Dikuasakan oleh Blogger.

KT& INOVASI


KAJIAN TINDAKAN 2018:PEMBENTANGAN UNTUK SEMINAR PENDIDIKAN ABAD KE-21 PDPC DAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN DI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,BESUT TERENGGANU

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR MENGEMUKAKAN ISI TERSIRAT BAHAGIAN ULASAN DALAM KALANGAN PELAJAR 3UKM MENERUSI KAEDAH SuASiM.
Oleh:

Mohd Hazli Bin Che Seman @ Che Othman
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong
Dr. Ahamad b. Rahim
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengemukakan isi tersirat bahagian ulasan dalam kalangan pelajar 3UKM menerusi kaedah SuASiM.Bahagian ulasan merupakan bahagian C yang wajib dijawab oleh pelajar dengan diperuntukkan sebanyak 15 markah.Namun terdapat pelajar yang masih belum lagi menguasai kemahiran untuk mengemukakan isi tersirat yang relevan dengan bahan serta memberikan ulasan idea berkaitan isi tersirat dengan jelas dan matang seperti kehendak panduan penskoran PT3. Seramai 4 orang murid 3UKM dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku latihan murid,soal selidik,ujian Pra dan ujian  bulanan. Hasil tinjauan menunjukkan murid  hanya dapat memberi isi tersurat sahaja dan tiada isi tersirat,memberi isi tersirat yang kurang relevan dengan bahan atau memberi isi tersirat yang tidak lengkap dan tergantung.Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengemukakan isi tersirat ulasan dengan menggunakan kaedah SuASiM.Murid telah didedahkan dengan kaedah SuASiM selama 80 minit setiap hari Isnin dalam satu minggu selama 8 minggu.Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam menguasai kemahiran mengemukakan isi tersirat ulasan.

