Video 2
Untuk semester 3 para pelajar perlu menguasai kemahiran penulisan kreatif di bahagian A. Antara penulisan kreatif tersebut ialah menulis sajak. Sebagai aktviti dalam kelas yang menggunakan kaedah didik hibur,maka selepas para pelajar menulis sajak maka pelajar bolehlah mendeklamasi sajak masing-masing secara mestamu. Saksikan contoh video 1: Deklamasi sajak secara mestamu oleh Fakhrul (sem.3) tahun 2023.
VIDEO DENDANGAN MANTERA SIRI 2
TAJUK: ULIT MAYANG
Antara pelajar-pelajar terpilih ialah:-
VIDEO 1: OLEH SAUDARI AMALIA
VIDEO 2 DENDANGAN MANTERA. TAJUK MENDUDKI RUMAH BARU
OLEH : SAUDARI AFNAN
(WAKIL PELAJAR PEREMPUAN YANG TERPILIH )
VIDEO DENDANGAN : TAJUK:" MENDUDUKI RUMAH BARU "
OLEH SAUDARA TAUFIQ
(WAKIL YANG TERPILIH DARIPADA KALANGAN
PELAJAR LELAKI 6B KMK )
JOM PELAJAR-PELAJAR CIKGU LATIH KEMAHIRAN DIRI ANDA DALAM BIDANG TATABAHASA...ANGGAP SERONOKNYA BELAJAR TATABAHASA😁
ARAHAN SOALAN
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Boleh buat latihan ini kat buku tatabahasa atau kat kertas kajang.
Oleh - mesti dikuti kata nama/frasa nama
Kerana - menghubungkan klausa yang menjadi
keterengan kepada klausa utama
- Contoh - Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja
-
Kata ganti nama diri ketiga mesti menerima kata
kerja pasif berimbuhan ‘di-‘dan diikuti
kata sendi nama ‘oleh’ .
-
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
dan kedua mesti ditulis bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan
awalan ‘di’
-
Dari
digunakan dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau
waktu
-
Daripada hadir
dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau
benda
-
Imbuhan awalan memper… yang kata dasarnya kata
adjektif tidak boleh menerima imbuhan apitan memper…kan.
-
Keterangan “dalam’ yang menggunakan kata sendi
nama di mesti menunjukkan objek yang ada ruang.
-keterangan “oleh”tidak boleh
menerima kata ganti diri pertama dan kedua.Kata ganti diri ketiga digunakan
bagi menggantikan diri orang lain yang diperkatakan halnya.
1.1 Puisi Tradisional
Pengenalan
Sejenis karya atau teks berangkap yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.Karya yang berbentuk lisan ini akhirnya ditulis semula dalam bentuk teks bertulis bagi tujuan mendokumentasikan khazanah sastera Melayu.Terdapat 2 bentuk puisi tradisional dalam bahasa Melayu,iaitu puisi terikat dan puisi bebas.
DEFINISI DAN KONSEP
Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004:2), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan.
Menurut
Mohd Rosli Saludin (2000:10), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat
dalam puisi tradisional Melayu adalah seperti pantun, syair, seloka, teromba,
gurindam, peribahasa berangkap, talibun, nazam, rubai, kit ’ah, masnawi,
ghazal, zikir dan selawat, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah dan
dabus.
FUNGSI UMUM PUISI TRADISIONAL
1.
Menyampaikan pesanan kepada manusia supaya
sentiasa berbuat kebaikan.
2.
Alat untuk mengajar dan memberikan didikan ke
arah kebaikan.
3.
Menceritakan pandangan masyarakat tentang
peristiwa yang terjadi pada sesuatu masa.
4.
