Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 11 Januari 2023

AMALAN PENULISAN TERBAIK TS25-KARANGAN PENDEK MENENGAH RENDAH(TEKNIK IMFoTo)

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG

TAJUK PROGRAM: Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Pendek Pelajar Tingkatan 1UM Melalui Kaedah IMFoTo.

TEMA: Kemenjadian Murid

TAHUN: 2021

Pengenalan

i ) Latar Belakang

Pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PdPr) ketika PKP pada awal tahun 2021 amat mencabar guru untuk mengajar kemahiran menulis karangan pendek kepada pelajar tingkatan satu yang memulakan sesi pembelajaran tanpa bersemuka. Justeru,guru telah memperkenalkan kaedah IMFoTo untuk mengajar karangan pendek.Deskripsi makna kaedah IMFoto ialah seperti berikut:

I = Isi yang diberi harus difahami dan digunakan

M=Menghurai isi dengan ayat yang gramatis, padat, bernas dan bahasa yang menarik

Fo=Fokuskan penghuraian isi dengan bantuan foto/gambar/bahan rangsangan

To= Total / keseluruhan jumlah perkataan MESTI antara 50-80 patah perkataan dan satu perenggan sahaja.(*Pelajar diingatkan mesti ikut arahan soalan)

ii ) Murid yang terlibat ialah murid tingkatan 1 UM

iii) Objektif Pelaksanaan Program/Aktiviti adalah seperti berikut:

a) Pelajar dapat menguasai kemahiran menulis karangan pendek berdasarkan format yang betul

b)Pelajar dapat menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat,indah serta menarik.(Dskp Kemahiran Menulis-sk:3.4,sp:3.4.4)

Kaedah Penulisan: Penyelesaian Masalah

Pelaksanaan Program/Aktiviti

i) Proses pelaksanaan

Guru telah merancang terlebih dahulu objektif PdPc dan menyediakan ABM seperti bahan PdPc untuk digunakan dalam google Meet, google forms, dan bahan bergambar dalam buku teks yang telah disunting. Kemudian guru membimbing pelajar dengan menerangkan cara penulisan karangan pendek dengan kaedah IMFoTo,memberi panduan untuk pelajar menguasai kemahiran penulisan,memandu pelajar untuk membuat karangan dan membina karangan dengan ayat gramatis sehingga pelajar boleh membina karangan pendek yang lengkap dalam satu perenggan. Di samping itu, pelajar dikehendaki menyiapkan latihan melalui borang google forms untuk dihantar/diserahkan kepada guru secara dalam talian.Proses pelaksanaan seterusnya guru menyemak dan menilai latihan karangan pendek pelajar.Proses terakhir guru menghantar atau memberi maklum balas kepada pelajar kembali tentang karangan yang dihasilkan mereka dan berbincang jawapan pelajar semasa PdPc mengikut jadual waktu pada hari yang lain.(Proses pelaksanaan ini juga dihubungkaitkan dengan peranan guru sebagai perancang,pembimbing,pendorong dan penilai berdasarkan standard 4)

ii) Impak

Hasil daripada penggunaan kaedah IMFoTo dalam pembelajaran menulis karangan pendek maka para pelajar lebih mudah untuk menulis dan mengolah atau menghurai karangan dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang menarik. Kaedah IMFoto yang  digunakan telah membantu dan menunjukkan perkembangan pelajar boleh menguasai kemahiran karangan pendek ini.Antara impak yang jelas pelajar dapat mengawal jumlah perkataan(jika sebelum ini pelajar menulis antara 100-120pp) serta dapat menggunakan penanda wacana yang betul dan menghurai isi dengan betul berdasarkan bahan rangsangan.

iii) Kekuatan dan Kekurangan

-Kekuatan kaedah IMFoto dapat membantu pelajar menggunakan isi yang diberi dan menghuraikannya dengan bantuan foto/bahan rangsangan dengan membina perenggan lengkap karangan penulisan pendek(respons terhad).Kaedah IMFoto ini telah membantu pelajar untuk menjana idea atau mengembangkan pemikiran untuk pelajar mengolah atau menghurai isi sesebuah karangan pendek berdasarkan tugasan soalan yang diberikan sama ada untuk menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan.

-Kekurangannya pula ialah kaedah ini hanya sesuai digunakan oleh pelajar jika kehendak soalan itu diberi bahan rangsangan seperti foto tetapi tidak sesuai digunakan jika soalan peperiksaan/soalan tugasan yang diberi dalam bentuk jadual,carta,rajah atau teks.Kekurangan yang lain ialah kesukaran guru semasa menerangkan kaedah IMFoTo semasa pembelajaran secara PdPr.

