SINOPSIS
TERPERINCI MELIPUTI SETIAP BAB DALAM NOVEL (VERSI 1)
BAB 1
Bab ini menceritakan latar belakang
hubungan perniagaan En Muhammad (EM), sebagai pengarah urusan Firma Serba
Dagang Internasional, anak syarikat Tan Enterprise dengan Datuk Tan (DT). DT
sangat mengagumi kebolehan dan kehebatan EM sebagai seorang anak Melayu dalam
menguruskan perniagaannya. Mahani mempersilakan DT ke pejabat EM
sementara menanti kedatangan EM. Walaupun menunggu orang bukanlah
kebiasaan baginya sebagai seorang pengarah,namun dengan rakan kongsinya EM, DT
sanggup bertolak ansur demi kepentingan perniagaannya. Di dalam pejabat EM, DT
begitu kagum dengan pilihan perabot & kemudahan komunikasi moden. Namun,
yang lebih mngagumkan DT ialah bakat EM dalam perhubungan dengan pelbagai orang
yang diperlukannya. Seterusnya DT melihat gambar arwah Orang Kaya Indera Datuk
Idris bin Muhammad Saman, ayah kepada EM. ketokohan gambar tersebut
menyebabkan rasa ingn tahu DT tentang sejarah EM. Namun, hasrat DT
tertangguh apabila EM ingin membincangkan dahulu soal perniagaan. Berita
tentang kejayaan EM mendapat tender membekalkan lada hitam ke Jerman selama 7
tahun mengagumkan lagi DT pada EM sebagai seorang saudgar Melayu yang berwibawa.
Setelah DT pergi, EM memanggil setiausahanya, Mahani untuk mengambil pesanan.
EM sebenarnya bangga dengan Mahani yang sopan, cekap, sederhana & jelita.
Walau bagaimanapun EM sedar bahawa Mahani ialah anak sahabatnya, oleh itu dia
mahu setiausahanya itu memanggilnya pakcik untuk mengelakkan sebarang perasaan tidak
baik pada dirinya.
BAB 2
Melalui sebuah laporan yang
dibacanya, DT mengetahui bahawa Orang Kaya Indera Datuk Idris bin Muhammad
Saman bin Bendahara Muda,ialah orang besar wilayah yang pertama berkongsi
berniaga dengan orang-orang Cina dalam perusahaan melombong bijih timah.
Menurut laporan tersebut,keluarga EM mewarisi gelaran Orang Kaya Indera yang
suatu masa dahulu sangat berkuasa di daerah Tualang.Orang Kaya Indera Datuk
Muhammad Saman iaiu datuk kepada EM merupakan saudagar bijih timah yang
kaya-raya.Tetapi setelah beliau mninggal dunia,perusahaan perlombongan itu terpaksa
dhentikan apabila terdapat campur tangan kongsi2 gelap.Kemudian pihak
kerajaan telah membuka kembali kwsan plombongan tsbt dgn mbnrkan sebuah
syarikat dr Australia mengusahanya.Slps perang,lombong tsbt dkndalikan smula
oleh Datuk Idris iaitu ayh kpd EM scra bkongsi dgn org cina ttp akhirnya
pniagaan itu tpksa ditutup jua.Usaha mlombong itu tdk dteruskan krn ank sulung
keluarga itu iaitu Penghulu Mahmud tdk mpunyai inisiatif mngusahakannya.DT juga
bcadang mdpt pkenan Sultan & strusnya mlantik EM mngmbil alih gelaran Orang
Kaya Indera di daerah Tualang yg tlh dwarisi keluarga itu sejk sekian lama.DT
memikrkan keuntungan yg bakal dperolehnya skiranya EM dianugerahi glran Orang
Kaya Indera & mjdi penguasa di daerah Tualang.Walau bgaimanapn,Dtin Tan
sbliknya msih meraguinya khebtan org2 mlayu dlm pniagaan.Nmun DT menegskn bhwa
kehdran org mlayu dlm dunia pniagaan sdh lma ttp tlh dptskn dpd tradisinya olh
Inggeris yg ingn mjajah Tanah Melayu & bkonsi dgn org2 cina utk mengaut
keuntungn dpd hasil bumi negeri ini.Oleh itu,DT kmbli mjalinkn pkongsian
pniagaan dgn org2 melayu spt EM agr kedudukn mreka trs tjalin.Dtin Tan yg bgn
lwt pd esk hrinya merasa kesunyian krn kedua-dua org anknya tdk ada
dsmpingnya.Ank bngsunya,Lily sedng bljr di UM dlm thun ptama & tinggl di asrama.Mnalaka
ank sulungnya Robert 23thn,sedng mlnjutkn peljrnnya di London dlm bdang
Kejuruteraan Lombong.
BAB 3
Ali tkang kbn di rmh EM
mnyerahkan spcuk srt kpd Cik Puan Tipah iaitu isteri EM yg dkaguminya.Cik Puan
Timah yg menerima srt tsbt thu bhawa srt dr kmpung suaminya itu tntu shj mbwa
brita mengenai hal ehwal keluarga di kg.Kehdran srt itu mnyebbkan Cik Puan
Tipah tkenang kmbli pmulaan khidpan dgn EM shingga dia mjdi tumpuan dlm
keluarga suaminya yg bsr kini.Srt tsbt yg dtls oleh ank buah suaminya
,Jahid iaitu ank Phulu Mahmud,mberithu hal tntng kenyataan pgawai ptanian daerh
bkenaan bsesuaian tnh mereka utk tnaman orkid.Jahid juga mnyaakn perihal
ayhnya Phulu Mahmud yg smkin tmkkan wang & mnyangka ayhnya bniat mjual tnh
pusaka mereka.Selesai mbca srt tsbt Cik Puan Tipah tringat pkmbangan srt2 ank
sulungnya,Rahim yg sdng mnuntut di luar ngara yg kerap mnulis tntng kmerosotan
moral mnusia kini.Keplngan ank bongsunya,Ana(Rohana), 16 thn mnyebbkan Cik Puan
Tipah mlupakan soal srt dpd Jahid itu.Di sblh ptg.Mahani stiausaha EM dtg
mlawat keluarga Cik Puan Tipah.Kehran Mahani sgt dsenangi oleh Cik Puan Tipah
yg tpikat dgn kesopanan & bui bhsanya.
BAB 4
Bab ini mcertakan ltr blakang
dri & keluarga Mahani iaitu ank kpd Tan Sri Syed Aris.Mahani sbnrnya
ank kpd Tan Sri Syed Aris dgn isteri ptamanya Sharifah Naimah yg meninggal
dunia ketika melahirkan Mahani.Stahun slps itu,ats nshat ayhnya(walid),Syed
Aris tlh mengahwini adk kp Sharifah Naimah iaiu Sharifah Mu’inah walaupn
pd awlnya mereka x dpt mnerimanya ttp krn patuh pd perinth walid mereka bsetuju
akhirnya.Kini,Mahani sdh berusia 21 thn & spt thn2 yg lalu mereka merayakan
hari jadinya.Nmun stiap kalinya menymbt hri jdi Mahani,Puan Sri Sharifah
Mu’inah & Tan Sri Syed Aris akn tkenang kmbli pkahwinan
mereka.Syarifah Mu’inah juga memikrkan soal jdoh Mahani.Dia merasakan pergaulan
rpt Mahani dgn Jahid adalah 1 keserasian di smping pnerimaan keluarga Jahid pd
ank gadisnya itu.Persoalan pkahwinan ini mnimbulkan pula psoalan tntng kufu.Pd
mlm itu,Mahani juga memikirkan tntng pkembangan drinya terutama psahabatannya
dgn Rahim,Robert serta kini,Jahid.
BAB 5
Pekan Tualang tlh bsiap sedia
mnyambut kdatangan Sultan yg akn mlawat kg itu smpena hari kputeraan
bgnda.Perayaan smbtan itu akn diadakan selama 2 hari.Penghulu Mahmud yg
sblmnya ingn mjual bhgian tnh pusaka keluarganya dgn kerjasama Tauke Chan
& Yang Berhormat Muhd Yusuf,tlh b’belah bg memandngkan wjudnya pnentangan
pd ank2nya sndr iaitu Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud kini berasa kgum dgn
pmikiran anknya,Jahid yg snggp mptahankan tnh pusaka tsbt walaupn anknya itu
sbnrnya tdk bsekolh tinggi.Hal ini juga mjd 1 kekesalan bg Phulu Mahmud
krn tk mbrikan pdidikan yg lbh baik kpd Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud
juga berasa kesal thdp Yang Berhormat Muhd Yusuf yg seolah-olah mcuba
mpengaruhinya utk mjual harta org mlayu demi mdptkan keuntungan peribai.Nmun ia
lbh mnyesali skapnya yg mdh dpengaruhi oleh wang & kekayaan.Hal ini juga
mnyebbkan Phulu Mahmud mlupakan niatnya utk memohn gelran Orang Kaya Indera dpd
Sultan.EM dtg ke rmh abgnya utk mngatakan hasrat isterinya mbuka laang
orkid.Phulu Mahmud brasa tkilan krn kwsan itulah yg tlh dibncangkan bsama Tauke
Chan & Yang bhormat Muhd yusuf utk mbangunkan kwsan rmh murah.EM btemu dgn
seorg kwn lama yg mceritakan kpdnya tntang masyarkat kg yg mih lagi hidp lm
kemiskinan.Kg tsbt jauh ketinggalan dpd pbangunan & kemudhan asas.Pduduknya
pula tdk mampu berusaha kearah itu krn hnya bgantung pd pkerjaan tradisi.
