Pada tahun 2019 terdapat perubahan format subjek Bahasa Melayu PT3,yakni kertas soalannya di bahagikan kepada dua kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2.Bicara saya kali ini ialah kertas 2 bahagian B,iaitu karangan yang panjangnya 180 ke atas. Di sini ingin saya kemukakan contoh penulisan perenggan isi dengan menggunakan teknik IMPAK.
I= isi
M=Mengapa
P=Penegasan/perkembangan
A=Alibi/contoh/bukti
K=kesimpulan kecil berkaitan isi yang dikemukakan/Pengukuhan/rumusan
Untuk pelajar-pelajar lebih memahaminya marilah lihat contoh penggunaannya dalam karangan yang cikgu berikan di bawah.Ingat pelajar-pelajar cikgu sebelum buat perenggan isi itu mesti tulis dahulu perenggan pendahuluan.Tentukan perenggan pendahuluan jenis apa yang kamu mahu gunakan berdasarkan kehendak soalan.Jadi di sini cikgu sertakan juga contoh penulisan perenggan pendahuluan jenis pertanyaan atau persoalan.(sila rujuk jenis-jenis contoh perenggan pendahuluan yang terdapat dalam buku teks BM KSSM tingkatan 2 halaman 44 dskp 3.4.3 dan buku teks tingkatan 3 halaman 73 dskp 3.4.2 )
KERTAS 2-BAHAGIAN B:CONTOH PENULISAN PERENGGAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK
IMPAK.
Kepentingan Menyambut Hari Merdeka
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang
kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik
dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi.Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang
sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta.
Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban
tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan
menyambut Hari Kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita? (Pendahuluan
Jenis Pertanyaan)
Salah satu kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita
ialah kita dapat mengenang jasa
tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air.(ISI) Tokoh-tokoh yang telah tiada itu
rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah
darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun.(MENGAPA) Mereka juga sanggup menggadai
nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.(PENEGASAN /PERKEMBANGAN) Antara
tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi,
Rentap, Kanang dan sebagainya.(ALIBI/CONTOH/BUKTI)
Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita
adalah untuk mengenang jasa tokoh.(PENGUKUHAN/RUMUSAN)
Seterusnya melalui sambutan Hari Kemerdekaan, pihak kerajaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara
kita.( ISI ) Umum mengetahui
bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain
kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti.(ALIBI) Negara
yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat
bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.(MENGAPA)Melalui sambutan Hari Kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan Hari Kemerdekaan negara yang
kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling
menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk
dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. (PENEGASAN)Jelaslah di sini
bahawa sambutan Hari Kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.(PENGUKUHAN/RUMUSAN)
Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, maka rakyat
perlulah bersungguh-sungguh meraikan Hari Kemerdekaan negara.(HARAPAN) Jadikanlah
perang saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara
sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata,
“sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi
ini.(SARANAN)

" SELAMAT MEMBACA ,MENGULANG KAJI DAN MEMBUAT LATIHAN"
menarik dan membantu
BalasPadam