Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 29 April 2021

LATIHAN OBJEKTIF TATABAHASA

 PRAKTIS TATABAHASA


Soalan 1  hingga 7.
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C ssebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
1        Kerajaan mengambil langkah yang berkesan untuk memajukan industri pelancongan di negara ini.
A         untuk memaju industri pelancongan
B          untuk majukan industri pelancongan
C         untuk memajukan akan industri pelancongan
D         untuk memajukan industri pelancongan

             2       Murid diwajibkan mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
            A         dalam aktiviti kokurikulum
            B          di aktiviti kurikulum
            C         di dalam kokurikulum
            D         di dalam aktiviti kokurikulum

3        Dari masa ke semasa banyak anggota masyarakat sanggup mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga untuk menganggotai pertubuhan sukarela.
            A         Dari semasa ke masa
            B          Dari semasa ke semasa
            C         Daripada semasa ke semasa
            D         Dari masa ke semasa

4        Dengan berpandukan kompas, pelajar-pelajar itu masuk ke hutan.
A         masuk ke dalam hutan
B          memasuki ke hutan
C         masuk ke hutan
D         masuk di dalam hutan

5        Banyak orang yang sukakan dengan sikap pegawai yang peramah itu.
            A.        sukakan
            B.         suka akan
            C.        suka dengan
            D.        sukakan dengan

6        Atas perhatian daripada pihak tuan, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
            A.        Di atas perhatian daripada pihak tuan
            B.         Atas perhatian dari pihak tuan
            C.        Di atas perhatian dari pihak tuan
            D.        Atas perhatian daripada pihak tuan 

7        Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar.
            A.        kesemua anak sungai
            B.         semua anak-anak sungai
            C.        semua anak sungai-sungai
            D.        kesemua anak-anak sungai 


8.Kehidupan Pak Amin yang dahulunya susah,sekarang sudah sangat senang-lenang setelah semua anaknya bekerja.
A. sudah senang-lenang
B. sangat senang-lenang
C. sangat sudah senang-lenang
D. sudah sangat senang-lenang

9. Datuk tidak boleh kerjakan haji pada tahun ini kerana sakit jantungnya belum betul-betul sembuh.
A. tidak boleh mengerja
B. tidak dapat kerja
C. tidak dapat menunaikan
D. tidak boleh kerjakan.

10. Anak Encik Sulung tak nak ikut jejaknya menjadi ahli perniagaan walaupun diberi peluang.
A. tidak hendak ikut                   C. tidak mahu mengikuti
B. tidak mahu ikut                     D. tak nak ikut.                

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"