BAB 6
Sudin,seorg broker &
wkil kpd Yang Berhormat Muhd Yusuf bsma pmandunya,Sarip meninjau-ninjau kwsan
tnh milik keluarga Phulu Mahmud.Di smping itu,Sudin ingin bjumpa dgn Ali yg
sdang mengetahui pbersihan tnh utk mbuka ldang orkid yg akn diusahakan oleh Cik
Puan Tipah.sblm plang ke rest house sudin & sarip bhenti
rehat di Jeram Medang.sudin mdpt tahu bhwa tnh mlik keluarga Phulu Mahmud tlalu
luas sehingga dpt menampung kewujudan pkampungan kcl.pnduduk kg yg tdk mpunyai
tnh tpksa ddk menumpng di tnh tsbt & tdk kurang juga bkerja dgn Phulu
Mahmud.sudin sbnrnya mpunyai tgs pnting iaitu mbantu Yang Berhormat Muhd Yusuf
mjlnkn suatu projek pbangunan utk mdirikan rumah murah bg pnduduk kg,khasnya
mereka yg duduk menumpang di ats tnh keluarga Phulu Mahmud.projek tsbt adalh
ats usaha sama dgn Tauke Chan sbgai pemodal utama dgn mlibtkan tnh di Jeram
Medang milik keluarga Phulu Mahmud.
Bab 7
Pertemuan Sudin dan
Sarip dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf adalah untuk melaporkan maklumat yang
diperoleh mereka sewaktu ke Jeram Medang tempoh hari. Yang Berhormat
Muhd. Yusof tidak berpuas hati dengan kenyataan mereka bahawa tanah di Jeram
Medang itu akan digunakan untuk tanaman orkid yang akan diusahakan oleh Cik
Puan Tipah kerana berita itu telah pun diketahui olehnya. Sudin mengetahui
motif Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang sebenarnya. Projek perumahan rumah murah
yang ingin diusahakan untuk penduduk kampung itu sebenarnya adalah untuk
kekuatan politiknya di wilayah Tualang. Manakala Tauke Chan ingin menambahkan
kekayaan. Disamping itu, bagi tujuan dirinya sendiri pula, Sudin berhasrat
untuk mendapat pertolongan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk melunaskan
hutang-hutangnya yang banyak. Kini tugas Sudin hanya mencari jalan bagaimana
untuk menghadapi keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu
melibatkan tanah pusaka keluarga tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf
mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek perumahan itu kerana hal ini akan
menentukan kelangsungan politiknya dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya
akan menjaminnya terus berkuasa di Tualang. Namun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf
berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman orkid itu akan menjadi
penghalang kepada projek perumahan tersebut. Selanjutnya, Sudin mencadangkan
kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf agar menggunakan taktik menghasut orang kampung
yang menduduki tanah Penghulu Mahmud untuk menuntut hak milik mereka. Walau
bagaimanapun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf kurang bersetuju.
Bab 8
Mesyuarat Pengarah Firma
Dagang International yang turut dihadiri oleh Tan Sri Syed Aris sebagai
Pengarah Eksekutif telah membincangkan projek pembukaan ladang lada hitam di
Johor. Dalam mesyuarat itu, EM mengingatkan Tan Sri Syed Aris supaya tidak
menyamakan falsafah perdagangan dengan falsafah politik dan perkauman.
Seterusnya, pertemuan EM dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah menyelesaikan
dilema dan perasaan buruk sangka selama ini. Kedua-dua mereka mempunyai niat
yang berbeza dalam hal pembangunan tanah di daerah Tualang tetapi mempunyai
persamaan untuk membangunkan kawasan tersebut disamping memajukan penduduk di
daerah tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf menerangkan kepada EM keinginannya
memajukan penduduk wilayah Tualang. Secara kebetulan Tauke Chan ingin memberi
kerjasama mendirikan rumah-rumah murah tersebut dengan syarat dibenarkan pula
membina rumah teres dua tingkat untuk orang-orang Cina yang duduk menyewa di
Pekan Tualang. Penghulu Mahmud pula bersetuju untuk menjual sebahagian
daripada tanah pusaka keluarganya di Jeram Medang untuk tujuan itu. Pada
awalnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyangka bahawa EM cuba menjadi penghalang
kepada rancangannya kerana projek tersebut hendak dilaksanakan diatas tanah
yang sekarang ini sedang diusahakan ladang orkid milik isteri EM. Dalam
pertemuan itu, EM pula ingin mencari kepastian tentang sangkaan Penghulu
Mahmud, iaitu abangnya tentang niat jahat Yang Berhormat Muhd. Yusuf
membangunkan wilayah Tualang. Pada hakikatnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf
mengambil kesempatan atas kesediaan Tauke Chan membiayai projek perumahan
tersebut. Persefahaman yang wujud antara Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan EM
telah membuka lembaran baru bagi kedua-dua untuk membangunkan perniagaan dan
era politik masing-masing.
Bab 9
Kehadiran Mahani ke bilik
pejabat EM disedarinya melalui minyak wangi Mahani tetapi dia berpura-pura
tidak menyedari akan kehadiran setiausahanya itu. EM sebenarnya ingin tahu
daripada Mahani tentang surat berbentuk peribadi daripada Rahim, anaknya yang
dialamatkan kepada pengarah urusan. EM cuba menduga Mahani berkenaan surat
tersebut tetapi Mahani berpura-pura tidak mengetahui akan kandungan surat itu
walaupun sebenarnya dia telah membacanya. Walau bagaimanapun, EM meminta Mahani
membaca surat itu dan memberikan pendapatnya tentang kandungan surat tersebut
pada keesokkan hari. Sementara itu, EM pula memikirkan tentang keganjilan
surat-surat daripada anaknya, Rahim, sejak kebelakangan ini yang sering
menyindir orang kaya dan meruntuhkan moral manusia kini. Walau bagaimanapun,
sebagai ayah, dia menyarankan Rahim menumpunkan perhatian kepada pelajaran
dulu.
Bab 10
Mahani berada dalam keadaan
bingung, resah, dan serba salah. Pelbagai persoalan muncul di mindanya.
Kenapakah dia dulu teringin sekali menjadi setiausaha? Adakah tubuhnya masa
cantik setelah berusia 30 tahun? Apakah sudah tiba saatnya dia mempunyai kekasih?
Bagaimanakah perasaannya terhadap Rahim, Robert, Jahid, dan EM? Sebelum itu,
niat Mahani untuk menjadi setiausaha ditentang oleh ayahnya, Tan Sri Syed Aris.
Setelah tamat kursus, Mahani terpaksa menganggur selama enam bulan sebelum
menjadi setiausaha kepada EM setelah Mary setiausaha EM yang amat terkenal,
cekap, dan cantik, berhenti kerja. Mahani amat gembira dan melaksanakan
tugas-tugasnya dengan baik. Secara diam-diam, Mahani mula tertarik dengan
ketokohan majikanny. EM seakan menyedari keadaan tersebut lalu mewujudkan
suasana kekeluargaan dengan meminta Mahani memanggilnya ‘pak cik’. Walaupun
hatinya hampa, tetapi diaakhirnya mengerti tujuan EM itu. Sepanjang malam itu,
Mahani sukar untuk tidur. Surat Rahim dari London yang ditujukan kepada ayahnya
iaitu EM yang juga menyentuh tentang dirinya turut mengganggu fikirannya.
Mahani juga memikirkan tentang hubungan dan perasaannya pada Rahim juga
kehadiran Jahid kini, sehingga dia tertidur dan bermimpikan tentang Rahim,
Robert serta Jahid. Pagi itu, Mahani menunggu walidnya untuk mendapatkan
pandangan tentang surat Rahim tersebut. Namun, walidnya telah pergi dulu
bertemu dengan EM. Keganjilan surat Rahim itu juga menjadi tanda tanya kepada
Syarifah Mu’inah. Syarifah Mu’inah ingin mengetahui pendapat anaknya Mahani
tentang EM dan bentuk hubungan dengan majikannya itu. Mahani memberi tahu
bahawa sikap EM padanya sebagai seorang ayah. Seterusnya Syarifah Mu’inah
menasihati anaknya agar tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada EM. Nasihat ini
menyebabkan Mahani memikirkan kembali perasaannya yang sebenarnya dan kedudukan
dirinya. Seterusnya dia tidak dapat memberikan pendapat apabila menerima
panggilan telefon daripada walidnya yang kini sedang menunggunya di pejabat
bersama EM.