1.        REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  YANG LALU
Semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan ada kalangan murid-murid dalam kelas 3UKM kurang kurang menguasai kemahiran mengemukakan isi tersirat dengan jelas dan matang.Sepatutnya soalan bahagian C ulasan merupakan soalan yang senang untuk pelajar memperoleh markah baik dan cemerlang antara 09 hingga 15 markah.Selain itu, isi tersirat yang diberikan tidak menepati langsung dengan kehendak bahan rangsangan.Malah ada juga pelajar hanya mampu memberi isi tersurat sahaja dan tiada langsung isi tersirat apabila soalan ulasan yang berbentuk KBAT ini diluar pengetahuan sedia ada mereka.Fenomena ini membimbangkan saya kerana murid-murid yang berada di kelas kedua hadapan ini tidak akan mencapai tahap markah kriteria cemerlang.Mereka hanya berada pada tahap markah memuaskan sahaja.Pelajar ini sebenarnya boleh dibantu dengan kaedah yang boleh membantu kemahiran berfikir mereka untuk mengemukakan isi tersirat.Menyedari kelemahan ini, saya telah cuba mengubah corak pengajaran saya tentang cara untuk mengemukakan isi tersirat dengan kaedah SuASiM supaya pelajar saya akan dapat mengemukakan isi tersirat dengan jelas. 
2.        ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran meningkatkan kefahaman pelajar untuk mengemukakan isi tersirat.Bahagian C Ulasan merupakan salah satu bahagian yang wajib dijawab oleh calon-calon PT3 dan saya akan memfokuskan kajian saya ini kepada cara-cara bagaimana hendak membantu pelajar saya mengemukakan isi tersirat.Kajian ini adalah penting bagi pelajar saya dapat mengemukakan isi tersurat dan isi tersirat yang relevan dengan bahan rangsangan serta dapat mengemukakan isi tersirat dengan idea yang jelas dan matang.
3.        OBJEKTIF KAJIAN
3.1     Objektif Am
-          Meningkatkan kefahaman pelajar  mengemukakan isi tersirat dengan kaedah penyoalan (SuASiM)
3.2     Objektif Khusus
-          Meningkatkan kefahaman pelajar mengemukakan isi untuk menjawab karangan ulasan
-          Meningkatkan kebolehan pelajar dalam mengembangkan huraian bagi setiap isi tersirat karangan ulasan
-          Meningkatkan minat pelajar dalam menjawab soalan bahagian ulasan dengan menggunakan kaedah SuASiM
4.        KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ialah 4 orang pelajar daripada tingkatan 3 UKM.Mereka terdiri daripada  2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan.Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas 4 orang pelajar yang  hanya mampu memperoleh  antara 7 hingga 8 markah sahaja.
5.        PELAKSANAAN KAJIAN
5.1  Tinjauan Masalah
Dalam kajian ini saya telah mengambil beberapa langkah bagi mengetahui masalah sebenar pelajar.  Antara langkah tersebut ialah melalui  semakan lembaran kerja, soal selidik dan ujian pra serta ujian pos.
5.1.1  Semakan Buku Latihan atau Lembaran Kerja
Melalui semakan buku latihan atau lembaran kerja pelajar saya dapat mengenal pasti beberapa orang pelajar masih lemah menguasai bahagian C: Ulasan, terutamanya dalam mengemukakan isi tersirat.
5.1.2  Soal selidik
Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui informasi yang berkaitan dengan ketidakfahaman atau kurang faham murid untuk mengemukakan isi tersirat yang jelas .Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar dengan cara menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’.
5.1.3 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian merupakan salah satu item yang boleh mengukur dan mengenal pasti tahap pencapaian pelajar dalam pemahaman berkaitan sesuatu tajuk yang dipelajari.Justeru, saya telah menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos bagi mengukur tahap pencapaian murid berkaitan pemahaman mengemukakan isi tersurat dan isi tersirat bahagian ulasan.Tujuan ujian pra adalah untuk mengenal pasti dan menentukan bilangan sebenar kumpulan sasaran bagi kajian ini.Manakala ujian pos akan dilaksanakan kepada pelajar kumpulan sasaran bagi melihat keberkesanan penggunaan kaedah SuASiM dalam menguasai kemahiran mengemukakan isi tersurat dan isi tersirat ulasan.
5.2  ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Semakan Buku Latihan atau Lembaran Kerja
Daripada semakan latihan atau lembaran kerja yang dibuat semasa dan selepas proses pengajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah, saya mendapati sikap mereka untuk malas berfikir jika soalan tersebut merupakan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dan ada juga ketidakupayaan pelajar untuk menganalisis dan menilai sesuatu maklumat daripada bahan rangsangan.  Selain itu, berdasarkan semakan buku latihan pelajar atau lembaran kerja didapati para pelajar menganggap sesuatu angka atau jumlah menaik,menurun,meningkat atau jumlah perbezaan sebagai isi tersirat. Di samping itu juga, ada pelajar kumpulan sasaran menganggap dengan mengolah kembali  maklumat yang diambil dalam bahan rangsangan berbentuk iklan atau poster dalam bentuk ayat menyangkakannya telah memberi isi tersirat .Seterusnya ada pula pelajar kumpulan sasaran mengemukakan ulasan idea atau  isi tersirat yang kurang jelas,bahasa kurang gramatis,kosa kata terhad dan kesalahan bahasa yang ketara. Contoh kesilapan yang dilakukan oleh pelajar  ketika memberi isi tersirat seperti berikut:
Contoh 1 ( Nik Rosmeera Bt Zukifli )
Antara jenis tarikan utama adalah Taman Lily,Taman musim sejuk dan sebagainya. Hal ini dinyatakan supaya ianya dapat menarik minat dan keseronokkan terhadap mereka yang datang.
Contoh 2 ( Zulhafiz B Zukarmi )
Selain itu, Royal  Flora telah menbuat Pakej rombongan untuk sekolah dengan hanya RM  12 sahaja untuk satu murid.Pakej ini memberikan makanan,cenderahati.
5.2.2 Soal Selidik
Berikut adalah dapatan daripada soal selidik yang telah saya jalankan:
Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Kefahaman dan Minat Terhadap Isi Tersurat dan Isi Tersirat Karangan Ulasan Dalam Kalangan Pelajar Kumpulan Sasaran


BUTIRAN KAJI SELIDIK
                                         Kefahaman
         BILANGAN MURID     
     KUMPULAN SASARAN

        YA

    TIDAK
1) Adakah awak faham cara untuk mengemukakan isi tersurat?
        4  
          0
2) Adakah awak faham cara untuk mengemukakan isi tersirat tetapi tidak pasti isi yang diberi itu menepati tema bahan rangsangan?
          
