Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinyapun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti. 

  Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik  tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat  pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak  boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun. 

 

Maksud seloka berdasarkan baris

Baris 1 dan 2: Pal Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri, sebaliknya menyanjung orang luar. Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya.

 

Baris 3, 4 dan 5: Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta, kecuali dirinya sendiri.

 

Baris 6 dan 7: Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya.

 

Baris 8, 9, 10 dan 11: Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir.

 

Baris 12-17: Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau menerima akibatnya.

 

Tema

 Tema seloka ini ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang  akan merugikan diri sendiri.

Persoalan 

1)Persoalan sikap mengutamakan orang luar berbanding keluarga sendiri

Sikap mengutamakan orang luar berbanding keluarga sendiri akan merugikan diri sendiri. Seharusnya keluarga sendiri perlu diutamakan agar melahirkan keluarga bahagia.

Contoh: Anak dipijak dagang dijinjing

 

2)Persoalan sikap terlalu mempercayai orang luar

Sikap terlalu mempercayai orang luar akan merugikan diri sendiri kerana orang luar mungkin akan mengambil kesempatan terhadap kita. Sikap berhati-hati terhadap orang dagang perlu untuk mengelakkan kita daripada menjadi mangsa  penipuan orang luar.

Contoh: Harta habis bawaan tergadai

             Mendengar gelagat dagang

             Tak sedar bertelanjang

3. Persoalan sikap terburu-buru

Sikap tamak akan menyebabkan seseorang tidak mensyukuri segala sesuatu yang dimilikinya sehingga sanggup membazirkan apa-apa yang dimilikinya. Sikap ini perlu dielakkan agar tidak merugikan diri sendiri.

Contoh: Anak dipijak dagang dijinjing

 

4. Persoalan sikap mudah diperalatkan

Sikap bodoh seseorang akan menyebabkan dirinya mudah diperalatkan oleh orang lain. Oleh itu,kita haruslah berwaspada kerana di sebalik tindak -tanduk seseorang itu mungkin tersirat niat yang jahat

Contoh: Mulut kena suap pisang

              Buntut kena cangkuk onak

              Gunting makan di hujung

              Pak Pandir juga yang menanggung

 

5. Persoalan sikap suka meniru orang lain

Meniru perbuatan orang lain menyebabkan seseorang tidak berupaya mengetengahkan kelebihan diri sendiri dan hal ini akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri

Contoh: Gelagat rambutan jantan

               Orang berbunga dia berbunga

               Orang berbuah dia haram

    

Ciri-ciri seloka :

 

·        Terdiri daripada satu rangkap seloka yang mempunyai 17 baris.

·        1 baris terdiri daripada 3 hingga 5 patah perkataan.

Ø  Contoh : baris 4 (3 patah perkataan )

Mendengar gelagat dagang

 

Ø  Contoh : baris 16 (5 patah perkataan )

Kilat memancar hujan tak jadi

 

·        1 baris mempunyai 7 hingga 10 suku kata.

Ø  Contoh : baris 10 (7 suku kata )

Gun/ting/ ma/kan/ di/ hu/jung/

 

Ø  Contoh : baris 1 (10 suku kata )

A/nak/ di/pi/jak/ da/gang/ di/jin/jing/

 

·        Rima akhir seloka ini bebas / tidak terikat.

·        Seluruh baris merupakan kesatuanh idea (berkait ).

·        Seloka ini mempunyai jeda.

·        Seloka ini bernada sinis,iaitu nada menyindir,menempelak,ataupun mengejek.

 

Nilai

·                     Rasional -- Contohnya, berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.

·                     Berhati-hati -- Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

·                     Tolong-menolong -- Contohnya, sikap dan nilai baik ini jika dilakukan pada perbuatan negatif akan merugikan diri sendiri.

·                     Mulia hati -- Contohnya, kemuliaan hati dan budi perlu disalurkan kepada orang yang sesuai. 

Pengajaran

i.

Kita tidak harus mengutamakan orang dagang sehinggakan keluarga sendiri diketepikan./Kita haruslah mengutamakan keluarga sendiri berbanding orang luar.

Keluarga sendiri perlu diutamakan agar melahirkan keluarga yang bahagia. Sikap mengutamakan orang luar berbanding keluarga sendiri akan merugikan diri sendiri.

Contoh: Anak dipijak dagang dijinjing

ii.

Kita janganlah bersikap tamak.

-Sikap tamak akan menyebabkan seseorang tidak mensyukuri segala sesuatu yang dimilikinya sehingga sanggup membazirkan apa yang dimilikinya. Sikap ini perlu dielakkan agar tidak merugikan diri sendiri.

Contoh: Anak dipijak dagang dijinjing

iii.

Kita hendaklah bersikap bijak agar tidak mudah diperalatkan /Amalkan sikap waras dalam kehidupan supaya tidak mudah diperalatkan oleh orang lain.

-Sikap bodoh seseorang akan menyebabkan dirinya mudah diperalatkan oleh orang lain. Oleh itu,kita haruslah berwaspada kerana di sebalik tindak-tanduk seseorang itu mungkin tersirat niat yang jahat

Contoh: Mulut kena suap pisang

              Buntut kena cangkuk onak

              Gunting makan di hujung

              Pak Pandir juga yang menanggung

iv.

Kita janganlah mudah suka meniru orang lain

-Meniru perbuatan orang lain menyebabkan seseorang tidak berupaya mengetengahkan kelebihan diri sendiri dan hal ini akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Contoh: Gelagat rambutan jantan

               Orang berbunga dia berbunga

               Orang berbuah dia haram

v.

