Dikuasakan oleh Blogger.
Memaparkan catatan dengan label NOTA & PRAKTIS TATABAHASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOTA & PRAKTIS TATABAHASA. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Ogos 2023

JOM BUAT LATIHAN KENAL PASTI KESALAHAN BAHASA (UNTUK KEGUNAAN MENENGAH RENDAH DARI TING.1-3)

 JOM PELAJAR-PELAJAR CIKGU LATIH  KEMAHIRAN DIRI ANDA DALAM BIDANG TATABAHASA...ANGGAP SERONOKNYA BELAJAR TATABAHASA😁

ARAHAN SOALAN

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Boleh buat latihan ini kat buku tatabahasa atau kat kertas kajang.

  1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Robert telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. _____________________________________
  2. Setiap petang, Puan Asmina menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. __________________________________
  3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. __________________________________________________________
  4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. ________________________
  5. Farhim menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. ______________________
  6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. ______________________________________________________
  7. Keropok lekor itu paling sedap sekali apabila dimakan dengan sos cili. __________________________________________________
  8. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. ________________________________________________________
  9. Rajna sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. _________________________________
  10. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. _____________________________________
  11. Akmal  memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. ___________________
  12. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. ________________________
  13. Dr. Maisarah adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. ___________
  14. Simon Lee  mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. _________________
  15. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. ____________________
  16. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. _____________________
  17. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. ___________________
  18. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. ____________________________________
  19. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam. ___________________________________________
  20. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. __________________________

 






 Kat bawah ni cikgu bagi cadangan jawapan untuk memudahkan pelajar membuat semakan sama ada betul atau tidak jawapan yang pelajar telah kenal pasti. TAPI..ingat buat latihan dahulu sebelum tengok jawapan yang cikgu bagi ni... TAK ACI kalau tengok jawapan dulu.Biar jujur dengan diri sendiri, nanti kalau tak jujur cikgu ketuk kepala atau bagi rotan.hihihi..

  1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Robert telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. Kedua-dua (kata bilangan tentu/kata bilangan kelompok)
  2. Setiap petang, Puan Asmina menjual goreng keledek di hadapan rumahnya. Keledek goreng(Hukum DM)
  3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Oleh sebab (kata sendi nama/kata hubung pancangan keterangan)

Oleh - mesti dikuti  kata nama/frasa nama

                Kerana  - menghubungkan klausa yang menjadi keterengan kepada klausa utama

- Contoh - Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja

  1. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal - hal lain (Hukum DM)
  2. Farhim menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu. Apabila (Kata tanya/kata hubung pancangan keterangan)
  3. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. Marah akan (kata terbitan/kata bantu aspek
  4. Keropok lekor itu paling sedap sekali apabila dimakan dengan sos cili. Paling sedap/sedap sekali (kata penguat)
  5. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi. Semua peserta/peserta-peserta (kata bilangan tak tentu)
  6. Rajna sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. Dibakar oleh ibunya (kata ganti nama diri ketiga)

-          Kata ganti nama diri ketiga mesti menerima kata kerja pasif berimbuhan ‘di-‘dan  diikuti kata sendi nama ‘oleh’ .

-          Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua mesti ditulis bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan ‘di’

  1. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. Saling membantu/bantu-membantu (kata ganda separa berimbuhan akhiran)
  2. Akmal  memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung. Daripada (kata sendi nama)

-          Dari digunakan dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu

-          Daripada hadir dihadapan kata nama/frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda

  1. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera. Memperlebar (imbuhan apitan/awalan)

-          Imbuhan awalan memper… yang kata dasarnya kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan apitan memper…kan.

  1. Dr. Maisarah adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu. Ialah (kata pemeri)
  2. Simon Lee  mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu. dalam (kata sendi nama)

-          Keterangan “dalam’ yang menggunakan kata sendi nama di mesti menunjukkan objek yang ada ruang.

  1. Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak sulamannya. _Telekung mini(Hukum DM)
  2. "Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut," sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah. Patik (bahasa istana)
  3. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami. oleh mereka(kata ganti nama diri ketiga)

-keterangan “oleh”tidak boleh menerima kata ganti diri pertama dan kedua.Kata ganti diri ketiga digunakan bagi menggantikan diri orang lain yang diperkatakan halnya.

