TEMA
DAN PERSOALAN DALAM
NOVEL
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR
DEFINISI TEMA
Tema ialah
pokok persoalan utama pada sesuatu peristiwa yang dialami oleh seseorang watak
dalam sesebuah karya kreatif. Tema biasanya dianggap fokus penceritaan atau
naratif dan sering dihubungkan dengan pelbagai masalah untuk membina cerita
yang hendak diungkapkan. Setiap tema yang ditampilkan oleh seseorang pengarang
mempunyai tujuan tertentu seperti member pengajaran, mendidik, berdakwah, dan
memanusiakan jiwa pembaca agar lebih bersifat berperikemanusiaan. Secara
ringkasnya, tema merupakan persoalan pokok yang diungkapkan oleh seseorang
pengarang secara langsung (eksplisit) dan tidak langsung (implicit) menerusi
daya kreativiti seseorang pengarang itu.
TEMA SBDKL
Novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur menerangkan tema mengenai kemunculan
usahawan-usahawan Melayu, dan aktifnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan
generasi muda yang dilakukan oleh golongan pendakwah. Pengarang menyerankan
dalam usaha membina kehidupa sebagai usahawan yang maju dan Berjaya, teras
agama perlu dimantapkan seiring dan serentak agar kemajuan yang dicapai tidak
dihancurkan jati diri bangsa.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang menekankan pelibatan golongan Bumiputera di
sector perdagangan menyebabkan munculnya watak-watak manusia melayu yang
berfikiran sehala iaitu yang hanya memikirkan nafsu amarah dan mengaut
sebanyaknya keuntungan kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal halal haram
sesuatu perniagaan. Mereka hanya memikirkan teknik dan strategik untuk cepat
menjadi jutawan dan bagaimana untuk mengurangkan kos semaksimum mungkin, serta
untung sebanyak-banyaknya. Mereka tidak menghiraukan soal kemanusiaan dan
keagamaan.
Kegilaan membangunkan material semata-mata terpancar menerusi watak Encik
Muhammad. Hal ini berbeza dengan Rahim, anak Encik Muhammad, yang memilih nilai
berbeza daripada orang tuanya. Oleh itu, Keris Mas menekankan pembangunan
sememangnya baik tetapi tidak seharusnya mengabaikan agama, moral, dan
kebajikan masyarakat orang Melayu. Misalnya wujud kesepaduan antara idea Lebai
Maarup, seorang pendakwah yang pintar tanpa kelulusan formal, dengan idea
Rahim, intelektual yang tulen sememangnya diperlukan dalam pembangunan masa
kini. Pembangunan yang terbaik adalah pembangunan yang seimbang yang
berteraskan ilmu, iman, dan amal yang berupaya menjamin kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Sebaiknya, dasar pembangunan ialah berdimensi dua, iaitu
satu sebagai hamba Allah dan Satu lagi sebagai Khalifah Allah untuk menguruskan
dan memakmurkan alam ini.
PERSOALAN EKONOMI:
Persoalan dari sudut
ekonomi ialah kemunculan
saudagar-saudagar Melayu di bandar raya Kuala Lumpur.Encik Muhammad
merupakan seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya.Sikapnya yang dedikasi
diakui oleh Datuk Tan yang merupakan rakan kongsinya.Kesungguhan Encik Muhammad
menceburi dalam dunia perniagaan mengubah perspektif bangsa lain terhadap
bangsa Melayu yang dianggap tidak berkebolehan dalam bidang perniagaan sebulum
ini.
Selain itu,terdapat juga kepentingan pendidikan dalam bidang strategi pengurusan
dagang untuk kemajuan perniagaan.Encik Muhammad mewarisi bakat dalam
perniagaan yang diceburi oleh datuk dan ayahnya.Menyedari hakikat bahawa
anaknya Rahim akan mengikut jejak langkahnya,encik Muhammad membekalkan anaknya
itu dengan ilmu perniagaan di London dan kembali ke tanah air dengan ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Dagang dan bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah
Tualang.