Kita janganlah terlalu mempercayai orang luar /Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang tidak kita kenali.

-Sikap terlalu mempercayai orang luar/mempercayai janji-janji manis orang luar  akan merugikan diri sendiri kerana orang luar akan mengambil kesempatan terhadap kita. Sikap berhati-hati terhadap orang  dagang perlu untuk mengelakkan kita daripada menjadi mangsa penipuan orang luar.

Contoh: Harta habis bawaan tergadai

              Mendengar gelagat dagang

              Tak sedar bertelanjang

 

 

Gaya Bahasa yang terdapat dalam seloka :

 

o   Ansonansi

-merupakan pengulangan huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat

-contoh : pengulangan vokal a

Harta habis bawaan tergadai

Mendengar gelagat dagang

 

o   Aliterasi

-merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.

-contoh : pengulangan konsonen n

 

Anak dipijak dagang dijinjing

Kucing dibunuh tikus dibela

 

Personifikasi

-sifat manusia yang diberi pada objek tidak bernyawa atau benda

-contoh :

Gunting makan di hujung

 

o   Hiperbola

-menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

-contoh :

Mendengar gelagat dagang

Tak sedar bertelangjang

 

o   Sinkof

-singkatan perkataan dalam ayat

-contoh :

Tak sedar bertelanjang

Kilat memancar hujan tak jadi

 

o   Anafora

-pengulangan kata di awal ayat

-contoh :

Orang berbunga,dia berbunga

Orang berbuah dia haram

 

o   Responsi

-pengulangan kata ditengah ayat

-contoh :

Mendengar gelagat dagang

Apa di dengar gelagat dagang

 

Orang berbunga dia berbunga

Orang berbuah dia haram

 

 

 

o   Epifora

-pengulangan kata di akhir ayat

-contoh :

Mendegar gelagat dagang

Apa di dengar gelagat dagang

 

o   Paradoks

-pertentangan ayat/gaya bahasa yang menimbulkan pertentangan maksud

-contoh :

Anak dipijak dagang dijinjing

Kucing dibunuh tikus dibela

 

o   Peribahasa

-contoh :

Mendengar guruh di langit

Air di tempayan dicurahkan

 

Mulut kena suap pisang

Buntut kena cucuk onak

 

 

Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir.

 

Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif.  Lalu sifat negatif  tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negatif yang telah diutarakan:

 

1. Sikap mengutamakan orang lain. Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam perkataan "anak dipijak". Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagimana perkataan "dagang dijinjing".

 

2. Hartanya telah habis kerana tergadai. Contohnya ayat“hartanya habis tergadai”. Gambaran ini menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Malah kemungkinan yang lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang. 

 

3. Tak sedar kelemahan diri sendiri. Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

 

 

4. Terlalu mendengar kata pihak lain. Cepat terpengaruh dengan orang lain. Contohnya ayat “Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.

 

5. Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain. Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk onak”.

 

6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat  “Awak juga berkecundangan”

 

7. Tidak memberi faedah kepada orang lain. Contohnya ayat  “ Gelagak rambutan jantan”

 

8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya ayat  “Kilat memancar hujan tak jadi”.

 

Gambaran masyarakat.

Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. 


Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.


Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.


Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.

 

Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain.Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.


Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.


Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa hasil.

 

 

 

 

1.      Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

           Anak dipijak dagang dijinjing

            Kucing dibunuh tikus dibela

            Harta habis bawaan tergadai

            Mendengar gelagak dagang

            Tak sedar bertelanjang

            Mendengar guruh di langit

            Air di tempayan dicurahkan

            Mulut kena suap pisang

            Buntut kena cangkuk onak

            Gunting makan di hujung

            Pak Pandir juga yang menanggung

            Apa didengar gelagak dagang

            Gelagak rambutan jantan

            Orang berbunga, dia berbunga

            Orang berbuah, dia haram

            Kilat memancar hujan tak jadi

            Awak juga berkecundangan.

                                 (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2012.

              Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 11)

                                               

 

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya                                                     [7]

 

(b)   Jelaskan unsur kritikan sosial yang terdapat dalam puisi tersebut                                   [12]

 

(c)    Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas                                                [6]

Skema Jawapan.

(a)             Jenis puisi : Seloka Pak Pandir                                                                                    [1]

Ciri-ciri seloka

F1        :  Dari segi bentuk.

H/C     : Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas dari segi  rangkap, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dan sukukata dalam sebaris dan rima  akhir.Contoh:

            Rima akhir seloka tidak tetap atau bebas, iaitu a-b-c-a-a-d-e-a-f-a-a-a-e-b-g-c-e.

 

F2        :Dari segi tema/isi/persoalan.

H/C     :Seloka Pak Pandir merupakan puisi yang merujuk kepada suatu bentuk sindiran/kritikanterhadap sikap masyarakat yang bersifat tamak serta mengabaikan   tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya lebih mengutamakan orang lain/luar yang   baru dikenali.

             Anak dipijak dagang dijinjing

             Kucing dibunuh tikus dibela

 

F3        : Rima akhir

H/C     : Rima akhir seloka berbentuk bebas dan tidak terikat dengan pantun dan syair.

