***Peringatan teknik ini hanya panduan dan pandangan jawapan daripada penulis sahaja.Para pelajar boleh berbincang teknik-teknik lain dengan guru KMK STPM masing-masing.
JOM
MENJAWAB GUNA TEKNIK/FORMULA ①IFP/IWFP,
②KTP& ③SABaM
① IFP/IWFP= guna untuk tulis fakta/isi
②KTP= guna untuk tulis kat huraian
③SABaM = guna untuk tulis contoh
④ KK= guna untuk tulis kesimpulan kecil
PENERANGAN
TENTANG FORMULA
Fakta yang hendak diberikan mesti signifikant/tepat
dengan isu dalam soalan.Fakta mesti ditulis dalam bentuk ayat yang gramatis.
①I=Isu(soalan)
…F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan isu
①I=Isu(soalan)
…W=watak…F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan
tokoh/watak
②Untuk Buat Huraian Guna Formula KTP
1.K=konsepà
iaitu pelajar perlu terangkan apa konsep fakta yang diberikan dlm ayat huraian
(ttg fakta tabah )
2. T=Teks
3.P=Pembangunan…ketiga2 ni mesti/wajib ada dlm jawapan
②.1.1
konsep..beri pengertian am/kepentingan/fungsi/ciri/kefahaman..pilih unsur2
tersebut..tdk semestinya semua ada..pilih salah satu shj
konsep guna…perkataan merujuk kepada..jgn guna perkataan
bermaksud,takrifan..jika guna mesti tulis dengan
FAKTA
: ILMU AGAMA
BIL |
KATEGORI |
TAKRIFAN/KONSEP |
1 |
Pengertian
am |
Ilmu
Agama tidak hanya terbatas kepada ilmu fikah,tasauf atau tauhid
semata-mata,malah ilmu agama mencakupi semua pengetahuan tentang sesuatu
bidang atau disiplin ilmu yang membawa kepada kemaslahatan manusia di muka
bumi ini. |
2 |
kepentingan |
…dapat/mampu
melahirkan hamba yang taat kepada Allah SWT. ...
dapat melahirkan insan yang bertaqwa kepada
Allah SWT |
3 |
Fungsi |
…dapat
membantu manusia mencapai kehidupan yang baik di dunia dan memberi keuntungan
kpd diri di akhirat nanti |
4 |
Ciri |
…merupakan
keperluan bagi umat Islam untuk mempelajari dan mengamalkannya |
5 |
Kefahaman(Teks)-(iaitu kefahaman
pljr ttg mengemukakan konsep fakta itu tetapi mesti berdasarkan dengan teks
dlm peristiwa/cth.) |
…dengan
adanya ilmu agama seseorang itu sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah
SWT dengan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan dan mengajar pula ilmu
yang ada/yang diperoleh itu untuk manfaat orang lain |
CONTOH PERBINCANGAN SOALAN BERSERTA CADANGAN JAWAPAN BERDASARKAN KATA TUGAS BINCANGKAN
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menggambarkan perpaduan (1) masyarakat majmuk(3). Bincangkan (2) pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. (4) ( 25 m)
* dalam perbincangan ini cikgu terus menjurus kepada perenggan isi/fakta. Jadi kat huraian pelajar tu sila guna formula IFP (untuk kemukakan fakta/isi), KTP (utk perkembangkan ayat huraian pelajar semasa pelajar tulis ayat huraian pro), SABaM (guna untuk contoh) dan Kk (guna untuk kesimpulan kecil)
B.ISI(20M)
FAKTA
1(IFP) |
Perpaduan
masyarakat majmuk dalam novel SBDKL dapat dilihat dalam perkongsian saham
syarikat dalam bidang ekonomi |
|
HURAIAN
|
HURAIAN PRO (KT) |
Perkongsian
saham dalam syarikat boleh dijelmakan dengan adanya sikap saling mempercayai
antara satu sama lain yang mampu menerbitkan hubungan kaum yang erat dan
harmoni. |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
Keadaan
ini membawa kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial kepada masyarakat
berkenaan.Malah masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormati-menghormati
antara satu sama lain. |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya,
tiada perkongsian saham syarikat antara orang Melayu dan Cina dalam bidang
ekonomi, hubungan yang erat dan harmoni tidak wujud kerana tiada sikap saling