Di samping itu,persoalan yang lain ialah dunia perniagaan yang mementingkan keuntungan dagang
serta kekayaan daripada tanggungjawab sosial.Encik Muhammad terlalu
memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi melalui perniagaan yang bakal
diceburinya melalui Syarikat Lombong Lembah Tualang.Pelbagai muslihat
dilaksanakan olehnya untuk memastikan semua penduduk Kampung Pulai menjual
tanah kepadanya.
Seterusnya,kemiskinan
orang Melayu di kawasan luar bandar.Dalam novel ini,kemiskinan jelas
digambarkan oleh pengarang.Masyarakat Kampung Pulai merupakan masyarakat yang
hidup dalam serba kekurangan,peluang pekerjaan terhad dan kemudahan asas yang
tidak mencukupi.Faktor-faktor ini menyebabkkan golongan muda berhijrah ke kota
dan tidak berminat untuk tinggal di kampung .Terdapat juga penduduk yang tidak
mempunyai tanah dan terpaksa menumpang tanah orang lain.
Persoalan lain ialah pentingnya pelabur luar untuk memajukan perniagaan.Perlabur
luar dibawa masuk untuk memajukan sesuatu perniagaan seperti membawa perniagaan
melombong bijih timah dan Semangat perkongsian dan muhibah
dalamperniagaan.Semangat perkongsian dan muhibah dapat dipupuk melalu
“joint-Melayu-Cina dalam dunia perniagaan.Hakikat ini diakui oleh Datuk Tan
berdasarkan sejarah perlombongan di negara ini.
Yang terakhir bagi persoalan ekonomi ialah Rancangan-rancangan perdagangan yang menguntungkan.Rancangan-rancangan
perdagangan seperti membuka ladang lada hitam di Johor dan menubuhkan Syarikat
Lombong Tualang merupakan satu usaha mempertingkatkan taraf hidup dan
memperkembangkan empayar perniagaan .Kedua-dua rancangan ini menggambarkan
Encik Muhammad mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan.
PERSOALAN POLITIK :
Persoalan
dari sudut politik ialah fahaman politik yang berbeza membawa kepada perpecahan.Sudin
tidak disukai oleh sebahagian penduduk Kampung Pulai kerana dia menjadi wakil
kepada Yang Berhormat Muhd Yusuf.Perbezaan parti politik menyebebkan penduduk
kampung berpecah dan keadaan ini merungsingkan Imam Saad sendiri.
Selain itu,sejarah
sebagai panduan politik semasa.Malaysia merupakan sebuah negara
terbilang bangsa.Melalui sejarah kita dapat mempelajari langkah-langkah yang
dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu dalam memupuk perpaduan kaum di negara
ini.Datuk Tan dan Encik Muhammad menyedari kepentingan perpaduan itu untuk
melaksanakan projek perkongsian mereka.
Di samping itu,kejujuran
seorang wakil rakyat melaksanakan amanah.Yang Berhormat
Muhd.Yusuf merupakan seorang pemimpin yang tidak jujur dalam menjalanakan
tugasnya kerana mempunyai kepentingan peribadi dalam projek yang
diusahakannya.Kemudiannya,beliau menyertai rancangan Encim Muhammad kerana
lebih memberi keuntungan kepada beliau.
Seterusnya,memperalatkan
politik untuk kepentingan peribadi.Yang Berhormat Muhd.Yusuf
mengambil kesempatan daripada projek yang dijalankan untuk kepentingan
peribadinya.Beliau berharap dengan projek yang dijalankan dapat menambahkan
kekuatan politiknyadi wilayah itu.Dalam novel ini bukan sahaja Yng Berhormat
Muhd.Yusuf memperalatkan politik umtuk kepentingan peribadi malah Sudin dan
Encik Muhammad turut terlibat.