            Anak dipijak dagang dijinjing -a                    

            Kucing dibunuh tikus dibela   -b

            Harta habis bawaan tergadai   -c

            Mendengar gelagak dagang    -a

            Tak sedar bertelanjang            -a

            Mendengar guruh di langit     -d

            Air di tempayan dicurahkan   -e

            Mulut kena suap pisang          -a

            Buntut kena cangkuk onak     -f

            Gunting makan di hujung       -a

            Pak Pandir juga yang menanggung-a

            Apa didengar gelagak dagang         -a

            Gelagak rambutan jantan        -e

            Orang berbunga, dia berbunga-b

            Orang berbuah, dia haram       -g

            Kilat memancar hujan tak jadi-c

            Awak juga berkecundangan   -e

F4        : Dari segi bahasa.

H/C     :Seloka banyak menggunakan kias ibarat/peribahasa/kiasan; bahasa yang estetik/indah;      perulangan kata dan satira.

Peribahasa

               Mendengar guruh di langit

               Air di tempayan dicurahkan

              

Perulangan kata/Peribahasa

               Mulut kena suap pisang

               Buntut kena cangkuk onak

F5        :  Dari segi peranan/fungsi

H/C     : Seloka bertujuan untuk memberi panduan supaya berpada-pada dalam melakukan kebaikan, seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan     sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus dilakukan secara sederhana sahaja.

 

F6        : Lain-lain ciri seperti jumlah baris, jumlah perkataan, jumlah suku kata dalam baris    boleh diterima sebagai fakta jawapan

 

b).        Jelaskan unsur kritikan sosial dalam puisi

 

F1 :Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang lebih   mengutama/mementingkan orang luar/dagang  yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri.

H/C     :Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat    baik kepada orang lain sehingga mengabaikan  tanggungjawabnya terhadap orang yang           berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.

                         Anak dipijak dagang dijinjing

                        Kucing dibunuh tikus dibela

 

F2        :Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya      dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya.

H/C     : Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untuk       mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak      menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.

                        Harta habis badan tergadai

                        Mendengar gelagat dagang

                        Tak sedar bertelanjang

 

F3    : Menyindir/mengkritik/menempelak masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.

H/C     : Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai, mereka    sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru  tanpa berfikir secara rasional, iaitu            mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka    miliki.

                         Mendengar guruh di langit

                        Air di tempayan dicurahkan

 

 

F4   : Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.

H/C     : Golongan ini  sentiasa mencari peluang dan pandai  mengambil kesempatan dari   kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut    keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.

                        Mulut kena disuap pisang

                        Buntut kena cangkuk onak

 

F5        : Menyindir/mengkritik/menempelak  individu atau masyarakat yang malas bekerja dan      ingin bersenang-lenang

H/C     : Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan penyesalan     yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

                        Kilat memancar hujan tak jadi

                        Awak juga berkecundangan.

 

c).        Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas

 

F1        : Asonansi.

H/C     :Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar:

                        Anak dipijak dagang dijinjing-perulangan vokal ‘I’ (Baris 1)

                        Kilat memancar hujan tak jadi-perulangan vokal ‘a’ (baris 16)

F2        : Aliterasi.

H/C     :Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi secara mendatar.  

                        Buntut kena cangkuk onak-perulangan konsonan ‘k’ (Baris 4)

                        Orang berbunga dia berbunga-perulangan konsonan ‘b’ (Baris 14)

F3        : Anafora.

H/C     :Perulangan kata di awal baris secara berturutan

                        Orang berbunga, dia berbunga(Baris 14)

                        Orang berbuah, dia haram (Baris 15)

 

F4        : Perulangan kata dalam baris.

H/C     : Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama.

                        Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14)

 

F5        : Perulangan kata di tengah baris.

H/C     : Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan.

                        Mulut kena suap pisang (Baris 8)

                        Buntut kena cangkuk onak (Baris 9)

 

F6        : Peribahasa.

H/C     : Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi    pengertian yang tertentu.

                        Mendengar guruh di langit (Baris 6)

                        Air di tempayan di curahkan (Baris 7

                        Mulut kena suap pisang ( Baris 8)

                        Buntut kena cangkuk orang (Baris 9)

F7        : Citra.

H/C     : Imejan/ gambaran tentang sesuatu diambil dari sumber alam atau alam sekeliling.

                        Pasir, batu, balam, ayam kundur, labu dll.

 

TOPIK ULANG KAJI KEDUA GURINDAM

KONSEP/DEFINISI GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.

Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

 

FUNGSI UMUM GURINDAM

 

1.Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan . 

2.Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta  daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka .

3. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . Terutama , dalam majlis-majlis yang formal .

 

TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

 

Raja muafakat dengan menteri

Seperti kebun berpagar duri.

 

Betul hati kepada raja,

Tanda jadi sebarang kerja.

 

Hukum adil atas rakyat,

Tanda raja beroleh inayat.

 

Kasihkan orang yang berilmu,

Tanda rahmat atas dirimu.

 

Hormat akan orang pandai,

Tanda mengenal  kasa dan cindai

 

MAKSUD SETIAP RANGKAP

 

Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan daripada serangan musuh negera.

 

Rangkap 2: Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan pembangunan negara.

 

Rangkap 3: Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah dengan hukuman yang adil. Seseorang raja yang adil akan mendapat petunjuk dari Allah swt.

 

Rangkap 4: Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu. Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang Allah.

 

Rangkap 5: Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana perbuatan tersebut akan membantu kita membezakan perkara-perkara baik dan buruk.

 

CIRI-CIRI & BENTUK :

1) Jumlah Rangkap

-  Terdiri daripada 5 rangkap.

      2) Jumlah Baris

-  1 rangkap mempunyai 2 baris.

- Baris pertama adalah syarat manakala baris kedua adalah jawab. Setiap baris mempunyai maksud.

