Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 Mei 2021

SKEMA JAWAPAN 52 SOALAN PERIBAHASA DALAM BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA JILID 1

 Untuk pelajar-pelajar cikgu,,,ni cikgu sertakan skema jawapan untuk pelajar cikgu semak latihan yang telah dibuat...buat latihan dulu ye..kemudian baharu boleh tengok jawapan..cikgu izinkan untuk pelajar muat turun supaya senang untuk buat bacaan kemudian hari.



 

    KLIK GAMBAR  UNTUK MUAT TURUN SKEMA

BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA BERGAMBAR JILID 1 & DILENGKAPI 52 SOALAN PERIBAHASA BERGAMBAR

Selasa, 18 Mei 2021

NOTA NILAI & PENGAJARAN DALAM BENTUK PETA PEMIKIRAN UNTUK NOVEL JEJAK MONPUS TING.2

 MOGA  BERMANFAAT BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA.



NOTA TEKNIK MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN BERSERTA LATIHAN ARAS RENDAH UNTUK TING.1

 

KLIK GAMBAR



Karangan keperihalan akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 dalam buku teks halaman 52 iaitu berkaitan tajuk Kem Waja Diri (tema 5-SP:3.6.1).Kali ini cikgu mengemukakan contoh karangan lengkap dan latihan yang bersesuaian dengan tema 5.Harap bermanfaat buat pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran menulis karangan keperihalan. Untuk aktiviti menulis karangan aras tinggi sila lihat buku teks. Bagi mana-mana pelajar sekolah lain yang ingin buat latihan tersebut bolehlah hantar latihan kepada guru kesayangan anda masing-masing di sekolah sendiri.😅😅😅😊

AKTIVITI LATIHAN DALAM BUKU TEKS HALAMAN 52.





SKEMA LATIHAN

SOALAN UJIAN/PENILAIAN KETIKA PDPR SIRI 2 UNTUK MENENGAH RENDAH(TG.1,2&3) 2021



 SEBELUM CUTI SEKOLAH BULAN JUN NI..CIKGU NAK UJI MINDA DAN PEMAHAMAN PARA PELAJAR TENTANG APA-APA YANG DIPELAJARI UNTUK PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN ...SILA JAWAB DEH..WALAUPUN BULAN SYAWAL BELUM BERAKHIR DAN CUTI PERSEKOLAHAN KIAN MENJELMA TETAPI CIKGU HARAP ANAK-ANAK DIDIK TETAP TEKUN MENUNTUT ILMU.APATAH LAGI DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA YANG MENCABAR DAN BANYAK KEKANGAN INI..

SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN SOALAN BERSERTA SKEMA








soalan ujian/penilaian ketika pdpr untuk tingkatan 3 siri 1(disertakan skema secara berasingan)

 Memandangkan pelajar suka tengok jawapan dahulu,maka  cikgu bagi soalan dulu ye...nak skema juga ye..ok lah cikgu sertakan kat bawah selepas soalan ini..kena muat turun secara berasingan ye..


KLIK PADA GAMBAR NANTI BARU NAMPAK SOALAN😂😂😂



















so ujian penilaian pdpr siri 1 2021 Mei/Jun Tg.1

 Soalan ini disertakan bersama skema..harap pelajar jawab secara jujur..jangan tengok skema dulu deh..mohon selesai jawab baharu boleh tengok skema😃

 

soalan&skema siri 1 tg.1


Isnin, 17 Mei 2021

NOTA DRAMA MAHKAMAH TING.2

Drama Mahkamah

(Awang Abdullah)

 

Sinopsis

Di mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan kematian seorang nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat tidak mengaku bersalah. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Bulat dibebaskan daripada dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah bahawa Bulat bersalah.

            Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto mengaku bersalah. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir  itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan  dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak.

            Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.

 Pemikiran:

Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.

Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang  yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.

 Persoalan:

1.    1) Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.

Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

 

2.  2 )   Keberanian mengakui kesalahan sendiri

Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi.

 

3.  3)   Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.

Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami.

 

4.   4)  Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.

Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

LATIHAN AYAT INTI/AYAT DASAR TINGKATAN 1

 

AYAT DASAR/AYAT INTI (ms 47 buku teks Ting.1)

 

CONTOH LATIHAN  SERTA JAWAPAN MENGENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT INTI.