  1. Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang. sangat terang/terang-benderang (penggunaan kata penguat)
  2. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam. Dua orang perompak (kata bilangan)
  3. Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan. daripada (kata sendi)

 


JOM BELAJAR TATABAHASA-KATA GANDA (TINGKATAN 2)

 


Jumaat, 5 Ogos 2022

TEKNIK MENUKAR AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH

 

Dalam tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur para pelajar akan mempelajari tatabahasa berkaitan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah tajuk Lindungi Diri Anda .

Namun kemungkinan pelajar cikgu akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan aktiviti latihan dalam buku teks kerana tidak ada nota lengkap atau cara atau teknik untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Dalam blog cikgu kali ini saya sertakan teknik menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang bahan ini boleh dimuat turun dan bolehlah dicetak untuk bacaan dan rujukan para pelajar.


Selamat membaca dan memahami teknik menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.Moga bermanfaat untuk para pelajar cikgu dan pelajar -pelajar lain di luar sana.




KLIK DI SINI  UNTUK MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN








Rabu, 23 Mac 2022

BAHASA MELAYU PT3:HUKUM D-M

 

FRASA DM DAN HUKUM DM

(*D-diterangkan,M-menerangkan)

 

1. MAKSUD:

a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Melayu. Frasa dalam bahasa Melayu adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.

b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.

c. Frasa bahasa Melayu berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :

Frasa Bahasa Melayu : ('benda' diikuti 'sifat')

Contoh:

BENDA

SIFAT

Rumah

saya

Kereta

baharu

Bebola

ikan

Lampu

kereta

Buku

teks

Kereta

Perodua

Idea

baharu

 

 

 

 

 



Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Melayu.

Contoh:

-Saya rumah ❌      (my house   )

-Baharu kereta   (new car   )

-Ikan bebola       (fish ball )

-Kereta lampu    (car lamp  )

-Teks buku ❌       (text books )

-Perodua kereta  (perodua cars  )

-Baharu idea ❌      (new idea  )

 

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)

 - Dia menaiki mini bas.

-makan di Mohaz Restoran.

-makan Maggie mee.

-naik Mohaz Ekspress

-bercicahkan cili sos.

-membeli goreng pisang.

-di Ah Seng kedai basikal.

-berbincang lain hal.

 Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Melayu)

-Dia menaiki bas mini.

-makan di Restoran Mohaz.

-makan mi Maggie.

-naik Ekspress Mohaz.

-bercicahkan sos cili.

-membeli pisang goreng.

-di kedai basikal Ah Seng.

-berbincang hal lain.

 ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

 Contoh:

Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)

-hal lain-lain

-perkara lain-lain

-peristiwa lain-lain

-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain

Contoh:

Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)

 -lain-lain hal

-lain-lain perkara

-lain-lain peristiwa

-lain-lain buku

-lain-lain buku bacaan

 Contoh:

 Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)

-hal-hal lain

-perkara-perkara lain

-peristiwa-peristiwa lain

-buku-buku lain

-buku-buku bacaan lain. 

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:

i.  Que Halifah menjamu tetamunya dengan goreng pisang ✖ yang masih panas.( sepatutnya pisang goreng ✔ )

ii. Kami menaiki mini bas    yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.(sepatutnya bas mini )

iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu Mohaz menerangkan lain-lain faktor  yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. (sepatutnya faktor-faktor lain )

 




Selasa, 16 November 2021

SKEMA/PP UJIAN SUMATIF BM PT3 KERTAS 1 NOV.2021

 

Hello...dah jawab ke soalan ujian sumatif bm ...nk tahu skema jwpn ye..ok..kat sini cg bagi cadangan skema jawapan bagi memudahkan pelajar-pelajar semak jawapan yang telah pelajar jawab..camna berapa betul? Harap skema ini dapat membantu pelajar-pelajar..

SKEMA/PANDUAN PENSKORAN UJIAN SUMATIF BM PT3 KERTAS 1 NOVEMBER 2021

BAHAGIAN A(Objektif Aneka Pilihan )

1. B

6. B

11. C

16.A

2. C

7. C

12.

