SINOPSIS
TERPERINCI MELIPUTI SETIAP BAB DALAM NOVEL VERSI 2
(
merangkumi catatan peristiwa-peristiwa
penting )
BAB 1
Datuk Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum
dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhammad. Ia menggambarkan
ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhammad dengan
kejayaannya memperoleh kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari
Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhammad dalam
mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi
ketokohan ayah En. Muhammad. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhammad
mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk
mengelakkan apa-apa saja perasaan antara mereka berdua.
Peristiwa-Peristiwa Penting:
1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal
perniagaan dan perdagangan.
2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya.
3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad .
4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.
BAB 2
Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang
disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya. Ketokohan En.
Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji
latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan
En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana
dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau
berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En. Muhammad.
Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga
Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Salsilah @ asal usul keturunan En. Muhammad diteliti oleh Datuk Tan.
2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada
En. Muhammad .
3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga.
4. Sejarah hubungan perniagaan di antara orang Melayu dan orang Cina.
BAB
3
Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi
kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang memang
sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap
ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik
keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim
yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya
yang menentang ayahnya.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid
2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru
mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar.
3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang.
4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang
kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya.
5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB
Mohd. Yusof dengan tauke Cina.
BAB 4
Syarifah Muinah sentiasa resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari
jadi Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu
kandungnya. Bagi Tan Sri Syed Aris semua itu tidak penting, kerana mereka
berdua memang menyayangi Mahani kerana inilah satu-satunya anak mereka,
walaupun Mahani sebenarnya adalah anak kepada Syarifah Naemah iaitu kakaknya
sendiri. Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula
mendapat tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam
kekeliruan dengan perasaannya terhadap tiga orang jejaka yang hadir dalam
hidupnya iaitu antara Rahim, Jahid dan juga Robert.
Peristiwa-peristiwa penting:
1.keresahan Syarifah Muinah setiap kali tiba hari jadi Mahani-sebab dia bukan
ibu kandung Mahani
2.bimbang
memikirkan jodoh Mahani
3.
Kekeliruan perasaan Mahani terhadap 3 jejaka yang hadir dalam hidupnya
BAB
5
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena
hari keputeraannya. Penghulu Mahmud berhasrat untuk menjualkan harta pusaka
keluarganya. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi Jahid
maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda
tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud rasa peluangnya untuk
mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan adiknya Muhammad ialah
orang kaya yang berpengaruh. En. Muhammad datang menziarahi abangnya di samping
untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid di tanah milik keluarga mereka
di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang gelaran Datuk Indera Orang
Kaya. En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya,
melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk kampungnya masih lagi
dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah berhijrah ke bandar.
Peristiwa-peristiwa
penting:
1. Hasrat untuk menjual tanah pusaka ditentang/tidak dipersetujui oleh anak
sendiri.
2.En
Muhammad menziarahi abangnya untuk maklumkan tentang projek orkid.
3.
En.Muhammad dapat maklumat tentang kemiskinan penduduk kampungnya dan
penghijrahan generasi muda ke bandar.
BAB
6
Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak
milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh
dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu
Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang
mengepalai beberapa orang pemuda yang sedang menebas kawasan hutan di situ.
Maklumat yang diperolehi daripada Ali, tanah itu hendak ditanam dengan tanaman
orkid. Sudin tidak yakin dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Mereka seterusnya
telah membuat temujanji untuk berjumpa di rest house pada petang nanti. Mereka
terus ke kawasan Jeram Medang untuk berehat , di situ sarip menjelaskan tanah
di sekitar kawasan itu juga adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud.
Sementara itu Ali telah ke rumah Jahid untuk memaklumkan tentang petemuannya
dengan Sudin dan janji temu mereka. Jahid mahu Ali menceritakan perihal sebenar
berkaitan tanah yang sedang diusahakan tanaman orkid itu.
Peristiwa-peristiwa
Penting
1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud.
2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat
,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house.
3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud –
Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.
BAB 7
Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof
tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau bagaimanapun YB tidak
mempercayainya. Sudin juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk
bekerjasama dengannya dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan
kerjasama antara mereka sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan
itu nanti akan memudahkannya untuk meminta bantuan YB bagi melangsaikan
hutang-hutangnya semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang
kejayaannya membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan
politik YB bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang
melibatkan tanah Penghulu Mahmud di Jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut
dilihat sebagai penghalang cita-citanya.
Peristiwa-peristiwa Penting
1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof, Ali memberitahu tanah tersebut
hendak ditanam dengan orkid.
2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan masalah
hutang-hutangnya.
3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menjual
tanah-tanahnya
4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan
projek rumah murah.
5.YB berasa kedudukan keluarga Penghulu Mahmud sebagai pemilik tanah terbanyak
akan menganggu cita-citanya.
BAB 8
En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak
membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar
tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan
tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh
orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi
menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En.
Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan
membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama
dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak
memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual
tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama
bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas
kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau
dibenarkan untuk membina rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang
tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk
bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan
peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan politiknya.
Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi pendapat
tentang pembangunan di wilayah Tualang.
2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk membangunkan
wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual sebahagian
tanahnya di Jeram Medang.
3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah Tualang
dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu memajukan tanah
milik keluarganya dengan projek tanaman orkid.
4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di
samping menjaga kepentingan mereka.
BAB 9
Minyak wangi yang dipakai oleh Mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya
Ana. En. Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada di atas mejanya.
Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En.
Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura
tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En. Muhammad pernah
menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan
tidak berfikir perkara yang lain.
Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh
Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi komen
tentang isi kandungannya.
2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula
menentang golongan kaya yang tamak.
BAB 10
Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En.
Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan
uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim.
Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani
kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat pandangan
walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada
pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang
mencintainya.
Peristiwa-peristiwa Penting :
1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya
memberi jawapan kepada En. Muhammad.
2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid.
3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat
Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.
BAB 11
Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin
berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim
keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan
politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan
ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar
kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan
penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk
berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian
pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya
Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat
ayahnya juga bersikap dingin dengannya.
2.Sudin sedar kerenggangan hubunga dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak ,
kahwin cerai dan terlibat dengan politik.
3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya
4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan
masalahnya dengan ayahnya.
BAB 12
Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar
yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa
dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan
tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak
meminang Gayah - Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun
lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu
bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan
tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan
berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa
yang menyebarkan berita tersebut.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin.
2. Imam Saad memberitahu Sudin tentang khabar yang Sudin telah melarikan Gayah.
3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu.
4. Imam Saad menceritakan tentang persengketaan keluarga antara keluarganya
dengan keluarga Penghulu Mahmud yang menyebabkan mereka tidak berani untuk
meminang Gayah.
BAB 13
Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital,
Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba
mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia
yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk
melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat
berita dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di
hospital beliau telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid
menimbulkan tanda Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang
diri kerana dia ingin mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke
Chan. Ini penting baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah
hutang-hutangnya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin terlantar di hospital akibat kemalangan dan dibelasah oleh Mat Akil
2.Sudin teringatkan kembali peristiwa bagaimana dia boleh terlantar di
hospital, dia pasti orang yang telah menganiayainya ialah Mat Akil namun dia
tiada bukti.
3. Kehadiran Jahid bersama dengan YB ketika melawatnya menimbulkan tanda Tanya
di benak Sudin.
4. Sudin sebenarnya ingin mendapat maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke
Chan.
BAB 14
En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia berdoa
agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat kejayaan. Bagi
beliau nasib penduduk Kampung Pulai akan berubah dan kehidupan mereka akan
lebih terjamin. Beliau juga resah dengan hasrat Datuk Tan yang mahu mengurus
sendiri syarikat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanggung jawab sebelum
urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka menyertai
rancangan FELDA. En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan dilantik sebagai
Orangkaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan perlombongan itu nanti
berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk mengadakan sambutan besar-besaran
sempena perlantikan abangnya sebagai Orang Kaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah
untuk mengambil hati penduduk di Pekan Tualang supaya perusahaan
perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka nanti senang untuk dipujuk
berpindah ke rancangan FELDA
Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad beribadat untuk mendapat petunjuk daripada Tuhan sempena
penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
2. En. Muhammad berasa keliru dengan keputusan Datuk Tan yang mahu mengurus
sendiri syarikat tersebut.
3. Penduduk kampong yang miskin akan dibantu melalui usaha YB untuk membawa
mereka menyertai rancangan FELDA.
4. Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan disambut
secara besar-besaran bagi memenangi hati penduduk Kampung Pulai.
BAB
15
Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan
bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur.
Kedatangannya ke Kuala Lumpur bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman
rakan-rakannya membimbangkan dia. Di Kuala Lumpur ramai penyeluk saku, Dia
berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi
nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan
Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat
Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad
kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti.
Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang menurunkan Sudin dan Jahid. Mat
Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah dua bulan bekerja
dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya ditugasjan untuk mengendalikan
lading orkid di Jeram Medang.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan
Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja.
2. Mat Akil terlihat Sudin dan Jahid keluar dari kereta yang dipandu oleh
Kassim.
3. Mat Akil bertemu dengan Kassim tetapi tidak jadi menabur fitnah tentang
Sudin,
BAB 16
Bas sewa khas yang tiba di Kampung Pulai menjadi
perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati
pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri
mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongana
perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi
masalah kekurangan angina dan terpaksa ke pecan dahulu. Mat Akil kecewa dengan
budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan
angina sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk
memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah
Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan
dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan
dilangsungkan di Kuala Lumpur.
2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang
budak untuk merosakkan tayar bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan
angin tayar bas.
3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya
dalam pertandingan merebut Gayah dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak.
4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah
menajisi cadar pengantin Sudin.
BAB 17
Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri
perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai
yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya
Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan
yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut
diharap akan menjadi penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah
bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup
berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah
dilangsungkan di rumah En. Muhammad.
2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia
begitu ramah dengan beberapa orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya
cuba mencari pengaruh.
3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin
dan Gayah yang menyatykan dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan
urusannya memenangi hati penduduk kampong Pulai.
4. Hubungan antara En. Muhammad dengan Imam Saad
mula terjalin.
BAB 18
Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan raya
Syarikat Lombong Lembah Tualang, beliau telah diamanahkan untuk membentuk
jawatan kuasa bagi mengadakan sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah
Tualang. Mat Akil juga turut disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk
mengelakkan Mat Akil dan rakan-rakannya dari menghuru-hara keadaan. Di samping
itu juga, penglibatan beliau adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah
nanti kerana Mat Akil juga memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta
pandangannya berhubung dengan penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau
adalah salah seorang yang berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan
urusan tanah nanti.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya
Syarikat Lombong Lembah Tualang.
2. Sambutan besar-besaran perlantikan Penghulu
Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan diadakan dan akan melibatkan semua
pihak yang menelan belanja RM 10, 000.00 ditanggung oleh En. Muhammad.
3. Mat Akil dan rakan-rakannya juga turut
disenaraikan sebagai AJK dalam jawatankuasa sambutan.
4. Jahid dan Sudin menemui Tuk Empat Dahlan bagi
mendapat pandangannya serta untuk mempengaruhinya.
BAB 19
Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan
Rahim menentang penubuhan Syarikat Lombong tersebut. Bagi Rahim tindakan
ayahnya seperti memusnahkan sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang
diterimanya menjelaskan Rahim tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan
oleh ayahnya tambah mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang tindakan
ayahnya akan menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya
terhadap Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua
tidak pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan
Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang berlaku
kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung Pulai.
Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi mendapat
maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.
Peristiwa-peristiwa Penting
1. Surat Rahim membayangkan penentangannya
terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang pada pandangannya akan
memusnahkan sebuah kampung.
2. Hubungan antara Rahim dengan Mahani menjadi semakin
intim dimana mereka saling berutus surat.
3. Mahani mengambil keputusan untuk bertemu
dengan Jahid bagi mendapat maklumat lanjut tentang situasi Kampung Pulai untuk
disampaikan kepada Rahim.
BAB 20
Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang
pampsan yang akan diterima, senario itu telah mencetuskan pertengkaran di
antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang
menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan
berada di situ telah berjaya meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat
Akil yang telah menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung
dengan perpindahan penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada
hari jumaat dan jamuan disediakan. YB akan memberi penerangan tentang projek
perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui
tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak
mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan
berpindah. Sejak sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk
Indera penduduk Kampung Pulai mulai dapat dimenangi begitu juga dengan
perubahan Mat Akil walaupun Sudin dapat merasakan bahawa perubahan itu tidaklah
sepenuhnya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang
memiliki tanah dengan penduduk yang tidak ada tanah.
2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat
secara langsung dalam projek Syarikat Lombong Lembah Tualang.
3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui
muslihat sebenar disebalik perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan
oleh YB.
4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah
dapat dimenangi dan Mat Akil masih belum berubah sepenuhnya.
BAB 21
Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan
sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke
rancangan FELDA. Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada
pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya
menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut
dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan
dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang
sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah
keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan
tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang. En. Muhammad mengambil kesempatan itu
untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Majlis jamuan diadakan di surau Kampung Pulai
bagi meberi penerangan tentang perpindahan penduduk ke rancangan FELDA yang
anakn disampaikan oleh YB.
2. Kehadiran En. Muhammad dan janjinya untuk
membayar pampasan kepada penduduk kampung yang menumpang di tanah keluarganya
menunjukkan dia seorang yang baik hati.
3. Sudin keliru dengan tindakn En. Muhammad yang
tidak berterus-terang tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang.
4. En. Muhammad menggunakan kesempatan tersebut
untuk beramah mesra dan mahu Sudin memastikan Imam Saad menjadi imam P.
Tualang.
BAB 22
En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan
yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih di samping mahukan dua
jawatan penting dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang. Bagi En. Muhammad ia
akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai
yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya, ini berdasarkan sambutan
ketika majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah
yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai
rancangan FELDA. Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En.
Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad
akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan
mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusnya memaklumkan
kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat
syarikat asing tidak dipersetujui oleh Datuk Tan.
2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk
Kampung Pulai sudah dapat dimenanginya.
3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan
keadaan ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua dan mereka berpengaruh -
beliau berusaha mengatasinya dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai
Imam di Pekan Tialang dan Tuk Empat Dahlan sebagai penghulu.
4. En. Muhammad memberitahu Cik Puan Tipah
tentang surat Rahim.
BAB 23
Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta
bantuannya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada
idea untuk menyelesaikannya. Apa yang dimintanya bantuan untuk diperkenalkan
dengan Pengurus Syarikat Kewangan. Sudin telah berjanji untuk membantunya
tetapi bukan apa yang dicadangkan oleh Sani. Sudin sebaliknya menawarkan kerja
kepada Sani sebagai wakil wakil rakyat – Ini kerana Sudin ingin menggunakan
situasi sani bagi membantu En. Muhammad menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan Imam Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap
Sani tanpa disedarinya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk
meminta bantuannya yang terdesak untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.
2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat
dieksploitasi untuk kepentingan rancangan En. Muhammad.
3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad
akan peluang tersebut dan dia minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang
diminta oleh Sani supaya dia tidak mengsyaki nya.
BAB 24
Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai
dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan
perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan
Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat
yang berkaitan tentang perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA.
Jahid pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap
agar maklumat itu nanti akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim
terhadap rancangan ayahnya dapat dibendung.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Rahim menjadi topik/ isu perbincangan di
antara Mahani dan Jahid.
2. Surat-surat Rahim banyak yang menentang
ketidakadilan/ penganiayaan terhadap penduduk Kampung Pulai
3. Mahani cuba mendapat maklumat daripada Jahid
tentang perpindahan penduduk ke rancangan Felda untuk disampaikan kepada Rahim.
4. Mahani keliru siapa yang hendak disebelahinya
dan harap penentangan Rahim terhadap ayahnya dapat dibendung.
BAB 25
Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud
telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak
meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia
teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang
mereka telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa
yang merisiknya, apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat,
Mahani sedar yang datang ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan
keesokkan harinya. Tapi semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam.
Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya
terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan
fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima
telegram daripada Rahim.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mahani tertanya-tanya tentang siapakah jejaka
yang datang merisiknya.
2.Mahani diberikan tempoh untuk memberi jawapan,
namun Mahani meminta diberi tempoh 24 jam.
3. Mahani menghantar telegram kepada Rahim untuk
mengetahui status perasaannya terhadap Mahani
BAB 26
Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan
meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan
dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh Rahim
yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai
kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka
akan menentang pertunangan tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin
pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang
baginya seorang yang praktis dengan gagasannya menentang akan kemusnahan
kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya
seperti meruntuhkan kemurnian bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran
ayahnya ialah pemikiran barat yang melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk
kerana kasih saying sesama manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan
tertentu.. Pada keesokkan harinya Mahani terlewat bangun, dia menghubungi
ibunya yang berada di rumah Cik Puan Tipah berbincang tentang persiapan kenduri
kahwin. Mahani memberitahu yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia
hendak mendapatkan maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk
disampaikan kepada Rahim.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan
dengan meriah namun sederhana mengikut kehendak Mahani.
2. Rahim pula dalam surat-suratnya
memperlihatkan dirinya seorang yang rasional dan praktikal apabila dia melihat
pembangunan yang akan berlangsung adalah acuan barat yang tidak sesuai dengan
bangsa.
3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan
maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada
Rahim.
BAB 27
En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang
memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup
menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu
bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan Syarikat
Lombong Lembah Tualang. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang
hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai
moral. Bagi En. Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar .
Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan
rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh
dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua
saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan
satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat
laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu
menyebabkan En. Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden
tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.
Peritiwa-peristiwa Penting:
1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan
Mahani dalam ikatan pertunangan
2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi
kandungannya menuduh ayahnya menganiaya penduduk Kampung Pulai.
3. En. Muhammad dikejutkan dengan insiden yang
berlaku di Kampung Pulai yang dilaporkan oleh Sudin dan juga YB.
Bab 28
Perkahwinan
Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan
dilangsungkan pada akhir bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana
tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan perkara yang baru
berbangkit di Tualang sebelum Rahim pulang.
Sudin dan
Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah
di Jeram Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian
hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid
Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu berlaku kejadian itu berlaku serentak
dan melibatkan Ali.
Kejadian
itu dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang pertama, Pendekar Omar yang
berkelahi dengan Ali yang menjadi penyokong kuat bagi sebuah parti manakala Ali
pula menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannya dengan
kegiatan kempen minta bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam
Saad menjadi imam di Pekan Tualang.
Encik Muhammad meminta
peguam syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut.
Dia meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid itu.dan
mengelakkan perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril
diminta menjalankan penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga
telah meminya Yang Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya
Peritiwa-peristiwa Penting:
1.
Perkahwinan
Rahim& Mahani pada bulan 9 memberi peluang untuk Encik Muhamad
selesaikan masalah berbangkit di Tualang.
2. Kejadian ladang orkid dirosakkan
dan perkelahian berlaku serentak
3.
Usaha
penyelesaian dan penyiasatan kes tersebut oleh Encik Muhamad
Bab 29
Mahani
memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu
harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan Rahim.
Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila
dia berkunjung ke kampung itu sabtu lalu. Dia berpendapat penduduk Kampung
Pulai memang patut diberi pertolongan untuk memajukankehidupan mereka.
Encik
Muhammad menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru untuk menampung
urusannya yang semakin bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu
Saadiah, bakal menjadi kerani dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha
kerana mempuyai diploma kesetiusahaan.
Cik
Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad
berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain
tidak dibenarkan menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda
tanda tanya kepada Mahani. Siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati kebun
orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu bukan datang daripada Encik
Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang semuanya
menghormati keluarga Datuk Indera.
Setelah
perbincangan itu selesai dan peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak Mahani
makan di luar bersama dia dan Cik Puan Tipah.
Peritiwa-peristiwa Penting:
1. 1. kesedaran Mahani terhadap nasib
penduduk Kg.Pulai
2. 2. Temu duga untuk memilih pekerja
baru
3. 3. Perbincangan berkaitan masalah lading
orkid
Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke
sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya
telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah
paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad
memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah
memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya,
tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan
tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu
sudahpun selesai dan hari perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti.
Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang
teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori,
hakikat kehidupan sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga
anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim
dibesarkan dalam masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat
Melayu sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat
niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim
hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang
suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa
Rahim dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang, syarikat akan tetap berusaha untuk
meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah
dan En. Muhammad untuk berbincang tentang Rahim.
2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya
mahu mengetahui akan tanggapan Mahani terhadap rahim
3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap
Rahim yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan.
4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat
bersabar dengan Rahim yang suka mencari kebenaran.
BAB 31
Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong
atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan tentang masa depannya jika menerima
tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia bimbang kerana politik akan
berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan
kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima
saja tawaran tersebut.
YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani,
kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan
ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah
anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam
pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah
Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang.
YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk
berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk
meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan
mereka di tanah rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah
golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk
Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran
kerja dengan YB, kerana masa depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan
politik yang akan berubah 5 tahun sekali.
2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya
menerima tawaran tersebut demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana
uzur.
3.Sani juga telah dimaklumkan tujuan ayahnya dipersarakan
dari jawatan imam di pekan Kuala.
4. Penduduk akan dibantu dengan menempatkan
mereka di rancangan FELDA.
BAB 32
Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk
menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah
dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan Penghulu Salim dan dia
mahu Penghulu Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat
untuk taklimat di surau.
Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud
telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah
mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan
mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan
nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya Pak salim marah kerana tinggal dia
seorang orang tua yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan.
Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat
Akil Penghulu Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk
mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk
Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang
Penghulu salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak
kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada Penghulu Salim dan mereka
berharap Penghulu salim akan bersetuju.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pak salim enggan membenarkan gerainya
digunakan sebagai tempat taklimat yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai
daerah dan Pegawai FELDA.
2. M.Akil memaklumkan sebenarnya Penghulu Salim
sedih kerana dia seorang orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah
rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan tidak.
3. En. Muhammad meminta supaya YB usahakan tapak
gerai dan rumah untuk Penghulu Salim di tanah rancangan untuk kemudahannya
berniaga
BAB 33
En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap
tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena pengumuman Syarikat Lombong
Lembah Tualang akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad
bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan
membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan.
Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa
perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya
orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan
kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan
masalah.
En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut,
mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan taraf ekonomi penduduk
kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan
pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah
mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian
yang dibuat jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya
sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu
pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim
telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin
nanti ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu
mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya
peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary
yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah
mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Pengumuman tentang Syarikat Lombong Lembah
Tualang akan membeli tanah kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En.
Muhammad sebelum sembahyang Jumaat.
2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya
dengan mengatakan En. Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa
maksiat.
3. Selepas sembahyang bedah siasat telah
diadakan bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut yang akan mengagalkan
rancangan En. Muhammad.
4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang
pernah menganiaya peniaga kecil dan hidupnya yang penuh kemaksiatan bersama
Mary
BAB 34
En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk
berbincang tentang masalah Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti dalam
laporan peguam. En. Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya
mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya
sudah tua. Beliau seterusnya menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang
orkid dan juga pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik
kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk
menakutkan orang kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam,
sekiranya ia benar tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah
penyokong YB.
Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En.
Muhammad supaya tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke
Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia
kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan
mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih terperinci.
Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi
perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh
dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi
pulau dikelinlingi lombong.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk
berbincang tentang kejadian di kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh
peguam.
2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua
apabila Datuk Tan memberitahu tentang Mary yang berminat untuk berkerja.
3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik
kejadian tersebut samada ia melibatkan politik atau Tauke Chan.
4. Datuk Tan mahu penyiasatan dilakukan untuk
mengetahui punca kedua-dua kejadian tersebut
BAB 35
Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai
imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di kedai pak Salim, Mat Akil turut
bertanyakan tentang Jamaludin dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan
En. Muhammad. Mat Akil menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka
kemudian ke pondok tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka
telah terserempak dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man.
Mat Akil mengapi-apikan Man dengan mengatakan
tentunya Lebai Endut akan memilih Lebai Marup sebagai calon menantu.
Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang
yang diberikan oleh Sudin . Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh
Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan peranan
tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk mereka.
Mat Akil seterusnya ke rumah Sudin untuk kali
yang keduanya setelah kali pertama dulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Mat
Akil sebenarnya masih menaruh harapan untuk memiliki Gayah tetapi dia terpaksa
berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan wang.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Mat Akil membuat spekulasi bahawa di kampong
mereka sudah ada pengintip yang ditujukan kepada Lebai Marup yang mahu
menghasut penduduk kampong supaya tidak menjual tanah mereka.
2. Mat Akil kemudian mengapi-apikan Man dengan
Lebai Maarup dengan mengatakan Lebai Maarup adalah calon menantu pilihan Lebai
Endut.
3. Mat Akil membahagi-bahagikan wang yang
diberikan oleh Sudin dengan jumlah yang kecil dan sebahagian lagi wang adalah
bayaran hutangnya.
4.Mat Akil ke rumah Sudin bagi kali kedua.
BAB 36
Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Maarup
sebenarnya ejen politik yang mahu mengagalkan usaha YB. Dia juga turut
menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping tokok tambahnya.
Menurutnya Lebai itu sekarang menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka
bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak
Salim berhubung dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup.
Sementara menunggu Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan
Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan
sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat
peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta
bantuan YB, semuga dia mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut
bertanyakan rancangan Mat Akil dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti
di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu
menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah
berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup
teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk
mengapi-apikan Man. Man mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan
anak-anak gadis yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang
Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin
yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan
mendapat balasan.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Lebai Marup didakwa oleh Mat Akil sebagai
ejen sebuah parti politik yang cuba untuk mengagalkan rancangan YB.
2. Penentangan Jamaludin sebenarnya sebagai
helah untuknya mendapat peluang perniagaan di Pekan Kuala atau Pekan Tualang.
3. Rancangan untuk menakut-nakutkan Lebai Maarup
telah berjaya dilakukan- Lebai telah dipukul oleh rakan-rakan Mat Akil.
BAB 37
Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur
termasuklah En. Muhammad hanya mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita
Mat Akil tentang Lebai Maarup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya yang
menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang
benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan
rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat
Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka.
Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah
yang bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh
Tauke Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan
rancangannya untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar
dia dapat membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di
samping membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En.
Muhammad pula seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya
tidak dapat dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui masyarakat
malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih
kerana tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya
mengagumi usaha Lebai Maarup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala
Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga
teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli
dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan
pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada
rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil
dan rakan-rakannya kerana perbuatan mereka.
2. Penentangan Lebai Maarup dan juga Jamaludin
sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan politik.
3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam
usahanya untuk memperteguhkan imam penduduk kampong Pulai.
4.Kebijaksanaan En. Muhammad dalam mengabui mata
masyarakat dengan sikap baiknya sehingga masyarakat tidak dapat mengesan
perbuatannya.
BAB 38
En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru
di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En.
Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat
dikuasainya. Ini termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan
Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Maarup benar-benar
menganggu fikirannya.
Peristiwa-peristiwa Penting
1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang
maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Maarup
BAB 39
Lebai Maarup dan Imam Saad datang menemui Sudin
untuk memberitahu yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin
pura-pura terkejut. Dia mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi
Labai Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa
bukti. Lebai Maarup memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan
penduduk kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk
mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir
sama.
Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil
dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala
Lumpur untuk berjumpa dengan En. Muhammad, dalam perjalanan YB menyalahkan
Lebai Marup kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak
untuk berbuat demikian.
Masalah berkait dengan Labai Maarup menganggu
fikirannya kerana dia menyangka semuanya telah dapat dikuasainya.
Peristiwa-peristiwa Penting
1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin
untuk memberitahu yang dia dipukul serta menjemput Sudin hadir sama dalam
majlis penerangannya.
2.Lebai Maarup akan mengadakan satu pertemuan
dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,
3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh
Sudin berhubung dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh Lebai Maarup.
4. YB berasakan Lebai Marup menganggu kehidupan
orang kampong
BAB 40
Lebai Marup dan orang-orang tua di kampong Pulai
terperangkap di surau kerana hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun
Lebai Marup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke
Balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Marup. Mat Akil dan rakan-rakannya
menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya
termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Maarup
menjelaskan kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang
asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di kampung Pulai. Beliau juga ingin
menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan
rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai Marup. Dia
dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa
maksiat . Man pula menuduh Labai Marup pengacau anak bini orang. Lebai Marup
menjelaskan dia hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampas an yang
diterima tidak disalahgunakan . Dia juga berasa puas apabila En. Muhammad
menarik balik pembinaan hotel. Dia juga sanggup dihukum jika sekiranya dia
menganggu anak bini orang. Man yang marah telah membaling batu dan kena pada
muka Lebai Maarup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikam Lebai Maarup.
Kemat Jerangkung tak sempat menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai
Marupdarah banyak keluar. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2
orang yang tidak dikenali telah berjaya menangkap dan menggari Mat Akil dan
rakan-rakanya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Lebai Maarup tetap berahsia tentang situasi
sebenar kenapa dia dipukul apabila ditanya oleh orang-orang tua kampung Pulai.
2. Penduduk kampong berkumpul di kedai Pak
Salim, Mat Akil dan rakan-rakanya menuduh Lebai Marup telah naik daun.
3. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggu
penerangan yang disampaikan oleh Lebai Marup.
4. Man bertindak membaling batu, Mat Akil pula
meluru dan menikam Lebai Marup dan kena bahunya, mereka kemudian berjaya
ditangkap oleh 2 orang yang tidak dikenali
BAB 41
En. Muhammad baru saja menerima panggilan
telefon daripda Sudin, mula berasa lapar. Dia mahu makan tengahari di tepi
kolam apabila Cik Puan Tipah memberitahu yang Mak Enon akan masak gulai
tempoyak. Dia kemudian memberitahu Cik Puan Tipah dia akan adakan kenduri dan
ingin menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa. Pada malam nanti dia akan
berjumpa dengan Sudin dan YB untuk menyelesaikan beberapa perkara supaya ianya
selesai dalam masa seminggu.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. En. Muhammad bercadang mengadakan kenduri doa
selamat dan menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa selamat.
BAB 42
Lebai Maarup hampir pengsan ketika dibawa ke
hospital kerana banyak kehilangan darah. Sudin dan Bilal Endut masih menunggu
kerana Lebai Maarup masih dalam bilik rawatan. Manakala yang lain-lain ke Balai
Polis untuk memberi keterangan. Doktor memberitahu Lebai banyak kehilangan
darah dan dia perlu berehat dan tidak boleh diganggu. Sudin dan Lebai Endut ke
Balai Polis untuk beri keterangan. YB dan Sani juga turut hadir, Sudin ingin ke
Kuala Lumpur nanti untuk memberitahu En. Muhammad tentang kejadian tersebut.
Sudin juga ke lokap untuk berjumpa Mat Akil dan
rakan-rakannya , dia sebenarnya rasa puas tetapi berpura-pura akan melakukan
sesuatu untuk membantu mereka.
Dalam perjalanan pulang keretanya ditumpangi
oleh Imam Saad, Tuk Empat Dahlan. Bilal Endut dan juga Pak Salim. Tuk Empat
Dahlan meminta maaf kepada Bilal Endut atas apa yang terjadi. Bilal Endut
memberitahu yang Lebai Marup sebenarnya baik dia juga mahu menjual tanahnya
untuk ke tanah rancangan. Imam Saad berharap Lebai Maarup akan meneruskan perjuangan
ke jalan Allah kerana berasa dirinya gagal dan sudah tua. Sudin bertekad untuk
membantu sedaya upayanya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Harapan imam Saad untuk teruskan perjuangan ke jalan Allah disambung
oleh Lebai Maarup
Satu jamuan akan diadakan di rumah En. Muhammad
untuk meraikan tetamu-tetamu penting, termasuklah peguamnya. Kini
segala-galanya telah beres kerana Lebai Maarup akan menjual tanahnya untuk ke
tanah rancangan. En. Muhammad lega kerana dia tidak lagi akan dituduh membawa
maksiat. Beliau berharap agar namanya dan Sudin tidak dikaitkan dengan
perbuatan yang dilakukan oleh Mat Akil. Suasana majlis jelas meriah bagi Sudin
perbualan tentang Lebai Maarup boleh dijadikan umpan untuknya mendekati Mahani
bagi mendapat maklumat tentang Rahim. En. Muhammad mahu Sudin datang menemuinya
bagi berbincang dengan peguam berhubung dengan kes Mat Akil. Dalam perjalanan
pulang YB memuji En. Muhammad dan Datuk Tan kerana handal.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1. Akhirnya, Lebai
Maarup menjual tanahnya.
2. 2. Encik Muhamad lega kerana tidak akan dituduh membawa maksiat
3. 3. Perbualan sudin tentang Lebai Maarup
ialah umpan untuk mendekati Mahani bagi mendapat maklumat tentang Rahim.
BAB 44
Kejadian di balai raya masih lagi dapat dirasai
ketegangannya ketika majlis perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah dan
pegawai FELDA. Sudin memulakan majlis dengan memberitahu tanah orang-orang
kampung akan dibeli oleh SLLT dengan harga yang tinggi. Manakala mereka yang
tidak mempunyai tanah dan menumpang di tanah orang akan diberi pampasan. Sudin
juga turut memuji YB dan juga kemurahan keluarga Datuk Indera Mahmud.
Sudin terpaksa meminta diri untuk ke Kuala
Lumpur bagi berjumpa dengan En. Muhammad dan peguam bagi menjual urusan beli
tanah. Sudin juga turut menziarahi Lebai Marup. Sudin rasa berpuashati apabila
Lebai Maarup mahu peristiwa tersebut dilupakan. Lebai Maarup juga turut menceritakan
tentang dirinya yang bekelulusan SPM. Sudin terpaksa minta diri kerana bimbang
takut terlewat.
Di pejabat En. Muhammad semuanya telah beres,
En. Muhammad mahu peguam memudahkan perbicaraan ke atas Mat Akil dan
rakan-rakannya. Sudin juga bertjanji akan menyelesaikan masalah hak milik tanah
Lebai Maarup yang masih atas nama ayahnya dalam menyelesaikan masalah.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1.Peristiwa di
balai raya dirasai ketegangnnya.
2. 2. Sudin ke KL untuk urusan jual beli tanah dan ziarahi Lebai Maarup.
3. 3. Memudahkan perbicaraan ke atas Mat Akil&rakan
4. 4. Sudin berjanji selesaikan masalah
hak milik tanah Lebai Maarup.
BAB 45
Sudin dapat merasai akan penderitaan yang
dialami oleh ayahnya yang bimbang penduduk kampung akan dilingkari dengan
perbuatan mungkar. Sudin teringat kata-kata Lebai Maarup kehidupan lebih
bermakna jika mematuhi perintah tuhan dan kita mengabdikan diri kepadanya.
Pegangan hidup itu berbeza dengan pandangan En. Muhammad yang hanya memikirkan
kebendaan.
Sudin juga teringat akan kata-kata Mahani yang
perkahwinannya dengan Rahim mungkin akan ditangguhkan kerana En. Muhammad mahu
Rahim mengerti akan isi dan stail dia bekerja. Sudin berharap agar Rahim akan
dapat mengubah sedikit pendirian En. Muhammad. Semuga perubahan sikap itu nanti
akan menjadi penawar derita batin ayahnya.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1.Sudin merasai
penderitaan yang dialami ayahnya-kehidupan perlu mematuhi perintah Tuhan.
2. 2.Sudin mengharapkan Rahim dapat mengubah sedikit pendirian En.Muhammad.
B BAB 46
Semua ahli keluarga Datuk Indera Mahmud
berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik keluarganya akan
dibeli oleh SLLT. Mengikut risalah yang diedarkan oleh peguam mereka yang layak
menerimanya ialah Datuk Indera Mahmud, En. Muhammad dan 3 orang adik-beradiknya
yang telah meninggal serta warisnya. Suasana menjadi bising kerana ramai
diantara mereka yang tidak memahaminya. Ketika Datuk Indera Mahmud bercakap
suasana masih lagi bising, situasi ini tidak disukai oleh En. Muhammad yang
menganggap mereka semua tidak menghormati yang tua selaku ketua keluarta Datuk
Indera Idris. Ketika beliau meminta pendapat tentang pembahagian harta tersebut
dia telah ditanya oleh Muahammad Ali iaitu anak Maimunah untuk melaburkan wang
hasil jualan tanah dalam SLLT, pada peringkat awal En. Muhammad rasa ketokohan
tercabar, tetapi apabila anak buahnya menerangkan dia sebenarnya pensyarah
ekonomi di Universiti Malaya dan lulusan London barulah dia rasa terpanggil
untuk beri respon. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah kerana ada di
antara mereka saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. En. Muhammad
dan Sudin kemudian ke surau untuk bertemu dengan Lebai Maarup. En. Muhammad
dikejutkan dengan hasrat Lebai Maarup yang mahu mewakafkan tanah milik ayahnya.
Keadaan itu menyebabkan En. Muhammad rasa serba salah. Beliau dengan tegas
mengatakan semua tanah di Kampung Pulai akan dilombong. Namun Lebai Maarup
tetap mahu tanahnya digunakan untuk tujuan agama apabila syarikat tersebut mula
beroperasi. En. Muhammad yang putus idea telah menyerahkan urusan itu untuk
diselesaikan oleh Sudin.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1.Urusan
pembahagian harta ahli keluarga
2. 2. Lebai Maarup mahu wakafkan tanah
milik ayahnya untuk tujuan agama
BAB 47
Sudin tidak pernah melihat En. Muhammad begitu
marah. Kemarahan itu meresahkan Sudin. Tetapi Lebai Marup memberitahu Sudin
jangan bimbang kerana segala-galanya akan selesai. Kemarahan En. Muhammad
sebenarnya berpunca dari keegoan dan ketamakkanya. Di pejabatnya, Sudin
menerima panggilan telepon daripada Mahani yang bertanyakan tentang apa yang
terjadi sehingga En. Muhammad tidak datang ke pejabat. Sudin akan
memaklumkannya nanti di pejabat En. Muhammad. Dalam pertemuan itu Mahani
mengemukakan cadangan untuk mendamaikan Rahim dengan ayahnya serta menerima
rancangan Lebai Maarup. Dia yakin En. Muhammad akan menerimanya dan itulah
jalan yang terbaik untuk menyelesaikan pertentangan pendapat antara En.
Muhammad dengan Rahim. Sudin gembira dengan apa-apa yang dirancangkan mereka.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1. kemarahan
En.Muhammad-berpunca keegoan dan ketamkkannya.
2. 2.Cadangan Mahani untuk mendamaikan
Rahim dengan ayahnya serta menerima rancangan Lebai Maarup
BAB 48
Kepulangan Rahim dan Robert telah disambut oleh
Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad sekeluarga. Sebenarnya Mahani ingin
mengambil kesempatan tersebut untuk menerangkan rancangannya kepada Rahim agar
keegoan dan ketamakan En. Muhammad dapat diatasi. Robert turut menyokong
cadangan tersebut kerana pembangunan , perniagaan perlu bagi orang Melayu
tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan seprti mana pandangan Robert
terhadap ayahnya dan orang Cina yang menganggap wang itu adalah tuhan
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1. Kepulangan Rahim& Robert-disambut
Mahani-ingin terangkan rancangannya.
2. 2. Cadangan Mahani disokong oleh
Robert- pembangunan , perniagaan perlu bagi
orang Melayu tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan
BAB 49
Berita kepulangan Rahim telah disambut dengan
gembira .Dalam perjalanan pulang Ana paling banyak bertanya kepada Rahim. Di rumah
Mak Enon menangis kerana Rahim masih lagi menghargainya. En. Muhammad kemudian
telah memanggil Rahim ke bilik kerjanya. Di bilik tersebut Cik Puan Tipah dapat
rasakan suasana yang hangat dan tegang. Keadaan tersebut telah mendorongnya
untuk masuk, apa yang dilihatnya mereka berdua ketawa kerana berceritakan
tentang Robert yang banyak mengkaji falsafah ketuhanan. Cik Puan Tipah cuba
menyuarakan tentang kerja di SLLT, namun Rahim meminta supaya perkara tersebut
dibincangkan kemudian. Cik Puan Tipah gagal mendapat maklumat tentang
perbincangan antara Rahim dan En. Muhammad.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. Peristiwa berkaitan hal kekeluargaan
Rahim kemudian memberikan hadiah kepada semua
orang, Rahim kemudian meminta izin untuk ke rumah Mahani. Di sana Rahim telah
menceritakan tentang persetujuan yang telah dicapai antara dia dengan ayahnya
berhubung dengan tawaran kerja di SLLT.Mengikut Rahim dia akan tinggal di
kompleks di kawasan lombong yang akan didirikan di atas tanah wakaf yang di
wakafkan oleh Lebai Marup. Walaupun pada peringkat awal, ayahnya menentang dan
menganggapnya ekstrimis, radikal , hijau dan tidak rasional namun Rahim
menyatakan yang ayahnyalah sebenarnya tidak berfikiran jauh, tidak berfikir
berteraskan kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan dunia dan kebendaan.
Tan Sri setuju dengan Rahim dan baginya En. Muhammad bukanlah orang jahat namun
bagi En. Muhammad dalam dunia perniagaan perlukan kekuatan dan gigih untuk mencari
peluang . Rahim juga setuju, namun ayahnya melakukan itu semua kerana
kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan Lebai Marup dan Imam Saad yang sanggup
melakukan sesuatu kerana pengabdiannya kepada Allah. Rahim menafikan yang dia
menyertai kumpulan dakwah sebaliknya dia banyak membaca buku-buku agama milik
Robert. Dia kini bersyukur kerana ayahnya telah sedar bahawa pembangunan
ekonomi tidak boleh meranapkan agama, akhlak dan budaya orang Melayu. Ayah
akhirnya bersetuju dengannya untuk terus mengekalkan kompleks tersebut walaupun
perlombongan di hentikan nanti. Mahani memberitahu Rahim bahawa dia perlu
memaklumkan kepada Sudin tentang kemenangan ayahnya yang sabar dan ikhlas.
Mereka berdua memandang ke depan , ke dunia baru yang akan bermula.
Peristiwa-peristiwa Penting:
1. 1.Persetujuan yang dicapai antara
anak dan ayah berkaitan tawaran kerja di SLLT.
2. 2.Rahim-nyatakan ayahnya tidak berfikir jauh, tidak berfikir berteraskan kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan
dunia dan kebendaan
3. 3. Rahim bersyukur kerana En.Muhammad mula sedar bahawa pembangunan ekonomi
tidak boleh meranapkan agama, akhlak dan budaya orang Melayu
Sumber rujukan:
https://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/saudagar-besar-dari-kuala-lumpur-i.html
0 ulasan:
Catat Ulasan