 

1. Ayah saya guru

2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang

3. Bangunan itu sangat tinggi

4. Murid itu sedang menulis karangan.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

Ayah saya  

guru

FN + FN

2.

Kampung halaman saya

di Kuantan, Pahang

FN + FS

3.

Bangunan itu

sangat tinggi

FN + FA

4.

Murid itu

sedang menulis karangan

FN + FK

 

·         FN  ialah Frasa Nama

·         FS ialah Frasa Sendi

·         FA ialah Frasa Adjektif

·         FK ialah Frasa Kerja

 

LATIHAN 1 

1. Abangku peragawan.

2. Pelajar itu amat tangkas.

3. Adikku sedang menonton televisyen.

4. Dia ke sekolah pagi tadi.

5. Perempuan itu cantik sekali.

6. Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap.

7. Kakak mahasiswi di Universiti Malaya.

8. Cikgu Mohd Hazli mengajar di sekolah ini hampir 4 tahun.

9. Rumah itu sangat besar.

10.Budak yang berambut panjang itu sangat degil.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

5.

 

 

 

 

6.

 

 

 

 

7.

 

 

 

 

8.

 

 

 

 

9.

 

 

 

10.

 

 

 

 

LATIHAN 2 

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang berhuruf tebal sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN + FS di ruang yang disediakan

 

1.    Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’

 ___________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________

2.    Anak-anak kucing itu comel belaka. _______________________________________________________________

3.    Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. ____________________________________________________________

4.    Kakak Atika pengarang novel ‘Sepi’. ___________________________________________________________

5.    Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan. __________________________________________________________


SIRI 2 (SEMESTER 2):NOTA SBDKL -TEMA & PERSOALAN

 

TEMA DAN PERSOALAN DALAM

NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

 

DEFINISI TEMA 

Tema ialah pokok persoalan utama pada sesuatu peristiwa yang dialami oleh seseorang watak dalam sesebuah karya kreatif. Tema biasanya dianggap fokus penceritaan atau naratif dan sering dihubungkan dengan pelbagai masalah untuk membina cerita yang hendak diungkapkan. Setiap tema yang ditampilkan oleh seseorang pengarang mempunyai tujuan tertentu seperti member pengajaran, mendidik, berdakwah, dan memanusiakan jiwa pembaca agar lebih bersifat berperikemanusiaan. Secara ringkasnya, tema merupakan persoalan pokok yang diungkapkan oleh seseorang pengarang secara langsung (eksplisit) dan tidak langsung (implicit) menerusi daya kreativiti seseorang pengarang itu.

 

TEMA SBDKL

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menerangkan tema mengenai kemunculan usahawan-usahawan Melayu, dan aktifnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda yang dilakukan oleh golongan pendakwah. Pengarang menyerankan dalam usaha membina kehidupa sebagai usahawan yang maju dan Berjaya, teras agama perlu dimantapkan seiring dan serentak agar kemajuan yang dicapai tidak dihancurkan jati diri bangsa.

 

            Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan pelibatan golongan Bumiputera di sector perdagangan menyebabkan munculnya watak-watak manusia melayu yang berfikiran sehala iaitu yang hanya memikirkan nafsu amarah dan mengaut sebanyaknya keuntungan kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal halal haram sesuatu perniagaan. Mereka hanya memikirkan teknik dan strategik untuk cepat menjadi jutawan dan bagaimana untuk mengurangkan kos semaksimum mungkin, serta untung sebanyak-banyaknya. Mereka tidak menghiraukan soal kemanusiaan dan keagamaan.

 

            Kegilaan membangunkan material semata-mata terpancar menerusi watak Encik Muhammad. Hal ini berbeza dengan Rahim, anak Encik Muhammad, yang memilih nilai berbeza daripada orang tuanya. Oleh itu, Keris Mas menekankan pembangunan sememangnya baik tetapi tidak seharusnya mengabaikan agama, moral, dan kebajikan masyarakat orang Melayu. Misalnya wujud kesepaduan antara idea Lebai Maarup, seorang pendakwah yang pintar tanpa kelulusan formal, dengan idea Rahim, intelektual yang tulen sememangnya diperlukan dalam pembangunan masa kini. Pembangunan yang terbaik adalah pembangunan yang seimbang yang berteraskan ilmu, iman, dan amal yang berupaya menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sebaiknya, dasar pembangunan ialah berdimensi dua, iaitu satu sebagai hamba Allah dan Satu lagi sebagai Khalifah Allah untuk menguruskan dan memakmurkan alam ini.