 

GAMBAR AKTIVITI BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM

 ii )Contoh Semakan Karangan Pelajar Menggunakan Perisian Adobe Acorbat Reader


*mungkin gambar aktiviti diatas tidak dapat dilihat dengan jelas 😊

CONTOH SEMAKAN DIPERBESARKAN(MARKAH SEBELUM TEKNIK IMFoTo

Sebelum Kaedah (latihan pada 18/2/2021)    Selepas Kaedah (latihan pada 25/2/2021)          



Penutup

Konklusinya,pengajaran karangan respons terhad agak menyukarkan guru sewaktu pengajaran dibuat secara PdPr yakni ada kalangan pelajar tingkatan 1UM masih terikat dengan corak penulisan di peringkat sekolah rendah dan struktur ayatnya masih kurang matang.Justeru, guru memperkenalkan kaedah IMFoTo untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar berkaitan teknik menulis karangan pendek berdasarkan format yang betul.Pada mula guru mengajar kemahiran ini hanya 4 orang sahaja pelajar yang menghantar latihan namun terdapat penggunaan bahasa yang kurang menarik,ejaan yang salah dan isi tidak dapat dihuraikan secara bernas dan padat. Dapatan secara lisan semasa Video/Voice Telegram group di dapati pelajar-pelajar lain yang tidak menghantarnya pula memberi alasan kurang faham untuk menulis karangan pendek.Daripada 4 orang pelajar hantar hanya seorang sahaja yang memperoleh markah 6/10 atau 11%. Justeru,selepas guru membimbing dan menunjuk cara serta memandu penulisan para pelajar 1UM tentang  cara menulis karangan pendek yang betul dengan menggunakan kaedah IMFoto,maka didapati penguasaan kemahiran pelajar menunjukkan peningkatan iaitu seramai 8 orang pelajar daripada 9 pelajar yang menghantarnya telah memperoleh markah 6 hingga 9 markah atau sebanyak 88.88%.



 Nama Penulis: Mohd Hazli Bin Che Seman @ Che Othman

Jawatan: Guru Akademik Biasa/Guru subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1UM

Nama Sekolah: SMK Bukit Payong, Jerteh, Terengganu.

 








Ahad, 21 Ogos 2022

Cadangan panduan menjawab Syair Ikan TerubukSTPM KMK Sem.1 (panduan ini berdasarkan pandangan penulis sahaja)

 

CONTOH PANDUAN MENJAWAB DALAM BENTUK ESEI

SYAIR IKAN TERUBUK

A) Huraikan kepentingan syair dalam konteks masyarakat Melayu tradisional. [9]

KATA TUGAS-HURAIKAN (Fakta,Huraian,Contoh & Kesimpulan Kecil)

KEHENDAK SOALAN- KEPENTINGAN SYAIR

CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan

FAKTA

Alat  untuk menyampaikan pengajaran

 

 HURAIAN

 

APA?

Syair boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak (apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Melalui syair pengajaran disampaikan secara  berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun.

 

MENGAPA?

(kesan)

Syair boleh memberi pengajaran kepada kita agar perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan.

CONTOH

 Pulainya rendang dengan rampaknya

 Ditengah kolah terdiri dianya

 Sampailah waktu dengan janjinya

Puteri melompat ke atas pucuknya

KK

Jelaslah kepentingan syair adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya bijak membuat keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari.

 

*kemudian pindahkan maklumat dlm petak diatas dalam bentuk esei spt dibawah

Antara kepentingan syair dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ialah alat  untuk menyampaikan pengajaran. ( fakta) Syair boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak. Melalui syair pengajaran disampaikan secara  berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun.Oleh yang demikian, Syair boleh memberi pengajaran kepada kita agar perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan. (huraian)

Contohnya:

Pulainya rendang dengan rampaknya

Ditengah kolah terdiri dianya

Sampailah waktu dengan janjinya

Puteri melompat ke atas pucuknya

Jelaslah, kepentingan syair adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya bijak membuat keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari.

 

CONTOH FAKTA 2

FAKTA

Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu

 

 HURAIAN

 

APA?

 Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan sifat lemah-lembut dan banyak berkias apabila mendidik atau mengkritik.(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Sehubungan dengan itu,syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan.

MENGAPA?

(kesan)

Lagipun syair menunjukkan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu

CONTOH

 Berlida menyahut sambil bercura

Lemah lembut bunyi suara

Puteri nin sudah naik udara

Dengan bala segala tentera

 

KK

Jelaslah bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam mendidik atau mengkritik masyarakat.

