Dikuasakan oleh Blogger.

BBM(GURU)

                                                                PROGRAM MIP
BAHASA MELAYU PMR
SIRI 1:PENULISAN BERGAMBAR/RANGSANGAN/BERPANDU(Bahagian B)
2010

1.0   TAJUK PROGRAM
Program MIP

2.0  FOKUS PROGRAM
Fokus program ini  untuk para pelajar aras baik dan  sederhana ,khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kemahiran menjawab kertas soalan bahagian B:Karangan Berpandu/Rangsangan. Program MIP bermaksud Mengemukakan Idea atau Isi Penting.(M-mengemukakan, I-Idea/Isi dan P-Penting)

3.0 OBJEKTIF AM
3.1. Pelajar dapat mengemukakan isi atau idea penting.
4.0 OBJEKTIF KHAS
            4.1. Pelajar dapat memberi sekurang-kurangnya 4 isi penting
            4.2. Pelajar dapat mengolah 4 isi penting dengan baik
      4.3 Pelajar dapat membina ayat yang gramatis dan menggunakan penanda wacana  
           yang betul bagi menunjukkan ketautan isi dari perenggan pertama dengan
           perenggan-perenggan isi yang keseterusnya.

5.0  HARI/TARIKH PELAKSANAAN:Mengikut jadual waktu P&P guru.
6.0  MASA:  P & P guru berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan.
7.0  TEMPAT: Di  kelas masing-masing
8.0  KUMPULAN SASARAN:PELAJAR-PELAJAR  3BKAA,3Q1 dan 3Q2
DISEDIAKAN OLEH:                                                         DISAHKAN OLEH:
………………………………………….                               ……... ………………………
(ENCIK MOHD.HAZLI CHE OTHMAN)                          (                                                  )
 PENYELARAS PROGRAM BAHASA MELAYU               

MODUL 1 : KEBAIKAN AKTIVITI PASUKAN PAKAIAN BERUNIFORM SEKOLAH

CONTOH PENGAPLIKASIAN/ LANGKAH-LANGKAH GURU UNTUK MELAKUKAN PENGAJARAN DALAM KELAS
Set induksi
-kemukakan soalan yang menjurus kepada tajuk pembelajaran atau  perkara yang hendak dipelajari pada hari berkenaan.
Contoh Soalan:- 1) Pada setiap hari Selasa persekolahan apakah
                                  pakaian yang mesti dipakai oleh para pelajar?
                             2) Apakah pakaian beruniform yang dipakai oleh
                                 guru/saya pada hari  ini?
                            3) Sebutkan/Nyatakan pakaian beruniform yang
                                dipakai oleh  pelajar dalam kelas berkenaan?
-Guru membuat kaitan jawapan pelajar dengan hal yang hendak dipelajari pada hari berkenaan.Guru memberitahu pada hari ini pelajar akan mempelajari karangan yang berkaitan dengan pakaian beruniform di sekolah.

LANGKAH 1
1.     Arahkan pelajar buka buku teks tingkatan 3 m/s 109 dan arahkan pelajar melihat 2      gambar berkenaan.
2.    Kemudian beri arahan soalan.
Lihat gambar tersebut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan aktiviti pasukan beruniform di sekolah. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
 3.       Arahkan pelajar senaraikan sekurang-kurangnya 4 isi penting
Gerak kerja/aktiviti
-guru agihkan kertas kajang sehelai seorang kepada para pelajar dan minta pelajar menyenaraikan isi penting yang difikirnya pada kertas tersebut.Beri masa 5-7 minit,ikut kesesuaian kelas(KBT-Kemahiran berfikir,kontekstual dan masteri).

