Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Februari 2015

LATIHAN BAHAGIAN A UJIAN BERTULIS PT3

Arahan :  Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Satu soalan      Bahagian   D.
BAHAGIAN A
(25 markah)

1                    Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)              Buku yang tebal itu terbaca oleh saya sekalipun memakan masa berjam lamanya.

_____________________________

ii)            Pada tiap-tiap tahun, kami sekeluarga akan balik kampung untuk meraikan sambutan hari raya Aidilfitri.

______________________________

iii)          Kamal tidak lagi pelajar sekolah itu setelah dia dibuang sekolah atas kesalahan merokok.

                     ______________________________

iv)          Sultan terlalu marah akan Bendahara Ali yang tidak menghadap baginda sebagaimana yang dititahkan.

                     ______________________________
(8 markah)

2                    Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal  pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

i)              Kerajaan mengenakan denda yang maksimum kepada pengilang yang membuang sisa toksid ke dalam sungai.

                     ______________________________ 

ii)            Masyarakat cukup muak apabila membaca kisah rumahtangga artis yang selalu dipaparkan di dalam akhbar.

                     ______________________________ 

iii)          Golongan kanak-kanak lebih menggemari bahagian peha apabila menikmati ayam goreng.

                     ______________________________

                                                                                                                                    (3 markah) 



3          Tukar ayat  di bawah menjadi ayat majmuk.

i)                    Ahmad seorang guru.
Ahmad mengajarkan bahasa Melayu.
Ahmad dari Kuala Lumpur.
                                                                                     ______________________________________________________________
                                                                                    
                        ______________________________________________________________


ii)                  Pemenang itu naik ke pentas.
Pemenang itu dipanggil.
Pemenang itu diberikan hadiah.

                        ______________________________________________________________
                                                                                      
 ______________________________________________________________


iii)                Kanak-kanak itu melukis gambar.
Kanak-kanak itu anak jiran saya.
Kanak-kanak itu meminati cerita kartun.

                        ______________________________________________________________
                                                                                      
                        ______________________________________________________________


iv)                Kerugian berjuta-juta ringgit.
Banjir besar melanda negara.
Dia mengakui sesuatu.
Pembalakan tidak terkawal.

                         _______________________________________________________________
                                                                                      
                        _______________________________________________________________



v)                  Dia letih.
Dia kehujanan.
Dia menghadiri majlis perayaan itu.
Dia tetap tabahkan hati.

                         ______________________________________________________________
                                                                                      
                        _______________________________________________________________

                                                                                                                                 (10 markah)


Instrumen contoh menjawab soalan novel dalam PT3



Instrumen Contoh Daripada cikgu Sazali
Soalan 7 :           Novel

7           Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.
i)           Wira Pesona Avatari oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
ii)          Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii)         Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
iv)         Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
(10 markah)

Pembahagian Markah

PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah


Markah Isi

1. Maksimum                                                                                : 3 isi
2. Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai     : 2 markah/ 1 isi
3.

Nota  Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai :

: Berikan 2 markah bahasa sekiranya tiada isi 1 markah/ 1 isi



Skrip Contoh 1:

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandung novel tersebut. Ini dapat dibuktikan berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin. Di mana, watak  utamanya  telah  banyak  berkorban demi  keluarganya,  rakan-rakannya dan juga dirinya sendiri dan pengorbanan itu memberi erti dan hasil yang setimpal dengan pengorbanannya. Kehidupan watak utama novel tersebut iaitu Iman Zulaikha tidak seperti kanak-kanak yang lain.

Isi          :             2 markah Bahasa :             3 markah Jumlah :             05/10

Ulasan:
1.           Calon hanya mengemukakan 1 isi dan 1 contoh yang lengkap iaitu:
Isi 1            :        berkorban demi keluarganya, rakan-rakannya dan juga dirinya sendiri  (1m)
Contoh 1   :       Kehidupan watak utama novel tersebut iaitu Iman Zulaikha tidak seperti kanak-
kanak yang lain (1m)