Bab 11
Sudin pulang ke kampungnya
setelah 15 tahun membawa diri kerana kecewa dengan kekasihnya, Gayah yang
berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya tidak berani melamar Gayah disebabkan
keluarganya dikatakan telah menderhaka kepada keluarga kekasihnya dahulu. Sudin
singgah di kedai Pak Salim, sahabat ayahnya sejak kecil dan cuba mencari
maklumat mengapa ayahnya terlalu marah terhadapnya. Sudin bertanya-tanya apakah
kesalahannya, hinggakan anak-anak muda di kampungnya juga seakan-akan
menjauhkan diri daripadanya. Sudin amat kecewa dengan keadaan tersebut dan
berhasrat untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Pak Salim menasihatinya agar
tinggal di kampung memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah tua dan berharap
dia dapat mengembalikan kesejahteraan kampung. Sudin sedar dia sudah banyak
melukakan hati ibu bapanya. Ayahnya, Imam Saad seorang yang dihormati di
Kampung Pulai. Sudin tidak warak seperti ayahnya. Dia berkahwin dan bercerai
tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia pernah melakukan perkara-perkara yang salah
di sisi agama selama dia menghuni kota Kuala Lumpur, menjadi pemabuk, menjadi
broker yang menjualkan banyak tanah orang kampung bahkan pernah menjual politik
untuk mendapat kepercayaan daripada orang-orang politik sepert Yang Berhormat
Muhd. Yusuf. Namun, akhirnya dia sedar tentang kesilapan diri. Justeru, timbul
kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan ayahnya. Dia percaya ibu bapanya
masih sayang kepadanya. Dia harus membuktikan bahawa dia bukan jahat. Dia
bertekad untuk membangunkan kampung mereka.
Bab 12
Kepulangan Sudin pada mulanya
disambut dingin oleh ibunya, Mak Minah kerana ketika itu ibunya sedang memasak
untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan tengahari, Sudin dan ibunya
bersama-sama makan roti canai yang telah dibeli oleh Sudin. Sudin difahamkan
bahawa ayahnya, Imam Saad akan balik selepas Zohor. Sambil makan, Sudin
bertanya kepada ibunya tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya dengan
pertanyaan Sudin kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi. Sudin
amat terkejut apabila mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi menyebab
Gayah lari dari kampung. Kini, dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya
begitu marah terhadapnya. Imam Saad bergegas balik setelah diminta oleh Mak
Minah. Pada mulanya, timbul ketegangan apabila Imam Saad bertanya tentang
khabar angin yang didengarnya bahawa anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah lari
dari rumah dan berjanji akan mencari kerja di Kuala Lumpur nanti, tetapi Sudin
menyangkalnya dan tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai hati terhadap
Gayah sejak dahulu lagi. Sudin juga mempersoalkan mengapakah ibu dan ayahnya
begitu yakin tidak diterima oleh keluarga Gayah sedangkan mereka belum pun
mencuba untuk merisik. Akhirnya, Imam Saad menceritakan bahawa bukan mereka
tidak mahu meminang Gayah, tetapi keturunan mereka iaitu daripada moyangnya
Lebai Maali, seorang ahli agama dan dihormati dikatakan telah menderhaka kepada
Orangkaya Datuk Indera Mat Saman, keturunan kekasihnya apabila tidak
membenarkan orang kampung menuntut bela orangkaya tersebut. Walau bagaimanapun,
Imam Saad tidak melarang sekiranya Sudin berkahwin dengan Gayah setelah mereka
sama-sama menjanda dan menduda hampir sepuluh tahun, tetapi perkahwinan
tersebut biarlah dengan kerelaan keluarga Penghulu Mahmud serta dapat
menghapuskan permusuhan dan dendam terhadap keluarga mereka. Baginya
perkahwinan mestilah menghubungkan silaturrahim, bukan merenggangkan.
BAB 13
Yang Berhormat Muhd.
Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana terlibat dalam satu
kemalangan pukul curi.Sudin mengetahui bahawa kemalangan yang dialaminya adalah
angkara Mat Akil dan kawan-kawannya yang menjadi samseng di Kampung
Pulai.Mereka berguru dengan Pendekar Omar iaitu seorang guru silat dari kedah
yang telah membuka gelanggang persilatan di Kuala.Pendekar Omar selalu mencabar
orang-orang yang dijumpainya terutamanya orang2 yang bergiat dalam Persatuan
Pemuda.
Sudin juga mengesyaki
bahawa Mat Akil lah yang telah memfitnahnya,kononnya dia telah melarikan Gayah
kerana dia tahu Mat Akil juga menaruh hati pada Gayah .Ini terbukti apabila
setiap kali Gayah berada di Pekan Tualang atau Pekan Kuala,Mat Akil dan
kawan-kawannyajuga ada di situ.Namun Begitu ,Sudin tidak mahu melaporkan
kejadian kemalangan tersebut kepada polis kerana dia tidak mempunyai bukti yang
kukuh.
Sudin juga hairan,apabila
YB MY bersama Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke Chan .Tauke Chan
telah bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan rancangannya
menghasut penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud(TPM) supaya
memberontak meminta hak milik .Dia juga hampir berjaya memujuk TPM supaya
menjualkan tanahnya di Jeram Medang kepada Tauke Chan.Namun, kehadiran Jahid
bersama YB MY menimbul perasaan was-was pada Sudin tentang rancangan mereka
dahulu bersama TC.
Walau bgaimanapun,Sudin
sedar mungkin YB MY telah dipujuk oleh Encik Muhammad melalui Jahid.Sudin
mengandaikannya kerana dia tahu sikap YB MY yang bijak mempergunakan orang lain
untuk kepentingan diri dan politiknya sahaja.
BAB 14
En.Muhammad Bin Idris
melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat tahajjud memohon petunjuk dan
hidayat ,taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan.Dia juga cuba membuang prasangka
buruk terhadap En.Tan yang tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan
Lombong tersebut.
Berdasarkan pelan
perusahaan Lmbong yang akan di usahakannya itu ,melibatkan satu kawasan yang
luas,iaitu sepanjang Sungai Tualang.Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk
juga Kampung Pulai yang mengandungi kira-kira 150 buah rumah,sedikit sawah,dan
kebun getah.Akan tetapi,dia mengalami dilema,tersepit antara rasa kemanusiaan
dan prinsip untuk menjayakan rancangannya.Bagi memastikan kejayaan perusahaan
lombong tersebut ,dia terpaksa mencari jalan supaya dapat membeli beberapa
kawasan tanah penduduk kampung dan bagaimana memujuk penduduk kampung agar
berpindah ke rancangan FELDA yang di usahakan oleh YB MY.
Akhirnya,dia mendapat
satu jalan iaitu dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai .Pengisytiharaan pelantikan
abangnya,Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang Kaya Indera oleh Duli
Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di Kampung Pulai,akan menjadi satu
penghormatan dan kemegahan kepada penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk
untuk berpindah.
BAB 15
Mat Akil ke Kuala
Lumpur untuk mencari Gayah.Dia akan meminta bantuan kawannya,Kasim yang sedang
bekerja di Kuala Lumpur.Kasim adalah anak saudara En.Muhammad .Dia teringat
peristiwa dia bersama Kasim sewaktu bekerja sebagai penjaga kereta di Kuala
Lumpur dahulu,tetapi dia tertangkap dan dipenjarakan selama 3 hari.Selepas
itu,dia kembali semula ke kampung.
Mat Akil berasa puas
kerana berjaya menyekat langkah Sudin yang menjadi saingannya untuk
mendapatkan
Gayah.Sudin yang dicederakannya masih menerima rawatan di hospital.Dia amat
yakin Sudin tidak akan diterima oleh keluarga Gayah lagi kerana seluruh
penduduk kampung percaya Sudin bukanlah orang baik.
MA teringat sahabatnya,
Minah yang diperkenalkannya kepada Mr. Wong .Oleh itu, dia bercadang untuk
menemui minah dan Mr. Wong untuk mengharapkan sedikit hiburan.Dia kemudian
bertemu dengan Ali ,seorang atendan pemungut sewa letak kereta, dan Ali memberi
tahu bahawa Kasim sudah berhenti berkerja. Ali kemudian membawa dia kerumahnya
untuk bertemu dengan Atan yang tahu di mana Kasim bekerja sekarang.Melalui
Atan dia mengetahui bahawa Kasim kini bekerja drebar kereta kepada
seorang orang besar Melayu.