Memberikan gambaran tentang masyarakat zaman
dahulu seperti:
a)
papapran kehidupan seharian
b)
adat istiadat
c)
keagamaan
d)
keindahan alam dan
e)
hubungan dengan sesama manusia
1.1.1. PANTUN
PENGENALAN
Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang paling popular. Hal ini
disebabkan oleh sifatnya yang asli. Keaslian yang dimaksudkan adalah kerana
pantun hanya dijumpai pada bangsa Melayu Nusantara sahaja. Menurut Za’ba
1965:219), pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal orang
Melayu sebenar. Sejak orang Melayu belum tahu menulis surat lagi, mereka telah
pun pandai berpantun dan kerap berbalas pantun sesama mereka. Menurut Harun Mat
Piah, et al (2000:112) pula, pantun yang telah pun diterima umum merupakan
puisi asli ciptaan orang Melayu iaitu bukan saduran atau penyesuaian
daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya.
DEFINISI
1.Harun Mat Piah (1989 ) telah memberikan definisi pantun berdasarkan
aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visual pantun itu sendiri.
2. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan
persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan 2 aspek,iaitu:
a) Penggunaan lambang-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun
mengikut tangggapan dan pandangan dunia
masyarakat Melayu
b) Hubungan makna antara pasangan pembayang
dengan pasangan maksud
sama ada secara konkrit atau abstrak.
CIRI-CIRI PANTUN
Ciri-ciri pantun dapat dilihat dari aspek strukturnya.
1.Ciri pantun ialah mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. Rangkapnya berasingan
dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris yang sejajar serta
berpasangan seperti 2,4,6 hingga 16.
2.Seterusnya, pantun mempunyai jumlah suku kata dalam setiap baris antara
lapan hingga dua belas suku kata iaitu mengandungi kata dasar antara empat
hingga lima patah perkataan. Namun begitu, pada kebiasaannya pantun mengandungi
antara lapan hingga sepuluh suku kata.
3.Selain itu, setiap rangkap pantun mempunyai dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan juga bahagian maksud. Sebagai contoh, dalam satu quatrain
terdapat dua unit, satu unit pembayang dan unit satu lagi merupakan unit
maksud.
Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap
manusia.
4.Ciri yang lain ialah pantun mempunyai skema rima hujung yang
tetap iaitu a-b-a-b. Walau bagaimanapun, terdapat juga variasi pada rima hujung
pantun iaitu a-a-a-a, a-a, a-b, b-a, dan sebagainya. Pada kebiasaannya, pantun
akan menggunakan rima akhir a-b-a-b.
5.Ciri terakhir ialah satu rangkap pantun sahaja sudah memiliki kesatuan
fikiran yang lengkap dan sempurna. Dalam kata lain, satu rangkap pantun sahaja
sudah dapat memberikan maksud yang hendak disampaikan secara keseluruhan.
Dari
aspek visual (dalaman pantun)
6.Penggunaan
lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.
7. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit
pembayang dengan unit maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
JENIS PANTUN :
BERDASARKAN TIGA ASPEK
1. Suduk Khalayak
(penutur dan pendengar pantun)
a. Pantun kanak-kanak - Pantun yang bermaksud nasihat terutamanya menyentuh
alam pendidikan
b. Pantun orang dewasa / orang muda – Pantun yang bertemakan kasih sayang, usik
mengusik, kepahlawanan, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya.
c. Pantun orang tua – Pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias ibarat, adat
resam serta mengandungi nilai kemasyarakatan dan kebudayaan.
2. Sudut bentuk –
berdasrkan jumlah dalam setiap rangkap
Mempunyai empat kumpulan :
i. Pantun dua baris / dua kerat (pameo/pantun kilat)
ii. Pantun empat baris / empat kerat (kuatren)
iii. Pantun lebih empat baris (6 kerat – 16 kerat)
iv. Pantun berkait.
3. Sudut Tema (sebelas tema)
i. Pantun adat dan resam manusia
ii. Pantun agama dan kepercayaan
iii. Pantun budi
iv. Pantun jenaka dan permainan
v. Pantun teka-teki
vi. Pantun kepahlawanan
vii. Pantun nasihat dan pendidikan
viii. Pantun peribahasa dan perbilangan
ix. Pantun kias dan ibarat
x. Pantun kembara dan perantauan
xi. Pantun percintaan
Fungsi Pantun
i. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,
dan adat istiadat.
ii. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti
sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara
atau majlis rasmi.
iii. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya
pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
iv. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kias atau berterus
terang.
v. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun
teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau
teromba.
vi. Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutama sebagai
gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,
cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya. Oleh itu, banyak
sarjana berpendapat bahawa untuk mengenal bangsa Melayu, kenalilah pantun
mereka.