2.           Kesalahan bahasa yang minimum seperti yang ditandakan. Skrip Contoh 2:
Novel Erti Sebuah Pengorbanan merupakan sebuah nukilan oleh Zaihanim Zainal Abidin. Novel ini mengisahkan  tentang   pengorbanan  seorang  anak  terhadap  keluarganya.  Iman  Zulaikha  cuba untuk  menyatukan  orang  tuanya  yang  telah  bercerai.  Selain  itu,  dia  juga  sabar  menghadapi kerenah rakannya iaitu Linda yang tidak suka pada dirinya. Di samping itu, dia juga berkorban waktunya untuk berlatih pidato bersama rakannya karibnya. Dia juga sering mendapat tempat yang teratas dalam peperiksaan. Iman dibela oleh datuk dan neneknya. Datuk dan neneknya berbangga mempunyai cucu sepertinya kerana dia merupakan seorang yang baik hati, penyayang, cerdik dan sebagainya. Dia juga telah berjaya menyatukan hubungan antara Pei Wen dan ibu tirinya. Selain itu,  berkat ketekunan dan pengorbanannya dia juga telah Berjaya menyatukan kedua ibu bapanya. Akhir sekali, mereka hidup aman dan damai dalam sebuah keluarga yang lengkap.

Isi          :             3 markah Bahasa :             4 markah Jumlah :             7/10

Ulasan:
1.           Calon mengemukakan 1 isi dan 1 contoh yang lengkap dan 1 isi tanpa contoh iaitu: Isi 1           :         pengorbanan seorang anak terhadap keluarganya (1m)
Contoh 1  :        Iman Zulaikha cuba untuk menyatukan orang tuanya yang telah bercerai (1m)

Isi 2           :         dia juga berkorban waktunya untuk berlatih pidato bersama rakannya karibnya
(1m) Contoh 2  :         - tiada -

2.           Bahasa baik dan ayat gramatis.


Skrip Contoh 3:

Berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan yang dikarang oleh Zaihanim Zainal Abidin yang telah saya kaji, novel ini mengesahkan kecekalan dan ketabahan seorang pelajar yang bernama Iman. Setelah konflik yang berlaku antara ibu dan ayahnya, Iman tinggal bersama datuk dan neneknya di kampong. Di sekolah, Iman mempunyai seorang sahabat baik iaitu Pei Wen. Pei Wen ialah seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain.
Iman sering menolong datuk dan neneknya di rumah. Oleh sebab itu, datuk dan nenek amat sayangkan Iman kerana Iman juga seorang pelajar taat pada perintah agama. Pada suatu hari, cikgu telah mengumumkan pertandingan berpidato. Linda, rakan sekelas Iman merupakan pesaing Iman. Oleh itu, Linda mempunyai sifat iri hati terhadap Iman kerana Iman merupakan juara pidato. Setelah bertanding, Iman memenangi pertandingan tersebut dan melayakkan dirinya menyertai pertandingan di peringkat seterusnya.
Di sekolah juga Iman telah mendapat seorang rakan baru iaitu Adif Danial. Adif Danial baru  berpindah  ke  kampong  itu  bersama  ibunya  dan  mereka  tinggal  bersama  datuknya  di kampong itu. Tiba-tiba, pada suatu hari, Adif Danial bersikap dingin dengan Iman. Hal ini kerana ibunya ingin berkahwin dengan ayah Iman. Adif Danial memberontak kerana tidak mempersetujui hasrat ibunya dan membenci Iman.
Pada masa yang sama, Iman juga tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu. Hal ini kerana, Iman telah berhasrat untuk menyatukan semula ibunya dan ayahnya yang telah lama berpisah. Iman berasa sedih dan memberitahu ayahnya bahawa dia tidak bersetuju dengan hasrat ayahnya itu.
Pada  suatu  malam,  ayah  Iman  telah  membawa  Iman,  datuk  dan  nenek  keluar  untuk makan.  Dalam  pada  itu,  ayah  Iman  memberitahu  mereka  bahawa  dia  telah  membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan ibu Adif Danial. Iman berasa sangat gembira kerana dia akan mendapat sahabat baiknya semula,. Tambahan pula, ayah juga telah memberitahu Iman bahawa dia akan bersatu semula dengan ibu Iman. Iman melonjak kegembiraan kerana hasrat dan usahanya untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula telah Berjaya.

Isi          :             0 markah Bahasa :             2 markah Jumlah :             02/10

Ulasan:
Calon tidak menjawab soalan kerana hanya menulis sinopsis


Panduan Menjawab:

1.   Nyatakan novel yang dikaji serta penulisnya
2.   Sebaik-baiknya tulis dalam bentuk perenggan bagi memudahkan pemeriksa mencari isi dan contoh.
3.   Pastikan ada 3 isi dan 3 contoh.
4.   Isi mesti ditulis dalam bentuk pernyataan isi manakala contoh mesti terdapat watak atau/dan latar.
5.   Pastikan ejaan yang betul dan ayat yang gramatis.