mempercayai. Hal ini akan menyebabkan terbantutnya kemajuan dalam bidang
ekonomi masyarakat. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
En. Muhammad yang merupakan kaum Melayu yang mempunyai 60% saham dalam Firma
Serba Dagang Internasional yang merupakan sebuah syarikat perkongsian antara
Datuk Tan Chong Seng yang berbangsa Cina.Mereka telah menjadi rakan kongsi
selama beberapa tahun dan masing-masing meletakkan kepercayaan yg tinggi bagi
memajukan ekonomi perniagaan mereka.Hal ini telah mewujudkan masyarakat yg
saling bekerjasama antara satu sama lain. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,bahawa
kegiatan ekonomi iaitu perkongsian saham dalam syarikat mampu mewujudkan
hubungan yang erat dlm kalangan masyarakat berbilang kaum dan membawa kpd pembangunan
masyarakat |
FAKTA
2(IFP) |
Pendidikan
mampu menjadi tonggak perpaduan masyarakat majmuk. |
|
HURAIAN
|
HURAIAN PRO (KT) |
Pendidikan
mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum iaitu
melalui institusi pendidikan yang sama, masyarakat yang berbeza kaum,agama
dan budaya bergaul antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan anggota
masyarakat saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormati menghormati
antara kaum dan sebagainya. |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
Sikap
yang dipupuk ini akhirnya membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan
masyarakat seterusnya dapat membangunkan masyarakat berkenaan. |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya/Jika
tiada institusi pendidikan yang sama,masyarakat berbilang kaum ini tidak akan
bergaul dan hanya menjalin hubungan dalam kaum yang sama sahaja.Keadaan ini
menyebabkan masyarakat tidak mengenali kaum lain dan gagal untuk memupuk rasa
hormat kaum lain sehingga perpaduan masyarakat gagal diwujudkan. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
Robert, Rahim dan Mahani bersekolah di sekolah yang sama dan mereka berkawan
rapat sejak di bangku sekolah sehingga membawa ke peringkat yang lebih tinggi
apabila Rahim dan Robert melanjutkan pelajaran ke England mereka masih kekal
bersahabat baik. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,pendidikan
mampu menjadi agen penyatuan dan boleh menjadi elemen penting dalam memajukan
masyarakat ke arah masyarakat yang berfikiran tinggi tanpa prejudis. |
FAKTA
3(IFP) |
Kerjasama
usahawan pelbagai kaum |
|
HURAIAN |
HURAIAN PRO (KT) |
Jalinan kerjasama akan meningkatkan lagi keuntungan
perniagaan yang dijalankan dan dapat merapatkan lagi jurang perkauman dalam
bidang ekonomi … |
HURAIAN P.MASYKT (P) |
…agar
pertelingkahan kaum tidak berlaku sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat |
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya/Jika,
tiada kerjasama usahawan pelbagai kaum,jurang antara kaum dalam bidang
ekonomi semakin melebar dan menyebabkan wujud prejudis dalam kalangan anggota
masyarakat. Hal ini boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang
menyebabkan perpaduan gagal dipupuk dalam masyarakat. |
|
CONTOH (sila
guna formula SABaM) |
Contohnya,
kerjasama antara Datuk Tan Chong Seng dan En.Muhammad merancang untuk
menjalankan perusahaan lombong bijih timah di Lembah Tualang. Kerjasama
mereka ini dapat mengimbangi jurang antara kaum dan menengah memupuk
sikap saling mempercayai,hormat
menghormati sehingga mewujudkan hubungan harmoni. |
|
Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) |
Oleh
itu/ Jelaslah/Konklusinya,kerjasama
usahawan pelbagai kaum dan dapat mengelakkan beralkunya prasangka dalam
kalangan kaum-kaum yang ada dalam masyarakat sekaligus membangunkan
masyarakat. |