Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 17 Mei 2021

LATIHAN AYAT INTI/AYAT DASAR TINGKATAN 1

 

AYAT DASAR/AYAT INTI (ms 47 buku teks Ting.1)

 

CONTOH LATIHAN  SERTA JAWAPAN MENGENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT INTI.

 

1. Ayah saya guru

2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang

3. Bangunan itu sangat tinggi

4. Murid itu sedang menulis karangan.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

Ayah saya  

guru

FN + FN

2.

Kampung halaman saya

di Kuantan, Pahang

FN + FS

3.

Bangunan itu

sangat tinggi

FN + FA

4.

Murid itu

sedang menulis karangan

FN + FK

 

·         FN  ialah Frasa Nama

·         FS ialah Frasa Sendi

·         FA ialah Frasa Adjektif

·         FK ialah Frasa Kerja

 

LATIHAN 1 

1. Abangku peragawan.

2. Pelajar itu amat tangkas.

3. Adikku sedang menonton televisyen.

4. Dia ke sekolah pagi tadi.

5. Perempuan itu cantik sekali.

6. Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap.

7. Kakak mahasiswi di Universiti Malaya.

8. Cikgu Mohd Hazli mengajar di sekolah ini hampir 4 tahun.

9. Rumah itu sangat besar.

10.Budak yang berambut panjang itu sangat degil.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

5.

 

 

 

 

6.

 

 

 

 

7.

 

 

 

 

8.

 

 

 

 

9.

 

 

 

10.

 

 

 

 

LATIHAN 2 

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang berhuruf tebal sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN + FS di ruang yang disediakan

 

1.    Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’

 ___________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________

2.    Anak-anak kucing itu comel belaka. _______________________________________________________________

3.    Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. ____________________________________________________________

4.    Kakak Atika pengarang novel ‘Sepi’. ___________________________________________________________

5.    Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan. __________________________________________________________


2 ulasan:

  1. terima kasih cikgu atas perkongsian. Saya kongsikan kepada anak2 murid saya. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Mohan izin untuk kongsi bahan dengan anak2 murid.

    BalasPadam

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"