Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 28 April 2021

ASPEK TATABAHASA:KATA GANDA

 

 

KATA GANDA

·                     Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.

·                     Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

·                     Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 

           Kata ganda seluruh/kata ganda penuh

§                Kata ganda separa/kata ganda separuh

§                Kata ganda berentak/berima/berirama

§                Kata ganda berimbuhan

 

KATA GANDA SELURUH/PENUH

·                     Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.

 

·                     Contoh kata ganda seluruh  iaitu: 

KATA NAMA

KATA KERJA

KATA ADJEKTIF

Buku-buku

Pusing-pusing

Cantik-cantik

Murid-murid

Geleng-geleng

Panjang-panjang

Meja-meja

Gelak-gelak

Merah-merah

 

·                     Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.

 

PENGANDAAN

MAKNA JAMAK

MAKNA TUNGGAL

Api-api

Banyaknya api

Sejenis serangga

Kuda-kuda

Banyaknya kuda

Kayu penyangga

Anak-anak

Banyaknya anak

mainan


KATA GANDA SEPARA/SEPARUH

 

·                     Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.  Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf  e .Contoh :

 

KATA DASAR

KATA GANDA

KATA GANDA SEPARA

Layang

Layang-layang

Lelayang

Kuda

Kuda-kuda

Kekuda

Tupai

Tupai-tupai

Tetupai

Siku

Siku-siku

Sesiku

Bola

Bola-bola

Bebola

Jari

Jari-jari

Jejari

Langit

Langit-langit

Lelangit

 

·                     Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.

 

KATA GANDA BERIMA/BERENTAK

·                     Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

·                     Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

 

JENIS KATA GANDA

CONTOH

CONTOH AYAT

Persamaan bunyi di hujung

Kuih-muih, lauk-pauk

Kuih-muih itu terhidang di atas meja

Persamaan bunyi di pangkal

Batu-batan, bukit-bukau

Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok

Persesuaian bunyi keseluruhan

Kusut-masai, simpang-siur

Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

 

KATA GANDA BERIMBUHAN

·                     Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.  Contoh :

 

IMBUHAN

CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN

Awalan

Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat

Apitan

Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya

Sisipan

Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap

Akhiran

Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"