Drama Mahkamah
(Awang Abdullah)
Sinopsis
Di
mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan kematian
seorang nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat tidak
mengaku bersalah. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam
bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong
sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong
sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah
nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat
pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran.
Bulat dibebaskan daripada dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah
bahawa Bulat bersalah.
Selepas itu mahkamah kembali
bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor
beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto mengaku bersalah. Dia mahu
memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk
yang bakal lahir itu. Mahkamah
memerintahkan beruk hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat
melahirkan anak.
Kemudian mahkamah bersidang untuk
kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti
Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika
mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan
suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya,
sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk
setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.
Perkara
remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.
Contoh:
Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak
perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.
1. 1) Kepentingan
mempertahankan diri jika tidak bersalah.
Contoh:
Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta
khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.
2. 2 ) Keberanian
mengakui kesalahan sendiri
Contoh:
Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk
subsidi.
3. 3) Keberanian
seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.
Contoh:
Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah
berpoligami.
4. 4) Mahkamah
merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.
Contoh:
Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin
Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.
0 ulasan:
Catat Ulasan