LANGKAH 2
  1. Minta 5 orang pelajar catat atau tulis satu isi sahaja yang disenaraikan pada kertas kajang tadi di papan tulis.Kemudian guru dan pelajar membuat perbincangan jawapan pelajar berkenaan sama ada betul atau salah berdasarkan skema jawapan yang disediakan.(kaitkan dengan langkah 3 )
LANGKAH 3
  1. Guru meminta 7 orang pelajar berlainan uniform memegang kad skema jawapan(kad ini  ada jawapan salah dan betul).Arahkan  beberapa orang pelajar memilih kad skema jawapan yang betul.Kemudian guru asingkan kad jawapan betul dengan jawapan yang salah.
  2. Kemudian guru kaitkan jawapan pada kad skema dengan jawapan yang pelajar beri tadi.Nyatakan pelajar mana memberi jawapan yang hampir tepat dengan skema.(beri ucapan taniah kepada pelajar yang hampir tepat)
  3. susun isi penting yang diperoleh tadi berdasarkan keutamaan.*Cadangan aktiviti:
-contoh:guru mungkin boleh meminta para pelajar mengangkat tangan dengan menyebut siapa yang mengemukan isi  memenuhi masa lapang? Bilang berapa ramai pelajar yang menyenarai isi berkenaan…begitulah seterusnya. Bilangan pelajar yang banyak mengemukakan isi berkenaan bermakna isi itu boleh diberi  keutamaan sebagai isi pertama.ATAU
-Guru membimbing pelajar menyusun isi mengikut keutamaan.

LANGKAH 4
  1. Aktiviti membina perenggan isi pertama,kedua,ketiga dan keempat.Arahkan pelajar menggunakan isi yang betul tadi membina ayat yang lengkap,iaitu dalam perenggan  isi berkenaan haruslah ada ayat topik dan ayat huraian .
*Cadangan aktiviti:-
-guru memanggil dan mengarahkan 4 pelajar untuk memilih setiap seorang satu sampul rahsia. (di dalam sampul berkenaan guru telah memasukkan isi skema jawapan).Kemudian pelajar yang mendapat isi itu hendaklah membina atau menulis ayat yang lengkap pada kertas kajang.Beri masa untuk pelajar berkenaan menulis.(6-8 minit).Setelah selesai pelajar mengembangkan isi,minta pelajar berkenaan baca atau tulis di papan tulis.Selepas itu, jawapan ayat lengkap pelajar tersebut dibincangkan dalam kelas sebagai contoh ayat dan ayat berkenaan hendaklah diedit atau diperbaiki oleh guru sekiranya ada kesalahan.
-sementara itu,para pelajar lain yang tidak terlibat dengan aktiviti sampul rahsia juga diarahkan untuk membina perenggan isi yang mengandungi ayat yang lengkap,iaitu adanya ayat topik dan ayat huraian dalam buku latihan sebagai latihan dalam kelas.
-minta pelajar membina perenggan isi sahaja,perenggan pendahuluan dan penutup tidak diperlukan dalam pembelajaran hari ini.(untuk tujuan latihan sahaja)

LANGKAH 5/PENUTUP
1. Arahkan pelajar menyalin ayat-ayat pelajar berkenaan sebagai contoh ayat .
 2.Sekiranya pelajar tidak siap,maka bolehlah pelajar menyambung latihan itu sebagai kerja rumah. Minta pelajar menghantar latihan tersebut untuk semakan guru.
3. Guru membuat rumusan secara keseluruhan berkaitan kebaikan aktiviti pasukan beruniform.Harapan guru agar pelajar lebih proakitif dalam penglibatan mereka menyertai aktiviti kokurikulum,khususnya aktiviti unit beruniform.

REFLEKSI/IMPAK (ditulis selepas p & p)
Contoh penulisan refleksi:
- Semua pelajar dapat menyenaraikan 4 isi penting karangan bergambar dan 93 % berjaya membina perenggan isi dengan menggunakan ayat yang lengkap serta gramatis.Manakala 7% pelajar tidak dapat mengolah atau menghurai isi dengan baik.


