Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 9 Mei 2023

TEKNIK MENULIS FAKTA BAGI KATA TUGAS BINCANGKAN DALAM SOALAN KMK STPM SEM.2

 

***Peringatan teknik ini hanya panduan dan pandangan jawapan daripada penulis sahaja.Para pelajar boleh berbincang teknik-teknik lain dengan guru KMK STPM masing-masing.

JOM MENJAWAB GUNA TEKNIK/FORMULA  IFP/IWFP, KTP& SABaM

IFP/IWFP= guna untuk tulis fakta/isi

KTP= guna untuk tulis kat huraian

SABaM = guna untuk tulis contoh

KK= guna untuk tulis kesimpulan kecil

PENERANGAN TENTANG FORMULA

Fakta yang hendak diberikan mesti signifikant/tepat dengan isu dalam soalan.Fakta mesti ditulis dalam bentuk ayat yang gramatis.

I=Isu(soalan) …F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan isu

I=Isu(soalan) …W=watak…F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan tokoh/watak

Untuk Buat Huraian Guna Formula  KTP

1.K=konsepà iaitu pelajar perlu terangkan apa konsep fakta yang diberikan dlm ayat huraian (ttg fakta tabah )

2. T=Teks

3.P=Pembangunan…ketiga2 ni mesti/wajib ada dlm jawapan

.1.1 konsep..beri pengertian am/kepentingan/fungsi/ciri/kefahaman..pilih unsur2 tersebut..tdk semestinya semua ada..pilih salah satu shj

konsep guna…perkataan merujuk kepada..jgn guna perkataan bermaksud,takrifan..jika guna mesti tulis dengan CONTOH TULIS HURAIAN KONSEP

FAKTA : ILMU AGAMA

BIL

KATEGORI

TAKRIFAN/KONSEP

1

Pengertian am

Ilmu Agama tidak hanya terbatas kepada ilmu fikah,tasauf atau tauhid semata-mata,malah ilmu agama mencakupi semua pengetahuan tentang sesuatu bidang atau disiplin ilmu yang membawa kepada kemaslahatan manusia di muka bumi ini.

2

kepentingan

…dapat/mampu melahirkan hamba yang taat kepada Allah SWT.

... dapat melahirkan insan yang bertaqwa kepada  Allah SWT

3

Fungsi

…dapat membantu manusia mencapai kehidupan yang baik di dunia dan memberi keuntungan kpd diri di akhirat nanti

4

Ciri

…merupakan keperluan bagi umat Islam untuk mempelajari dan mengamalkannya

5

Kefahaman(Teks)-(iaitu kefahaman pljr ttg mengemukakan konsep fakta itu tetapi mesti berdasarkan dengan teks dlm peristiwa/cth.)

…dengan adanya ilmu agama seseorang itu sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT dengan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan dan mengajar pula ilmu yang ada/yang diperoleh itu untuk manfaat orang lain


 CONTOH PERBINCANGAN SOALAN BERSERTA CADANGAN JAWAPAN BERDASARKAN KATA  TUGAS BINCANGKAN

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menggambarkan perpaduan (1) masyarakat majmuk(3). Bincangkan (2) pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. (4) ( 25 m)

* dalam perbincangan ini cikgu terus menjurus kepada perenggan isi/fakta. Jadi kat huraian pelajar tu sila guna formula IFP (untuk kemukakan fakta/isi), KTP (utk perkembangkan ayat huraian pelajar semasa pelajar tulis ayat huraian pro), SABaM (guna untuk contoh) dan Kk (guna untuk kesimpulan kecil)


B.ISI(20M)

FAKTA 1(IFP)

Perpaduan masyarakat majmuk dalam novel SBDKL dapat dilihat dalam perkongsian saham syarikat dalam bidang ekonomi

 

 

HURAIAN

 

 

 

HURAIAN PRO

(KT)

Perkongsian saham dalam syarikat boleh dijelmakan dengan adanya sikap saling mempercayai antara satu sama lain yang mampu menerbitkan hubungan kaum yang erat dan harmoni.

