Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 6 April 2013

Ulasan Soalan Pemahaman Dalam Buku Modular 5P 2M dan Tips Mendapat 10 markah

BAHAGIAN A (ii) : Pemahaman ( 10 markah )

1. Berikan maksud rangkai kata menyumbang jasa dalam petikan.   ( 2 markah )

Ulasan dan tips menjawab.
1. Soalan ini menguji penguasaan kosa kata/perbendaharaan kata para pelajar. Pelajar boleh cuba mengemukakan jawapan dengan berdasarkan bantuan konteks dalam perenggan ayat berkenaan.

2.Calon perlu menukar kedua-dua perkataan berkenaan (menyumbang jasa). Untuk mendapat markah penuh,maksud hendaklah tepat mengikut konteks dan ayat gramatis.

3. Berhati-hati ketika menggunakan kata pemeri ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama sahaja.Manakala kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata sendi nama dan kata adjektif.

4. Untuk mengelakkan para pelajar lupa atau keliru untuk mengguna kata pemeri,maka cikgu mencadangkan calon/pelajar menjawab ayat permulaan seperti berikut:

Rangkai kata menyumbang jasa bermaksud  memberikan khidmat. 
(maksud tepat mengikut konteks,menukar kedua-dua perkataan dan ayat gramatis ,maka  calon layak mendapat 2 markah)

5. Andaian jawapan yang diberikan calon kemungkinan seperti berikut:

-Sekiranya calon hanya menukar satu perkataan sahaja dan satu lagi tidak markah mungkin 1 atau mungkin 0.

Contoh jawapan calon A

Rangkai kata  menyumbang jasa  bermaksud menyumbang khidmat.
                                               atau
Rangkai kata menyumbang jasa bermaksud memberikan jasa.
( jawapan di atas tidak tepat kerana perkataan menyumbang/jasa tidak ditukar dengan perkataan yang sama maksud iaitu memberikan/khidmat. Walau bagaimanapun calon masih dapat 1 markah kerana ayat gramatis.

Contoh jawapan calon B

Rangkai kata menyumbang jasa ialah/adalah menyumbang khidmat.
( 0 markah kerana kesalahan menggunakan kata pemeri )

Contoh jawapan calon C

menyumbang khidmat ( 0 markah kerana ayat tidak gramatis)

Contoh jawapan calon D

memberikan khidmat (Walaupun maksud  jawapan yang diberikan betul tetapi calon tetap mendapat 0 markah kerana ayat tidak gramatis-binaan ayat tiada subjek dan predikat)

Contoh  jawapan calon E

Rangkai kata menyumbang jasa bermaksud menyumbang khidmat atau menyumbang bakti.
(Jawapan di atas salah dan mendapat 0 markah  kerana pelajar memberi dua maksud)

Contoh jawapan calon F

Rangkai kata menyumbang jasa bermaksud memberikan khidmat kepada masyarakat yang memerlukan.
                                            atau
Rangkai kata menyumbang jasa bermaksud orang yang memberikan khidmat.
(Jawapan di atas salah kerana pelajar membuat huraian atau menambah perkataan orang yang. Sedangkan jawapan perlulah dua perkataan sahaja.Jadi markah calon F juga 0 markah)

Soalan 2:

Apakah simptom-simptom pesakit yang menghidap demam denggi?
( Jawapan ada dalam petikan dan bukannya pilihan  jawapan untuk isi ringkasan)

Cikgu cadangkan calon menjawab soalan ini seperti berikut:

Contoh jawapan calon A

Simptom-simptom pesakit yang menghidap demam denggi termasuklah mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi pada seluruh badan pesakit.Jika keadaan ini dibiarkan, tidak mustahil boleh membawa maut. ( Calon dapat 4 markah )
(Salin ayat selepas perkataan simptom-simptom sekurang-kurangnya 2 ayat sebagaimana yang terdapat dalam petikan berkenaan.)

Contoh jawapan calon B

Simptom-simptom pesakit yang menghidap demam denggi termasuklah pesakit yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Di samping itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi pada seluruh badan pesakit.Sekiranya keadaan ini dibiarkan, tidak mustahil boleh membawa maut. ( Calon dapat 4 markah )

Contoh jawapan calon C

Simptom-simptom pesakit yang menghidap demam denggi ialah mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi pada seluruh badan pesakit.( Calon dapat 4 markah.Pengguna kata pemeri betul dalam ayat. )

Soalan 3

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak?
(Jawapan calon tanpa merujuk petikan yang diberikan.Oleh itu, jawapan mesti berdasarkan pengetahuan serta pengalaman sendiri. Untuk mendapat 4 markah calon perlu memberikan sekurang-kurangnya 2 punca yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak)

Cikgu cadangkan calon menjawab soalan ini seperti berikut:

Contoh jawapan calon A.

Pada pendapat saya, punca-punca yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak termasuklah tidak menjaga kebersihan persekitaran dan tidak menjaga kebersihan diri.
( calon mendapat 4 markah )

Contoh jawapan calon B.
Pada pandangan saya, faktor-faktor yang menyebabkan wabak denggi mudah merebak termasuklah tidak menjaga kebersihan persekitaran..Faktor lain yang menyebabkan wabak ini berlaku ialah masyarakat atau orang ramai tidak menjaga kebersihan diri.
( calon mendapat 4 markah )


SELAMAT MENJAWAB. MOGA DAPAT 10/10 BAHAGIAN PEMAHAMAN.


 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"