2.3 CINTA AKAN ALAM SEKITAR
Hasil Pembelajaran
Calon seharusnya dapat: A) menyatakan rasa cinta akan alam
sekitar
A.KONSEP ALAM SEKITAR
- Cinta akan alam sekitar bermaksud perasaan atau
berperasaan sangat sayang atau cinta akan kepada segala yang ada di langit dan
di bumi ( bumi,binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan, sungai,hutan rimba dan
sebagainya) yang berada di sekeliling kita. (kamus Dewan Edisi Keempat:2007)
- Perasaan atau cinta akan alam sekitar ini dapat
diperlihatkan melalui perbualan atau tindakan anggota masyarakat.
B.RUMUSAN CINTA AKAN
ALAM SEKITAR
-Cinta akan alam sekitar beraksud perasaan atau sayang kepada segala yang ada di langit mahupun di bumi yang merangkumi tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,sungai-sungai dan sebagainya. Perasaan cinta alam sekitar seperti menghargai,menjaga,memulihara,memelihara,mengekalkan dan sebagainya.
C.CADANGAN KESAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
* Pilihlah kesan yang menunjukkan pembangunan masyarakat
yang sesuai dengan kehendak soalan
D. PERASAAN CINTA
AKAN ALAM SEKITAR
Dapat digambarkan dengan perbuatan seperti berikut (7M 1 T)
1. Menghargai
2. Memelihara
3. Memulihara
4. Menjaga
5. Mengekallkan
6. Melindungi
7. Memanfaatkan
8. Takjub/kagum
E. SOALAN PERBINCANGAN(LATIHAN& CADANGAN JAWAPAN)
“Perasaan sayang akan alam sekitar faktor penting kepada
pembangunan masyarakat”. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
karya Keris Mas. Jelaskan pernyataan tersebut. [25]
Cadangan Pengenalan
Ayat 1 (konsep
perasaan cinta akan alam sekitar) |
Cinta akan alam
sekitar bermaksud perasaan atau sayang kepada segala yang ada di langit
mahupun di bumi yang merangkumi
tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,sungai-sungai dan sebagainya. Perasaan
cinta alam sekitar seperti
menghargai,menjaga,memulihara,memelihara,mengekalkan dan sebagainya.
|
Ayat 2 (konsep
pembangunan masyarakat) |
Pembangunan
masyarakat merupakan perubahan secara berencana dan dilakukan secara
berencana supaya keadaan yang kurang baik dalam masyarakat menuju pada
keadaan yang lebih baik. |
Ayat 3 (menyenaraikan
isi) |
Antara gambaran cinta
akan alam sekitar dalam novel SBDKL ialah menghargai, memelihara, memulihara, mengekalkan,takjub
dan sebagainya. |
CADANGAN PERENGGAN ISI
FAKTA 1 |
Menghargai alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)-
sesuatu perbuatan atau sikap yang digambarkan oleh anggota masyarakat. Bagaimana/T(teks)-
yang menunjukkan penghormatan dengan menikmati keindahan alam sekitar di
samping menjaga alam sekitar Pm(Pembangunan msykt)-
agar dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik dan kesihatan
masyarakat terjamin. Contohnya, sewaktu Encik
Muhammad menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif rendah di sebuah Syarikat
Dagang Inggeris, beliau bersama keluarga sering ke Port Dickson,Morib dan
juga ke Bukit Fraser setiap hujung minggu untuk menikmati dan menghargai
keindahan alam di kawasan tersebut |
* KK |
Jelaslah, bahawa perasaan
cinta akan alam sekitar dapat digambarkan melalui penghargaan kepada alam
sekitar dengan cara menikmati dan menjaga keindahan alam agar kualiti alam
kekal baik dan kesihatan masyarakat terjamin sekaligus membawa kepada
pembangunan masyarakat. |
FAKTA 2 |
Memelihara alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- Perbuatan
atau sikap masyarakat yang membela,menjaga,merawat dan sebagainya Bagaimana/T(teks)- Alam
sekitar dipelihara dengan baik dengan menghalang penerokaan yang boleh
menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar. Dengan memelihara alam
sekitar ini, keindahan alam sekitar kekal terpelihara P(pembangunan)- dan
sumber alam/keindahan alam dapat dinikmati oleh anggota masyarakat. Contohnya, Sudin
merasa kagum akan kawasan Jeram Medang yang masih terpelihara
keindahannya.Beliau mengarahkan Sarip memandu kereta ke tepi sungai untuk
melihat keindahan Jeram Medang yang masih kekal keindahan(ms 46) malah Sudin
menyatakan beliau ingin melihat Jeram Medang yang telah lama ditinggalkan
terlebih dahulu sambil menikmati bekal yang dibawanya bersama. |
* KK |
Jelaslah, bahawa perasaan
cinta akan alam sekitar dapat membangunkan masyarakat dengan memelihara alam
sekitar agar keindahan alam akan tetap dinikmati oleh masyarakat pada masa
hadapan.. |
FAKTA 3 |
Memulihara alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- Memulih/membaiki
serta memelihara alam sekitar seperti hutan,air,bentuk muka bumi dan
sebagainya. Bagaimana/T(teks)- Perbuatan
memulihara sebagai terjemahan perasaan sayang terhadap alam sekitar dengan
melindungi dan memulihkan alam sekitar supaya berada dalam keadaan yang baik P(pembangunan)- agar
generasi baru dapat menikmatinya pada masa akan datang serta membawa
kemajuan ekonomi masyarakat. Contohnya, sifat Encik
Muhammad yang cinta akan keindahan alam sekitar ini dapat dilihat apabila En.
Muhammad memberi cadangan kepada abangnya Penghulu Mahmud agar kawasan
tersebut dijadikan tempat pelancongan agar masyarakat dapat menikmati bersama
keindahan yang terdapat di kawasan tersebut termasuk masyarakat kota. Ini
secara tidak langsung dapat memulihara dan mengekalkan keindahan kawasan
tersebut (ms.39) |
* KK |
Jelaslah, pemuliharaan
dan menjaga kawasan keindahan alam sekitar wajar dibuat secara berterusan
agar generasi baru dapat menikmatinya pada masa akan datang membawa kemajuan
dalam masyarakat. |
FAKTA 4 |
Mengekalkan alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- Perihal
perbuatan/tindakan yang menjurus kepada menjadikan alam sekitar kekal seperti
asal,menjaga ( memelihara/membiarkan/tidak mengubah) Bagaimana/T(teks)- alam
sekitar seperti bentuk muka bumi dibiarkan dalam bentuk asal tanpa
mengubahnya P(pembangunan)- agar
keindahannya terjaga dan dapat memberi ketenangan dan kesedaran kepada
masyarakat Contohnya, Sudin
merasa kagum melihat keindahan Jeram Medang yang masih dikekalkan dengan
susunan batu-batan yang bertingkat-tingkat di celah-celah aliran sungai,juga
terdapat lubuk yang mengandungi air yang jernih terbentuk seolah-olah sebuah
kolam.Sudin dan Sarip berehat seketika sambil membuka bekal yang dibawa
bersama.(ms 48) |
* KK |
Jelaslah, tindakan
mengekalkan alam sekitar wajar dilakukan agar keindahan alam sekitar terjaga
dan dapat dinikmati oleh anggota masyarakat pada masa hadapan. |
FAKTA 5 |
Takjub atau kagum
kepada alam sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- reaksi
anggota masyarakat yang menunjukkan kekaguman,kehairanan,terpesona dsb Bagaimana/T(teks)terhadap
keindahan alam sekitar seperti
hutan,apresiasi alam sekitar ini akan membawa kepada anggota masyarakat
bertindak untuk menikmati keindahan alam semula jadi P(pembangunan)- dapat
memberi ketenangan,kesedaran dan keinsafan kepada anggota masyarakat Contohnya, Encik
Muhammad kagum akan keindahan alam ini terbukti apabila beliau mengarahkan
Kasim drebarnya memperlahankan kereta yang dinaiki oleh beliau semata-mata
ingin menikmati keindahan sepanjang lebuh raya yang dilalui oleh beliau.