 

PERSOALAN EKONOMI:


            Persoalan dari sudut ekonomi ialah kemunculan saudagar-saudagar Melayu di bandar raya Kuala Lumpur.Encik Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya.Sikapnya yang dedikasi diakui oleh Datuk Tan yang merupakan rakan kongsinya.Kesungguhan Encik Muhammad menceburi dalam dunia perniagaan mengubah perspektif bangsa lain terhadap bangsa Melayu yang dianggap tidak berkebolehan dalam bidang perniagaan sebulum ini.

            Selain itu,terdapat juga kepentingan pendidikan dalam bidang strategi pengurusan dagang untuk kemajuan perniagaan.Encik Muhammad mewarisi bakat dalam perniagaan yang diceburi oleh datuk dan ayahnya.Menyedari hakikat bahawa anaknya Rahim akan mengikut jejak langkahnya,encik Muhammad membekalkan anaknya itu dengan ilmu perniagaan di London dan kembali ke tanah air dengan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang dan bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

            Di samping itu,persoalan yang lain ialah dunia perniagaan yang mementingkan keuntungan dagang serta kekayaan daripada tanggungjawab sosial.Encik Muhammad terlalu memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi melalui perniagaan yang bakal diceburinya melalui Syarikat Lombong Lembah Tualang.Pelbagai muslihat dilaksanakan olehnya untuk memastikan semua penduduk Kampung Pulai menjual tanah kepadanya.

            Seterusnya,kemiskinan  orang Melayu di kawasan luar bandar.Dalam novel ini,kemiskinan jelas digambarkan oleh pengarang.Masyarakat Kampung Pulai merupakan masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan,peluang pekerjaan terhad dan kemudahan asas yang tidak mencukupi.Faktor-faktor ini menyebabkkan golongan muda berhijrah ke kota dan tidak berminat untuk tinggal di kampung .Terdapat juga penduduk yang tidak mempunyai tanah dan terpaksa menumpang tanah orang lain.

            Persoalan lain ialah pentingnya pelabur luar untuk memajukan perniagaan.Perlabur luar dibawa masuk untuk memajukan sesuatu perniagaan seperti membawa perniagaan melombong bijih timah dan Semangat perkongsian dan muhibah dalamperniagaan.Semangat perkongsian dan muhibah dapat dipupuk melalu “joint-Melayu-Cina dalam dunia perniagaan.Hakikat ini diakui oleh Datuk Tan berdasarkan sejarah perlombongan di negara ini.

            Yang terakhir bagi persoalan ekonomi ialah Rancangan-rancangan perdagangan yang menguntungkan.Rancangan-rancangan perdagangan seperti membuka ladang lada hitam di Johor dan menubuhkan Syarikat Lombong Tualang merupakan satu usaha mempertingkatkan taraf hidup dan memperkembangkan empayar perniagaan .Kedua-dua rancangan ini menggambarkan Encik Muhammad mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan.

 

PERSOALAN POLITIK :

 

Persoalan dari sudut politik ialah fahaman politik yang berbeza membawa kepada perpecahan.Sudin tidak disukai oleh sebahagian penduduk Kampung Pulai kerana dia menjadi wakil kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf.Perbezaan parti politik menyebebkan penduduk kampung berpecah dan keadaan ini merungsingkan Imam Saad sendiri.

            Selain itu,sejarah sebagai panduan politik semasa.Malaysia merupakan sebuah negara terbilang bangsa.Melalui sejarah kita dapat mempelajari langkah-langkah yang dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini.Datuk Tan dan Encik Muhammad menyedari kepentingan perpaduan itu untuk melaksanakan  projek perkongsian mereka.

            Di samping itu,kejujuran seorang wakil rakyat melaksanakan  amanah.Yang Berhormat Muhd.Yusuf  merupakan seorang pemimpin yang tidak jujur dalam menjalanakan tugasnya kerana mempunyai kepentingan peribadi dalam projek yang diusahakannya.Kemudiannya,beliau menyertai rancangan Encim Muhammad kerana lebih memberi keuntungan kepada beliau.