Esoknya, sebelum sempat
MA bertemu dengan Kasim untuk menabur fitnah tentang Sudin,dia terlihat
Sudin bersama Jahid turun dari kereta yang dipandu oleh Kasim.Namun,dia
meneruskan hasrat untuk bertemu kawan lamanya itu .Daripada Kasim , dia
mendapat tahu bahawa kawannya itu sudah dua bulan bekerja dengan pak sunyu
iaitu Encik Muhammad setelah drebar lamanya ,Ali dilantik menguruskan kebun
orkit Mak Sunyu di Jeram Medang.
BAB 16
Dalam kepala Mat Akil
masih terbayang kembali kejadian di KL dua bulan yang lalu .Dia terkejut dan
amat kecewa apabila mengetahui Sudin sudah bekerja dengan En.Muhammad .MA tidak
dapat menerima hakikat bahawa Sudin berjaya juga berkhawin dengan Gayah yang
dikatakan lari dari rumah tetapi sebenarnya pergi ke rumah En.Muhammad, Pak
Sunyu di KL.Justeru, MA cuba menggagalkan perkhawinan Sudin dengan mengupah
seorang (budak) untuk membocorkan tayar bas yang akan dinaiki oleh rombongan
sudin ke Kuala Lumpur.tetapi budak tersebut hanya melepaskan angin tayar
sahaja.
Kegagalan rancangan itu
menyebabkan seorang daripada kawannya mencadangkan agar mereka membuat
huru-hara di Kampung Pulai,iaitu dengan membakar kedai Pak Salim.Mat Akil tidak
bersetuju kerana Pak Salim bukan musuh mereka.
Kemarahan Mat Akil
terhadap Sudin bertambah apabila Pak Alangnya sendiri memuji-muji tentang
kebaikan Sudin.Oleh itu,dia merasakan punca kecelakaanya sejak kecil sampai
dewasa disebabkan oleh Sudin yang telah menjadi saingannya sejak kecil.
Petang itu,ketika
kawan-kawannya sedang tidur,MA balik kerumah mencuri duit tabung Mak Alangnya
dan menceroboh rumah Imam Saad.Lantas dia membuang najis di atas cadar tilam
pengantin di bilik pengantin.
BAB 17
Rumah Besar
kepunyaan En.Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua keluarga En.Muhammad
jauh dan dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara pernikahan Sudin dan
Gayah.YB MY lah yang telah mencadangkan agar Gayah dikahwinkan dengan
Sudin.En.M menerima cadangan tersebut kerana melalui perkahwinan tersebut
memudahkan lagi strateginya untuk memenangi hati orang kampung terutamanya
mereka yang berpengaruhi di Kampung Pulai.Dia juga berharap kesan-kesan
persengketaan keluarganya dengan keluarga Imam Saad akan terpadam.Strategi ini
sebenarnya telah di atur sejak awal lagi apabila YB MY dan Jahid datang melawat
Sudin ketika di Hospital untuk memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan
keluarga Penghulu Mahmud terhadap keluarga Imam Saad.
Dalam majlis
tersebut,En.M sengaja memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang berlebih-
lebihan terutama terhadap Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun dia sedar
bahawa dia seperti sedang berlakon. Walau bagaimanapun,dia tidak berniat jahat
apabila ingin memiliki tanah orang Kg.Pulai untuk dilombongkan kerana mereka
akan diberi pampasan yang setimpal serta bantuan.
BAB 18
Sudin menerima jawatan
penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya dalam Syarikat Lombong Lembah
Tualang.Tugasnya bermula dengan menjadi pengerusi untuk menguruskan dan
menyelenggarakan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke
Kampung Pulai untuk mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang
gelaran Datuk Orang kaya Indera.Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan
perayaan sambutan itu di laksanakan di bawah arahan pengerusi Syarikat Lombong
Lembah Tualang.Oleh itu,Pegawai Dearah telah bersetuju supaya Jawatankuasa
Kemajuan Kampung melantik beberapa orang daripada Penghulu Mahmud terlibat
dalam Jawatankuasa Perayaan tersebut.
Sudin di lantik sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Perayaan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang di
pengerusikan oleh Tuk Empat Dhlan.Jahid menjadi Setiausaha, Pak Salim pula
bertindak sebagai Bendahari yang juga Bendahari Jawatankuasa Kemajuan
Kampung,Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad sebagai penasihat,semantara Tuan Pegawai
Dearah sendiri sebagai penaum.Jamalu ddin pula di lantik sebagai salah seorang
daripada Ahli Jawatankuasa.Nama Mat Akil dan kawan-kawannya juga telah di
masukkan kedalam senarai Ahli Jawatankuasa Kecil perayaan atas nasihat Encik
Mohammad dan ayahnya dengan tujuan ingin memikat hati dan tidak terus menyisihkan
mereka selain Sudin sendiri bertujuan untuk menjatuhkan Mat Akil.Penghinaan MA
terhadap keluarganya dengan menajisi cadar pengantin tidak dapat dimaafkan .Di
samping itu ,Sudin juga sedar bahawa Mat Akil juga mempunyai hak tanahnya di
Kampung Pulai dan juga anak saudaranya kepada anak Tuk Empat Dahlanyang
berpengaruh.Oleh itu,hati MA perlu di tawan untuk tidak menimbulkan punca
persengketaan dan seterusnya menyukarkan rancangan Pak Sunya,iaitu EN.M.
Untuk memudahkan
kerjanya,Sudin membuka pejabatnya dengan menyewa sebuah bilik di sebuah rumah
kedai di Pekan Tualang sebagai wakil YB MY.Sudin juga sedar setelah berumah
tangga ,dia harus mula merancang tentang masa depannya.Untuk itu,dia mesti
Berjaya memenangi hati penduduk Kampung Pulai dan memastikan kejayaan Syarikat
Lombong Lembah Tualang.
BAB 19
Mahani kembali berutus
surat dengan Rahim sejak peristiwa “surat bersejarah” itu.Rahim juga mengutus
surat kembali kepada Mahani tetapi lebih menyentuh rancangan ayahnya yang ingin
melombong kg .Pulai .Justeru,Rahim dalam surat-suratnya membantah rancangan
ayahnya yang hendak membeli tanah di Kampung Pulai
dan menghalau orang
kampung.Dia beranggapan bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang
oleh ayahnya itu satu penganiayaan kepada penduduk Kampung Pulai.
Surat Rahim juga
meninggalkan persoalan kepada Mahani.Justeru untuk mengetahui perkara
sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayah ,dia bercadang
untuk mengetahui perkara sebenarnya daripada Jahid sendiri tentang keadaan
sebenarnya Projek Syarikat Lombomng Lembah Tualang itu.
BAB 20
Sudin yang tiba di
kedai Pak Salim dengan segulung risalah telah dapat meredakan Mat Akil dan
kawan-kawannya serta Kemat Jerangkung daripada pergaduhan yang berpunca
daripada khabar-khabar angina tentang perpindahan mereka ke rancangan
FELDA.Sudin menyuruh Mat Akil dan kawan-kawannya mengedarkan setiap risalah
kepada semua penduduk kampung yang meminta seluruh orang kampung hadir sebelum
sembahyang jumaat untuk mendengar penerangan tentang perpindahan mereka ke
rancangan FELDA.
Walau
bagaimanapun,penduduk kampung belum mengetahui bahawa kampung mereka akan di
lombongkan kerana mereka hanya di beritahu tentang perpindahan mereka ke tanah
rancangan FELDA dengan tujuan untuk mengubah taraf hidu mereka yang
rata-ratanya hidup dalam keadaan miskin.Namun begitu,Sudin yang diberi
tanggungjawab untuk memujuk hati penduduk kampung sedar bahawa dia harus
memastikan seluruh penduduk kampung bersetuju untuk berpindah .Selepas semuanya
bersetuju , barulah Syarikat Perlombongan Lembah Tualang diberitahu sebagai
syarikat yang akan membantu membeli tanah mereka dan memberikan sagu hati
kepada mereka yang tidak mempunyai tanah.
BAB 21
Suasana meriah dan riuh
rendah di Surau Kampung Pulai yang akan menyambut kedatangan YB MY untuk
menerangkan tentang rancangan perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan
tetapi , kehadiran EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan
Sudin kerana kehadiran merek tidak diberitahukan kepadanya .
YB MY memberi ucapan
yang hanya menyentuh kebijaksanaan dan kemurahan hati En,Muhammad.En.Muhammad
pula memberikan ucapan yang juga memuji usaha YB MY menaikkan taraf hidup
penduduk Kampung Pulai.Seterusnya,keluarganya bersetuju memberikan sagu hati
kepada mereka yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia sedang berusaha
dengan sebuah syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan sagu
hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah.
Ucapan Pak Sunya
itu melegakan Sudin yang pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YB kerana tidak
menerangkan kedudukan tanah-tanah dan mereka yang akan berpindah ke rancangan
menguruskan hal berkaitan dengan tanah-tanah orang kampung pulai.