3) Jumlah Perkataan

-  Bilangan patah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan

Contohnya :

 Hormat akan orang pandai,

Tanda mengenal  kasa dan cindai

4) Jumlah suku kata

- Bilangan suku kata dalam sebaris,terdiri daripada 8 hingga 11 suku kata.

Contohnya:

Hor/mat/ a/kan/ o/rang/ pan/dai/,(8)

Ra/ja/ mu/a/fa/kat/ de/ngan/ men/te/ri/ (11)

      5) Rima

- Rima akhir tetap,iaitu a-a.

6) Bentuk

-Bentuk gurindam ialah terikat.

-  7) Setiap baris mempunyai jeda.

- 8) Gurindam ini bernada patriotik.

- 9) Sejenis gurindam non-naratif.

- 10)Keseluruhan idea merupakan satu kesatuan idea.

-11) Isi mengandungi nasihat dan pengajaran

12) Baris pertama dan kedua,biasanya menunjukkan hubungan sebab dan akibat

 

Tema

Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.

Pe   Pemikiran
1. Persepakatan atau permaufakatan antara raja dan menteri

Permuafakatan dalam pemerintaham mampu melahirkan sebuah negara yang kuat. Persefahaman ini merupakan kekuatan yang boleh dijadikan banteng untuk mempertahankan negara. Ia juga akan memudahkan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan dan membolehkan pembangunan negara dilaksanakan dengan lancar.

Contoh : Raja muafakat dengan menteri

   Seperti kebun berpagarkan duri

 

2. Tanggung jawab rakyat mentaati raja atau pemerintah

Rakyat haruslah menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja sebagai pemerintah. Ketaatan rakyat kepada raja membawa kepada kesejahteraan sesebuah negara dan mewujudkan keharmonian hubungan antara pemerintah dan raja

Contoh : Raja muafakat dengan menteri

   Seperti kebun berpagarkan duri

 

3. kebijaksanaan raja membuat keputusan/Perkenan raja (persetujuan raja) merupakan keputusan penting raja.

Raja perlu mempunyai kebijaksanaan apabila membuat sebarang keputusan dalam sesebuah pemerintahann selepas berbincang dengan menterinya terutama yang berkaitan dengan rancangan pembangunan negara/kerajaan. Raja yang pandai membuat keputusan dalam merencanakan pembangunan negara boleh mengekalkan kesetiaan rakyat kepada negara dan mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara.

Contoh: Betul hati kepada raja

  Tanda jadi sebarang kerja 

4. Kepercayaan dan  keyakinan rakyat terhadap pemerintah

Kepercayaan tanpa berbelah bagi rakyat kepada raja membolehkan setiap rancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kepercayaan yang ditunujkkan oleh rakyat memudahkan pemerintah atau raja membangunkan negara.

Contoh: Betul hati kepada raja

  Tanda jadi sebarang kerja

5. Raja yang adil dalam menjatuhkan hukuman/Menghukum dengan adil.

Seseorang pemerintah atau raja perlu mempunyai sikap yang adil kepada rakyat. Sebarang tindakan dan hukuman yang dijatuhkan  kepada rakyat perlu diselidiki terlebih dahulu serta tidak bersikap berat sebelah agar keadilan dapat ditegakkan.Hukuman yang dijatuhkan juga biarlah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.Rakyat juga turut rasa selamat dan berpuas hati. Hal ini akan menebalkan perasaan setia rakyat kepada raja. Keadilan dalam menjatuhkan hukuman/pemerintahan akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Contoh: Hukum adil atas rakyat

 Tanda raja beroleh inayat


6. Mengasihi dan memuliakan  orang yang berilmu.

Raja atau pemerintah seharusnya mendampingi orang-orang yang berilmu. Raja atau pemerintah yang memuliakan orang yang berilmu akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Contoh: Kasihkan orang yang berilmu

               Tanda rahmat atas dirimu


7. Mengormati orang yang pandai./ Menghormati orang yang berilmu pengetahuan

Raja atau pemerintah yang menghormati orang yang bijak pandai akan menjadikan mereka mampu mengenal mana yang baik dan mana yang buruk atau salah dalam kehidupannya.

Contoh: Hormat akan orang pandai

               Tanda mengenal kasa dan cindai

PERSOALAN UMUM :

·                      Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja.

-          Rakyat yang setia kepada raja dapat memudahkan serta melancarkan segala

urusan.

·                     Persoalan kesefahaman antara pentadbir.

-          Persefaham antara menteri dan raja akan melancarkan urusan perihal negera serta menjadikan negera aman.

·                       Persoalan keadilan raja terhadap rakyat.

-          Raja yang adil akan sentiasa dapat pertolongan dari rakyatnya.

·                       Persoalan mengasihi orang beriman.

-          Orang yang mengasihi orang yang beriman akan mendapat kerahmatan.

PESOALAN BERDASARKAN RANGKAP

RANGKAP 1

Persoalan sikap bekerjasama antara pentadbir.

- Sikap kerjasama antara raja dan pegawai negeri iaitu menteri penting agar negara mampu bertahan daripada serangan musuh.

RANGKAP 2

Persoalan sikap rasional dalam melaksanakan pemerintahan.

-Sikap rasional penting diterapkan oleh raja dalam membuat rancangan pembangunan negara.

RANGKAP 3

Persoalan sikap keadilan yang harus diamalkan oleh raja.

-sikap keadilan penting diamalkan oleh raja agar hukuman terhadap rakyat yang bersalah tidak berat sebelah melalui petunjuk dari Allah S.W.T

RANGKAP 4

Persoalan kasih sayang/menyayangi orang yang berilmu.