Teknik penulisan pantun:
• Bentuk terikat
• Rangkap – jumlah baris serangkap ( 2,4,6 hingga 16)
• Rima yang bertentangan a-b, a-b dan seterusnya
• Jumlah perkataan sebaris – 4 hingga 5 patah perkataan
• Jumlah suku kata sebaris – antara 8 hingga 10
• Jeda (hentian sejenak/ ‘pause’) – di antara dua perkataan sebaris
• Pembayang dan maksud dalam serangkap
• Maksud – tema pantun
Contoh huraian :
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Pantun ialah puisi Melayu lama berbentuk terikat.
Dari segi rangkap:
Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap atau pantun empat kerat yang
terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan.
Buah langsat kuning mencelah, B1
Senduduk tidak berbuah lagi; B2
Sudah dapat gading bertuah, B3
Tanduk tidak berguna lagi. B4
Dari segi rima akhir pantun:
Skema rima akhir pantun di atas adalah bertentangan iaitu a-b,a-b
Buah langsat kuning mencelah, a
Senduduk tidak berbuah lagi; b
Sudah dapat gading bertuah, a
Tanduk tidak berguna lagi. b
Jumlah perkataan sebaris:
Jumlah perkataan sebaris adalah tetap / sekata iaitu di antara 4 patah
perkataan.
Buah langsat kuning mencelah, 4 p.p.
Senduduk tidak berbuah lagi; 4 p.p.
Sudah dapat gading bertuah, 4 p.p.
Tanduk tidak berguna lagi. 4 p.p
Jumlah suku kata sebaris:
Jumlah suku kata sebaris adalah tetap iaitu di antara 9 hingga 10 jumlah suku
kata sebaris
Bu/ah/ lang/sat/ ku/ning/ men/ce/lah, 9 jumlah suku kata
Sen/du/duk/ ti/dak/ ber/bu/ah/ la/gi; 10 jumlah suku kata
Su/dah/ da/pat/ ga/ding/ ber/tu/ah, 9 jumlah suku kata
Tan/duk/ ti/dak/ ber/gu/na/ la/gi. 9 jumlah suku kata
Jeda
Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris
Buah langsat / kuning mencelah,
Senduduk tidak / berbuah lagi;
Sudah dapat / gading bertuah,
Tanduk tidak / berguna lagi.
Pembayang (sampiran) dan maksud pantun
Dalam serangkap pantun mengandungi dua unit / kuplet iaitu kuplet pembayang dan
kuplet maksud. Baris pertama dan kedua ialah kuplet pembayang dan baris ketiga
dan keempat ialah kuplet maksud.
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi; Kuplet pembayang
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi. Kuplet maksud
Dari segi maksud pantun
Lengkap maksud pantun itu dengan serangkap sahaja. Pantun di atas bertemakan
budi iaitu perilaku orang yang melupakan sesseorang yang banyak berjasa setelah
bertemu orang yang baru dan kelihatan sempurna.
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Maksud pantun di atas ditulis secara berkias. Oleh itu perkataan gading dan
tanduk dipilih sebagai kiasan. Maksud
pantun walaupun ringkas tetapi kerana disampaikan secara kiasan sudah pasti
menimbulkan kesan mendalam dan makna yang sangat
luas.
MULTI MEDIA
PENGENALAN
Dalam tajuk ini para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran membina papan ceritaSemasa pembinaan papan cerita elemen sastera mesti diterapkan . Pelajar-pelajar juga dikehendaki memahami dan mahir tentang penggunaan teks, animasi, grafik dan audio-visual. Bagi saya untuk mewujudkan perasaan seronok dalam kalangan pelajar, saya telah meminta pelajar menjadikan papan cerita yang mereka hasilkan itu di videokan yang mana pelajar itu sendiri terlibat sebagai pelakon yang melakonkan watak2 yang ada dalam drama Asiah Samiah berdasarkan petikan teks terpilih.