            Seterusnya,memperalatkan politik untuk kepentingan peribadi.Yang Berhormat Muhd.Yusuf mengambil kesempatan daripada projek yang dijalankan untuk kepentingan peribadinya.Beliau berharap dengan projek yang dijalankan dapat menambahkan kekuatan politiknyadi wilayah itu.Dalam novel ini bukan sahaja Yng Berhormat Muhd.Yusuf memperalatkan politik umtuk kepentingan peribadi malah Sudin dan Encik Muhammad turut terlibat.

 

PERSOALAN SOSIAL DAN BUDAYA :

 

Persoalan dari sudut soaial dan budaya ialah kepentingan menjaga kesihatan.Yang Berhormat Muhd.Yusuf menyatakan kepada Encik Muhammad tentang kesibukannya hinggakan tidak ada masa umtuk menjaga kesihatan diri walaupun telah dinasihati oleh doktor.

Selain itu,kepentingan ilmu untuk masa depan.Encik Muhammad menghantar Rahim di luar negara dengan harapan Rahim akan membantunya memajukan lagi perlombongan yang terajuinya itu.Rahim dihantar belajar di London mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman tentang hal-ehwal pengurusan.

Seterusnya,jati diri Melayu.Encik Muhammad berpendapat anaknya Rahim bukan orang kampung yang tulen kemelayuan tetapi anak masyarakat cosmopolitan yang tidak mengerti tentang kehidupan masyarakat sendiri.Oleh sebab itu,dia menentang projek perlombongan di Kampung Pulai secara membabi buta dan menganggap penempatan masyarakat kampung ke rancangan FELDA merupakan satu langkah menghalau penduduk kampung tersebut tanpa menilai kebaikan di sebaliknya.

Persoalan lain ialah pengaruh wang melalaikan masyarakat.Pengarang menggambarkan orang Kampung Pulai telah dipengaruh dengan kemewahan setelah mereka menjual tanah mereka kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.Kemerosatan iman dan akhlak anak-anak muda kampung amat menyentuh perasaan Imam Saad.

Di samping itu, persoalan lain ialah perbezaan taraf dan keturunan. Keturunan Syed dan Syarifah merupakan yang berdarjat tinggi dan masyarakat Melayu. Mereka berasal dari negara Arab dan dikaitkan dengan keturunan Nabi. Syed Aris mempertikaikan hasrat isterinya, Syarifah Mu’inah untuk merapatkan hubungan antara Mahani dan Jahid kerana tidak setaraf dan sekufu.

Persoalan seterusnya fahaman perkauman. Encik Muhammad tidak sependapat dengan Tan Sri Syed Aris kerana bersifat perkauman dalam urusan perniagaan. Encik Muhammad menganggap kesilapan itu timbul kerana Tan Sri Syed Aris selalu menyamakan falsafah perdagangan dengan falsafah politik.

Persoalan berikutnya ialah cinta. Dalam novel itu, terdapat dua kisah percintaan iaitu percintaan tiga segi antara Sudin, Mat Akil dan Gayah. Sudin dan Mat Akil mencintai Gayh dan bermusuhan antara satu sama lain. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Sudin. Percintaan yang kedua adalah antara Rahim dan Mahani. Percintaan ini berputik sejak dari sekolah lagi. Percintaan ini tidak mendapat halangan kerana Cik Puan Tipah dan Encik Muhammad memang berhasrat menjodohkan kedua-duanya sejak kecil lagi.

Persoalan terakhir ialah rasuah. Rasuah yang melanda masyarakat masa kini juga menjadi persoalan dalam novel ini. Tauke Chan dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah merasuah Penghulu Mahmud supaya bersetuju dengan hasrat mereka untuk membina kawasan perumahan di tanah milik keluarga. Sikap ayahnya itu telah menimbulkan kemarahan Jahid.   