-Sikap kasih sayang penting diterapkan dalam kalangan orang yang berilmu agar hidup menjadi berkat atas kasih yang dicurahkan daripada Allah SWT.

RANGKAP 5

 Persoalan menghormati orang yang berilmu.

-          Apabila menghormati orang yang pandai,kita dapat membezakan antara baik dan buruk.

         -Sikap hormat-menghormati penting diamalkan oleh masyarakat terutamanya menghormati orang yang berilmu/bijaksana agar dapat membantu kita membezakan perkara baik dan buruk

 

NILAI-NILAI ESTETIKA(GAYA BAHASA) :

·        Ansonansi

- pengulangan bunyi vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat

- contoh : rangkap 1,baris 1-ulang bunyi vokal a sebanyak 6 kali

Raja muafakat dengan menteri,

Cth lain:

Seperti kebun berpagarkan duri.

Kesan asonansi-menimbulkan bunyi kemerduan dalam penyebutan

 

·        Aliterasi

-          Pengulangan huruf konsonan iaitu selain huruf vokal

-          Contoh : rangkap 4 baris  2,konsonen T-3 kali

      Tanda Rahmat Atas Dirimu

Contoh lain: Konsonan d

Tanda jadi sebarang kerja.

Kesan aliterasi- menimbulkan kelantangan bunyi dan menimbulkan penegasan maksud

 

·        Simile

-          Perbandingan yang setara menggunakan perkataan bagai,bak,umpama,seperti

-          Contoh : rangkap 1 baris 2

Seperti kebun berpagarkan duri.

Kesan simile- menimbulkan kesan bandingan setara atau memberi gambaran perbandingan yang jelas

 

·        Metafora

-          Abstrak dan konkrit

-          Contoh : rangkap 2 baris 1

Betul hati kepada raja,

 

-          Pengulangan kata di awal baris setiap rangkap (repitisi)

-       Contoh : rangkap 2 baris 2 dengan rangkap 3 baris 2,rangkap 4 baris 2,dan rangkap 5 baris 2.

Betul hati kepada raja,

Tanda jadi sebarang kerja.

 

Hukum adil atas rakyat,

Tanda raja beroleh inayat.

 

Kasihkan orang yang berilmu,

Tanda rahmat atas dirimu.

 

Hormat akan orang pandai,

Tanda mengenal kasa dan cindai.

Kesan repitisi pengulangan kata di awal baris setiap arangkap dapat menimbulkan keindahan irama atau memberi penegasan maksud. 

   

 Inversi

-          Kata yang diterbalikkan tanpa mengikut tatabahasa-pembalikan itu boleh berlaku sama ada pembalikan kata,ayat atau rangkai kata.

-          Contoh : rangkap 2 baris 1

Betul hati kepada raja…sepatutnya ditulis hati betul kepada raja 

Rangkap 2 baris 2

Tanda Jadi Sebarang Kerja… tanda jadi sepatutnya ditulis jadi tanda…

Kesan inversi-untuk menimbulkan kelainan penyebutan/pengucapan bunyi/menimbulkan gaya bahasa yang lebih menarik.

FUNGSI (KHAS) GURINDAM TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT:

a)   Memberi pengajaran atau didikan.

b) Memberi didikan supaya mentaati raja.

c) Mengajar supaya menghormati orang berilmu pengetahuan.

d)  Menasihati supaya raja dan rakyat sentiasa bemuafakat dan berkerjasama.

e) Kerjasama yang baik antara raja dan rakyat dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.

g) Sebagai alat kawalan sosial.

h) Supaya raja dan menteri bersatu padu.

i) Supaya rakyat taat kepada raja dan pemerintah.

 

NILAI/NILAI MURNI/POSITIF

RANGKAP 1

*Nilai muafakat/kerjasama-antara raja

Pentingnya nilai muafakat dalam kehidupan bermasyarakat/berkomuniti. Muafakat merujuk kepada kesepakatan dan bersatu hati sesama manusia. Pemerintah mestilah sentiasa bersatu hati dengan para menteri dalam segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal negara. Hal ini demikian kerana muafakat yang terjalin dalam kalangan pemerintah khususnya antara raja dan para menteri akan menjadikan urusan pentadbiran negara lebih sistematik,cekap dan kuat. Namun begitu,ketiadaan permuafakatan dan kesepakatan dalam kalangan pemerintah akan mengakibatkan keadaan negara menjadi kurang stabil lalu mudah diambil kesempatan oleh musuh luar dalam melakukan serangan kepada negara.

-Contohnya, ada pada rangkap 1

 Raja muafakat dengan menteri

   Seperti kebun berpagarkan duri

 

Jelaslah nilai kerjasama antara raja dan para menteri dalam urusan pentadbiran negara penting agar negara mampu bertahan daripada serangan musuh.

 

RANGKAP 2

*Nilai ketaatan

- Pentingnya nilai ketaatan  dalam suatu pemerintahan antara dua pihak. Konsep/definisi taat ialah sentiasa menurut perintah yang diarahkan oleh seseorang. Rakyat haruslah menuruti titah perintah dan arahan dalam suatu pemerintahan yang diarahkan oleh pemimpin supaya segala langkah untuk memajukan taraf hidup rakyat berjalan dengan lancar. Namun, rakyat yang ingkar akan perintah pemimpin boleh mengakibatkan keadaan negara yang tidak aman dan berada di luar kawalan pemimpin.