7           Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.
i)           Wira Pesona Avatari oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
ii)          Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii)         Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
iv)         Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

Contoh Jawapan:
(Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim)

(10 markah)

Novel yang saya kaji ialah  Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Pemilihan novel ini dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.

Bukit menghijau iaitu iaitu Bukit Bintangor mesti dilestarikan kerana bukit ini mempunyai keindahan alam semula jadi dan kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Contohnya Zahiran mengagumi keindahan alam semula jadi Bukit bintangor dan berminat untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan di situ.
Selain  itu,  Bukit Bintangor  mesti  dilestarikan  kerana bukit  ini  kaya dengan tumbuhan herba untuk perubatan. Contohnya Pak Tua telah menanam pokok bintangor dengan banyaknya di bukit itu kerana pokok ini menjadi penawar kepada pesakit AIDS.

Seterusnya, Bukit Bintangor mesti dilestarikan kerana bukit ini menjadi tempat penyelidikan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan sintesis organik.

Pengenalan i-think

Belum terlambat untuk cikgu ucapkan selamat kembali ke sekolah untuk tahun 2015 .Apa kata kalau   kita belajar tentang i-think? Kali ini cikgu hendak perkenalkan dua peta pemikiran,iaitu peta bulatan dan peta pebagai alir.
PETA BULATAN


 Peta bulatan bermaksud proses pemikiran untuk mendefinisikan mengikut konteks. Kata kunci untuk memahami peta bulatan adalah dengan menggunakan ayat seperti senaraikan, jelaskan, tuliskan semua yang anda tahu, sumbangsaran, kenal pasti, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada, meneroka makna/ maklumat. Contoh Penggunaan Peta Bulatan





PETA PELBAGAI ALIR
Peta pelbagai alir bermaksud proses pemikiran untuk menyatakan sebab dan akibat. Kata kunci untuk memahami peta pelbagai alir adalah dengan menggunakan pernyataan ayat seperti bincangkan akibatnya/ pengajaran, apakah yang akan berlaku sekiranya…., jika….maka….., terangkan perubatan…., kenalpasti pengajarannya, kenalpasti keputusan daripada…., apa yang berlaku jika… Contoh Penggunaan Peta Pelbagai Alir *Kotak empat segi sama bermaksud pelajar boleh menyatakan sumber yang diperoleh atau diketahui maklumatnya. - Guru - Buku Teks - Kawan - Internet - Media Massa - Ibu bapa *Sumber yang hendak ditulis itu dibuat dalam pepenjuru kotak berkenaan.

TEKNIK SALIN,HAFAL DAN UBAH UNTUK MENULIS PENDAHULUAN

MENULIS  PENDAHULUAN
TEKNIK SALIN, HAFAL DAN UBAH

Belakangan ini, berita yang paling hangat diperkatakan pada masa kini ialah isu _____________________________. Pelbagai usaha dan tindakan perlu kita lakukan. Namun, isu ini seperti___________________________________. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab kita? Marilah kita fikirkan bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.


CONTOH 1

Belakangan ini, berita yang paling hangat diperkatakan pada masa kini ialah isu gaya hidup sihat dalam kalangan remaja. Pelbagai usaha dan tindakan perlu kita lakukan. Namun, isu ini seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab kita? Marilah kita fikirkan bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.

CONTOH 2

Belakangan ini, berita yang paling hangat diperkatakan pada masa kini ialah isu pencemaran sungai. Pelbagai usaha dan tindakan perlu kita lakukan. Namun, isu ini seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab kita? Marilah kita fikirkan bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.

CONTOH 3

Belakangan ini, berita yang paling hangat diperkatakan pada masa kini ialah isu semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Pelbagai usaha dan tindakan perlu kita lakukan. Namun, isu ini seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab kita? Marilah kita fikirkan bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Teknik ini boleh disesuaikan dengan beberapa isu seperti:
1. Pencemaran sungai.
2. Vandalisme
3. Semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
4. Budaya membaca
5. Amalan berjimat cermat
6. Pencemaran alam sekitar
7. Kenaikan harga barang
LATIHAN 1
Belakangan ini, berita yang paling hangat diperkatakan pada masa kini ialah isu ______________________________________________. Pelbagai usaha dan tindakan perlu kita lakukan. Namun, isu ini seperti______________________________. Sebagai rakyat Malaysia, apakah tanggungjawab kita? Marilah kita fikirkan bersama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.
LATIHAN 2




LATIHAN 3





LATIHAN 4








 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"