17. B

3. D

8. B

13.

18. C

4. A

9. B

14. D

19. C

5. A

10.B

15. A

20. B


BAHAGIAN B : (OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK)

SOALAN 1

i )   deligasi ------       delegasi

ii)   ekskutif ------   eksekutif

iii)  antara  bangsa------   antarabangsa

 

Soalan 2 : Kesalahan Bahasa

i ) amat tercantik. ---------  tercantik / amat cantik

ii) Aidil Maju Restoran -------------   Restoran Aidil Maju



SOALAN 3 : PEMAHAMAN PETIKAN

1 .Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kemudahan-kemudahan yang diperoleh Alif dan Izara dalam bidang yang mereka ceburi pada era serba moden tersebut.                                                                                        [3 markah]

-Alif tidak perlu bertajak,berkubang,berselut,mengotorkan badan dan tidak perlu terbongkok-bongkok mengerat padi kerana Alif menggunakan pembajak dan jentara tuai.

-izara tidak memerlukan modal yang tinggi dan tidak memerlukan premis untuk menjalankan perniagaan menggunakan teknologi yang canggih

 

2. Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alif dengan Izara.                                                                                                         [3 markah]

-Mereka merupakan generasi yang hidup dalam zaman moden

-mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi

-mereka memanfaatkan teknologi yang terdapat pada zaman moden dengan sebaiknya.

3.Kejayaan Alif dan Izara merupakan hasil usaha kegigihan mereka.

Pada pendapat anda,apakah langkah yang perlu dipraktikkan oleh seseorang untuk mengekalkan kejayaan yang telah diperoleh?                                                                                                                               [4 markah]

-berusaha memajukan lagi pasaran produk yang dihasilkan

-berjumpa dengan golongan yang lebih berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi untuk mendapatkan tip mengekalkan kejayaan

-menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang yang diceburi

* terima mana-mana isi yang bersesuaian dengan kehendak soalan/isi yang relevan

SOALAN 4 : NOVEL

1)MAK SU KIAH

PENGAJARAN: Kita hendaklah prihatin terhadap jiran yang berada dalam kesusahan.

CONTOH PERISTIWA: Mak Su Kiah menyediakan makan tengah hari kepada ibu Alias iaitu Puan Leha.


2) LEHA

PENGAJARAN: Sebagai ibu bapa,kita hendaklah mengajar ilmu agama kepada anak-anak.

CONTOH PERISTIWA: Puan Leha mengajar Alias mengaji al-Quran di rumahnya.

3) SOM

PENGAJARAN: Kita hendaklah tekun menuntut ilmu.

CONTOH PERISTIWA: Som belajar Matematik dan membuat latihan bersama dengan Alias.

BAHAGIAN C: PEMINDAHAN MAKLUMAT

BAHAGIAN C

Soalan 1 :skema rumusan

CADANGAN ISI

Idea Utama-Petikan membincangkan manfaat-manfaat membeli barangan buatan tempatan.

 

Idea Sokongan/isi penting

1)Dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan.

2)Harga barangan buatan tempatan yang lebih murah daripada harga barangan import membolehkan kita menabung wang untuk kegunaan masa depan.

3) Selain itu, pembelian barangan buatan tempatan dapat memajukan industri desa.

4) Pertumbuhan pelbagai industri desa dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

5)Di samping itu, imej negara dapat dipertingkat kerana mutu barangan tempatan setanding dengan barangan import.

6)Negara kita lebih dikenali oleh pelancong asing yang membeli barangan tempatan sebagai cenderahati.

 

Penutup

Kseimpulannya,masyarakat perlulah berganding bahu memajukan indusrti barangan buatan tempatan agar setanding dengan negara luar.

 

Soalan 2 : Ulasan ( Klon buku teks tingkatan 1, Banjir, Oh, Banjir !,ms:14 )

Cadangan skema isi tersirat ulasan

1.      mengikuti panduan keselamatan semasa banjir seperti mematikan semua suis elektrik dan mengunci pintu rumah sebelum berpindah.