Contoh: Betul hati kepada raja

  Tanda jadi sebarang kerja

 

RANGKAP 2

*Nilai Rasional

-Nilai rasional penting diterapkan oleh raja dalam membuat rancangan pembangunan negara.

 

 

 

 

RANGKAP 3

*Nilai keadilan

-Pentingnya  nilai keadilan dalam setiap keputusan yang diambil. Keadilan merupakan perbuatan yang menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan. Pemerintah mestilah bersikap adil dalam menghakimi rakyatnya yang telah didapati bersalah terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini disebabkan kerana jika pemerintah bersikap adil dan saksama,kurniaan petunjuk daripada Allah akan diterima memandangkan Allah mencintai pemimpin yang adil.Sekiranya seseorang pemerintah bersikap sebaliknya, maka penindasan boleh berlaku sehingga membawa kepada perpecahan rakyat,kemerosotan negara dan tidak mendapat pertolongan Allah SWT.

Contoh: Hukum adil atas rakyat

 Tanda raja beroleh inayat

 

- Jelaslah, nilai keadilan penting diamalkan oleh raja agar hukuman terhadap rakyat yang bersalah tidak berat sebelah melalui petunujuk dari Allah SWT.

 

RANGKAP 4

*Nilai kasih sayang

-Pentingnya nilai kasih sayang sesama insan. Kasih sayang merupakan perasaan cinta kepada seseorang daripada hati yang ikhlas. Pemerintah hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu agar mudah menerima kurniaan rahmat Allah SWT.Apabila kita mengasihi orang berilmu,keberkatan hidup akan diperoleh kerana mendapat kasih sayang Allah. Sekiranya, raja membenci orang berilmu seolah-olah menolak ilmu yang memberi manfaat dalam  pemerintahannya akan menyebabkan dijauhi rahmat Allah daripadanya.

Contoh: Kasihkan orang yang berilmu

               Tanda rahmat atas dirimu

- Jelaslah bahawa, nilai kasih sayang penting diterapkan dalam kalangan masyarakat dengan mengasihi orang yang berilmu agar hidup menjadi berkat atas kasih yang dicurahkan daripada Allah SWT.

 

RANGKAP 5

* Nilai hormat-menghormati

Pentingnya nilai hormati-menghormati terhadap seseorang. Hormat merujuk kepada pandangan yang tinggi terhadap individu dan memberikan layanan yang baik. Pemerintah hendaklah menghormati orang berilmu supaya mudah memperoleh ilmu kerana ilmu sangat penting bagi membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Dalam hal ini,memiliki pemimpin yang menyanjungi orang berilmu akan mewujudkan pentadbiran yang berada di landasan yang betul iaitu tidak menyelitkan pengaruh negatif dalam pemerintahannya. Sekiranya pemimpin yang meremehkan atau tidak menghormati orang yang berilmu akan menunjukkan bahawa dirinya seorang yang jahil dan individualistic. Hal ini akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan rakyatnya.

Contoh: Hormat akan orang pandai

               Tanda mengenal kasa dan cindai

-Justeru,nilai hormat-menghormati penting diamalkan oleh masyarakat terutama menghormati orang yang bijaksana agar dapat membantu kita membezakan perkara baik dan buruk.

 

 

 

NILAI KEMASYARAKATAN 

·                        Nilai masyarakat yang taat kepada raja.

·                       Nilai masyarakat yang hormat akan orang yang berilmu pengetahuan.

·                       Nilai masyarakat yang suka mengasihi orang

 

MESEJ

 

1. Saling bekerjasama antara satu sama lain

- Pengarang mengharapkan agar raja bekerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan daripada serangan musuh negara.

- Sikap ini perlu dijadikan amalan bagi semua orang yang bergelar pemimpin dalam sesebuah negara agar dapat membangunkan sebuah negara yang maju jaya seiring dengan keadaan semasa.

- Sekiranya sikap ini tidak dititikberatkan dalam diri setiap pemimpin, nescaya kelak ia akan membawa kepada kehancuran negara kerana mempunyai pemimpin yang tidak bekerjasama dalam membangunkan negara.

- Sebagai contoh pada rangkap 1, baris 1 &2

            Raja muafakat dengan menteri

            Seperti kebun berpagarkan duri

Pada rangkap ini menunjukkan bahawa pengarang berpesan kepada sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin haruslah saling mempunyai kesepakatan di antara mereka agar dapat membentuk pemerintahan negara yang kukuh.

-Jelaslah bahawa sifat saling bekerjasama diantara satu sama lain haruslah dititikberatkan dalam diri setiap pemimpin agar dapat membentuk pemerintahan yang kukuh serta bebas daripada ancaman musuh.

 

2. Mempnyai pendirian yang kuat

-Pengarang mengharapkan agar raja mempunyai pendirian yang kuat dalam membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan pembangunan negara.

- Sikap ini perlu ada dalam diri pemimpin agar tidak mudah tertipu dngan ancaman halus orang lain.

-Sekiranya dalam diri seorang pemimpin itu tidak mempunyai pendirian yang kuat dalam mentadbir negara pastinya ia akan membawa kepada kemunduran negara kerana mempunyai pemimpin yang mudah tertipu dengan permainan halus orang lain.

- Sebagai contoh pada rangkap 2,baris 1 &2:

            Betul hati kepada raja.

