Ringkasan
Teknik untuk meringkaskan karangan
-
*Baca petikan dengan teliti
-
*Garisi fakta yang difikirkan isinya
-
*Kenal pasti isi,salin, dan senaraikannya mengikut
urutan
-
*Semak kesilapan tatabahasa dan ejaan
-
Tulis dalam satu perenggan sahaja.Tiada
pengenalan dan kesimpulan.
-
Cadangan jumlah isi : 5 isi sahaja
-
Mesti ada penanda wacana
-
Ayat yang ditulis mesti ada subjek dan predikat
Contoh Ringkasan
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
menangani wabak denggi di negara kita. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Mutakhir ini, negara tidak
putus-putus didedahkan dengan berita kematian yang membabitkan penyakit demam
denggi. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana
masalah nyamuk Aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walau bagaimanapun,
masalah ini boleh dikurangkan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha
untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kemaslahatan bersama.
Setiap pihak seharusnya merancang
strategi yang mantap dalam usaha menangani masalah yang semakin menular ini.
Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
membersihkan kawasan yang bersemak samun tetapi secara tidak langsung dapat mengeratkan perpaduan. Pihak-pihak
berwajib juga boleh menyumbang jasa
dengan melakukan penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat. Pada masa
yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang
menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan. Sebagai contohnya, pintu
dan tingkap hendaklah ditutup bagi mengelakkan asap semburan itu masuk ke dalam
rumah.
Berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975, kompaun maksimum RM500 boleh dikenakan kepada pemilik
premis yang membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Kadar ini dilihat masih rendah dan belum menggerunkan pemilik premis. Lantaran
itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada satu
nilai yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk memberikan pengajaran kepada
mereka yang terbabit. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus
digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.
Peranan ibu bapa juga amat penting
dalam usaha menangani wabak ini. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak
berpakaian lengkap semasa melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu petang.
Hal ini penting untuk melindungi kulit. Anak-anak juga perlu dinasihati agar
membersihkan diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika
bermain di luar. Pendidikan awal amat perlu bagi anak-anak selaras dengan
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sementelahan itu, ibu bapa juga
perlu bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom
denggi. Mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas
yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi di
seluruh badan pesakit. Jika keadaan ini dibiarkan tidak mustahil boleh membawa
maut.
Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap yang
menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab
dan memainkan peranan yang aktif demi menyelamat nyawa sendiri, keluarga dan
masyarakat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana
“Denggi: Musuh Yang Dipandang Ringan” Oleh Naim Yaakob.
Kata kunci isi
Soalan
|
Kata Kunci
|
Usaha / cara / langkah
|
harus
perlu
mesti
patut
penting
wajar
dituntut
boleh
|
Penanda wacana
|
Di samping itu,
Selain itu,
Seterusnya,
Lantaran itu,
|
1. Salah satu usaha yang
boleh dijayakan oleh penduduk adalah
dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan.
2. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan
penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat.
3. Pada
masa yang sama kita juga perlu
memberikan kerjasama kepada pihak yang
datang
menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan.
4. Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar
nilai kompaun ini patut dinaikkan
kepada
Satu
nilai yang lebih tinggi.
5. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan
Denggi harus digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.
mohn share
BalasPadammula hari itu,saya akan usahakan setiap masa yang paling penting kepada kami,kami punya masa macam duit sendiri sanagat mulia terhadap pentin g kepada kami.
Padambagus dan senang utk '
BalasPadamya
BalasPadamWhere cake
BalasPadambagus. hurmm nak tnye contoh ringkasan cara cara mengatasi tekanan takdaaa ke. kalau ada mohon share yerr. Thankyou.
BalasPadam