Encik Muhammad
kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta menantu saudaranya itu memujuk
ayahnya,Imam Saad menerima pelawaan menjadi imam di pekan tualang dan
menggalakkan Tuk Empat dahlan memohon jawatan penghulu di Pekan Tualang.
BAB 22
Encik Muhammad dalam
pejalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung Pulai hairan degan Datuk Tan yang
tidak setuju dengan cadangannya untuk berkerjasama dengan sebuah syarikat
Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah Tualang .
En.Muhammad juga terus
mengatur strategi untuk memudahkan rancangannya memindahkan orang-orang
kampung dengan cara yang halus agar tidak wujud sebarang punca
penentangan yang mungkin akan maeyukarkan atau menggagalkan
rancangannya. Oleh itu , dia cuba mamberikan tumpuan kepada mereka yang
berpengaruh seperti Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad ,dan Pak Salim agar tidak
timbul sebarang ketidakpuasan hati daripada mereka. Oleh itu , tugas untuk
memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin
.
Di rumah ,En.Muhammad
menerima sepucuk surat daripada anaknya,Rahim .
BAB 23
Sani,sahabat Sudin
meminta bantuannya untuk meyakinkan pihak finance agar dia dapat
membuat pinjaman untuk membeli kereta dan dicagarkan kepada seorang saudagar
untuk menampung hutang yang lain.Akan tetapi,rancangan itu tidak di
setujui oleh Sudin kerana memgikut pelagamannya sebagai broker,pekerjaan Sani
itu tidak akan melepas kan dirinya terus daripada bebanan hutang.Oleh itu
,Sudin memcadangkan agar sahabatnya itu berhenti daripada mengadi broker dan
dia akan membantunya.
Sudin
kemudian berjumpa dengan Pak Sunya untuk membincangkan perkara Sani yang
merupakan anak Imam Pekan Kuala yang memang ada dalam muslihat mereka
untuk dibersarakan agar tempat kosong itu dapat diganti oleh Imam Pekan
Tualang dan seterusnya Imam Saad dapat mengisi kekosongan Imam Pekan Tualang .
Muslihat Sudin ialah
menawarkan Sani satu perjanjian hutang cagaran gerai tanah ayahnya di Pekan
Kuala dan mencari pekerjaan tetap untuknya.Tetapi Pak Sunyu pula mencadangkan
agar perjanjian itu diubah hanya dengan membuat perjanjian berhutang dengan
jaminan YB MY agar muslihat mereka tidak terbongkar.
BAB 24
Sementara itu, Jahid
dan Mahani berbincang tenteng Rahim yang akan pulang dari England dan
ditawarkan bekerja di Syarikat Lombong
Lembah Tualang . Namun sebaliknya, setahu Mahani ,Rahim membantah
rancangan ayahnya membeli tanah Kampung Pulai untuk tujuan perlombongan .
Dia beranggapan kerja ayahnya itu adalah satu penganiayaan terhadap orang
Kampung Pulai,tetapi perkara ini tidak diceritakan kepada Jahid.
Sebaliknya ,perbualan
dengan Jahid itu digunakan oleh Mahani untuk mencungkil rahsia penerimaan
penduduk Kampung Pulai tentang rancangan melombong tanah kampung mereka
yang mungkin dapat diberitahu kepada Rahim nanti .Walaubagaimanapun ,Mahani
masih keliru untuk meletakkan kedudukannya untuk menyokong tindakan Rahim atau
En.Muhammad.
BAB 25
Mahani telah di
beritahu bahawa rombongan daripada keluarga Datuk Indera Mahmud berhasrat
hendak meminangnya .Berita itu menyebabkan Mahani terkejut dan resah kerana dia
tidak pasti sama ada Rahim atau Jahid yang akan meminangnya.Setelah di jelaskan
bahawa yang akan meminangnya ialah Rahim ,Mahani tetap resah apabila
tidak pasti pula adakah dia mencintai Rahim dan begitu juga dengan Rahim.
Lantaran itu ,dia telah
meminta Walid dan uminya memberi tempoh 24 jam untuk dia memberikan
jawapannya.Suasana itu menyebabkan uminya,Syarifah Mu’inah gelisah tetapi
sebaliknya ayahnya yakin bahawa anak perempuan tunggalnya itu dapat membuat
keputusan yang matang.
Bab 26
Suasana rumah Tan Sri
Syed Aris terang-benderang bermandikan cahaya kerana waktu selepas isyak nanti
akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada Encik Muhammad. Pertunangan
antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis
pertunangannya diadakan secara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis
perkahwinan dan Mahani telah membantah cadangan ibunya yang hendak mengadakan
majlis besar-besaran. Mahani bersetuju dengan pinangan tersebut setelah
mendapat jawapan telegram daripada Rahim dengan tiga patah perkataan sahaja
iaitu " I LOVE YOU ". Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah
menerima sepucuk surat ekpress daripada Rahim menyatakan perjuangannya
menentang Tauke Besar MUHAMMAD Bin datuk Indera Idris iaitu bapanya dan
konco-konconya. Mahani terseret sama untuk merealisasikan perjuangan bakal
suaminya itu tetapi tidak menjadi penderhaka kepada orang tuanya itu
Upacara
pertunangannya berjalan dengan lancar dan teratur. Encik Muhammad telah memberi
cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada keesokkannya selepas makan, Mahani ke
rumah Datuk Tan. Ada sesuatu yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin
Tan merupakan salah seorang pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah
tentu banyak tahu hal syarikat tersebut. Mungkin ada maklumat yang berguna
untuk diselitkan dalam surat yang akan dituliskannya kepada Rahim malam nanti.
Bab 27
EncikMuhammad bersyukur
kerana usahanya menyatukan Rahim dan Mahani telah berjaya. Dia juga terkejut
dengan kandungan surat terakhiryang diterima daripada Rahim yang mempunyai
pemikiran yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidupdan
harus belajar banyak lagitentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu,
Encik Muhammad tidak hairan punca Rahim belum menjawab surat rasmi daripada
Datuk Tan yang menawarkan kerja sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat
Lombong Lembah Tualang.
Sudin menghubungi Encik
Muhammad dan dia diminta oleh Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan
membawa Jahid bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd Yusuf juga in
gin berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangka mereka tentu
berhadapan dengan masalah orang Kampung Pulai. Ketika itu, fikirannya
terganggu. Kalau memang masalah yang sama tidaklah berat benar untuk
diselesaikan tetapi kalau masalah mereka berlainan, tentu panjang ceritanya.
Dua masalah memerlukan dua tindakan. Makin banyak tindakan makin rumit dan
makin sukar jadinya nanti.
Bab 28
Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan
akan dilangsungkan pada akhir bulan September. Encik Muhammad berasa lega
kerana tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan perkara yang
baru berbangit di Tualang sebelum Rahim pulang.
Sudin dan
Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah di
Jeram Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian
hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid
Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu berlaku kejadian itu berlaku serentak
dan melibatkan Ali.
Kejadian itu
dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang pertama, Pendekar Omar yang
berkelahi dengan Ali yang menjadi penyokong kuat bagi sebuah parti manakala Ali
pula menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada
hubungannyadengan kegiatan kempen minta bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan
menaikkan Imam Saad menjadi imam di Pekan Tualang.
Encik Muhammad meminta peguam
syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia
meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid itu.dan mengelakkan
perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril diminta
menjalankan penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga telah
meminya Yang Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya
Bab 29
Mahni memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia
tahu harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan
Rahim. Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa
apabila dia berkunjung ke kampung itu sabtu lalu. Dia berpendapat penduduk
Kampung Pulai memang patut diberi pertolongan untuk memajukankehidupan mereka.
Encik Muhammad menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru untuk menampung
urusannya yang semakin bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu
Saadiah, bakal menjadi kerani dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha
kerana mempuyai diploma kesetiusahaan.
Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad
berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain
tidak dibenarkan menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda
tanda tanya kepada Mahani. Siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati kebun
orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu bukan datang daripada Encik
Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang semuanya
menghormati keluarga Datuk Indera.
Setelah perbincangan itu selesai dan peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak
Mahani makan di luar bersama dia dan Cik Puan Tipah.
Bab 30
ENcik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik
Muhammad selalu membawa tetamunya makan tengahari di situdan dia juga ada syer
20%dalam restoran itu. Mereka telah memesan steak dan air limau. Semsa makan
Encik Muhammad mengambil kesempatan bercakap tenteang Rahim dan berharap Mahani
dapat "menjinakkan " sifat pembangkang yang ada dalam jiwa Rahim itu.