HURAIAN

P.MASYKT

(P)

Keadaan ini membawa kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial kepada masyarakat berkenaan.Malah masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormati-menghormati antara satu sama lain.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya, tiada perkongsian saham syarikat antara orang Melayu dan Cina dalam bidang ekonomi, hubungan yang erat dan harmoni tidak wujud kerana tiada sikap saling mempercayai. Hal ini akan menyebabkan terbantutnya kemajuan dalam bidang ekonomi masyarakat.

 

CONTOH

(sila guna formula SABaM)

Contohnya, En. Muhammad yang merupakan kaum Melayu yang mempunyai 60% saham dalam Firma Serba Dagang Internasional yang merupakan sebuah syarikat perkongsian antara Datuk Tan Chong Seng yang berbangsa Cina.Mereka telah menjadi rakan kongsi selama beberapa tahun dan masing-masing meletakkan kepercayaan yg tinggi bagi memajukan ekonomi perniagaan mereka.Hal ini telah mewujudkan masyarakat yg saling bekerjasama antara satu sama lain.

Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF)

Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,bahawa kegiatan ekonomi iaitu perkongsian saham dalam syarikat mampu mewujudkan hubungan yang erat dlm kalangan masyarakat berbilang kaum dan membawa kpd pembangunan masyarakat

 

FAKTA 2(IFP)

Pendidikan mampu menjadi tonggak perpaduan masyarakat majmuk.

 

 

HURAIAN

 

 

 

HURAIAN PRO

(KT)

Pendidikan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum iaitu melalui institusi pendidikan yang sama, masyarakat yang berbeza kaum,agama dan budaya bergaul antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan anggota masyarakat saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormati menghormati antara kaum dan sebagainya.

HURAIAN

P.MASYKT

(P)

Sikap yang dipupuk ini akhirnya membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat membangunkan masyarakat berkenaan.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya/Jika tiada institusi pendidikan yang sama,masyarakat berbilang kaum ini tidak akan bergaul dan hanya menjalin hubungan dalam kaum yang sama sahaja.Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak mengenali kaum lain dan gagal untuk memupuk rasa hormat kaum lain sehingga perpaduan masyarakat gagal diwujudkan.

 

CONTOH

(sila guna formula SABaM)

Contohnya, Robert, Rahim dan Mahani bersekolah di sekolah yang sama dan mereka berkawan rapat sejak di bangku sekolah sehingga membawa ke peringkat yang lebih tinggi apabila Rahim dan Robert melanjutkan pelajaran ke England mereka masih kekal bersahabat baik.

Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF)

Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,pendidikan mampu menjadi agen penyatuan dan boleh menjadi elemen penting dalam memajukan masyarakat ke arah masyarakat yang berfikiran tinggi tanpa prejudis.

 

FAKTA 3(IFP)

 

Kerjasama usahawan pelbagai kaum

 

 

 

HURAIAN

 

 

 

HURAIAN PRO

(KT)

 

Jalinan kerjasama akan meningkatkan lagi keuntungan perniagaan yang dijalankan dan dapat merapatkan lagi jurang perkauman dalam bidang ekonomi …

 

HURAIAN

P.MASYKT

(P)

 

…agar pertelingkahan kaum tidak berlaku sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

 

HURAIAN KONTRA

 

Sekiranya/Jika, tiada kerjasama usahawan pelbagai kaum,jurang antara kaum dalam bidang ekonomi semakin melebar dan menyebabkan wujud prejudis dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang menyebabkan perpaduan gagal dipupuk dalam masyarakat.

 

 

CONTOH

(sila guna formula SABaM)

 

Contohnya, kerjasama antara Datuk Tan Chong Seng dan En.Muhammad merancang untuk menjalankan perusahaan lombong bijih timah di Lembah Tualang. Kerjasama mereka ini dapat mengimbangi jurang antara kaum dan menengah memupuk sikap  saling mempercayai,hormat menghormati sehingga mewujudkan hubungan harmoni.

 

Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF)

 

Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,kerjasama usahawan pelbagai kaum dan dapat mengelakkan beralkunya prasangka dalam kalangan kaum-kaum yang ada dalam masyarakat sekaligus membangunkan masyarakat.

 

 

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"