          0
       
          4
3) Adakah kamu boleh mengemukakan isi tersirat yang jelas ?
          0        
           4
                                               Minat
YA
TIDAK
4) Saya dapat mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat dengan menepati tema bahan rangsangan.
            0
           4
5) Saya dapat mengolah isi tersirat dengan baik
            0
           4
6)Saya sering kali mendapat markah cemerlang bahagian ulasan
            0
           4
7) Saya suka belajar tajuk ulasan
            0
           4
5.2.3 Ujian Pra
Manakala melalui ujian pra pula saya dapat menentukan jumlah pelajar yang tidak mencapai kriteria baik  dan cemerlang. Hal ini dapat dijelaskan melalui jadual keputusan di bawah.
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra  Bahagian Ulasan  Pelajar 3 UKM Kumpulan Sasaran Berdasarkan Kriteria Pemarkahan  Panduan Penskoran PT3
                    KRITERIA LPM
MARKAH
JUMLAH MURID
Memuaskan (05-08 markah)              
8
4
Idea
-isi tersurat atau isi tersirat yang masih relevan dengan bahan
-ulasan idea yang kurang jelas
Bahasa
-ayat kurang gramatis. 
7
     -
-Kosa kata terhad
6
     -
 -Kesalahan bahasa yang ketara
5
     -




                                                




Jelaslah di sini mereka tidak dapat mengemukakan isi tersirat yang jelas .Justeru,untuk mengatasi masalah ini saya telah membantu para pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka dengan menggunakan kaedah SuASiM.
6.        PELAKSANAAN TINDAKAN
6.1   TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Saya telah memperkenalkan kaedah SuASiM dalam beberapa siri pembelajaran dan juga kelas tambahan pada musim cuti persekolahan bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar mengemukakan isi tersirat ulasan.Pada awal pengenalan kaedah ini saya memberi penerangan terlebih dahulu tentang cara-cara penggunaan petak SuA  dan petak SiM yang kemudian saya gabungkan menjadi SuASiM. SuA bermaksud Su=surat, A=Apa? manakala SiM pula bermaksud Si=sirat, M=Mengapa? Apabila pelajar telah menguasai kemahiran mengelaskan isi tersurat dalam petak SuA dan isi tersirat dalam petak SiM,maka pelajar boleh juga menggunakan peta pemikiran seperti peta pokok untuk menulis rangka jawapan ulasan dengan menggunkan kaedah SuASiM.Dua aktiviti utama dilaksanakan kepada para pelajar iaitu pertama aktiviti pementoran atau aktiviti bimbingan dan kedua aktiviti kendiri pelajar(pelajar melaksana aktiviti dan menggunakan kaedah SuASiM tanpa bantuan guru).
6.1.1 Aktiviti Pementoran atau Bimbingan Guru
Aktiviti pertama ialah aktiviti pementoran atau bimbingan daripada guru sehingga pelajar kumpulan sasaran faham dan menguasai penggunaan kaedah SuASiM.Guru memberi beberapa contoh penggunaan mengemukakan isi tersirat dengan menyenaraikan isi tersurat dan isi tersirat  ke dalam petak SuA dan petak SiM.
SuA (apa yang diperoleh daripada bahan rangsangan? )
SiM (Mengapa/impak/kesan isi tersurat)
1.Melancong bersama keluarga
1.Dapat menambah pengetahuan baharu dan menghayati sendiri sejarah lampau apabila melawat ke tempat-tempat bersejarah