Encik Muhammad menganggap Rahim dan Mahani anak melayu yang dibesarkan dalam
kalangan masyarakat melayu tetapi dia bukan orang melayu yang tulen
kemelayuannya. Rahim dan Mahani merupakan anak kota, anak masyarakat
cosmopolitan yang tidak mengerti akan masyarakat melayu. Bagi Encik Muhammad,
masyarakat melayu sampai ke hari ini masih bukan masyarakat kota, bukan
masyarakat industri dan dagang.
Mahani menceritakan antara perkara yang dibinangkan dengan Rahim dalam
surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran
Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan
Perusahaan kerana menganggap syarikat itu kelak akan menganiayai orang Kampung
Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula bukanlah bergantung kepada Rahim
dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang melayu. Syarikat itu
akan tetap membeli tanah orang kampung Pulai dan kalau Rahim berkeras menetang
kemungkinannya Rahim akan diketepikan begitu saja.
Bab 31
Sani telah menetap di kampung kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti
daripada menjadi imam kerana dia telah bersetuju menetap di situ. Dia juga
telah ditawarkan oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf untuk menjadi wakilnya di
beberapa buah kampunghingga ke wilayah Pekan Tualang menggantikan Sudin yang
akan menumpukan pekerjaannya sebagai pegawai perhubungan dalam Syarikat Encik
Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu untuk menerima jawatan tersebut tetapi
setelah menerima nasihat daripada Sudin, fikirannya berubah.
Sani juga ingin membalas budi Yang Berhormat Muhd Yusuf kerana membatalkan
aduan orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti
dengan sukarela. Yang Berhormat juga telah menjamin pinjaman wang dengan Encik
Muhammad kepadanyha tanpa dikenakan bunga.
Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat bahawa ayahnya itu selalu
sakit dan telah dinasihati oleh doktor supaya memohon bersara.Ksihatan ayahnya
itu menganggu tugasnya sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang
kampung. Oleh itu, Imam Saad akan dilantik menjadi imam dan ditempatkan di
Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.
Bab 32
Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan
perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali
kepada persetujuan yang diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal. Sudin
kemudiannya beredar ke kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan
tempat perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Felda setelah Pak
Salim tidak membenarkan kedainya dijadikan tmpat perjumpaan tersebut.
Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan
kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang.
Pak Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi penghulu dan dapat rumah
di Pekan Tualang tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam SAAd
pula dilantik sebagai imam kerajaan dan dapat tanah ganti tanah wakaf surau itu
di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa ikut
anaknya ke FELDA.
Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Muhd
Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang rancangan
memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin melaporkan tentang masalah
yang dihadapinya dengan Pak Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf akan bertemu
dengan Pak Salim dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai
jalan penyelesaian.
Bab 33
Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang
kampung oleh Encik Muhammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan
pemuda berjubah. Mereka beranggapan tujuannya semata-mata untuk mengusir
penduduk Kampung Pulai. Di samping itu, pembinaan hotel peranginan di Jeram
Medang akan membawa kepada masalah judi, arak dan zina ke daerah itu. Peristiwa
ini merupakan tamparan yang hebat kepada Encik Muhammad.
Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Sani telah berjaya memujuk Pak Salim menjual dan
berpindah ke FELDA. Pak Salim juga dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah
kedai di rancangan itu kelak. Dia juga telah berjanji memastikan anaknya,
Jamaludin tidak akan membantah rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd Yusuf
telah mencadangkan supaya kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi
tidak dipersetujui oleh Encik Muhammad.
Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada peguamnya berhubung dengan
pergaduhan di Pekan kuala dan pengkhianatan di kebun orkid Jeram Medang. Dia
kemudiannya keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang berhubung dengan
perkara tersebut. Dalam hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi
prlombongan Kampung Pulai serta operasi pemindahan orang Kampung Pulaike
rancangan FELDA tidak boleh dihalangi oleh anasir-anasir fanatik.
Bab 34
Semasa pertemuan dengan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas
setiausaha Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari
pekerjaan. Encik Muhammad tidsk lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary
kerana menganggap hal-hal dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi ialah
urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat
kesimpulan bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan jahat itu sebenarnya
diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari motif orang
tersebut berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan terlibat
kerana ingin membalas dendam kepadanya kerana telah mengagalkan rancangannya
mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan perumahan di Pekan Tualang. Datuk Tan
tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana dia tahu Tauke Chan tidak berani
berbuat demikian. Datuk Tan pula mencadangkan supaya peguam itu meneruskan
siasatan.
Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dibeli operasi perlombongan
dapat diteruskan tetapi Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan
Kampung Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong.
Oleh sebab itulah, dia mahu membela nasib orang Kampung Pulai.
Bab 35
Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa
memerhatikan gelagat Jamaludin dan lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim
mencari Lebai Maarup kerana berani menuduh rancangan Encik Muhammad mendirikan
hotel peranginan di Jeram Medang debagai satu usaha ke arah maksiat. Mat Akil
kemudiannya mengajak rakan-rakannya itu balik ke pondok. Di pertengahan jalan,
mereka terserempak dengan Mak Ngah dan Milah. Jamilah merupakan anak murid
Lebai Maarup.
Setibanya di pondok, Mat Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan
oleh Sudin. Mat Akil masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah
dan meminta maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli
barang-barang yang mereka pesan dahulu ke bandar mencari Gayah. Mereka juga
sedar dengan perubahan yang berlaku antara mereka dengan Sudin kerana sebelum
ini pernah berlaku permusuhan.
Mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama esok. Mat Akil
terus ke rumah Sudin dan itulah kali kedua dia ke rumah Sudin. Kali pertama
dahulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Dia sedar mak Minah dan Imam Saad
sukar untuk memaafkannya tetapi kini dia bekerja menolong Sudin sambil mendapat
pula kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat Dahlan menjadi penghulu dia
sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat Akil juga tidak menyangka
kedatangannya itu disambut baik tidak seperti dahulu.
Bab 36
Mat akil menyampaikan maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi
maklumat yang disampaikan seringkali berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan ejen
sebuah parti politik dan asalnya anak Kampung Pulaitetapi telah lama
meninggalkan kampung mengikut ibu bapa berbendang ke Kuala Selangor, Tanjung
Karang. Dia juga telah mengarahkan kawan-kawannya memukul Lebai Maarup dan
tentang Jamaludin pula dia berharap Pak Salim sendiri akan menyelesaikan hal
anaknya itu.
Mat Akil menasihati Pak Salim supaya meminta pertolongan Sudin untuk mendapat
bantuan membuka kedai di Pekan tualang atau Pekan Kuala. Man membawa berita
tentang Lebai Maarup yang diserang dan diminta berhenti mengacau anak bini
orang. Mat Akil menyuruh Man pergi mengaji dengan Lebai yang mengajar dua kali
seminggu di Balai Raya Khas untuk budak-budak muda dan membuat laporan kepada
Imam Saad kononnya Lebai itu mengamalkan ilmu sesat.
Pak Salim telah bertemu Sudin untuk meminta pertolongan menangani masalah
anaknya, Jamaludin. Sudin berjanji akan menyelesaikannya. Sudin, MAt Akil dan
kawan-kawannya ke Pekan Tualang. Sudin sudah menyediakan laporan kepada Encik
Muhammad tentang orang-orang Kampung Pulai seperti juga orang di tempat lain
ingin mengecap kesenangan dan kemewahan hidup moden. Mat Akil dan
kawan-kawannya berhasrat untuk joli di bandar apabila ibu dan ayah mereka jual
tanah. Sudin dan Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur kerana tidak sesuai
menjadi peneroka. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan urusan pembelian
tanah itu dengan segera seperti kehendak Encik Muhammad.
Bab 37
Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya
sendiri melihat kegigihan Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali
orang-orang muda ke jalan yang benar. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti
politik dan mungkin akan menjadi dalam pilihan raya beberapa tahun lagi. MMat
Akil juga akan mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya meninggalkan
Kampung Pulai. Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam
terhadapnya. Dia menghubungi Mat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap
jenayah yang dilakukan oleh mat Akil.
Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang pembelian
tanah Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd
Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke Chan
untuk memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan kebun-kebun orkid
tersebut melalui drebar Tauke Chan.
Sudin teringatkan keluhan ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang
telah runtuh dan orang tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam
Saad tidak berjaya lagi membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti
Lebai Maarup untuk menjalankan tugas tersebut.
Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-orang yang tidak bertanah dan
menumpang di tanah keluarga Datuk Mahmud supaya menyenangkan kerja Encik Muhammad.
Sudin telah mengambil keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia
mengerti benar betapa curangnya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik
Muhammad tetapi dia tidak mampu menentang kerana telah termakan budi
termasuklah usaha mengahwinkannya dengan Gayah.
Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikuti jejak langkah Encik
Muhammad dalam dunia dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi
tipu muslihat yang tidak jujur atau menjadi saudagar pertama yang bersifat
jujur.