            Tanda jadi sebarang kerja

Pada baris ini pengarang mengharapkan bahawa setiap pemimpin haruslah pandai membuat keputusan sendiri dan juga perlu meminta persetujuan daripada ketua negara di atas sebarang rancangan pembangunan dalam negara agar apa sahaja rancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

-Jelaslah bahawa mempunyai pendirian yang kuat  dalam diri perlu ada dalam diri setiap pemimpin agar dapat membentuk pentadbiran negara dengan lebih sistematik.

 

 

 

 

 

3. Keadilan/kesamarataan

-Pengarang berpesan agar raja menghukum rakyat yang bersalah dengan hukuman yang adil. seseprang raja yang adil akan mendapat petunjuk dari Allah SWT.

-Sikap ini perlu juga ada dalam diri seseorang pemimpin agar tidak berlaku perbalahan di antara rakyatnya. Namun sekiranya pemimpin tidak berlaku adil kepada  rakyatnya sendiri,maka pastinya akan berlaku perbalahan di antara rakyat disebabkan sikap pemerintah yang bersikap berat sebelah ke atas rakyatnya.

Sebagai contoh/Contohnya, pada rangkap 3,baris 1 & 2:

            Hukum adil atas rakyat

            Tanda raja beroleh inayat

Pengarang berpesan dalam baris ini bahawa menjadi seorang pemimpin ini haruslah bersikap adil ke atas rakyatnya kerana seorang raja yang adil itu akan mendapat petunjuk dari Allah SWT. Hal ini dapat mewujudkan rakyat yang hidup aman dan  harmoni dalam negara.

-Jelaslah bahawa,sikap keadilan merupakan sikap yang baik dan perlu ada dalam diri pemimpin agar dapat mewujudkan negara  di mana rakyatnya hidup aman dan harmoni.

 

4. Mengasihi orang yang berilmu

-Pengarang berpesan untuk mengasihi orang yang mempunyai ilmu

-Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang Allah.

-Sikap ini perlu ada dalam diri setiap orang masyarakat agar dapat beroleh kebaikan daripada orang yang berilmu.

-Sekiranya orang yang tidak berilmu ini lebih meninggikan dirinya terhadap orang yang berilmu pastinya dia adalah merupakan manusia yang paling rugi kerana bersifat sombong kepada orang yang berilmu.

Contohnya pada rangkap 4,baris 1&2;

            Kasihkan orang yang berilmu

            Tanda rahmat atas dirimu

-Dalam baris ini pengarang berpesan kepada masyarakat sebagai manusia yang tidak cukup ilmu di dada haruslah mereka mengasihi orang berilmu agar dapat menerima ilmu dengan tenang kerana orang yang sentiasa merendahkan diri dalam menimba ilmu itu akan mendapat kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT.

-Jelaslah bahawa mengasihi orang yang berilmu merupakan amalan yang baik bagi seorang penuntut ilmu agar dapat menerima ilmu dengan lebih mudah dan tenang.

 

5. Mesej lain yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah hormat menghormati.

-Pengarang berpesan untuk menghormati orang yang bijaksana kerana perbuatan terebut akan membantu kita membezakan perkara-perkara baik dan buruk.

-Sikap ini perlu ada dalam diri setiap masyarakat agar dapat menjaga maruah diri kita yang sentiasa di hormati dan tidak ditindas lagi oleh orang lain.

-Sekiranya kita tidak menghormati orang lain pastinya ia akan berbalik kepada hidup kita kerana diri kita akan senang ditindas oleh  orang disebabkan oleh akhlak yang tidak baik telah kita tunjukkan kepada mereka.

Contohnya rangkap 5,baris 1&2:

            Hormat akan orang pandai

            Tanda mengenal kasa dan cindai

-Dalam baris ini pengarang berpesan kepada masyarakat supaya harus saling menghormati di antara satu sama lain agar dapat membezakan sesiapa yang benar-benar menghormati kita dan siapa yang hanya memandang kita sebelah mata sahaja.

-Jelaslah bahawa sikap menghormati perlu ada dalam diri setiap masyarakat agar tidak ada berlaku penindasan sesama sendiri.

 

6. Mesej seterusnya ialah mentaati pemimpin/raja.

-Pengarang berpesan agar rakyat mentaati pemimpin supaya rakyat tidak mengkhianati pemimpin.

-Ketaatan rakyat kepada pemimpin akan dapat menjadikan sesebuah negara itu lebih kukuh.

-Sikap ini perlu ada dalam diri rakyat agar negara berada dalam keadaan aman dan harmoni.

-Sekiranya rakyat tidak mentaati pemimpin,pastinya akan sering timbul pemberontakan dan penentangan rakyat terhadap pemimpin negara.

-Kesannya,negara akan berada dalam keadaan huru-hara dan tidak harmoni.

Contohnya,pada rangkap 2,baris 1 & 2:

            Betul hati kepada raja

            Tanda jadi sebarang kerja

-Pada baris ini pengarang mengharapkan bahawa rakyat perlulah mentaati pemimpin agar dapat membentuk negara yang harmoni.

-Jelaslah bahawa mempunyai sikap taat kepada pemimpin perlu ada dalam diri setiap rakyat agar dapat membentuk sebuah negara yang berwibawa.

