Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 9 Mei 2023

PANDUAN MENULIS RINGKASAN UNTUK KEGUNAAN MENENGAH RENDAH(EDISI NOTA KEMAS KINI &TAMBAHAN)



TIPS BELAJAR RINGKASAN 

1. Mesti mencari 5 isi penting berdasarkan kata kunci soalan dalam petikan. 
2. Gabungkan isi tersebut dengan penanda wacana yang baik. 
3. Ingat JANGAN ambil ayat huraian dan contoh. 
4. Pastikan murid menggunakan bahasa yang gramatis dan betul. 
5.Bagi pelajar pandai boleh tulis dalam bentuk ayat pasif dan ayat songsang selagi tidak mengubah maksud asal petikan.

Item Contoh – Ringkasan[ masa  dicadangkan:15 minit]

 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebersihan dan penjagaan diri sangat penting kepada semua orang, khususnya golongan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa proses akil baligh, kulit remaja yang aktif akan mengeluarkan peluh yang berlebihan sehingga mengakibatkan liang folikel tersumbat. Apabila hal ini berlaku, kulit remaja yang sensitif akan mudah berjerawat. Oleh itu, remaja perlulah menitikberatkan aspek kebersihan diri, terutamanya penjagaan muka.

Remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi memastikan wajah sentiasa bersih. Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan minyak dan habuk yang terampai pada pori-pori kulit muka. Remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak mengalami gejala alergi dan kerengsaan. Pemilihan barangan penjagaan diri yang sesuai juga penting bagi menjamin kebersihan dan penampilan diri yang sempurna. Sesetengah remaja menggunakan penyental dan pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan berseri. Kaedah ini juga dapat membaharui sel-sel kulit mati. 

Selain itu, pengeluaran peluh yang berlebihan dan perubahan hormon dalam diri remaja juga menyebabkan masalah bau badan. Oleh hal yang demikian, remaja mestilah bijak memilih pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai. Remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri remaja dan disenangi oleh rakan-rakan. Amalan menjaga kebersihan diri mestilah dilaksanakan setiap masa supaya kita terhindar daripada sebarang penyakit. Di samping itu, remaja harus memastikan rambut mereka bersih dan berpakaian kemas.

Sebagai golongan yang diharapkan untuk mencapai aspirasi negara, remaja bukan sahaja perlu berpendidikan dan berkeperibadian tinggi, bahkan perlu juga sentiasa bersih, rapi dan berketerampilan.

     (Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Halaman 4, Buku Teks Tingkatan 1, KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)


PANDUAN MENJAWAB RINGKASAN

1.         Untuk mengenal pasti isi penting, calon hendaklah merujuk arahan soalan.

 Contohnya jika soalan mengkehendaki  calon menyatakan langkah-langkah

 / cara  mengatasi / kaedah-kaedah biasanya kata kunci yang  boleh

 membantu calon ialah perkataan berikut:

·         perlu

·         harus

·         patut

·         mesti

·         hendaklah

·         kata bantu + kata kerja (contoh:harus memastikan,mesti mengawal)

·         kata kerja + perkataan/ayat yang menjurus kepada isi jawapan

·         kata sendi + kata kerja (contoh: untuk mendapatkan,bagi mengatasi,untuk merawat)

 

Untuk soalan yang mengkehendaki calon menyatakan punca-punca/ faktor-faktor biasanya kata kuncinya ialah:

·         kerana

·         sebab

Untuk soalan yang mengkehendaki calon menyatakan kesan-kesan / kelebihan/ kepentingan/keburukan biasanya kata kuncinya ialah:

·         dapat

·         boleh

 

2.         Pelajar dicadang menggariskan jawapan yang dikenal pasti kemudian menuliskan nombor isi  pertama,kedua dan seterusnya dalam bahan petikan/dalam soalan.Tujuannya isi yang dikenal pasti cukup 5 isi dan nampak lebih tersusun.

3.         Bagi tujuan latihan dan pembelajaran pelajar digalakkan untuk menyenaraikan 5 isi yang didapati kemudian barulah boleh memulakan penulisan lengkap ringkasan.Bagi tujuan peperiksaan pelajar dicadangkan hanya menggariskan isi penting dikenal pasti sahaja.

Penyenaraian 5 isi penting yang diperoleh dalam bahan petikan contoh seperti berikut:-

i)                    Remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi memastikan wajah sentiasa bersih.

ii)                  Remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak mengalami gejala alergi dan kerengsaan.

iii)                Sesetengah remaja menggunakan penyental dan pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan berseri.

iv)                Remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri.

v)                  Di samping itu, remaja harus memastikan rambut mereka bersih dan berpakaian kemas.