Contoh  Bahan Rangsangan Bergambar -Tajuk: Aktiviti Pada Cuti Persekolahan
6.1.2 Aktiviti Kendiri
Guru memberi latihan kepada empat responden dengan bentuk soalan dan bahan rangsangan yang berbeza pada hari yang berlainan.Kemudian responden dikehendaki menjawab latihan bahagian ulasan tanpa pementoran atau bimbingan guru.Bentuk soalan yang diberikan kepada responden dalam kelas di papan tulis  ialah responden dikehendaki menjawab isi tersirat ke dalam petak dengan menggunakan kaedah SuASiM yang disediakan.Seterusnya,aktiviti latihan menerusi soalan dalam lembaran kerja diberikan dan responden dikehendaki menggunakan kaedah SuASiM untuk menjawab latihan itu.
7.0 Dapatan Kajian
a)       Aktiviti Mengemukakan Isi Tersirat Menggunakan Petak Kaedah SuASiM
Bahan Rangsangan Bergambar-Tajuk: Kepentingan Hutan
Jadual 3: Borang Penilaian Guru Terhadap Jawapan Responden

Nama Responden

       Isi Tersirat     
Isi Tersirat  ×
FIFI ALIA SUHADA BINTI SOLAUDIN
        

NIK ROSMEERA BINTI ZUKIFLI
        

MUHAMMAD HAZIQ BIN NORHASHIMI
       

ZULHAFIZ BIN ZUKARMI
       

Dalam aktiviti kendiri ini iaitu aktiviti menjawab isi tersirat ke dalam petak yang disediakan dengan menggunakan kaedah SuASiM keempat-empat responden 100% telah berjaya mengemukakan jawapan isi tersirat yang jelas.
b)       Lembaran Kerja(LK)
Latihan yang diberikan ini merupakan aktiviti terakhir sebelum guru membuat ujian pos.Tahap soalan yang diberi mengikut format bahagian c ulasan PT3.Jadual 4 di bawah merujuk kepada markah yang diperoleh pelajar menunjukkan peningkatan markah setelah menggunakan kaedah SuASiM jika dibandingkan dengan  latihan dalam lembaran kerja yang sebelumnya.
Nama Responden
Markah LK Sebelum
Markah LK Selepas
% Peningkatan
FIFI ALIA SUHADA BINTI SOLAUDIN
8
12
50%
NIK ROSMEERA BINTI ZUKIFLI
8
10
25%
MUHAMMAD HAZIQ BIN NORHASHIMI
7
11
57%
ZULHAFIZ BIN ZUKARMI
7
11
57%
Jadual 4:Perbandingan markah latihan dalam lembaran kerja sebelum kaedah dan  selepas kaedah SuASiM  serta   peratus peningkatan markah.
C)  Ujian Pos
Hasil ujian pos telah dianalisis dengan membandingkan markah ujian pra dan pos serta perubahan yang telah dicatat setelah kaedah SuASiM dilaksanakan.Graf 1 berikut menunjukkan pencapaian markah yang di peroleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah SuASiM dilaksanakan.


Carta 1 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pos keempat-empat responden.Dalam ujian pra mereka memperoleh 8 markah tetapi selepas ujian pos kesemua responden menunjukkan peningkatan.Fifi berlaku peningkatan sebanyak 63%. Kemudian,Muhammad Haziq dan Zulhafiz masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 50% manakala Nik Rosmera pula berlaku peningkatan sebanyak 38%.Jika ujian pos dahulu ketiga-tiga responden ini berada di kriteria tahap memuaskan maka selepas ujian pos ternyata kriteria pencapaian mereka berubah menjadi baik berdasarkan panduan penskoran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
8.0     CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran dan pemudahcaraan saya pada masa hadapan kerana ini adalah kaedah yang berkesan untuk mengajar pelajar-pelajar mengemukakan isi tersirat bahagian C ulasan dengan jelas.Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.Malah seorang responden saya iaitu Fifi Alia Suhada telah mencapai tahap kriteria cemerlang berdasarkan panduan penskoran PT3 yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
9.0     BIBLIOGRAFI
Abdullah Mohd Amin & Nur Zahlia Nadzri (2017). Skor A Kertas Model PT3 Bahasa Melayu. Bandar Baru
Bangi:Pelangi.

Mohd Hazli Che Othman et al.(2018). Modul Intervensi Pembelajaran (MIP) Bahasa Melayu PT3 Guru
AKRAM. Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Supian Mohamad Noor et al.(2004). Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teo Wei Sing & Darwis Jasmin (2016). PT3 Bahagian C Pemindahan Maklumat(Ulasan) Bahasa
Melayu.Petaling Jaya:Ilmu Bakti.