 

Kepentingannya yang seterusnya/ kedua adalah untuk Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan sifat lemah-lembut dan banyak berkias apabila mendidik atau mengkritik. Sehubungan dengan itu,syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan. Lagipun syair menunjukkan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu.

Contohnya

Berlida menyahut sambil bercura

Lemah lembut bunyi suara

Puteri nin sudah naik udara

Dengan bala segala tentera

 

Jelaslah bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam mendidik atau mengkritik masyarakat.

 

*Catatan: Segala cadangan/panduan jawapan yang diberikan di sini adalah merupakan pandangan penulis sahaja.

b) Bincangkan nilai kemanusiaan berdasarkan petikan syair ikan terubuk di atas[16]

KATA TUGAS-BINCANGKAN(Fakta,Huraian Pro dan Huraian Kontra,Contoh & Kesimpulan Kecil)

KEHENDAK SOALAN- NILAI KEMANUSIAAN

CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan

FAKTA

Nilai Insaf/Keinsafan

 

 HURAIAN

PRO

 

APA?

Masyarakat/seseorang individu yang insaf dan menerima takdir.(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Ikan Terubuk menerima hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu.

MENGAPA?

(kesan)

Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya tidak timbul keinsafan maka dia tidak akan menerima takdir yang ditetapkan dan akan menyebabkan kesan buruk kepada diri.

CONTOH

 Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

KK

Jelaslah nilai  insaf merupakan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir dalam kehidupan dengan akal yang waras dan hati yang lapang.

 

Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan tersebut ialah nilai Insaf/Keinsafan. (Fakta )  Masyarakat/seseorang individu yang insaf dan menerima takdir.Justeru,Ikan Terubuk menerima hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu. Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan. (huraian pro ) Sekiranya tidak timbul keinsafan maka dia tidak akan menerima takdir yang ditetapkan dan akan menyebabkan kesan buruk kepada diri. (huraian kontra)

Contoh

Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

Jelaslah nilai  insaf merupakan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir dalam kehidupan dengan akal yang waras dan hati yang lapang.

CONTOH FAKTA 2

FAKTA

Nilai setia

 

 HURAIAN

PRO

 

APA?

.Kesetiaan perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan aman(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Hal ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah satu rakyat yang setia terhadap rajanya.

MENGAPA?

(kesan)

sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun ketika raja mengalami kedukaan.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan tidak akur kepada perintah raja.

CONTOH

 Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

KK

Jelaslah nilai setia begitu penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan terutama antara rakyat dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni.

 

Seterusnya,nilai setia. Kesetiaan perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan aman. Hal ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah satu rakyat yang setia terhadap rajanya.Rakyat yang setia sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun ketika raja mengalami kedukaan. Sekiranya tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan tidak akur kepada perintah raja.

Contoh

Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

 

Jelaslah nilai setia begitu penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan terutama antara rakyat dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni.


Untuk kemahiran menjawab adalah penting untuk para pelajar berbincang dengan guru anda.Diingatkan sekali lagi disini penulis hanya memberi panduan/cadangan cara menjawab berdasarkan pandangan penulis .

Isnin, 15 Ogos 2022

PERKONGSIAN ILMU BAGAIMANA CARA BINA PAPAN CERITA UNTUK ASPEK SENI BAHASA DALAM BAHASA MELAYU TING.2 (MS 19)

 

Tajuk PLC: KOLABORASI AMALAN PDPC SUBJEK KMK& BAHASA MELAYU BAGI TAJUK MEMBINA PAPAN CERITA

ASPEK SENI BAHASA

4.3.1 : Menghasilkan papan cerita berdasarkan idea dan tema mudah menggunakan bahasa yang betul

PAPAN CERITA

KONSEP

-Skrip yang memberi panduan input dan maklumat dalam proses pemindahan karya sastera ke bentuk multimedia

-Perincian kandungan  dan keperluan dalam proses pemindahan/persembahan

- Ada dua jenis bahan yang boleh dimultimediakan , iaitu bahan grafik dan bahan teks.Pada peingkat menengah rendah biasanya menggunakan bahan grafik untu dimultimediakan manakala pada peringkat STPM menggunakan bahan teks untuk dimultimediakan.

FUNGSI PAPAN CERITA

1. Mengenal pasti bahan yang hendak dimultimediakan (prosa/puisi)

2.Panduan menyediakan instrument(teks,audio,grafik,animasi/TAGA)

3. Kenal pasti keperluan bahan & kepakaran khalayak

4. kenal pasti masalah memindahkan teks ke bentuk multimedia

5. Dokumentasi rujukan daripada teks kepada multimedia

FORMAT (harus ada 6 unsur)

 




       LAKARAN
 

 

 

 

 

 


Teks:

(Apa elemen yg digunakan?/Bagaimana elemen yg itu gunakan /Mengapa elemen itu digunakan)

Audio:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

Deskripsi(huraian):

i-apakah grafik yg digunakan?

ii-apakah elemen2 multimedia yg digunakan untuk mempersembahkan grafik?

