Isnin, 26 Disember 2016
JUBLI EMAS BUATMU SMKBAS
Tahun 2017 bulan Januari nanti merupakan sambutan jubli emas buat SMK Badrul Alam Shah.Tema sambutannya ialah "SMKBAS Dihatiku" Moga SMKBAS terus menggilap dan mencungkil permata yang tidak ternilai untuk bangsa dan negara.
BYE 2016...SELAMAT DATANG 2017
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi dan tahun baharu 2017 akan menjengah tiba menandakan sesi persekolahan baru akan bermula pada 1 Januari 2017.Pada sesi persekolahan 2017 nanti melibatkan perubahan besar dalam sistem pendidikan bagi para pelajar tingkatan 1,iaitu perubahan daripada KBSM kepada KSMM.KSMM nanti akan mengguna pakai DSKP (dokumen standard kurikulum dan pentaksiran) bagi menggantikan huraian sukatan pelajaran.
Rabu, 24 Februari 2016
Latihan Kesalahan Tatabahasa
MODUL LATIHAN NEGERI KELANTAN PT3 2015
Pelajar-pelajar yang dikasihi.Sila buat latihan di bawah.
Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.
Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis
jawapannya pada ruangan
yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.
Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau
ketika
berada di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
................................................
2.
Murid-murid sekolah itu
sangat menghormati akan
guru-guru
mereka yang baik hati,
penyayang dan bertanggungjawab.
................................................
3.
Sungguh amat terindah
pemandangan di sekitar
pulau
peranginan di negeri Sabah
itu.
................................................
4.
Kata-kata aluan dalam
buku program Majlis
Anugerah
Cemerlang itu membawa
mesej yang amat berkesan.
................................................
5.
Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada
dalam buku panduan.
................................................
6.
Ibu pejabat persatuan itu terletak di antara perpustakaan dan
balai polis.
................................................
7.
Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah
ke sini dan belum ramai
kawan.
................................................
Selasa, 23 Februari 2016
TIPS UNTUK MENDUDUKI UJIAN LISAN KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR (30 Minit)
Pengenalan
-Ujian Mendengar mengandungi
dua bahagian,iaitu bahagian A dan B.
-Kesemua soalan ujian ini
ialah 15 soalan.
-Soalan pertama bahagian A
merupakan soalan berbentuk objektif yang mengandungi lima soalan manakala soalan kedua merupakan
soalan struktur yang juga mengandungi lima soalan.Justeru,pelajar akan
diperdengarkan dua petikan atau bahan yang berbeza.Audio pertama yang
diperdengarkan kepada para pelajar adalah untuk menjawab soalan pertama yang
mengandungi lima pecahan soalan.Begitu jugalah dengan audio yang kedua
dimainkan adalah untuk menjawab soalan kedua yang mengandungi lima soalan
struktur.
-Petikan pertama mungkin
petikan seperti dialog,drama,cerpen,keperihalan, temu bual,wawancara, dan
sebagainya.Manakala petikan kedua merupakan petikan umum.
-Petikan akan diperdengarkan
kepada calon-calon sebanyak dua kali.(satu petikan diulang dua kali)
-Bahagian B juga mengandungi
lima soalan tetapi bentuk soalannya merupakan soalan tunggal.Hal ini bermakna calon
akan diperdengarkan dengan lima bahan atau petikan yang berbeza untuk menjawab
soalan bahagian ini.
-Markah keseluruhan ujian
mendengar ialah 20 markah(5 markah untuk soalan pertama bahagian A,10 markah
untuk soalan kedua bahagian A dan 5 markah untuk bahagian B) dan markah ini
akan dicampur dengan markah ujian bertutur yang memperuntukkan markah sebanyak
30 markah.Oleh itu,markah keseluruhan ujian lisan bertutur dan mendengar ialah
50 markah.
NOTA PENTING
* Semua elemen yang dinyatakan dalam rakaman mesti
ditulis semula dalam jawapan untuk mendapat markah penuh, sebagai bukti calon
dapat mendengar dengan baik.
* Perkataan yang didengar
tidak boleh ditukar dengan perkataan lain yang sama erti.
* Pelajar digalakkan menulis
dalam ayat yang lengkap atau gramatis untuk menjawab soalan struktur atau
soalan petikan kedua,namun tidak salah jika pelajar memberi terus
jawapan.Penjelasannya ialah jawapan calon tidak perlu dalam ayat yang
lengkap.Oleh itu, jika pelajar menjawab soalan bahagian ini sama ada dengan menggunakan
ayat gramatis atau tidak kedua-dua cara jawapan itu diterima asalkan betul
mengikut kehendak soalan.
Tips Menjawab
Bahagian A dan Bahagian B
-Bulatkan jawapan pelajar
pada setiap soalan pertama hingga soalan kelima (petikan pertama dan petikan bahagian
B sahaja )dan tidak perlu dihitamkan jawapan berkenaan.Calon boleh menjawab
dengan menggunakan pensel 2B untuk menjawab soalan ini.
Contoh: Bahagian A
SOALAN PERTAMA
…
SOALAN KELIMA
Bahagian A
Petikan Kedua- Petikan Umum
SOALAN PERTAMA
Contoh jawapan yang
menggunakan ayat gramatis/lengkap
Nyatakan agensi kerajaan
yang bertanggunjawab mewartakan taman laut di Malaysia.
Agensi kerajaan yang
bertanggunjawab mewartakan taman laut di Malaysia ialah Jabatan Taman Laut
Malaysia. √ ( 2
markah )
Contoh calon yang terus
menulis jawapan/ayat tidak gramatis/beri jawapan dalam bentuk poin
Jabatan Taman Laut Malaysia. √
( 2
markah )
…
SOALAN KELIMA
Berikan kegunaan-kegunaan
terumbu karang dalam bidang perubatan.
Contoh jawapan yang
menggunakan ayat gramatis/lengkap
Kegunaan-kegunaan terumbu
karang dalam bidang perubatan adalah untuk merawat kanser,penyakit jantung dan
alat ganti tulang manusia. √ (2 markah)
Contoh calon yang terus
menulis jawapan/ayat tidak gramatis/beri jawapan dalam bentuk poin
Merawat kanser,penyakit
jantung dan alat ganti tulang manusia. √ (2 markah)
* Jika calon tertinggal salah satu jawapan maka markah yang di peroleh
ialah 1 markah.
Contoh jawapan calon
Merawat kanser dan penyakit
jantung √ (1 markah)
Merawat penyakit jantung √
(1 markah)
BAHAGIAN
B (SOALAN TUNGGAL)
Petikan audio diperdengarkan
kepada para pelajar
Soalan:

A. Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama
√ (Bulatkan jawapan A )
B.
Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama
C.
Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong
D.
Rama-rama------telur------kepompong----beluncas
Langgan:
Catatan (Atom)