CONTOH MENULIS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
(PENULIS IALAH PEMBENTANG KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAN WAKIL NEGERI TERENGGANU KE PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 2005 DI  HOTEL SWIS GARDEN,PAHANG)
1.0 TAJUK KAJIAN:
Meningkatkan kemahiran  membina ayat dasar Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Tingkatan 3 Qahar 7  berdasarkan kaedah binaan serta susunan subjek dan predikat dalam pola-pola ayat dasar.
2.0 NAMA PENYELIDIK/KUMPULAN:
En.Mohd.Hazli Bin Che Seman @ Che Othman.
(Penasihat: Pn.Siti Mukminah Bt. Dalimi)
3.0 NAMA SEKOLAH:
Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah,24200 Kemasek, Kemaman,Terengganu Darul Iman.
4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU:
Pelajar  tidak menguasai kemahiran 3M(membaca,menulis dan mengira) dari peringkat sekolah rendah lagi dan di bawa ke peringkat sekolah menengah. Justeru, pelajar sukar membina ayat dasar  ketika membuat latihan tatabahasa dan hal ini memberi impak terhadap kegramatisan ayat dalam karangan.
5.0 ISU/KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN:
Kelemahan membina ayat dasar Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Tingkatan 3 Qahar 7.
6.0 OBJEKTIF KAJIAN:
6.1       Objektif Am
            Membantu meningkatkan kemahiran membina ayat dasar.
6.2              Objektif Khusus
6.2.1        Pelajar dapat membina ayat dasar dengan betul berdasarkan pola ayat dasar Bahasa  Melayu.
6.2.2         Pelajar dapat  mengenal pasti subjek dan predikat dalam pola ayat dasar.
6.2.3        Membantu guru memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar secara amnya dalam membina ayat dasar.
7.0 KUMPULAN SASARAN:
Pelajar 3 Qahar 7 merupakan pelajar lemah atau halus. Jumlah bilangan pelajar  yang dikaji dalam kelas ini ialah  24 orang.
8.0 TINDAKAN YANG  DICADANGKAN:
8.1       Pelaksanaan kajian
8.1.1   Tinjauan Masalah Dan Analisis Tinjauan Masalah
                     8.1.1.1 Pemerhatian
                        8.1.1.2 Temubual
                        8.1.1.3 Soal Selidik
8.2       Tindakan Yang Dijalankan
8.2.1    Menerangkan binaan ayat dasar berdasar contoh-contoh  pola ayat dasar.
8.2.2    .Memperbanyak latihan dan aktiviti seperti mengisi tempat kosong dalam   ayat sama ada di bahagian subjek atau predikat, guru memberi contoh ayat dan meminta pelajar melabel atau menggaris bahagian subjek dan predikat.Aktiviti  seterusnya ialah perluasan konstituen subjek dan predikat dengan menambah unsur keterangan pada kata dasarnya  dalam pola-pola ayat dasar.(Guru memandu aktiviti ini).Aktiviti terakhir sekali guru meminta pelajar membina  dua contoh  ayat dasar sendiri dari setiap pola ayat dasar,iaitu pola 1,pola 2,pola 3, dan pola 4.
8.3.      Penilaian Dan Refleksi Keseluruhan
            8.3.1.   Didapati tindakan yang dibuat adalah berkesan untuk pelajar     kelas lemah meningkatkan kemahiran membina ayat dasar.
8.3.2.   Diharapkan dengan kemahiran membina ayat dasar ini, akhirnya pelajar dapat membentuk atau membina ayat terbitan.(ayat transformasi)
8.3.3.   Tindakan seumpama ini boleh dicuba ke atas kelas lain yang menghadapi masalah yang sama.   
9.0              JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN:

 Bulan   Dan Tarikh
Bil
Aktiviti/Tugasan
Februari
Mac
April
1.
Kursus Kajian Tindakan Peringkat  Daerah
14.2.2005


2.
Memaklumkan Kajian Tindakan kepada guru pakar,membuat perbincangan dan meminta tunjuk ajar serta pandangannya untuk menyediakan kajian ini.