MODUL PENGAJARAN PENULISAN (SIRI 2 )

 BAHAGIAN C: PENULISAN (Panduan Guru )

TAJUK/TEMA:  SAMSENG JALANAN ATAU MAT REMPIT
Latihan 1
Arahan Soalan
Bincangkan faktor-faktor atau punca-punca berlakunya kejadian samseng jalanan dalam kalangan remaja hari ini.

Langkah 1
Set Induksi- guru pamerkan kad bergambar
-          soal jawab dan kaitkan dengan tajuk

Langkah 2
-          membimbing pelajar menulis pendahuluan
Contoh Pendahuluan:
Gejala mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini.Perbuatan merempit yang dilakukan oleh remaja  ….(pelajar kembangkan)

Langkah 3
-          Perbincangan isi (kaedah serta aktiviti mengajar bergantung kepada guru dan aras kemahiran pelajar atau boleh menggunakan contoh aktiviti yang disediakan) Guru membimbing pelajar mengemukakan isi.
-          Cadangan isi (minta pelajar kemukakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 isi sahaja)
-          faktor utama yang menyumbang kewujudan mat rempit ini ada sekurang-kurangnya lima faktor iaitu sikap mat rempit, ada 'peminat' gejala itu, pengaruh permainan video, pengaruh media dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar.

                    Faktor/Punca sampingan.
-          Isi 6- Pakar pengangkutan awam yang juga Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Rahim Md Nor, berkata ini disebabkan beberapa faktor termasuk penggunaan motosikal sebagai pengangkutan utama di Malaysia berbanding negara asing.

-          Isi 7- kaitkan gejala mat rempit itu dengan faktor cuaca. Di Malaysia, cuacanya sama sepanjang tahun, manakala di luar negara cuacanya empat musim. "Apa yang pasti, tiada siapa pun yang mahu bermotosikal ketika musim sejuk." 

Langkah 4
-          pelajar olah dan hurai isi (guru membimbing)
-          perbincangan penutup karangan
-          membuat latihan penulisan dalam buku

Langkah 5
-          Rumusan guru atau pelajar
-          refleksi
CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN

MODUL BAHAGIAN C: PENULISAN

TAJUK/TEMA:  SAMSENG JALANAN ATAU MAT REMPIT
Latihan 1 (Contoh Aktiviti)
Arahan Soalan
Bincangkan faktor-faktor atau punca-punca berlakunya kejadian samseng jalanan dalam kalangan remaja hari ini.


Aktiviti 1: Menulis pendahuluan
Lengkapkan  pendahuluan di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai.
Isikan tempat kosong dengan  pilihan jawapan yang sesuai

merempit              samseng jalanan              igauan ngeri

heboh                      Malaysia                           remaja 

Gejala ____________ hanya wujud di___________, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu, kecuali di negara ini.Perbuatan ________ yang dilakukan oleh _________telah menjadi isu yang____________ diperkatakan sejak akhir ini.Selain itu,masalah mat rempit  telah menjadi_________________ semua pihak dan beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian sebegini telahpun dikenal pasti.

 Aktiviti 2: Mengemukakan Isi

-          Guru boleh guna kaedah peta minda
-          Kaedah pertanyaan ( Am bank CoP- apa?, mengapa?, bagaimana?, contoh dan penegasan )
-          Kaedah dikemasek

Aktiviti 3 : Penutup
-          dalam penutup perlu ada harapan
-          masukkan perkataan seperti agar/supaya