En.Muhammad dapat melihat hutan dara di kiri dan di kanan lebuhraya pada
waktu petang.ms 179) |
* KK |
Tuntasnya kekaguman
kepada alam sekitar membangunkan masyarakat dengan menterjemahkan
apresiasinya dengan menjaga,mengekalkan dan menikmati alam sekitar. |
FAKTA 6 |
Melindungi alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- merujuk
kepada tindakan anggota masyarakat membela dan memberi naungan kepada alam
sekitar Bagaimana/T(teks)- perasaan
cinta akan alam sekitar mewujudkan rasa tanggunjawab melindungi atau membela
alam sekitar seperti bentuk muka bumi,hutan,air dll. P(pembangunan)- agar
keindahan alam sekitar terjaga dan sumber alam terus dapat dinikmati oleh
masyarakat pada masa hadapan Contohnya, Lebai
Maarup cuba melindungi Jeram Medang yang memiliki keindahan semula jadi
daripada dicemari dengan menegur En.Muhammad yang hendak membuka hotel
peranginan di kawasan Jeram Medang. Namun rancangan tersebut telah
dibatalkan. (ms 312)Selain itu,dengan mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan
keperluan agama telah menyebabkan Lebai Maarup dapat melindungi tanah
tersebut daripada dimusnahkan akibat aktiviti perlombongan |
* KK |
Jelaslah, bahawa |
FAKTA 7 |
Menjaga alam sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)- Merujuk
kepada tindakan anggota masyarakat memelihara atau membela alam sekitar Bagaimana/T(teks)Perasaan
cinta akan alam sekitar menimbulkan idea dan melahirkan anggota masyarakat
yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar daripada
diteroka sewenang-wenangnya. P(pembangunan)- agar
menjamin bekalan sumber alam secara berterusan dan membawa kemajuan Contohnya, Encik
Muhammad berikhtiar atau berusaha supaya keindahan alam dapat
dikekalkan.Beliau mencadangkan kepada abangnya apabila Wilayah Tualang
dimaujukan nanti Jeram Medang yang terletak dalam tanah keluarga mereka akan
dijadikan sebagai tempat bercuti. Beliau juga menncadangkan agar hutan di
seberang dipagar dan dijadikan tempat buruan kecil.Mms.39) |
* KK |
Jelaslah, bahawa |
FAKTA 8 |
Memanfaatkan alam
sekitar |
Huraian + contoh |
A(apa)/K(konsep)-
menggunakan alam sekitar sebaik-baiknya/memperoleh faedah daripada alam
sekitar tanpa merosakkan alam sekitar Bagaimana/T(teks)-
alam sekitar menawarkan sumber yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat
seperti sumber hutan,sumber makanan dan sebagainya. Oleh itu sewajarnya
tindakan penerokaan secara berhemah/lestari perlu dilakukan oleh masyarakat P(pembangunan)- agar
menjamin bekalan sumber alam secara berterusan demi kelangsungan hidup
masyarakat Contohnya, Orang
kampung memanfaatkan sumber alam seperti mencari buluh,rotan,atap
bertam,menangkap ikan,menjala di Sungai Tualang yang kemudiannya dijual untuk
mendapatkan sumber pendapatan dan menjamin kelangsungan hidup (ms 41) |
* KK |
Jelaslah, bahawa |
PENUTUP
AYAT 1
(RUMUSAN/KESIMPULAN ISI) |
Kesimpulannya, rasa
sayang atau cinta akan alam sekitar dapat diterjemahkan melalui sikap,reaksi
dan tindakan oleh masyarakat seperti
memelihara,memulihara,menghargai,kagum,melindungi dan sebagainya |
Ayat 2
Harapan/cadangan/saranan + pembangunan masyarakat |
Sikap atau tindakan
yang menunjukkan kecintaan akan alam sekitar sewajarnya disemai dan diamalkan
dalam semua anggota masyarakat pada masa kini agar alam sekitar tetap dijaga
dan dimanfaatkan sebaik-baiknya walaupun pembangunan perlu dilakukan.Justeru,sikap
anggota masyarakat ini membawa kepada pembangunan masyarakat. |
0 ulasan:
Catat Ulasan