 16.2.2005


3.
Menyediakan dan menyerahkan proposal Kajian Tindakan
17.2.2005-28.2.2005


4.
Melaksana dan menjalankan Kajian Tindakan

1.3.2005-31.3.2005

5.
Meneruskan  pelaksanaan Kajian Tindakan pada bulan berikutnya dan menulis, menaip serta  menyemak laporan kajian.


1.4.2005-25.4.2005
6.
Menyerahkan laporan kajian


28.4.2005
10.0     KOS KAJIAN:
Bil
                Bahan
  Harga Seunit
 Jumlah
 1.
Kertas A4- 1 rim
1 x RM11.00
RM11.00
2.
Kertas Manilakad
5 x RM 0.70
RM 3.50
3.
Pen Marker
2 x RM3.50
RM 7.00
                                                                                                           RM21.50


CONTOH PELAPORAN PENULISAN INOVASI
(PENULIS IALAH  PEMENANG ANUGERAH GURU INOVASI 2010,
PERINGKAT DAERAH KEMAMAN,TERENGGANU )

ANUGERAH GURU INOVATIF 2010
PERINGKAT DAERAH KEMAMAN
                                                                                                                
MAKLUMAT BERKAITAN INOVASI
Calon-calon Anugerah Guru Inovatif 2010 hendaklah menyediakan satu penilaian yang mengandungi perkara-perkara berikut:
1.Kategori  Anugerah
Individu sekolah menengah.
2.Tajuk/Tema Inovasi
Meningkatkan  Kemahiran  Meringkas Karangan Dengan  Menggunakan Kaedah TIP
3.Sinopsis Inovasi
 Pelaksanaan program inovasi  Kaedah TIP ini  bertujuan untuk  meningkatkan kemahiran meringkas karangan. Fokus program inovasi kali ini  melibatkan para pelajar kelas Bestari,khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kemahiran menjawab kertas soalan bahagian A(i) Meringkas Karangan dan A(ii)Pemahaman Petikan. Justeru,Kaedah TIP diperkenalkan sebagai satu cara untuk memudahkan  pelajar mengenal pasti isi berdasarkan kehendak soalan.Sehubungan dengan itu, untuk membuktikan keberkesanan program ini, maka metodologi yang saya gunakan ialah ujian pra dan ujian post. Data-data markah pelajar dalam ujian pra (sebelum Kaedah TIP) dan OTI 1/ujian post (selepas Kaedah TIP) diguna pakai untuk membuat perbandingan akan impak kejayaan program ini.
4. Kumpulan Sasaran
Program inovasi ini melibatkan sebanyak 25 orang pelajar tingkatan 3 BESTARI MUMTAZ yang terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Tetapi akhirnya kumpulan sasaran ini melibatkan 24 orang pelajar sahaja kerana seorang pelajar lelaki telah berpindah ke sekolah lain.
5.Latar Belakang
5.1. Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kertas peperiksaan ini terbahagi kepada dua iaitu kertas satu (soalan objektif) dan kertas dua (soalan subjektif yang jenis itemnya terbahagi kepada respons terhad dan respons terbuka). Jelas menunjukkan kertas dua memperuntukkan markah yang banyak kepada calon PMR. Namun,para pelajar dalam kelas 3 Bestari Mumtaz  tidak pandai membezakan isi utama, isi huraian dan contoh dalam menjawab bahagian ringkasan karangan.
5.2. Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Pelajar kurang mahir mengenal pasti isi penting(idea utama) dan tidak dapat membezakannya dengan  huraian atau contoh. Masalah ini dikesan semasa latihan dalam kelas. Justeru,data diambil semasa ujian pra  iaitu sebelum program dan akan dibandingkan dengan keputusan OTI 1 nanti, iaitu keputusan selepas program. Semasa program ini dilakukan pelajar kurang berminat untuk menggunakan cara baru ini. Mereka lebih suka dengan kaedah biasa,iaitu  menggaris jawapan pada kertas soalan. Selain itu, mereka  tidak suka mengamalkan kaedah ini.
6.0 Objektif Inovasi
6.1. OBJEKTIF AM
6.1.1    Merupakan antidot  dan cara terakhir guru bagi
              memenuhi target   penskoran  markah untuk
              bahagian A (i)  iaitu 17  ke 19.
6.1.2        Untuk memberi pilihan kepada para pelajar
                untuk menggunakan berbagai kaedah atau
                teknik baru dalam mengenal pasti isi dalam meringkas karangan
6.2      OBJEKTIF KHAS
6.2.1        Pelajar dapat mengenal pasti isi penting.
6.2.2         Pelajar dapat mengkelaskan isi penting secara urutan serta dapat menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud petikan.
7.  Tarikh Mula Dan Tarikh Siap Pelaksanaan
03.02.2008 hingga  30.04.2008.
8. Inovasi Yang Dilaksanakan
8.1.Bentuk Bahan
            Saya menggunakan kertas edaran (saiz A4) dan buku teks. 8.2.Pengendalian
n       Guru memberi dan membanyakkan latihan  meringkas karangan.Guru juga memberi dan membimbing pelajar dengan menerangkan serta menunjukkan contoh menggunakan Kaedah TIP.
n       Latihan  yang diberi  berdasarkan petikan dalam buku teks dan guru membina soalan berdasarkan petikan tersebut.
9. Bentuk Kejayaan
9.1. Ulasan Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Selepas Aktiviti Latihan Dijalankan
ANALISIS  PERBANDINGAN PENCAPAIAN BAHAGIAN A.i .
ANTARA UJIAN PRA  DENGAN OTI 1. (Bhg :A.i,kelas 3 BESTARI MUMTAZ)                                                               
  -Bilangan Pelajar mendapat 14 markah ke bawah,
    UP  7  /OTI 1   0  orang
- Bilangan Pelajar mendapat 15 ke 17 markah 
    UP  18  / OTI 1    2  orang
 -Bilangan Pelajar mendapat 18 ke 20 markah   
     UP  0 /  OTI 1  22 orang
     -Bilangan Pelajar mendapat target Penskoran dari 17 ke 19/20 markah ialah     3    orang     bagi UJIAN PRA dan     24    orang bagi OTI 1.  
         