 

 

Grafik:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

Animasi:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

 

CIRI-CIRI

1. Aliran/flow yang jelas

-Tidak kelirukan khalayak

- Cth: Bingkai 1 dimulai dengan Peristiwa 1

2. Logik dan wajar diguna sebagai panduan

-peristiwa disusun ikut urutan

-Cth: Peristiwa/aktiviti bekerjasama/bantu membantu menceriakan kelas disusun secara kronologi( rujuk buku teks ting.2 ms 19,bingkai 1 warna merah)-bingkai akhir dapat penghargaan-sijil.

3. Arahan yang jelas & maklumat terperinci

-Setiap bingkai ada elemen multimedia

-Cth: Teks: Kelas Kami Ceria

         Audio: irama yang bersesuaian dengan aktiviti/ irama lagu rancak

        Grafik : Gambar wanita cantik

        Animasi: Fly in (teks)

4. Mempunyai format untuk mudahkan penyelarasan

-standard & konsisten

-setiap bingkai perlu ada ruang untuk lakaran/deskripsi/teks/audio/grafik/animasi

5. Mengandungi maklumat sastera

-watak,persoalan/latar/gaya bahasa dll dlm bahasa sbg asas bahan

-Cth: Gaya bahasa asonansi dlm tajuk kelas kami ceria (pengulangan vokal a)

PANDUAN MEMBINA PAPAN CERITA

1. Tentukan prinsip asas multimedia

-TAGA

-Cth     - teks-kelas kami ceria

            - audio -bunyi dialog antara pelajar sesama pelajar

            -Grafik- gambar tiga pelajar perempuan mengemas kelas

            -Animasi-pada teks

2. Pastikan kemudahan multimedia

-mesra pengguna & mudah diperoleh

-Cth: guna software filmora,inshoot,canva,power point

3. kenal pasti audiens

-kanak-kanak/dewasa

Cth: jika kanak-kanak gunakan melodi lagu rakyat ikan kekek mak iloi-iloi.Jika pelajar guna melodi/irama yang bersesuaian dengan tajuk

4. Tentukan teknik persembahan

-agar persembahan lebih menarik

-Cth: Guna muzik instrumental/bersyair

5. Laksanakan pembinaan papan cerita

-pelengkap kepada semua proses di atas

^ Peringatan sebelum membuat papan cerita pelajar dikehendaki membuat sinopsis cerita/intipati cerita terlebih dahulu.

Contoh intipati dalam 1

Intipati ini menggambarkan peristiwa suasana pelajar-pelajar memain peranan untuk menceriakan kelas.

* Kemungkinan bagi pelajar menengah rendah boleh sebut sebagai kerangka isi penting..ada 5 isi penting berdasarkan bahan grafik  di ms 19 buku teks tg.2


CONTOH BINGKAI CERITA YANG DIHASILKAN BERDASARKAN BAHAN GRAFIK.


* Apabila siap semua bingkai cerita(papan cerita) sekurang-kurangnya 5,maka daripada papan cerita itu tadi pelajar boleh menghasilkan multimedia dengan menggunakan mana-mana software yg dipilih.(Sebagai aktiviti pilihan)


Video Syair Ikan Terubuk (disampaikan Oleh CheKu)

 


Sila perdengarkan suara anda.hihihi...sama-sama hayati dendangan syair oleh pelajar saya.



Ahad, 14 Ogos 2022

video syair Ikan Terubuk (disampaikan oleh Mimi)

 Video ini dihasilkan oleh pelajar saya yang membiasakan dirinya dengan nama Mimi.Pelajar ini merupakan pelajar semester 1 2022. Hayatilah dendangan syair daripada pelajar saya ini




Jumaat, 5 Ogos 2022

TEKNIK MENUKAR AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH

 

Dalam tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur para pelajar akan mempelajari tatabahasa berkaitan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah tajuk Lindungi Diri Anda .

Namun kemungkinan pelajar cikgu akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan aktiviti latihan dalam buku teks kerana tidak ada nota lengkap atau cara atau teknik untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Dalam blog cikgu kali ini saya sertakan teknik menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang bahan ini boleh dimuat turun dan bolehlah dicetak untuk bacaan dan rujukan para pelajar.


Selamat membaca dan memahami teknik menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.Moga bermanfaat untuk para pelajar cikgu dan pelajar -pelajar lain di luar sana.




KLIK DI SINI  UNTUK MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN








 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"