 

 

PENGAJARAN

 

1. Kita haruslah bersikap adil dalam melakukan sesuatu perkara

-Seseorang pemerintah atau raja perlu mempunyai sikap yang adil kepada rakyat. sebarang tindakan dan hukuman yang dijatuhkan kepada rakyat perlu diselidik terlebih dahulu serta tidak bersikap berat sebelah agar keadilan dapat ditegakkan dan hukuman yang dijatuhkan seimpal dengan kesalahan yang dilakukan agar rakyat berasa berpuas hati. Contohnya,rangkap 3 baris 1 dan 2

            Hukum adil atas rakyat

            Tanda raja beroleh inayat

 

2. Kita mestilah bersepakat dan bermuafakat antara satu sama lain.

-Permuafakatan dalam pemerintahan mampu melahirkan sebuah negara yang kuat. Persefahaman ini merupakan kekuatan yang boleh dijadikan banteng untuk mempertahankan negara. Ia juga akan memudahkan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan dan membolehkan pembangunan negara dilaksanakan dengan lancar.

Sebagai contoh, rangkap 1 baris 1 dan 2.

Raja muafakat dengan menteri

            Seperti kebun berpagarkan duri

 

3. Kita hendaklah bertanggangjawab mentaati raja

-Rakyat haruslah menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja sebagai pemerintah. Ketaatan rakyat kepada raja membawa  kepada kesejahteraan sesebuah negara dan mewujudkan keharmonian hubungan antara pemerintah dan raja.

Contohnya, rangkap 1 baris 1 dan 2

Raja muafakat dengan menteri

            Seperti kebun berpagarkan duri

 

 


4. Kita hendaklah mengasihi atau memuliakan orang yang berilmu.

-Raja atau pemerintah seharusnya mendampingi orang-orang yang berilmu. Raja atau pemerintah yang memuliakan orang yang berilmu akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Contohnya, pada rangkap 4 baris 1 dan 2.

Kasihkan orang yang berilmu

            Tanda rahmat atas dirimu

 

5. Kita seharusnya bijak dalam membuat keputusan

-Raja perlu mempunyai kebijaksanaan apabila membuat sebarang keputusan dalam sesebuah pemerintahan selepas berbincang dengan menterinya terutama yang berkaitan dengan perancangan pembangunan negara. Raja yang pandai membuat keputusan dalam merencanakan pembangunan boleh mengekalkan kesetiaan rakyat kepada negara dan mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara.

Contohnya, rangkap 2 baris 1 dan 2.

Betul hati kepada raja

            Tanda jadi sebarang kerja

 

PANDANGAN SARWAJAGAT

 

Puisi di atas menggambarkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang taat setia kepada pemerintah. Namun untuk mendapatkan taat setia, ia memerlukan muafakat yang tinggi antara raja dan rakyat. Zaman tradisional dapat digambarkan, telah wujud suasana aman damai dalam sesebuah pemerintahan negara yang diperintah oeh raja.

 

Sistem feudal tidak semestinya mewujudkan satu corak pemerintahan kuku besi dan sentiasa menindas rakyat. Jika raja melaksanakan pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat didalam puisi berkenaan, maka taat setia rakyat kepada raja tidak memerlukan paksaan. Contohnya, jika raja menghormati rakyat, maka dengan sedirinya rakyat akan kagum dan dengan rela hati menumpahkan taat setianya kepada raja.

 

Kadang-kadang raja perlu mendapatkan ilmu-ilmu tertentu daripada para ilmuan negara. Raja tidak mungkin bijak dalam segala bidang. Oleh itu, ketika menuntut ilmu, raja hendaklah merendah diri dan tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang mengajarnya.

 

Raja perlu mendapat nasihat daripada bijak pandai negara. Keupayaan membuat keputusan secara bersendirian sangat terhad kemampuannya. Raja perlu membuat perbincangan dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang pakar dalam bidang tertentu. Keputusan yang dibuat secara bersama akan mengurangkan kesilapan dalam proses membuat keputusan.

 

PRAKTIS DIRI GURINDAM TAAT SETIA  RAJA DAN RAKYAT

LATIH TUBI 1

CONTOH SOALAN TUNGGAL GURINDAM BERDASARKAN CONTOH SOALAN DI BAWAH

Bincangkan pemikiran Gurindam Taat Setia Raja dan Rakyat.[25]

 

 

TIPS MENJAWAB

A. Pelajar perlu membuat pengenalan jawapan dengan memasukkan:

1.Konsep gurindam

2. Fungsi gurindam

3. Ciri puisi gurindam secara ringkas

4. Menyenaraikan isi

B. Dalam bahagian isi,pelajar hendaklah menghasilkan:-

1. Ayat fakta

2. Ayat huraian sokongan atau menjelaskan sesuatu sebab.

3.Menghasilkan AYAT PERBINCANGAN: dengan menggunakan wacana yang menunjukkan perbincangan seperti ‘JIKA’SEKIRANYA’ ‘TANPANYA PASTI’ dan sebagainya.

4. Menurunkan contoh daripada rangkap gurindam yang sesuai dengan fakta.

5. Menghasilkan rumusan atau kesimpulan. Contohnya menggunakan ayat penegasan isi dengan menggunakan wacana ‘Tuntasnya, Jelaslah, Tegasnya dan sebagainya.

C. PENUTUP/KESIMPULAN

1. RUMUSAN

2. -SARANAN

    -PANDANGAN

-CADANGAN

-HARAPAN

-PENILAIAN

(* ambil/pilih 2 saja drp perkara tersebut)

LATIH TUBI 2 (soalan percubaan negeri Kelantan-S1 2022)

PETIKAN GURINDAM (sila rujuk gurindam dalam buku teks Permata Sastera)

a)  Nyatakan jenis puisi di atas dan tiga ciri yang terdapat pada puisi tersebut[4]

b) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri raja atau pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya[9]

c) Huraikan TIGA kesan berdasarkan hubungan raja dan rakyat seperti yang terdapat dalam puisi di atas.[12]

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"