9.2. Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru/Pelajar
Saya rasa bersyukur kerana program inovasi atau modul Kaedah TIP berkenaan berjaya dilaksanakan walaupun menghadapai pelbagai kekangan. Bukan senang untuk menjalankan program  dan menjayakannya,terutama apabila inovasi atau modul yang dibuat ini melibatkan 24 orang pelajar yang pada mulanya lebih suka menggunakan cara lama. Selepas program ini didapati 24 orang atau 100% berjaya mencapai target perskoran markah daripada 17 ke 19 markah. Diharap keberkesanan program ini pula dapat dibuktikan sekali lagi melalui pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR 2008 yang sebenar,  Manakala bagi pelajar pula mereka berasa kaedah ini lebih mudah untuk membezakan ayat utama dengan ayat huraian dan dapat menukar kosa kata berdasarkan bantuan konteks.

9.3. Faedah-faedah Lain
i ) modul yang saya buat ini juga boleh digunakan oleh guru-guru lain untuk mengajar pelajar yang tidak menguasai kemahiran meringkas karangan.
ii) dapat meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam.
10.Keterangan Lain Yang Berkaitan
Pencapaian Sebenar Bahasa Melayu Bagi Pelajar 3 Bestari Mumtaz dalam OTI Selepas Program Ini.
Graf 1: Pencapaian pelajar sebelum(UJIAN PRA) dan selepas Kaedah TIP ( OTI 1)


           



Jadual 1 : Analisis Dalam Peratus

KELAS 3BM(%)
UJIAN PR A               OTI  1
BIL&MARKAH PELAJAR
    28                          0
14 markah ke bawah
    72                          8.33
15 ke 17 markah
    0                           100
18 ke 20 markah
   12                          100
Target penskoran 17 ke 19


PENGAKUAN CALON
Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar ( seperti ditunjukkan di atas ) mengiringi sinopsis projek yang dicalonkan oleh SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BADRUL ALAM SHAH
Adalah  butiran kad pengenalan saya yang terkini.
  _______________________________
(MOHD HAZLI CHE SEMAN @ CHE OTHMAN )    Tarikh: 24 MEI 2010.

PENGAKUAN PENGETUA/GURU BESAR
_______________________
Tandatangan dan Cop






 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"