Saksikan video yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar KMK STPM Kohort 2022 SMK Bukit Payong,Besut Terengganu.
***Peringatan teknik ini hanya panduan dan pandangan jawapan daripada penulis sahaja.Para pelajar boleh berbincang teknik-teknik lain dengan guru KMK STPM masing-masing.
JOM
MENJAWAB GUNA TEKNIK/FORMULA ①IFP/IWFP,
②KTP& ③SABaM
① IFP/IWFP= guna untuk tulis fakta/isi
②KTP= guna untuk tulis kat huraian
③SABaM = guna untuk tulis contoh
④ KK= guna untuk tulis kesimpulan kecil
PENERANGAN
TENTANG FORMULA
Fakta yang hendak diberikan mesti signifikant/tepat
dengan isu dalam soalan.Fakta mesti ditulis dalam bentuk ayat yang gramatis.
①I=Isu(soalan)
…F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan isu
①I=Isu(soalan)
…W=watak…F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan
tokoh/watak
②Untuk Buat Huraian Guna Formula KTP
1.K=konsepà
iaitu pelajar perlu terangkan apa konsep fakta yang diberikan dlm ayat huraian
(ttg fakta tabah )
2. T=Teks
3.P=Pembangunan…ketiga2 ni mesti/wajib ada dlm jawapan
②.1.1
konsep..beri pengertian am/kepentingan/fungsi/ciri/kefahaman..pilih unsur2
tersebut..tdk semestinya semua ada..pilih salah satu shj
konsep guna…perkataan merujuk kepada..jgn guna perkataan
bermaksud,takrifan..jika guna mesti tulis dengan
FAKTA
: ILMU AGAMA
BIL |
KATEGORI |
TAKRIFAN/KONSEP |
1 |
Pengertian
am |
Ilmu
Agama tidak hanya terbatas kepada ilmu fikah,tasauf atau tauhid
semata-mata,malah ilmu agama mencakupi semua pengetahuan tentang sesuatu
bidang atau disiplin ilmu yang membawa kepada kemaslahatan manusia di muka
bumi ini. |
2 |
kepentingan |
…dapat/mampu
melahirkan hamba yang taat kepada Allah SWT. ...
dapat melahirkan insan yang bertaqwa kepada
Allah SWT |
3 |
Fungsi |
…dapat
membantu manusia mencapai kehidupan yang baik di dunia dan memberi keuntungan
kpd diri di akhirat nanti |
4 |
Ciri |
…merupakan
keperluan bagi umat Islam untuk mempelajari dan mengamalkannya |
5 |
Kefahaman(Teks)-(iaitu kefahaman
pljr ttg mengemukakan konsep fakta itu tetapi mesti berdasarkan dengan teks
dlm peristiwa/cth.) |
…dengan
adanya ilmu agama seseorang itu sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah
SWT dengan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan dan mengajar pula ilmu
yang ada/yang diperoleh itu untuk manfaat orang lain |
CONTOH PERBINCANGAN SOALAN BERSERTA CADANGAN JAWAPAN BERDASARKAN KATA TUGAS BINCANGKAN
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menggambarkan perpaduan (1) masyarakat majmuk(3). Bincangkan (2) pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. (4) ( 25 m)
* dalam perbincangan ini cikgu terus menjurus kepada perenggan isi/fakta. Jadi kat huraian pelajar tu sila guna formula IFP (untuk kemukakan fakta/isi), KTP (utk perkembangkan ayat huraian pelajar semasa pelajar tulis ayat huraian pro), SABaM (guna untuk contoh) dan Kk (guna untuk kesimpulan kecil)
B.ISI(20M)
FAKTA
1(IFP) |
Perpaduan
masyarakat majmuk dalam novel SBDKL dapat dilihat dalam perkongsian saham
syarikat dalam bidang ekonomi |
|
HURAIAN
|
HURAIAN PRO (KT) |
Perkongsian
saham dalam syarikat boleh dijelmakan dengan adanya sikap saling mempercayai
antara satu sama lain yang mampu menerbitkan hubungan kaum yang erat dan
harmoni. |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
Keadaan
ini membawa kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial kepada masyarakat
berkenaan.Malah masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormati-menghormati
antara satu sama lain. |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya,
tiada perkongsian saham syarikat antara orang Melayu dan Cina dalam bidang