PERSOALAN SOSIAL DAN BUDAYA :
Persoalan
dari sudut soaial dan budaya ialah kepentingan menjaga kesihatan.Yang Berhormat
Muhd.Yusuf menyatakan kepada Encik Muhammad tentang kesibukannya hinggakan
tidak ada masa umtuk menjaga kesihatan diri walaupun telah dinasihati oleh
doktor.
Selain itu,kepentingan
ilmu untuk masa depan.Encik Muhammad menghantar Rahim di luar negara
dengan harapan Rahim akan membantunya memajukan lagi perlombongan yang
terajuinya itu.Rahim dihantar belajar di London mengikuti kursus ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Dagang untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman
tentang hal-ehwal pengurusan.
Seterusnya,jati diri Melayu.Encik
Muhammad berpendapat anaknya Rahim bukan orang kampung yang tulen kemelayuan
tetapi anak masyarakat cosmopolitan yang tidak mengerti tentang kehidupan
masyarakat sendiri.Oleh sebab itu,dia menentang projek perlombongan di Kampung
Pulai secara membabi buta dan menganggap penempatan masyarakat kampung ke
rancangan FELDA merupakan satu langkah menghalau penduduk kampung tersebut
tanpa menilai kebaikan di sebaliknya.
Persoalan
lain ialah pengaruh
wang melalaikan masyarakat.Pengarang menggambarkan orang Kampung
Pulai telah dipengaruh dengan kemewahan setelah mereka menjual tanah mereka
kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.Kemerosatan iman dan akhlak anak-anak
muda kampung amat menyentuh perasaan Imam Saad.
Di samping
itu, persoalan lain ialah perbezaan taraf dan keturunan. Keturunan Syed
dan Syarifah merupakan yang berdarjat tinggi dan masyarakat Melayu. Mereka
berasal dari negara Arab dan dikaitkan dengan keturunan Nabi. Syed Aris
mempertikaikan hasrat isterinya, Syarifah Mu’inah untuk merapatkan hubungan
antara Mahani dan Jahid kerana tidak setaraf dan sekufu.
Persoalan
seterusnya fahaman
perkauman. Encik Muhammad tidak sependapat dengan Tan Sri Syed Aris
kerana bersifat perkauman dalam urusan perniagaan. Encik Muhammad menganggap
kesilapan itu timbul kerana Tan Sri Syed Aris selalu menyamakan falsafah
perdagangan dengan falsafah politik.
Persoalan
berikutnya ialah cinta. Dalam novel itu, terdapat dua kisah percintaan iaitu
percintaan tiga segi antara Sudin, Mat Akil dan Gayah. Sudin dan Mat Akil mencintai
Gayh dan bermusuhan antara satu sama lain. Kemenangan akhirnya berpihak kepada
Sudin. Percintaan yang kedua adalah antara Rahim dan Mahani. Percintaan ini
berputik sejak dari sekolah lagi. Percintaan ini tidak mendapat halangan kerana
Cik Puan Tipah dan Encik Muhammad memang berhasrat menjodohkan kedua-duanya
sejak kecil lagi.
Persoalan
terakhir ialah rasuah.
Rasuah yang melanda masyarakat masa kini juga menjadi persoalan dalam novel
ini. Tauke Chan dan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah merasuah Penghulu Mahmud
supaya bersetuju dengan hasrat mereka untuk membina kawasan perumahan di tanah
milik keluarga. Sikap ayahnya itu telah menimbulkan kemarahan Jahid.
PERSOALAN AGAMA :
Persoalan
dari sudut agama ialah gerakan dakwah islamiah dalam kalangan generasi muda.
Lebai Maarup merupakan generasi muda yang mengajak masyarakat kampungnya
kembali mengamalkan ajaran islam. Dia dianggap fanatik kerana berjubah seperti
orang Arab dan bertindak menentang meksiat dan kemungkaran. Perwatakannya
menyebabkan dia telah digelar oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf sebagai khomeni
Kampung Pulai. Kehadirannya tidak disenangi oleh Encik Muhammad dan Yang
Berhormat Muhd Yusuf. Selain Lebai Maarup, pengarang juga menggambarkan engaruh
gerakan dakwah Islamiah di kalangan penuntut Malaysia di luar negara.