 

 

4.         Seterusnya  untuk memulakan ringkasan calon haruslah memulakan dengan

             menulis ayat pendahuluan. Ayat pendahuluan mestilah dibina berdasarkan arahan     

soalan. Contohnya:

Cara-cara menjaga kebersihan diri [ kehendak soalan ] ialah/termasuklah ...

_________________________________________________________________

* Cadangan kata kunci soalan iaitu cara-cara boleh ditukarkan dengan perkataan atau ayat yang sama maksudnya. (Langkah-langkah menjaga kebersihan diri termasuklah...)

5.         Seterusnya untuk memulakan penulisan isi, calon hendaklah memasukkan

penanda wacana pada permulaan ayat bagi setiap isi yang telah dikenal pasti

berdasarkan petikan bermula dengan isi kedua.

Senarai penanda wacana:

-          Biarpun demikian                                        -     Oleh sebab itu

-          Di samping itu                                             -     Sehubungan dengan itu

-          Selanjutnya                                                 -     Selain itu

-          Lebih-lebih lagi                                           -     Tambahan pula

-          Meskipun demikian                                     -     Walau bagaimanapun

-          Namun begitu                                              -     Walaupun begitu

-          Oleh itu                                                       -     Untuk itu

-          Bukan itu sahaja                                          -      Umumnya

-          Seterusnya                                                   -      Akhir sekali

Pilihan penanda wacana untuk pelajar  HALUS

·         Selain itu                            * S - Saya

·         Seterusnya                         * S - Suka

·         Selanjutnya                        * S - Sebab

·         Di samping itu                   * D - Dia

·         Akhir sekali                       * A - Anggun



 Contoh Penulisan Lengkap Ringkasan dan Jawapan Cadangan

Cara-cara menjaga kebersihan diri ialah remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi memastikan wajah sentiasa bersih. Selain itu, remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak mengalami gejala alergi dan kerengsaan. Di samping itu, sesetengah remaja menggunakan penyental dan pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan berseri. Seterusnya, remaja mestilah bijak memilih pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai. Bukan itu sahaja, remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri. Tambahan pula, remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri.

                                                                                               (85 patah perkataan) 


Latihan i:– Ringkasan

            Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kelebihan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. . Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.  Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

             Budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerap menjadi bahan perbincangan ahli akademik dan pemimpin negara. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa budaya membaca dalam masyarakat masih rendah. Lantaran itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan budaya membaca kepada masyarakat.

            Melalui pembacaan seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara  dan dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ‘Membaca Jambatan Ilmu’. Sesungguhnya terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca oleh masyarakat  seperti surat khabar, majalah dan buku-buku.

            Melalui pembacaan juga kita dapat menambahkan perbendaharaan kata. Dengan perbendaharaan kata yang banyak, seseorang akan lebih berupaya bercakap dengan lancar mengenai sesuatu perkara. Melalui pembacaan juga, seseorang akan mudah menguasai sesuatu bahasa. Seseorang pelajar juga akan dapat memahami sesuatu tajuk atau kandungan sesuatu tajuk atau kandungan mata pelajaran dengan baik jika pelajar banyak membaca atau mengulang kaji pelajaran. Hal ini secara tidak langsung membolehkan seseorang pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, budaya membaca membolehkan seseorang memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang yang tidak digunakan dengan baik akan merugikan diri seseorang. Sebagai contoh, kita boleh membaca ketika menunggu bas atau kereta sewa. Penggunaan masa lapang yang efisien membolehkan seseorang mendapat faedah yang banyak.

            Budaya membaca yang ada dalam masyarakat juga akan dapat memajukan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat yang berilmu pengetahuan akan membangunkan negara dengan cepat. Oleh itu, tidak dapat dinafikan budaya membaca banyak faedahnya kepada rakyat dan negara dan budaya ini perlu dipupuk sejak pelajar di bangku sekolah lagi.

 

 

ARAHAN: SILA KENAL PASTI ISI-ISI PENTING DAN KEMUDIAN SENARAIKAN ISI TERSEBUT.

A)    Isi-isi  penting latihan ii ( isi 1 telah diberi )

1. Dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara

2. Dapat mengetahui ___________________________________________________.

3. Kita dapat _________________________________________________________ .

4. __________________________________________________________________.

____________________________________________________________________.    

5. __________________________________________________________________.

6. __________________________________________________________________

____________________________________________________________________

7. __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

8. __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

 

B) Daripada 8 isi penting di atas pilih mana-mana 5 isi sahaja untuk  para pelajar menulis ringkasan yang lengkap dalam satu perenggan sahaja. Sila buat ringkasan anda dalam buku latihan.

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"