ekonomi, hubungan yang erat dan harmoni tidak wujud kerana tiada sikap saling
mempercayai. Hal ini akan menyebabkan terbantutnya kemajuan dalam bidang
ekonomi masyarakat. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
En. Muhammad yang merupakan kaum Melayu yang mempunyai 60% saham dalam Firma
Serba Dagang Internasional yang merupakan sebuah syarikat perkongsian antara
Datuk Tan Chong Seng yang berbangsa Cina.Mereka telah menjadi rakan kongsi
selama beberapa tahun dan masing-masing meletakkan kepercayaan yg tinggi bagi
memajukan ekonomi perniagaan mereka.Hal ini telah mewujudkan masyarakat yg
saling bekerjasama antara satu sama lain. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,bahawa
kegiatan ekonomi iaitu perkongsian saham dalam syarikat mampu mewujudkan
hubungan yang erat dlm kalangan masyarakat berbilang kaum dan membawa kpd pembangunan
masyarakat |
FAKTA
2(IFP) |
Pendidikan
mampu menjadi tonggak perpaduan masyarakat majmuk. |
|
HURAIAN
|
HURAIAN PRO (KT) |
Pendidikan
mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum iaitu
melalui institusi pendidikan yang sama, masyarakat yang berbeza kaum,agama
dan budaya bergaul antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan anggota
masyarakat saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormati menghormati
antara kaum dan sebagainya. |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
Sikap
yang dipupuk ini akhirnya membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan
masyarakat seterusnya dapat membangunkan masyarakat berkenaan. |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya/Jika
tiada institusi pendidikan yang sama,masyarakat berbilang kaum ini tidak akan
bergaul dan hanya menjalin hubungan dalam kaum yang sama sahaja.Keadaan ini
menyebabkan masyarakat tidak mengenali kaum lain dan gagal untuk memupuk rasa
hormat kaum lain sehingga perpaduan masyarakat gagal diwujudkan. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
Robert, Rahim dan Mahani bersekolah di sekolah yang sama dan mereka berkawan
rapat sejak di bangku sekolah sehingga membawa ke peringkat yang lebih tinggi
apabila Rahim dan Robert melanjutkan pelajaran ke England mereka masih kekal
bersahabat baik. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,pendidikan
mampu menjadi agen penyatuan dan boleh menjadi elemen penting dalam memajukan
masyarakat ke arah masyarakat yang berfikiran tinggi tanpa prejudis. |
FAKTA
3(IFP) |
Kerjasama
usahawan pelbagai kaum |
|
HURAIAN |
HURAIAN PRO (KT) |
Jalinan kerjasama akan meningkatkan lagi keuntungan
perniagaan yang dijalankan dan dapat merapatkan lagi jurang perkauman dalam
bidang ekonomi … |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
…agar
pertelingkahan kaum tidak berlaku sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya/Jika,
tiada kerjasama usahawan pelbagai kaum,jurang antara kaum dalam bidang
ekonomi semakin melebar dan menyebabkan wujud prejudis dalam kalangan anggota
masyarakat. Hal ini boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang
menyebabkan perpaduan gagal dipupuk dalam masyarakat. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
kerjasama antara Datuk Tan Chong Seng dan En.Muhammad merancang untuk
menjalankan perusahaan lombong bijih timah di Lembah Tualang. Kerjasama
mereka ini dapat mengimbangi jurang antara kaum dan menengah memupuk
sikap saling mempercayai,hormat
menghormati sehingga mewujudkan hubungan harmoni. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,kerjasama
usahawan pelbagai kaum dan dapat mengelakkan beralkunya prasangka dalam
kalangan kaum-kaum yang ada dalam masyarakat sekaligus membangunkan
masyarakat. |