Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 21 Ogos 2022

Cadangan panduan menjawab Syair Ikan TerubukSTPM KMK Sem.1 (panduan ini berdasarkan pandangan penulis sahaja)

 

CONTOH PANDUAN MENJAWAB DALAM BENTUK ESEI

SYAIR IKAN TERUBUK

A) Huraikan kepentingan syair dalam konteks masyarakat Melayu tradisional. [9]

KATA TUGAS-HURAIKAN (Fakta,Huraian,Contoh & Kesimpulan Kecil)

KEHENDAK SOALAN- KEPENTINGAN SYAIR

CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan

FAKTA

Alat  untuk menyampaikan pengajaran

 

 HURAIAN

 

APA?

Syair boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak (apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Melalui syair pengajaran disampaikan secara  berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun.

 

MENGAPA?

(kesan)

Syair boleh memberi pengajaran kepada kita agar perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan.

CONTOH

 Pulainya rendang dengan rampaknya

 Ditengah kolah terdiri dianya

 Sampailah waktu dengan janjinya

Puteri melompat ke atas pucuknya

KK

Jelaslah kepentingan syair adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya bijak membuat keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari.

 

*kemudian pindahkan maklumat dlm petak diatas dalam bentuk esei spt dibawah

Antara kepentingan syair dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ialah alat  untuk menyampaikan pengajaran. ( fakta) Syair boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak. Melalui syair pengajaran disampaikan secara  berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun.Oleh yang demikian, Syair boleh memberi pengajaran kepada kita agar perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan. (huraian)

Contohnya:

Pulainya rendang dengan rampaknya

Ditengah kolah terdiri dianya

Sampailah waktu dengan janjinya

Puteri melompat ke atas pucuknya

Jelaslah, kepentingan syair adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya bijak membuat keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari.

 

CONTOH FAKTA 2

FAKTA

Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu

 

 HURAIAN

 

APA?

 Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan sifat lemah-lembut dan banyak berkias apabila mendidik atau mengkritik.(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Sehubungan dengan itu,syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan.

MENGAPA?

(kesan)

Lagipun syair menunjukkan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu

CONTOH

 Berlida menyahut sambil bercura

Lemah lembut bunyi suara

Puteri nin sudah naik udara

Dengan bala segala tentera

 

KK

Jelaslah bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam mendidik atau mengkritik masyarakat.

 

Kepentingannya yang seterusnya/ kedua adalah untuk Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan sifat lemah-lembut dan banyak berkias apabila mendidik atau mengkritik. Sehubungan dengan itu,syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan. Lagipun syair menunjukkan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu.

Contohnya

Berlida menyahut sambil bercura

Lemah lembut bunyi suara

Puteri nin sudah naik udara

Dengan bala segala tentera

 

Jelaslah bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam mendidik atau mengkritik masyarakat.

 

*Catatan: Segala cadangan/panduan jawapan yang diberikan di sini adalah merupakan pandangan penulis sahaja.

b) Bincangkan nilai kemanusiaan berdasarkan petikan syair ikan terubuk di atas[16]

KATA TUGAS-BINCANGKAN(Fakta,Huraian Pro dan Huraian Kontra,Contoh & Kesimpulan Kecil)

KEHENDAK SOALAN- NILAI KEMANUSIAAN

CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan

FAKTA

Nilai Insaf/Keinsafan

 

 HURAIAN

PRO

 

APA?

Masyarakat/seseorang individu yang insaf dan menerima takdir.(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Ikan Terubuk menerima hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu.

MENGAPA?

(kesan)

Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya tidak timbul keinsafan maka dia tidak akan menerima takdir yang ditetapkan dan akan menyebabkan kesan buruk kepada diri.

CONTOH

 Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

KK

Jelaslah nilai  insaf merupakan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir dalam kehidupan dengan akal yang waras dan hati yang lapang.

 

Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan tersebut ialah nilai Insaf/Keinsafan. (Fakta )  Masyarakat/seseorang individu yang insaf dan menerima takdir.Justeru,Ikan Terubuk menerima hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu. Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan. (huraian pro ) Sekiranya tidak timbul keinsafan maka dia tidak akan menerima takdir yang ditetapkan dan akan menyebabkan kesan buruk kepada diri. (huraian kontra)

Contoh

Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

Jelaslah nilai  insaf merupakan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir dalam kehidupan dengan akal yang waras dan hati yang lapang.

CONTOH FAKTA 2

FAKTA

Nilai setia

 

 HURAIAN

PRO

 

APA?

.Kesetiaan perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan aman(apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta)

 

BAGAIMANA?

 

Hal ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah satu rakyat yang setia terhadap rajanya.

MENGAPA?

(kesan)

sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun ketika raja mengalami kedukaan.

HURAIAN KONTRA

Sekiranya tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan tidak akur kepada perintah raja.

CONTOH

 Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

KK

Jelaslah nilai setia begitu penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan terutama antara rakyat dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni.

 

Seterusnya,nilai setia. Kesetiaan perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan aman. Hal ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah satu rakyat yang setia terhadap rajanya.Rakyat yang setia sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun ketika raja mengalami kedukaan. Sekiranya tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan tidak akur kepada perintah raja.

Contoh

Terubuk berenang lalu ke laut

Sekalian ikan ramai yang mengikut

Hati di dalam terlalu kusut

Bagaikan datang rasanya takut

 

Jelaslah nilai setia begitu penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan terutama antara rakyat dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni.


Untuk kemahiran menjawab adalah penting untuk para pelajar berbincang dengan guru anda.Diingatkan sekali lagi disini penulis hanya memberi panduan/cadangan cara menjawab berdasarkan pandangan penulis .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"