CONTOH KAD BERGAMBAR





CONTOH PENULISAN KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MERINGKAS KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TIP
1.0 TAJUK INOVASI:
Meningkatkan kemahiran  meringkas karangan dengan menggunakan kaedah TIP.
2.0.ISU/KEPRIHATINAN/FOKUS INOVASI
Fokus program inovasi kali ini  melibatkan para pelajar kelas Bestari,khususnya dalam meningkatkan penguasaan dan kemahiran menjawab kertas soalan bahagian A(i) Meringkas Karangan dan A(ii)Pemahaman Petikan.Justeru,Kaedah TIP diperkenalkan sebagai satu cara untuk memudahkan  pelajar mengenal pasti isi berdasarkan kehendak soalan.
3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU:
Pelajar kurang mahir mengenal pasti isi penting(idea utama) dan tidak dapat membezakannya dengan  huraian atau contoh. Masalah ini dikesan semasa latihan dalam kelas. Justeru,data diambil semasa ujian pra  iaitu sebelum program dan akan dibandingkan dengan keputusan OTI 1 nanti, iaitu keputusan selepas program.
3.0  OBJEKTIF AM
3.1  Merupakan antidot  dan cara terakhir guru bagi memenuhi target penskoran markah untuk bahagian A (i) dan (ii).
3.2   Untuk memberi pilihan kepada para pelajar untuk menggunakan berbagai kaedah atau teknik baru dalam mengenal pasti isi dalam meringkas karangan.
4.0  OBJEKTIF KHAS
4.1  Pelajar dapat mengenal pasti isi penting.
4.2  Pelajar dapat mengkelaskan isi penting secara urutan serta dapat menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud petikan.
5.0  KUMPULAN SASARAN: Pelajar-pelajar 3 Bestari Mumtaz 2 dan 3B1
6.0  TARIKH PELAKSANAAN: FEBRUARI – APRIL 2008
7.0   MASA: i) Waktu P & P
       ii) Kelas Kecemerlangan Malam
8.0  TEMPAT:  Bilik  Darjah  
9.0  *MASALAH YANG DIHADAPI

SEBELUM KAEDAH TIP
SELEPAS KAEDAH TIP







*Sila lampirkan pada ruangan lain sekiranya masalah yang dihadapi tidak cukup ditulis dalam petak yang disediakan
10.0. Tindakan dan Pelaksanaan Progam Inovasi Yang Dijalankan
Langkah 1.
            Guru membuat penerangan kepada pelajar bagaiamana cara menggunakan Kaedah TIP.  Kemudian pelajar perlu mengenal pasti apakah maklumat yang hendak disampaikan mengenai kandungan teks petikan (Tajuk/Tema) berdasarkan kata kunci yang terdapat pada arahan soalan atau kehendak soalan,apakah Isi penting atau utama yang mereka perlu kenal pasti dalam petikan tersebut, dan apakah Perkataan atau Perbendaharaan Kata  yang terdapat  dalam petikan, yang boleh diganti dengan perkataan sinonim setelah membaca petikan tersebut. Strategi ini dikenali sebagai strategi T-I-P.
T = Apa yang pelajar Tahu tentang Tajuk/Tema berdasarkan kata kunci?
I = Apakah Isi utama yang perlu dikenal pasti dan dipilih?
P= Apakah Perbendaharaan Kata yang sinonim dengan perkataan dalam teks?
Langkah 2
i.                    Membuat jadual Kaedah  T-I-P

1. T
2.I       
3.P



                                                       
ii.                  Arahkan pelajar melakukan aktiviti sebelum,ketika dan sesudah membaca seperti berikut:
  1. Sebelum membaca
i.                     Lihat teks secara  sepintas lalu,apakah kehendak tajuk atau soalan dan membaca secara luncur pantas (read eye skill) untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang teks.
ii.                   Tulis Tema/Tajuk berdasarkan kehendak soalan atau kata kunci (sebagai panduan supaya pelajar tidak menulis yang bukan berkaitan kehendak tajuk ) dalam ruang 1.T
iii.                  Saya agak saya dapat menjawab kehendak soalan tentang apakah…?
  1. Ketika Membaca
i.                    Adakah taakulan saya terhadap petikan ini pada awal tadi benar?
ii.                  Cari idea utama atau isi penting yang perlu digaris dan diambil bagi menjawab kehendak soalan.
iii.                Catatkan isi-isi penting  tersebut dalam ruang 2.I.
iv.                Semasa mengenal pasti isi sila kenal pasti juga  perkataan yang hendak  digantikan dan kemudian diberi perbendaharaan kata yang sinonim dalam ruang 3.P.
  • Ulang proses ini untuk mendapat jawapan untuk bahagian A.ii .Pemahaman.
C. Selepas Membaca (Semakkan)
i. Adakah saya telah mendapat isi penting yang tepat dengan kehendak tajuk soalan yang telah dikemukakan?
11.0. KEBERKESANAN KAEDAH TIP MELALUI ANALISIS UJIAN PRA/LATIHAN DAN OTI 1  2008.
TINGKATAN 3 BESTARI ……
                                            UJIAN PRA(UP)    OTI 1
                                                                                 
