Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 29 April 2021

LATIHAN PEMINDAHAN MAKLUMAT BAHAGIAN C KERTAS 1

 LATIHAN RINGKASAN


                                         Bahagian C                 
[15 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan penggunaan telefon selularPanjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Telefon selular mula dicipta pada tahun 1960-an. Kemudian model-model komersial mula diperkenalkan di Jepun oleh NTT pada 3 Disember 1979. Sehingga ke hari ini, pelbagai model telefon selular dihasilkan dengan bentuk yang menarik. Sehingga hari ini Malaysia menduduki tangga kelima selepas Taiwan dalam pelaburan terkumpul sektor telefon selular bagi tempoh 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2005 yang berjumlah lebih kurang RM11 bilion. Kita akui telefon ini memudahkan masyarakat berkomunikasi dengan orang lain di mana sahaja berada.
            Malah, telefon sebagai alat untuk menyimpan maklumat penting. Namun, sedarkah anda bahawa alat penghubung yang selalu anda gunakan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda? Malah produk ini juga dikatakan berpotensi untuk menyebabkan pengguna menghidapi kanser otak. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan terhadap beberapa ekor tikus untuk melihat kesan gelombang mikro terhadap telefon selular, mendapati sel-sel tikus tersebut terjejas dan gen-gen (DNA) mengalami kerosakan. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat juga mendapati telefon bimbit boleh menyebabkan penggunanya mengalami gangguan tingkah laku, kerosakan pada sistem saraf katarak,perubahan dalam sifat kimia darah dan melemahkan sistem imunisasi dalam badan seseorang.
            Selain itu, telefon selular boleh merosakkan pendengaran bagi mereka yang sering menggunakannya. Ada yang melaporkan keadaan diri menjadi lemah dan tidak bermaya. Hasil kajian daripada penyelidikan yang dinamakan Penyelidik Teknologi Tanpa Talian (WTR) mendapati kemungkinan telefon selular berupaya memberi risiko tinggi terhadap ketumbuhan otak manusia di samping frekuensi radio (RF) yang boleh menyebabkan kerosakan kepada genetik manusia.
            Telefon selular juga dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.Berdasarkan laporan yang dikeluarkan di Australia, kanak-kanak akan diserap gelombang mikro yang dikeluarkan oleh telefon bimbit 3.3 kali lebih tinggi berbanding orang dewasa.Bagi yang memandu pula,menggunakan telefon ketika memandu boleh menyebabkan kemalangan.Selain itu, remaja sanggup menyalahgunakan wang yang diberi oleh ibu bapa mereka.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"