             

PERSOALAN AGAMA :

 

        Persoalan dari sudut agama ialah gerakan dakwah islamiah dalam kalangan generasi muda. Lebai Maarup merupakan generasi muda yang mengajak masyarakat kampungnya kembali mengamalkan ajaran islam. Dia dianggap fanatik kerana berjubah seperti orang Arab dan bertindak menentang meksiat dan kemungkaran. Perwatakannya menyebabkan dia telah digelar oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf sebagai khomeni Kampung Pulai. Kehadirannya tidak disenangi oleh Encik Muhammad dan Yang Berhormat Muhd Yusuf. Selain Lebai Maarup, pengarang juga menggambarkan engaruh gerakan dakwah Islamiah di kalangan penuntut Malaysia di luar negara.

                 Selain itu, pembahagiaan harta pusaka mengikut hukum Islam. Orang kaya Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad telah mengumpulkan ahli keluarga yang tinggal di wilayah Tualang dan tempat lain untuk mengadakan mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk Indera. Untuk memastikan pembahagian itu mengikut kaedah faraid turut hadir ialah kadi wilayah Tualang.

                Di samping itu, persoalan lain ialah kebebasan beragama. Robert ialah anak Datuk Tan merupakan seorang yang gemar mendalami pelbagai ajaran agama. Walaupun dia pada asalnya beragama Buddha tetapi meminati untuk mengetahui tentang agama lain dengan membaca buku-buku teologi belajar falsafah ketuhanan termasuklah buku-buku tasawuf Islam. Kebebasan beragama member hak kepada Robert untuk menganuti agama lain.

                  Persoalan seterusnya ialah kekayaan dan kemajuan yang dicapai tidak harus melalaikan kewajipan terhadap agama. Lebai Maarup berpandang jauh memikirkan kemajuan yang akan dilaksanakan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang nanti tidak akan malalaikan manusia. Oleh itu, dia memberikan cadangan kepada Encik Muhammad mendirikan sebuah surau di situ.

                 Persoalan berikutnya ialah, menghidupkan amalan sembahyang berjemaah dan beribadat kepada Allah. Amalan sembahyang dalam novel ini digambarkan oleh pengarang tidak dititikberatkan oleh masyarakat. Bahkan sembahyang jumaat tidak dapat dilakukan kerana tidak cukup makmun. Amalan ini dilakukan oleh golongan tua seperti Imam Saad, Bilal Endut, dan Tuk Empat Dahlan. Kedatangan Lebai Maarup menambah bilangan ahli jemaah dan berjaya menarik golongan muda ke surau seperti Kemat Jerangkung. Selain Lebai Maarup, watak Tan Sri Syed Aris juga digambarkan seorang yang warak walaupun berkedudukan tinggi. Begitu juga isterinya Syarifah Mu’inah yang sentiasa menemani suaminya beribadah kepada Allah.  

                   Persoalan lain ialah mewakafkan harta benda untuk kepentingan agama. Lebai Maarup tidak mahu menjual tanah pusakanya tetapi mewakafkan tanah itu untuk keperluan-keperluan agama. Dia telah memilih untuk mendapat keuntungan di akhirat daripada keuntungan di dunia. Tindak tanduknya menghairankan pihak yang tidak tahu nilai saham di akhirat itu.

                  Selanjutnya ialah, amalan sunnah Rasullulah. Amalan sunnah Rasullulah memang menjadi ikutan sesetengah pengikut gerakan Ialam. Lebai Maarup digambarkan berjubah dan berjanggut seperti orang Arab. Sudin pula telah membawa cerita menarik tentang Lebai Maarup kepada Mahani, Cik Puan Tipah dan Datin Tan.

                 Walau bagaimanapun terdapat lagi persoalan lain ialah perkahwinan dalam Islam. Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar menghubungkan seorang lelaki dengan seorang perempuan, tetapi lebih daripada itu adalah untuk merapatkan silaturahim dan menyatukan dua keluargamenjadi satu. Perkahwinan Sudin dan Gayah telah menamatkan permusuhan dua keluarga sejak dari dulu lagi.

                 Persoalan terakhir ialah memfitnah dilarang dalam Islam. Mat Akil telah memfitnah Lebai Maarup mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang mengajar ajaran sesat dan ejen kepada parti pembangkang. Lebai Maarup juga dikatakan bercita-cita menjadi calon dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, Lebai Maarup Berjaya menangkis serangan fitnah itu.

 

 

 

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"