Bab 38
Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya
dan tidak mahu diganggu. Dia mendapat tahu perkembangan terbaru di Kampung
Pulai dan membatalkan rancangannya ke kampung itu esok. Soal jamaludin ingin
mendapatkan sebuah kedai di Pekan Tualang bukanlah merupakan masalah yang besar
baginya tetapi dia agak kecewa dengan kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan
suasana.
Bab 39
Imam Saad mengadu kepada anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul orang pada
malam tadi. Lebai Maarup tahu siapa yang memukulnya tetapi dia tidak ada bukti.
Hanya secara batin sahaja dia dapat mengagak orang yang telah memukulnya itu.
Lebai Maarup mahu menegakkan keadilan dan ingin melihat pembalasan yang setimpal
dilakukan. Walau bagaimanapun, Lebai Maarup tidak mahu membawa perkara itu
kepada polis kerana tidak ada bukti.
Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi
kerana ingin membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca yang
menyebabkan dia dipukul orang dan dia tidak akan melawan sekiranya dipukul lagi
kerana dia tetap tidak akan berhenti menyampaikan kebenaran, seruan Allah dan
Rasul-Nya.
Sudin di jemput hadir sama dalam perjumpaan itu. Sebekum perjumpaan itu
berlangsung dia perlu berjumpa dengan Mat Akil dan kemat Jerangkung.Ini
merupakan peluang terbaik untuk membalas dendam terhadap Mat Akil. Dia
kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat Muhd Yusufuntuk bersama-sama
bertemu Encik Muhammad di Kuala Lumpur.
Sudin juga dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang kemerosotan iman orang
Kampung Pulai dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula telah dipukul.
Dia berazam untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi dia tidak akan
menentang Encik Muhammad.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf meluahkan perasaan
tidak senangnya terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup
membangkitkan lagi apa yang diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid
dahulu.Lebai Maarup baginya merupakan orang-orang fanatik yang tidak pernah
tahu selain daripada mengaji.Walau bagaimanapun,Sudin hanya mendiamkan diri
kerana tidak mahu rancangannya diketahui oleh sesiapapun.
Bab 40
Lepas subuh Lebai Maarup,Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung tidak balik
kerana hujan lebat.Imam Saad cuba mencungkil rahsia peristiwa yang menimpa
Lebai Maarup tetapi dia enggan memberitahunya kerana ingin membongkarkannya
dalam majlis perjumpaan di balairaya nanti
Pagi itu di kedai Pak Salim menjadi tumpuan umum kerana mereka singgah dahulu
minum kopi dan berbual sebelum ke balairaya termasuklah Mat Akil dan
kawan-kawannya.Orang Kampung Pulai telah berkumpul di balairaya termasuklah dua
orang luar yang tidak dikenali.Setelah Tok Empat Dahlan berucap,Lebai Maarup
memulakan ucapannya dengan salam, tahmid dan selawat.Ketika Lebai Maarup cuba
nmeneruskan ucapannya,Mat Akil dan kawan-kawannya telah menganggu perjalanan
majlis tersebut.
Mat Akil menuduh Lebai Maarup menyusahkan orang kampung dan berlaku kurang ajar
menuduh Encik Muhammad.Selain itu,Lebai Maarup dituduh menganggu anak bini
orang.Lebai Maarup menhadapi tuduhan tersebut dengan tenang dan dapat menjawab
pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
Man tidak dapat menahan kesabaran lalu membaling batu tepat mengenai muka Lebai
Maarup.Suasana menjadi haru biru apabila Mat Akil pula cuba menikam Lebai
Maarup tetapi sempat dielak oleh Lebai Maarup dan terkena bahunya sahaja.Kemat
Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.Dua orang yang tidak dikenali itu
sebenarnya anggota polis dan telah berjaya menangkap kawan-kawan Mat Akil yang
lain.
Bab 41
Setelah penat bekerja Encik Muhammad berehat di halaman rumahnya bersama Cik
Puan Tipah.Dia berasa lapar kerana masih belum bersarapan sepanjang hari.Cik
Puan Tipah menyuruh Mak Enon menghidangkan ikan baung gulai tempoyak kepada
suaminya itu di luar rumah.Encik Muhammad bercadang mengadakan kenduri dan
menjemput Lebai Maarup membaca doa.Setelah itu dia berbincang dengan Sudin dan
Yang Berhormat Muhd Yusuf pada masa yang sesuai.
Bab 42
Lebai Maarup telah cedera parah dan dibawa ke hospital.Mereka yang menyaksikan
peristiwa itu diminta ke balai untuk memberi keterangan dan mungkin dipanggil
menjadi saksi dalam perbicaraan nanti.Sudin bertemu Yang Berhormat Muhd Yusuf
di balai polis dan akan ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan berita tersebut
kepada Encik Muhammad.
Sudin menjenguk Mat Akil dan kawan-kawannya di dalam lokap dan berjanji akan
mencarikan peguam untuk mereka.Walau bagaimanapun,hati Sudin puas kerana dia
telah berjaya membalas dendam terhadap Mat Akil.
Tok Empat Dahlan memohon maaf kepada Bilal Endut di atas perbuatan anak
saudaranya itu terhadap Lebai Maarup.Sudin bersyukur kerana kejadian itu tidak
menimbulkan persengketaan pula antara golongan tua di kampung itu.Imam Saad
pula amat mengharap Lebai Maarup akan menyertai rancangan FELDA untuk menjadi
pemimpin agama kerana Lebai Maarup masih muda,ada ilmu dan ada kemahuan untuk
berkhidamat kerana Allah.
Bab 43
Encik Muhammad dan isterinya Cik Puan Tipah mengadakan jamuan makan malam
bersama Yang Berhormat Muhd Yusuf,Datuk Indera Mahmud,Sudin,Datuk Tan dan Datin
Tan serta Tan Sri Syed Aris dan Puan Sri Syarifah Mu'inah,Mahani danb peguamnya
Shahril.Encik Muhammad amat gembira kerana Lebai Maarup akan menjual tanah
pusaka ayahnya dan menyertai rancangan FELDA.iTan Sri Syed Aris pula
menceritakan tentang Ladang Lada Muhammad dan Tan yang akan dibuka secara
rasmi.
Dalam majlis tersebut,Sudin berusaha merapati Mahani untuk mencungkil rahsia
tentang Rahim.Mahani menceritakan tentang kepulangan Rahim seminggu lagi dan
tidak mahu mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka secara
besar-besaran.Sudin merasakan langkahnya merapatkan diri denagan Mahani sudah
berhasil dan selepas ini tidak sukar lagi untuknya bercakap dengan Mahani
mengenai Rahim.
Sebelum pulang,Sudin menerima arahan dari Encik Muhammad supaya berbincang
dengan peguam Shahril untuk membela Mat Akil dan kawan-kawannya itu tanpa
memperlihatkan perhubungannya dengan Mat Akil dalam kes tersebut.
Bab 44
Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang ke balairaya Kampung Pulai untuk
memberikan penerangan tentang penempatan orang kampung itu ke rancangan
FELDA.Turut hadirv dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Muhd
Yusuf,Sani,Jahid dan Sudin.Ketika memberikan ucapan,Sudin memuji kepimpinan
Yang Berhormat Muhd Yusuf,sikap bertimbang rasa dan baik hati Datuk Indera
Mahmud serta keluarganya dan kemurahan hati Encik Muhd selaku Pengerusi
Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Yang Berhormat Muhd Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai
rancangan FELDA.Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi saguhati serta ganti
rugi kepada orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya.Manakala
Encik Muhammad akan membeli tanah orang kampung dengan harga yang tinggi.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Sudin singgah menjenguk Lebai Maarup di
hospital dan tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah pusaka ayah Lebai
Maarup itu.Dia mendapat tahu bahawa Lebai Maarup berkelulusan SPM dan Sudin
berjanji akan melawat Lebai Maarup pada sebelah petang.
Sudin ke pejabat Encik Muhammad dan membincangkan tentang masalah Mat Akil dan
kawan-kawanya itu dengan peguam Shahril danurusan pembelian tanah orang Kampung
Pulai.Encik Muhammad juga diberitahu oleh Sudin bahawa tanah pusaka Lebai Maarup
masih lagi nama ayahnya.
Bab 45
Sudin pulang ke rumah setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya.Dia dapat
merasakan perubahan ayahnya,Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan
Tualang.Ayahnya kini menjadi seorang pendiam.Sudin teringatkan kata-kata Lebai
Maarup yang meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya.Lebai Maarup tidak akan
berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.
Pada malam itu,Sudin tidak dapat tidur lena kerana fikirannya terganggu.Dia
teringatkan pertemuannya dengan Mahani dan cerita tentang Encik Muhammad akan
berusaha menyedarkan Rahim tentang cara dia bekerja kerana Rahim antara
penghalang hasratnya itu.
