Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 17 Oktober 2011

suci minda tenangkan hati...hadapi peperiksaan dengan keyakinan

Salam.Buat para pelajar PMR dan SPM masa begitu pantas berlalu.PMR telah pun berlangsung,kini tunggu saja keputusannya bulan Disember nanti.Calon-calon SPM pula bakal menduduki peperiksaan yang sangat menguja diri.SPM penentuan arah ke mana anda selepas ini.Anda telah pun bertungkus lumus dan siap siaga dari bulan Januari hingga saat ini.Justeru,mengapa masih gundah gulana? Tika ini anda perlu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa...mohonlah ketenangan diri untuk anda hadapi cabaran peperiksaan.Sucikan minda anda daripada berfikir yang bukan-bukan atau jauhkan minda anda daripada terjerumus dengan perkara-perkara negatif  yang akhirnya menumpulkan daya fikir.Bersihkan juga hati...sentiasa berdoa,minta direstui ilmu yang anda pelajari dan peroleh daripada guru-guru anda.Jangan gelapkan hati dengan perkara yang menyebabkan anda tidak terbuka hijab apabila berada di dalam dewan peperiksaan nanti.
   Akhir kalam...akanku doakan kalian yang pernah menimba ilmu dengan ku satu kemanisan kata-kata MOGA KALIAN BERJAYA.

Khamis, 5 Mei 2011

Capaian Markah Minimum Untuk Pelajar Halus(kertas 2)

 Anak-anak didik sekalian.Anda boleh melihat jadual di bawah untuk memperoleh markah minimum bagi kertas 2 Bahasa Melayu.


BAHASA MELAYU KERTAS 2  -  02/2


KERTAS 2

ITEM


MARKAH
PENUH
SASARAN MARKAH
MINUMUM
FOKUS UTAMA/
CATATAN

BAHAGIAN A (i)


RINGKASAN
(80 PATAH PERKATAAN)


20

14














SASARAN MINIMUM  PEROLEHAN MARKAH KERTAS 2 IALAH 42 MARKAH (42%)



BAHAGIAN A (ii)

MAKSUD RANGKAI KATA

SOALAN PEMAHAMAN
(IDEA DALAMAN/
BERDASARKAN PETIKAN)

SOALAN PEMAHAMAN
 (IDEA LUARAN/
PENDAPAT SENDIRI)


2

4



4



4

BAHAGIAN B

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
(120 PATAH PERKATAAN)


20

6

BAHAGIAN C

KARANGAN RESPONS TERBUKA
(MELEBIHI 180 PATAH PERKATAAN)


40

14

BAHAGIAN D

SOALAN NOVEL

TINGKATAN 1 (LIMPAHAN DARAH DI SUNGAI SEMUR)

TINGKATAN 2 (TIMULAK KAPAL PERANG)

TINGKATAN 3 (EKSPEDISI)


10

4

JUMLAH



100

42

JUMLAH BESAR

MARKAH K 1 + K 2


140

56

40% [PERATUS SASARAN]

PERUNCINGAN TAJUK-TAJUK PENTING DAN TEKS  KOMSAS PMR 2011

BAHASA MELAYU KERTAS 2  -  02/2


KERTAS 2

MARKAH PENUH
TEKS KOMSAS (NOVEL)/
TAJUK YANG PERLU
DIBERIKAN PENEKANAN
RINGKASAN
20 MARKAH
Semua aspek/bidang

PEMAHAMAN

10 MARKAH
Maksud rangkai kata,
pemahaman berdasarkan petikan, pendapat pelajar


KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN


20 MARKAH
1.  Keluarga bahagia
2.  Peranan sukan
3.  Industri pelancongan
4.  Pengangkutan awam
5.  Tempat bersejarah
6.  Pencemaran alam



KARANGAN RESPONS TERBUKA



40 MARKAH
1.  Peranan sukan di sekolah
2.  Kegiatan kokurikulum
3.  Disiplin asas kecemerlangan
4.  Peranan keluarga
5.  Semangat kejiranan
6.  Kebaikan teknologi moden
7.  Warga tua/Orang kurang upaya (OKU)
8.  Akhlak mulia teras kejayaan
9.  Pengaruh rakan sebaya
10.Cara-cara menghargai jasa guru
11.Perpaduan masyarakat
12.Peranan ibu bapa terhadap anak
13.Konsep Satu Malaysia

NOVEL

10    MARKAH
1. Perwatakan watak utama-perbandingan
2. Latar masyarakat
3. Nilai
4. Pengajaran


Tatabahasa-Kata Bilangan


Kata Bilangan
-Ada beberapa jenis, iaitu:-
1)Kata bilangan tentu
2)Kata bilangan tak tentu
3)Kata bilangan pecahan
4)Kata bilangan pisahan
5)Kita bilangan himpunan
6)Kata bilangan tingkat
  
Kata Bilangan  Tentu
satu, lima, seribu, dua puluh juta
Kata Bilangan Tak Tentu
beberapa, para, sebagai, sekalian, seluruh, semua, setengah-setengah
 
Kata Bilangan  Pecahan
setengah, suku, seperdua
Kata Bilangan Pisahan
Masing-masing,setiap,tiap-tiap

Kata Bilangan Himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga

Kata Bilangan Tingkat
pertama, kedua, kelima

Kesilapan Umum
1. *Para-para guru sedang  mengajar.
2. *Setengah orang tidak  dapat dipercayai. 
3. *Tiap makhluk ada penciptanya.      
4. *Kedua sekolah itu baru  dibuka.



Rabu, 27 April 2011

Analisis soalan rumusan SPM

ANALISIS SOALAN RUMUSAN 2001 – 2010(JUN)
SPM
SKOP SOALAN
KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN
NOV 2001
Tanggungjawab penulis
Peranan / sumbangan / tugas
JUN 2002
Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara
Sumbangan / kepentingan / fungsi / tugas
NOV 2002
Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan
Usaha-usaha/cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/ tindakan
JUN 2003
Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat
Usaha-usaha/cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/ tindakan
NOV 2003
Kepentingan pelabelan makanan
Faedah/manfaat/kelebihan/ kebaikan
JUN 2004
Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia
Kekangan / kesulitan / kerumitan / hambatan
NOV 2004
Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya
Manfaat / kebaikan / kelebihan/ kepentingan
JUN 2005
Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu
Langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha / pendekatan / strategi
NOV 2005
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
Manfaat / kebaikan / kelebihan/ kepentingan
JUN 2006
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan
Faedah / Manfaat / kebaikan / / kepentingan / keberkesanan
NOV 2006
Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masy.
Langkah-langkah / kaedah-kaedah / usaha-usaha / pendekatan / strategi
JUN 2007
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
Faedah / Manfaat / kebaikan /  kepentingan
NOV 2007
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara
Usaha-usaha/cara-cara / kaedah-kaedah/ langkah-langkah / pendekatan / teknik-teknik / strategi
JUN 2008
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat
Manfaat / kebaikan / kelebihan/ kepentingan
NOV 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara menarik minat masyarakat
Manfaat / kebaikan / kelebihan/ kepentingan
JUN 2009
Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan
Faktor-faktor/sebab-sebab
NOV 2009
Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur
Faedah/manfaat/kelebihan/ kebaikan
JUN 2010
Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini.
Implikasi / impak / akibat / keburukan / natijah


 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"