Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 23 Mac 2022

BAHASA MELAYU PT3:HUKUM D-M

 

FRASA DM DAN HUKUM DM

(*D-diterangkan,M-menerangkan)

 

1. MAKSUD:

a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Melayu. Frasa dalam bahasa Melayu adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.

b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.

c. Frasa bahasa Melayu berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :

Frasa Bahasa Melayu : ('benda' diikuti 'sifat')

Contoh:

BENDA

SIFAT

Rumah

saya

Kereta

baharu

Bebola

ikan

Lampu

kereta

Buku

teks

Kereta

Perodua

Idea

baharu

 

 

 

 

 



Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Melayu.

Contoh:

-Saya rumah ❌      (my house   )

-Baharu kereta   (new car   )

-Ikan bebola       (fish ball )

-Kereta lampu    (car lamp  )

-Teks buku ❌       (text books )

-Perodua kereta  (perodua cars  )

-Baharu idea ❌      (new idea  )

 

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)

 - Dia menaiki mini bas.

-makan di Mohaz Restoran.

-makan Maggie mee.

-naik Mohaz Ekspress

-bercicahkan cili sos.

-membeli goreng pisang.

-di Ah Seng kedai basikal.

-berbincang lain hal.

 Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Melayu)

-Dia menaiki bas mini.

-makan di Restoran Mohaz.

-makan mi Maggie.

-naik Ekspress Mohaz.

-bercicahkan sos cili.

-membeli pisang goreng.

-di kedai basikal Ah Seng.

-berbincang hal lain.

 ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

 Contoh:

Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)

-hal lain-lain

-perkara lain-lain

-peristiwa lain-lain

-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain

Contoh:

Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)

 -lain-lain hal

-lain-lain perkara

-lain-lain peristiwa

-lain-lain buku

-lain-lain buku bacaan

 Contoh:

 Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)

-hal-hal lain

-perkara-perkara lain

-peristiwa-peristiwa lain

-buku-buku lain

-buku-buku bacaan lain. 

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:

i.  Que Halifah menjamu tetamunya dengan goreng pisang ✖ yang masih panas.( sepatutnya pisang goreng ✔ )

ii. Kami menaiki mini bas    yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.(sepatutnya bas mini )

iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu Mohaz menerangkan lain-lain faktor  yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. (sepatutnya faktor-faktor lain )

 




 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"