Setelah bersarapan pagi,Sudin
keluar untuk menyelesaikan urusan dengan Jahid dan Sani.Kemudian dia ke pejabat
menunggu telefon daripada peguam Shahril.Selain itu,dia akan ke hospital
melawat Lebai Maarup.Sudin juga menjangkakan mungkin ada di antara tanah di
Kampung Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim nanti akan
dapat mengubah ayahnya itu.
Bab 46
Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk
menghadiri mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk
Indera yang akan dibeli oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang diiklankan
dalam akhbar oleh peguam yang menguruskan hal ehwal harta Datuk Mahmud.
Mesyuarat dipimpin oleh peguam dan dibantu oleh Tuan Kadi Wilayah Tualang yang
bertanggungjawab membahagikan harta di kampung itu mengikut faraid.
Selepas selepas penerangan peguam, majlis diserahkan kepada Datuk Indera Mahmud
dan Encik Muhammad. Sikap Encik Muhammad menjadi marah apabila melihat
ahli keluarganya tidak menghormati Datuk Indera Mahmud ketika dia sedang
berucap. Encik Muhammad mewakili Datuk Indera Mahmud meminta persetujuan ahli
keluarganya mengenai pembahagian harta di Kampung Pulai dan syarikatnya akan
menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tanah-tanah tersebut.
Enci Muhammad dikejutkan dengan pertanyaan Muhammad Alif Bin Abdul Karim waris
nombor sembilan yang mahu melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan
jumlah harga tanah bahagian masing-masingdimasukkan sebagai saham. Pada awalnya
Encik Muhammad cuba memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila
mengetahui Muhammad Alif seorang pensyarah di Universiti Malaya dan
berkelulusan Sarjana Ekonomi dari London School Of Economics, London.
Lepas zuhur, Encik Muhammad dengan Sudin ke Kampung Pulai untuk menziarahi
Lebai Maarup yang baru keluar dari hospital. Pertemuan itu diadakan di surau
dan turut hadir ialah Imam Saad dan Bilal Endut.
Lebai Maarup memang berhajat menemui Encik Muhammad bagi menerangkan hajatnya
untuk mewakafkan tanah pusakanya itu untuk keperluan agama. Encik Muhammad
tidak bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup tetap dengan
pendiriannya itu kerana sebuah surau diperlukan oleh pekerja-pekerja lombong
dan setelah 15 tahun apabila perlombongan itu selesai, bekas lombong itu
dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah masjid atau sekolah
agama.
Encik Muhammad terpaksa mengalah dan akan cuba memikirkan cadangan Lebai
Maarup itu. Sudin dapat membayangkan kegembiraan wajah ayahnya kerana Encik
Muhammad terpaksa akur dengan keputusan Lebai Maarup itu.
Bab 47
Encik Muhammad balik ke Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya. Dia
mengarahkan Sudin membereskan urusan tanah dengan Lebai Maarup. Sudin juga akur
dengan cara Lebai maarup mengemukakan gagasannya kepada Encik Muhammad amat
baik dan amat munasabah. Encik Muhammad tidak dapat tunduk dengan cadangan
Lebai Maarup kerana dia seorang yang ego dan selalunya berjaya dalam tugasnya.
Lebai Maarup menasihati Sudin supaya bertenang dan sabar dengan sikap Encik
Muhammad kerana dua tiga hari nanti Allah akan melembutkan hatinya dan
menenangkannya.
Sudin kembali ke pejabatnya pada keesokkan hari untuk menunggu telefon daripada
peguam Shahril. Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam
gagasan Lebai Maarup itu. Dia kemudian telah menerima panggilan telefon
daripada Mahani bertanyakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang semalam
yang menyebabkan Encik Muhammad cuti secara tiba-tiba dan semua urusannya
dibatalkan.
Sudin pula ingin bertemu dengan Mahani untuk berbincang tentang Rahim. Sudin
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di PekanTualang antara Encik
Muhammad dan Lebai Maarup. Sudin mengemukakan satu teori supaya Rahim mengikut
kehendak ayahnya bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Mahani bersetuju dengan teori Sudin kerana dia sendir sedang memikirkan jalan
hendak menolong Rahim memahami ayahnya dan dalam masa yang sama menolong Encik
Muhammad memahami anaknya. Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada
ayahnya itu. Walau bagaimanapun,tidak akan menang seluruhnya.
Sebelum menunggu Rahim balik, Sudin menelefon peguam Shahril supaya
menangguhkan kedatangannya ke Pekan Tualang hingga minggu depan. Dia
mengharapkan kepulangan Rahimmembuka jalan yang memudahkan segalanya urusannya.
Bab 48
Mahani menuggu kedatangan Rahim di lapangan terbang. Perjumpaannya dengan Sudin
kelmarin membuka langkah baru untuk merapatkan jurang antara Rahim dengan
ayahnya. Rahim pulang bersama Robert dan mereka tidak memberitahu kepulangan
mereka kepada ibu bapa masing-masing.
Mahani mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangan
itu. Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangan itu benar-benar boleh memberi
kesan kepada ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya
bersetuju dengan rancangan tersebut dan tidak menentang rancangan ayahnya itu.
Rahim memberi syarat kepada Mahani sekiranya rancangan tersebut berjaya mereka
akan tinggal di kompleks dalam kampung yang ditinggalkan itu.
Bab 49
Ana menerima panggilan daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan
abangnya kepada ibunya, Cik Puan Tipah. Cik Puan Tipah menyampaikan berita
gembira itu kepada suaminya yang berada di bilik kerja. Mereka pergi ke
lapangan terbang dan bertemu Datuk Tan dan Datin Tan yang juga datang menjemput
Robert.
Dalam perjalanan pulang mereka di hiburkan dengan gelagat Ana. Walau
bagaimanapun, Encik Muhammad kelihatan masih sugul ekoran peristiwa Lebai
Maarup dua hari lepas. Sampai di rumah, semua menghadap hidangan the yang
disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik Muhammad yang terus ke dalam bilik
kerjanya.
Mak Enon menghantar teh untuk Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu untuk
memanggil Cik Puan Tipah masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim
masuk bertemu dengan ayahnya itu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri
urusan mereka berdua didalam bilik itu.
Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan suaminya yang berada dalam bilik
itu. Dia khuatir akan berlaku pertengkaran antara anak dan ayah kerana melihat
karenah suaminya semenjak dua hari lepas dan melihat kepada nada surat-surat
Rahim selama ini. Akhirnya apabila duara yang menusuk keluar dari bilik itu bertambah
keras, dia masuk tetapi terbuka sahaja pintu dia melihat kedua-duanya sedang
gelak ketawa.
Rahim dan ayahnya ketawa mengenai cerita Robert yang ingin menjadi sami. Cik
Puan Tipah masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan penjelasan daripada
Rahim dan suaminya. Rahim memohon beredar untuk mengemaskan barang-barangnya.
Encik Muhammad menerangkan kepada isterinya bahawa Rahim telah pun bersetuju
untuk menerima jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Tan sebagai Pengerusi
Pengurusan Lombong Lembah Tualang.
Bab 50
Rahim membahagi-bahagikan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak Enon.
Selepas itu dia beredar ke rumah Mahani seperti yang dijanjikan di lapangan
terbang tadi. Rahim memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka telah berjaya.
Satu kompleks akan didirikan yang mengandungi pejabat, bangsal pekerja, surau
dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang persetujuan untuk menerima tawaran
menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dsan akan tinggal di kompleks tersebut seperti
yang dirancangkan bersama.
Tan Sri Syed Aris hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik
Muhammad. Dia juga tidak menyukai Lebai Maarup dan menganggapImam Saad lebih
alim daripada Lebai Maarup kerana tuanya dan pengalamannya. Pendapat itu
disanggah oleh Rahim.
Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk berbahas dengan bakal
mentuanya itu kerana tidak mahu menjadi seperti ayahnya petang tadi yang
bertukar menjadi marah.
Rahim menceritakan kepada Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan
ayahnya petang tadi yang berhubung dengan perlombogan di Kampung Pulai, Rahim
membandingkan kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingannya
sedangkan kebajikan yang dilakukan oleh Lebai Maarup dan Imam Saad merupakan
kebajikan suruhan agama kerana pengabdian kepada Allah untuk kebaikan manusia
di dunia dan di akhirat.
Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik Muhammad telah disedarkan oleh Rahim
tentang kesan pembangunan ekonomi kepadfa orang melayu dan berharap Rahim akan
dapat bekerjasama dengan Lebai Maarup.
Setelah Tan Sri Syed Aris beredar, Rahim dan mahani menganggap kemenangan Imam
Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka menghabiskan sisa malam di setee panjang dan
Rahim mengalungkan seutas kalung platinum bermedialion kecil dengan sebiji
permata berlian halus ke leher Mahani.
Sumber Rujukan:
http://kmksmksm.blogspot.com/2012/01/saudagar-besar-dari-kuala-lumpur.html
0 ulasan:
Catat Ulasan