BIL
NAMA PELAJAR
 A.i           A.ii
A.i            A.ii





















A.i)-Bilangan Pelajar mendapat 14 markah ke bawah,     UP         /OTI 1          orang
      - Bilangan Pelajar mendapat 15 ke 17 markah     UP             / OTI 1              orang
      -Bilangan Pelajar mendapat 18 ke 20 markah    UP  _____/ OTI 1_______ orang
13.0. Penilaian Dan Refleksi Keseluruhan
13.1.  i) Diharap tindakan yang dibuat adalah berkesan untuk pelajar cerdik meningkatkan kemahiran meringkas karangan dengan menggunakan kaedah baru.
ii) Dengan kemahiran  ini, akhirnya pelajar dapat mencapai penskoran markah yang ditarget( di antara 17-19/20markah) untuk bahagian ini.

Disediakan oleh:
……………………….
(EN.MOHD HAZLI CHE OTHMAN)
PENYELARAS  PROGRAM BM TING.3
Disemak oleh:
…………………………..
(PN NOR ZEHAN AHMAD AFFANDI)
KETUA BIDANG BAHASA
Disokong oleh:
………………………….
(PN.HJH.HAMIDAH  HASSAN)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Disahkan oleh:
……………………………..
(PN.ANISAH BT SAMARDI)
PENGETUA
SMK BADRUL ALAM SHAH

LAMPIRAN AKTIVITI

UNIT 6 – KHAZANAH MILIK KITA
MEMBACA TEKS PIDATO
BAHAGIAN   A
(Masa yang dicadangkan 40 minit)
(20 markah)

MERINGKASKAN KARANGAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. (Rujuk halaman 97-98)


CONTOH PENGGUNAAN KAEDAH TIP


TAJUK/TEMA
ISI PENTING
PERBENDAHARAAN KATA/PERKATAAN
Langkah-langkah untuk membangunkan sektor pelancongan di Malaysia
1.Sediakan kemudahan
Infrastruktur/prasarana

2.kadar sewa penginapan berpatutan
             -


SKEMA JAWAPAN

1.     Menyediakan kemudahan @ infrastruktur.
2.     Kadar sewa penginapan berpatutan.
3.     Pihak kerajaan menawarkan pinjaman kepada pengusaha pelancongan.
4.     Pihak kerajaan memberi khidmat nasihat.
5.     Memberi pendidikan kepada penduduk setempat dan pelancong.
6.     Peningkatan taraf hidup rakyat setempat.
7.     Pembangunan terancang dari aspek ekologi.
Soalan Bahagian A (ii) : Pemahaman
(10 markah)
Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan–soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud perkataan konservatif?                          (2 markah)

2. Apakah faktor yang mendorong kedatangan pelancong asing ke negara kita?
                                                                                                        (4 markah)
3. Selain pihak kerajaan, pihak manakah yang turut boleh membantu
 menyediakan khidmat pinjaman dan nasihat kepada pengusaha pelancongan?                 
                                                                                                        (4 markah)      

Petikan diambil daripada unit 6 halaman 97 (Teks Pidato).

 Contoh Jawapan
1. Cara hidup yang tidak moden.

2.  (i) Kebersihan pantai dan keunikan semulajadi
    (ii) Kemesraan penduduk setempat.

3.  (i) Pihak swasta
    (ii) Institusi perbankan

Nota: Jawapan yang difikirkan sesuai boleh diterima.
















 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"