Selain itu, pembahagiaan harta pusaka mengikut hukum
Islam. Orang kaya Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad telah
mengumpulkan ahli keluarga yang tinggal di wilayah Tualang dan tempat lain
untuk mengadakan mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk
Indera. Untuk memastikan pembahagian itu mengikut kaedah faraid turut hadir
ialah kadi wilayah Tualang.
Di samping itu, persoalan lain ialah kebebasan
beragama. Robert ialah anak Datuk
Tan merupakan seorang yang gemar mendalami pelbagai ajaran agama. Walaupun dia
pada asalnya beragama Buddha tetapi meminati untuk mengetahui tentang agama
lain dengan membaca buku-buku teologi belajar falsafah ketuhanan termasuklah
buku-buku tasawuf Islam. Kebebasan beragama member hak kepada Robert untuk
menganuti agama lain.
Persoalan seterusnya ialah kekayaan dan kemajuan yang dicapai tidak
harus melalaikan kewajipan terhadap agama. Lebai Maarup berpandang
jauh memikirkan kemajuan yang akan dilaksanakan oleh Syarikat Lombong Lembah
Tualang nanti tidak akan malalaikan manusia. Oleh itu, dia memberikan cadangan
kepada Encik Muhammad mendirikan sebuah surau di situ.
Persoalan berikutnya ialah, menghidupkan amalan sembahyang berjemaah dan beribadat
kepada Allah. Amalan sembahyang dalam novel ini digambarkan oleh
pengarang tidak dititikberatkan oleh masyarakat. Bahkan sembahyang jumaat tidak
dapat dilakukan kerana tidak cukup makmun. Amalan ini dilakukan oleh golongan
tua seperti Imam Saad, Bilal Endut, dan Tuk Empat Dahlan. Kedatangan Lebai
Maarup menambah bilangan ahli jemaah dan berjaya menarik golongan muda ke surau
seperti Kemat Jerangkung. Selain Lebai Maarup, watak Tan Sri Syed Aris juga
digambarkan seorang yang warak walaupun berkedudukan tinggi. Begitu juga
isterinya Syarifah Mu’inah yang sentiasa menemani suaminya beribadah kepada
Allah.
Persoalan lain ialah mewakafkan harta benda untuk kepentingan agama.
Lebai Maarup tidak mahu menjual tanah pusakanya tetapi mewakafkan tanah itu
untuk keperluan-keperluan agama. Dia telah memilih untuk mendapat keuntungan di
akhirat daripada keuntungan di dunia. Tindak tanduknya menghairankan pihak yang
tidak tahu nilai saham di akhirat itu.
Selanjutnya ialah, amalan sunnah Rasullulah. Amalan sunnah
Rasullulah memang menjadi ikutan sesetengah pengikut gerakan Ialam. Lebai
Maarup digambarkan berjubah dan berjanggut seperti orang Arab. Sudin pula telah
membawa cerita menarik tentang Lebai Maarup kepada Mahani, Cik Puan Tipah dan
Datin Tan.
Walau bagaimanapun terdapat lagi persoalan lain ialah perkahwinan
dalam Islam. Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar menghubungkan
seorang lelaki dengan seorang perempuan, tetapi lebih daripada itu adalah untuk
merapatkan silaturahim dan menyatukan dua keluargamenjadi satu. Perkahwinan
Sudin dan Gayah telah menamatkan permusuhan dua keluarga sejak dari dulu lagi.
Persoalan terakhir ialah memfitnah dilarang dalam Islam. Mat Akil telah
memfitnah Lebai Maarup mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang mengajar
ajaran sesat dan ejen kepada parti pembangkang. Lebai Maarup juga dikatakan
bercita-cita menjadi calon dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, Lebai Maarup
Berjaya menangkis serangan fitnah itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan