Dikuasakan oleh Blogger.
Memaparkan catatan dengan label SENI BAHASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SENI BAHASA. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2025

TEKNIK PENCERITAAN-MONOLOG

 


TEKNIK PENCERITAAN

MONOLOG

Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. 

1. Monolog terbahagi kepada dua:

i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. 

Contoh Monolog dalaman (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

RUMUSAN MONOLOG DALAMAN

- Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan.

 

 ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja

 Contoh Monolog luaran (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

RUMUSAN MONOLOG ( MONOLOG LUARAN )

- Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian seperti ratapan,doa dan memahami apa yang diucapkan

Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran.

a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.'

b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini."

 

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi.

 


Isnin, 15 Ogos 2022

PERKONGSIAN ILMU BAGAIMANA CARA BINA PAPAN CERITA UNTUK ASPEK SENI BAHASA DALAM BAHASA MELAYU TING.2 (MS 19)

 

Tajuk PLC: KOLABORASI AMALAN PDPC SUBJEK KMK& BAHASA MELAYU BAGI TAJUK MEMBINA PAPAN CERITA

ASPEK SENI BAHASA

4.3.1 : Menghasilkan papan cerita berdasarkan idea dan tema mudah menggunakan bahasa yang betul

PAPAN CERITA

KONSEP

-Skrip yang memberi panduan input dan maklumat dalam proses pemindahan karya sastera ke bentuk multimedia

-Perincian kandungan  dan keperluan dalam proses pemindahan/persembahan

- Ada dua jenis bahan yang boleh dimultimediakan , iaitu bahan grafik dan bahan teks.Pada peingkat menengah rendah biasanya menggunakan bahan grafik untu dimultimediakan manakala pada peringkat STPM menggunakan bahan teks untuk dimultimediakan.

FUNGSI PAPAN CERITA

1. Mengenal pasti bahan yang hendak dimultimediakan (prosa/puisi)

2.Panduan menyediakan instrument(teks,audio,grafik,animasi/TAGA)

3. Kenal pasti keperluan bahan & kepakaran khalayak

4. kenal pasti masalah memindahkan teks ke bentuk multimedia

5. Dokumentasi rujukan daripada teks kepada multimedia

FORMAT (harus ada 6 unsur)

 




       LAKARAN
 

 

 

 

 

 


Teks:

(Apa elemen yg digunakan?/Bagaimana elemen yg itu gunakan /Mengapa elemen itu digunakan)

Audio:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

Deskripsi(huraian):

i-apakah grafik yg digunakan?

ii-apakah elemen2 multimedia yg digunakan untuk mempersembahkan grafik?

 

 

Grafik:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

Animasi:

(Apa/Bagaimana/Mengapa)

 

CIRI-CIRI

1. Aliran/flow yang jelas

-Tidak kelirukan khalayak

- Cth: Bingkai 1 dimulai dengan Peristiwa 1

2. Logik dan wajar diguna sebagai panduan

-peristiwa disusun ikut urutan

-Cth: Peristiwa/aktiviti bekerjasama/bantu membantu menceriakan kelas disusun secara kronologi( rujuk buku teks ting.2 ms 19,bingkai 1 warna merah)-bingkai akhir dapat penghargaan-sijil.

3. Arahan yang jelas & maklumat terperinci

-Setiap bingkai ada elemen multimedia

-Cth: Teks: Kelas Kami Ceria

         Audio: irama yang bersesuaian dengan aktiviti/ irama lagu rancak

        Grafik : Gambar wanita cantik

        Animasi: Fly in (teks)

4. Mempunyai format untuk mudahkan penyelarasan

-standard & konsisten

-setiap bingkai perlu ada ruang untuk lakaran/deskripsi/teks/audio/grafik/animasi

5. Mengandungi maklumat sastera

-watak,persoalan/latar/gaya bahasa dll dlm bahasa sbg asas bahan

-Cth: Gaya bahasa asonansi dlm tajuk kelas kami ceria (pengulangan vokal a)

PANDUAN MEMBINA PAPAN CERITA

1. Tentukan prinsip asas multimedia

-TAGA

-Cth     - teks-kelas kami ceria

            - audio -bunyi dialog antara pelajar sesama pelajar

            -Grafik- gambar tiga pelajar perempuan mengemas kelas

            -Animasi-pada teks

2. Pastikan kemudahan multimedia

-mesra pengguna & mudah diperoleh

-Cth: guna software filmora,inshoot,canva,power point

3. kenal pasti audiens

-kanak-kanak/dewasa

Cth: jika kanak-kanak gunakan melodi lagu rakyat ikan kekek mak iloi-iloi.Jika pelajar guna melodi/irama yang bersesuaian dengan tajuk

4. Tentukan teknik persembahan

-agar persembahan lebih menarik

-Cth: Guna muzik instrumental/bersyair

5. Laksanakan pembinaan papan cerita

-pelengkap kepada semua proses di atas

^ Peringatan sebelum membuat papan cerita pelajar dikehendaki membuat sinopsis cerita/intipati cerita terlebih dahulu.

Contoh intipati dalam 1

Intipati ini menggambarkan peristiwa suasana pelajar-pelajar memain peranan untuk menceriakan kelas.

* Kemungkinan bagi pelajar menengah rendah boleh sebut sebagai kerangka isi penting..ada 5 isi penting berdasarkan bahan grafik  di ms 19 buku teks tg.2


CONTOH BINGKAI CERITA YANG DIHASILKAN BERDASARKAN BAHAN GRAFIK.


* Apabila siap semua bingkai cerita(papan cerita) sekurang-kurangnya 5,maka daripada papan cerita itu tadi pelajar boleh menghasilkan multimedia dengan menggunakan mana-mana software yg dipilih.(Sebagai aktiviti pilihan)


Khamis, 27 Mei 2021

SKEMA JAWAPAN 52 SOALAN PERIBAHASA DALAM BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA JILID 1

 Untuk pelajar-pelajar cikgu,,,ni cikgu sertakan skema jawapan untuk pelajar cikgu semak latihan yang telah dibuat...buat latihan dulu ye..kemudian baharu boleh tengok jawapan..cikgu izinkan untuk pelajar muat turun supaya senang untuk buat bacaan kemudian hari.



 

    KLIK GAMBAR  UNTUK MUAT TURUN SKEMA

BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA BERGAMBAR JILID 1 & DILENGKAPI 52 SOALAN PERIBAHASA BERGAMBAR

Isnin, 17 Mei 2021

NOTA DRAMA MAHKAMAH TING.2

Drama Mahkamah

(Awang Abdullah)

 

Sinopsis

Di mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan kematian seorang nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat tidak mengaku bersalah. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Bulat dibebaskan daripada dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah bahawa Bulat bersalah.

            Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto mengaku bersalah. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir  itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan  dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak.

            Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.

 Pemikiran:

Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.

Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang  yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.

 Persoalan:

1.    1) Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.

Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

 

2.  2 )   Keberanian mengakui kesalahan sendiri

Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi.

 

3.  3)   Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.

Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami.

 

4.   4)  Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.

Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

Selasa, 21 April 2020

NOTA MEMONIK NOVEL (gabungan novel T1,T2& T3)


Nota terbaharu ni saya buat dalam bentuk memonik iaitu gabungan novel Formula Termodinamik, Jejak Monpus dan Chot.Kaedah Memonik adalah bertujuan untuk para pelajar mudah mengingat aspek-aspek penting karya sastera.Para pelajar atau pembaca blog ini  diizinkan untuk memuat turun nota ini.Sekian terima kasih.



https://drive.google.com/file/d/1l0VvU88gjWx1y69Fi3TpR2tnWMY5VOlz/view?usp=sharing

Selasa, 7 April 2020

NOTA PADAT ASPEK SENI BAHASA/ KOMSAS UNTUK NOVEL TING.2& 3



MAKLUMAN: Nota ini disediakan dalam bentuk jadual.Tujuannya untuk memudahkan bacaan dan rujukan pelajar.Cikgu juga telah memberi panduan atau cara untuk menjawab soalan novel.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMUAT TURUN NOTA .DIIZINKAN CETAK.KEMUDIAN BAHAN ITU HENDAKLAH DIFAILKAN SUPAYA SENANG UNTUK RUJUKAN DAN BACAAN.













NOTA LENGKAP NOVEL CHOT


SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMUAT TURUN NOTA .DIIZINKAN CETAK.KEMUDIAN BAHAN ITU HENDAKLAH DIFAILKAN  SUPAYA SENANG UNTUK RUJUKAN DAN BACAAN.








https://drive.google.com/file/d/1LcWPCMPKsPMXNZOaZpVBMhD-yaHtFQKu/view?usp=sharing


Selasa, 10 Februari 2015

Instrumen contoh menjawab soalan novel dalam PT3



Instrumen Contoh Daripada cikgu Sazali
Soalan 7 :           Novel

7           Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.
i)           Wira Pesona Avatari oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
ii)          Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii)         Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
iv)         Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
(10 markah)

Pembahagian Markah

PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah


Markah Isi

1. Maksimum                                                                                : 3 isi
2. Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai     : 2 markah/ 1 isi
3.

Nota  Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai :

: Berikan 2 markah bahasa sekiranya tiada isi 1 markah/ 1 isi



Skrip Contoh 1:

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandung novel tersebut. Ini dapat dibuktikan berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin. Di mana, watak  utamanya  telah  banyak  berkorban demi  keluarganya,  rakan-rakannya dan juga dirinya sendiri dan pengorbanan itu memberi erti dan hasil yang setimpal dengan pengorbanannya. Kehidupan watak utama novel tersebut iaitu Iman Zulaikha tidak seperti kanak-kanak yang lain.

Isi          :             2 markah Bahasa :             3 markah Jumlah :             05/10

Ulasan:
1.           Calon hanya mengemukakan 1 isi dan 1 contoh yang lengkap iaitu:
Isi 1            :        berkorban demi keluarganya, rakan-rakannya dan juga dirinya sendiri  (1m)
Contoh 1   :       Kehidupan watak utama novel tersebut iaitu Iman Zulaikha tidak seperti kanak-
kanak yang lain (1m)

2.           Kesalahan bahasa yang minimum seperti yang ditandakan. Skrip Contoh 2:
Novel Erti Sebuah Pengorbanan merupakan sebuah nukilan oleh Zaihanim Zainal Abidin. Novel ini mengisahkan  tentang   pengorbanan  seorang  anak  terhadap  keluarganya.  Iman  Zulaikha  cuba untuk  menyatukan  orang  tuanya  yang  telah  bercerai.  Selain  itu,  dia  juga  sabar  menghadapi kerenah rakannya iaitu Linda yang tidak suka pada dirinya. Di samping itu, dia juga berkorban waktunya untuk berlatih pidato bersama rakannya karibnya. Dia juga sering mendapat tempat yang teratas dalam peperiksaan. Iman dibela oleh datuk dan neneknya. Datuk dan neneknya berbangga mempunyai cucu sepertinya kerana dia merupakan seorang yang baik hati, penyayang, cerdik dan sebagainya. Dia juga telah berjaya menyatukan hubungan antara Pei Wen dan ibu tirinya. Selain itu,  berkat ketekunan dan pengorbanannya dia juga telah Berjaya menyatukan kedua ibu bapanya. Akhir sekali, mereka hidup aman dan damai dalam sebuah keluarga yang lengkap.

Isi          :             3 markah Bahasa :             4 markah Jumlah :             7/10

Ulasan:
1.           Calon mengemukakan 1 isi dan 1 contoh yang lengkap dan 1 isi tanpa contoh iaitu: Isi 1           :         pengorbanan seorang anak terhadap keluarganya (1m)
Contoh 1  :        Iman Zulaikha cuba untuk menyatukan orang tuanya yang telah bercerai (1m)

Isi 2           :         dia juga berkorban waktunya untuk berlatih pidato bersama rakannya karibnya
(1m) Contoh 2  :         - tiada -

2.           Bahasa baik dan ayat gramatis.


Skrip Contoh 3:

Berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan yang dikarang oleh Zaihanim Zainal Abidin yang telah saya kaji, novel ini mengesahkan kecekalan dan ketabahan seorang pelajar yang bernama Iman. Setelah konflik yang berlaku antara ibu dan ayahnya, Iman tinggal bersama datuk dan neneknya di kampong. Di sekolah, Iman mempunyai seorang sahabat baik iaitu Pei Wen. Pei Wen ialah seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain.
Iman sering menolong datuk dan neneknya di rumah. Oleh sebab itu, datuk dan nenek amat sayangkan Iman kerana Iman juga seorang pelajar taat pada perintah agama. Pada suatu hari, cikgu telah mengumumkan pertandingan berpidato. Linda, rakan sekelas Iman merupakan pesaing Iman. Oleh itu, Linda mempunyai sifat iri hati terhadap Iman kerana Iman merupakan juara pidato. Setelah bertanding, Iman memenangi pertandingan tersebut dan melayakkan dirinya menyertai pertandingan di peringkat seterusnya.
Di sekolah juga Iman telah mendapat seorang rakan baru iaitu Adif Danial. Adif Danial baru  berpindah  ke  kampong  itu  bersama  ibunya  dan  mereka  tinggal  bersama  datuknya  di kampong itu. Tiba-tiba, pada suatu hari, Adif Danial bersikap dingin dengan Iman. Hal ini kerana ibunya ingin berkahwin dengan ayah Iman. Adif Danial memberontak kerana tidak mempersetujui hasrat ibunya dan membenci Iman.
Pada masa yang sama, Iman juga tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu. Hal ini kerana, Iman telah berhasrat untuk menyatukan semula ibunya dan ayahnya yang telah lama berpisah. Iman berasa sedih dan memberitahu ayahnya bahawa dia tidak bersetuju dengan hasrat ayahnya itu.
Pada  suatu  malam,  ayah  Iman  telah  membawa  Iman,  datuk  dan  nenek  keluar  untuk makan.  Dalam  pada  itu,  ayah  Iman  memberitahu  mereka  bahawa  dia  telah  membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan ibu Adif Danial. Iman berasa sangat gembira kerana dia akan mendapat sahabat baiknya semula,. Tambahan pula, ayah juga telah memberitahu Iman bahawa dia akan bersatu semula dengan ibu Iman. Iman melonjak kegembiraan kerana hasrat dan usahanya untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula telah Berjaya.

Isi          :             0 markah Bahasa :             2 markah Jumlah :             02/10

Ulasan:
Calon tidak menjawab soalan kerana hanya menulis sinopsis


Panduan Menjawab:

1.   Nyatakan novel yang dikaji serta penulisnya
2.   Sebaik-baiknya tulis dalam bentuk perenggan bagi memudahkan pemeriksa mencari isi dan contoh.
3.   Pastikan ada 3 isi dan 3 contoh.
4.   Isi mesti ditulis dalam bentuk pernyataan isi manakala contoh mesti terdapat watak atau/dan latar.
5.   Pastikan ejaan yang betul dan ayat yang gramatis.



7           Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.
i)           Wira Pesona Avatari oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
ii)          Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin
iii)         Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
iv)         Di Sebalik Wajah oleh Abang Saifuddin Abang Bohari

Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

Contoh Jawapan:
(Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim)

(10 markah)

Novel yang saya kaji ialah  Lestari Bukit Menghijau oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Pemilihan novel ini dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.

Bukit menghijau iaitu iaitu Bukit Bintangor mesti dilestarikan kerana bukit ini mempunyai keindahan alam semula jadi dan kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Contohnya Zahiran mengagumi keindahan alam semula jadi Bukit bintangor dan berminat untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan di situ.
Selain  itu,  Bukit Bintangor  mesti  dilestarikan  kerana bukit  ini  kaya dengan tumbuhan herba untuk perubatan. Contohnya Pak Tua telah menanam pokok bintangor dengan banyaknya di bukit itu kerana pokok ini menjadi penawar kepada pesakit AIDS.

Seterusnya, Bukit Bintangor mesti dilestarikan kerana bukit ini menjadi tempat penyelidikan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan sintesis organik.

Isnin, 28 Mac 2011

SKEMA JAWAPAN AKTIVITI PANTUN KREATIF


SKEMA JAWAPAN AKTIVITI 1

1) Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak


2)Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

3)Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu


4) Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


5)Pisang emas dibawa belayar   
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati  


6) Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Suruh makan awak/saya makan
    Suruh mengaji awak/saya tak mahu/tak tahu


SKEMA JAWAPAN AKTIVITI 2 KATEGORI MENENGAH ATAS
Akitiviti melengkapkan teks pantun                                           
                                               
Ke Kuala Sedili mencari kerang                       
Kerang di bawa di dalam perahu                      
Sungguh jauh di rantau orang                            
Menangis di hati siapa yang tahu    
                               
Anak puyuh patah lah kaki                                           
Memagut selasih dipinggir kali                          
Susah payah dagang mencari rezeki                          
    
Rahmat kasih Allah luas sekali  


Baik-baik meniti bendang                                 
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh diri


Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat                          

Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat


Pakai uniform warna biru
Pergi ke sekolah kewajipanmu
Murid perlu hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu


Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di paya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya


SKEMA JAWAPAN AKTIVITI 2 KATEGORI MENENGAH RENDAH
1.GASING
2.BUAH MELAKA
3.BELON
4.TALI PINGGANG
5.BUAH TANGAN
6.BELIMBING



PERMAINAN PANTUN KREATIF(PROGRAM NILAM)

PROGRAM KO AKADEMIK BAHASA DAN NILAM 2011
PANTUN KREATIF :KATEGORI MENENGAH RENDAH
DAN MENENGAH ATAS

AKTIVITI 1
Arahan: Berdasarkan nama buah-buahan yang diberikan anda dikehendaki menulis pantun 4 kerat. Pantun yang hendak ditulis itu merupakan pantun yang sudah diketahui umum atau merupakan pantun Melayu lama bukan pantun ciptaan anda sendiri.(Sila tulis pantun anda di muka surat sebelah)
Nama Pelajar:...............................................................................
Tingkatan     :................................................................................

 1)Buah Kurma             2) Buah Langsat
3) Buah Pelaga             4)Buah Cempedak
5) Pisang Emas            6) Buah Keranji

PANTUN KREATIF:KATEGORI MENENGAH RENDAH
AKTIVITI 2
Arahan: Sila beri jawapan yang  paling sesuai.

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?                 Jawapan:.......................


Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?  

                                                                        Jawapan:.......................
Burung Nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?                       Jawapan:...................


Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?                     Jawapan:.....................


Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?               Jawapan:......................


Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia                          Jawapan:.........................


PANTUN KREATIF:KATEGORI MENENGAH ATAS
AKTIVITI 2
ARAHAN: Sila lengkapkan pembayang dan maksud pantun-pantun 4 kerat di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap dan estetik.

Akitiviti melengkapkan teks pantun         
                                                                                 
Ke Kuala Sedili mencari .............                    
Kerang di bawa di dalam perahu                      
Sungguh jauh di rantau orang                            
Menangis di hati siapa yang ........      
                           
Anak puyuh patah lah kaki                                           
Memagut selasih dipinggir .............                              
Susah payah dagang mencari ............                        
                   
Rahmat kasih Allah luas sekali


Baik-baik meniti ..................                           
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh ..........


Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan ..........                         

Bulat air kerana ...........................
Bulat manusia kerana muafakat


Pakai uniform warna ..............
Pergi ke sekolah kewajipanmu
Murid perlu hormatkan guru
Kerana guru pembekal ...........


Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di ..........
Kalau kita rajin ........................
Tentu kita akan berjaya


 
 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"