2.      tidak meredah air banjir atau menggunakan kenderaan semasa banjir

3.      kecuaian boleh menyebabkan kematian

4.      ibu bapa awasi anak-anak agar tidak bermain air bah

·         terima mana-mana isi tersirat yang relevan ( boleh juga rujuk jawapan isi dalam buku teks ting.1 di  halaman 236 )

 

                                                 

 

### SKEMA KERTAS 1 TAMAT ###


UJIAN SUMATIF BM PT 3..KERTAS 1


HAI!..DISEBABKAN CALON PT3 TIADA PENTAKSIRAN TAHUN INI,MAKA CIKGU BINA SOALAN ALA-ALA SO PT3 YANG BERDASARKAN FORMAT PT3 TERAKHIR 2019 (TAHUN 2020 & 2021 TIADA PT3 EKORAN KERANA NEGARA MASIH LAGI DLM BENCANA COVID-19) JADI MANA-MANA PELAJAR CIKGU TU BOLEH LAH GUNA SOALAN NI YE SEBAGAI UJIAN PEMAHAMAN PELAJAR2 SEPANJANG BELAJAR TAHUN NI ...SEBELUM SEKOLAH CUTI PADA 10/11 DIS NISELAMAT MENJAWAB.



Selasa, 1 Jun 2021

Muat turun latihan 60 soalan tatabahasa dan skema jawapan

  Cikgu dapat info yang hantar pesanan mesej kepada cikgu beritahu bahawa talian atau rangkaian telco bermasalah...kasihan juga kat anak-anak murid cikgu yang tinggal kat luar bandar...ada yang minta cikgu hantar soalan yang boleh dicetak ye..bukan dalam bentuk flipbook...ada yang cakap telefon berkongsi dgn keluarga...jadi dah tak jumpa link google forms & flipbook kat mana pula..tak pe jangan risau anak-anak didik ku yang disayangi..kat sini cikgu kongsi buku soalan dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun atau untuk dicetak..tekan link yang cikgu bagi kat bawah ye....

Opsss tertinggal ...ada yang hendak skema jawapan pula ye yang boleh dicetak atau dimuat turun...ohhh tak puas hati tahu skema kat brg google forms...hendak skema sb nak semak jawapan pelajar-pelajar cikgu buat secara manual  ye..tak apa kat sini juga cikgu kasi skema jawapan kat link di bawah ye sebagai panduan untuk pelajar2..tapi janganlah tengok skema dulu baru buat soalan...tak aci cam tu..hihihi..

SEMOGA PERKONGSIAN CIKGU BERMANAFAAT UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SAYA @ SESIAPA SAHAJA ANAK DIDIK YANG MENGIKUTI BLOG SAYA


LATIH TUBI 60 SOALAN TATABAHASA BOLEH DIMUAT TURUN DISINI.SILA TEKAN TULISAN  INI.


SKEMA JAWAPAN 60 SOALAN TATABAHASA


KERTAS JAWAPAN(OMR) LATIHAN 60 SOALAN TATABAHASA SECARA DALAM TALIAN

LATIHAN OBJEKTIF 60 SOALAN TATABAHASA

Selasa, 18 Mei 2021

SOALAN UJIAN/PENILAIAN KETIKA PDPR SIRI 2 UNTUK MENENGAH RENDAH(TG.1,2&3) 2021



 SEBELUM CUTI SEKOLAH BULAN JUN NI..CIKGU NAK UJI MINDA DAN PEMAHAMAN PARA PELAJAR TENTANG APA-APA YANG DIPELAJARI UNTUK PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN ...SILA JAWAB DEH..WALAUPUN BULAN SYAWAL BELUM BERAKHIR DAN CUTI PERSEKOLAHAN KIAN MENJELMA TETAPI CIKGU HARAP ANAK-ANAK DIDIK TETAP TEKUN MENUNTUT ILMU.APATAH LAGI DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA YANG MENCABAR DAN BANYAK KEKANGAN INI..

SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN SOALAN BERSERTA SKEMA








soalan ujian/penilaian ketika pdpr untuk tingkatan 3 siri 1(disertakan skema secara berasingan)

 Memandangkan pelajar suka tengok jawapan dahulu,maka  cikgu bagi soalan dulu ye...nak skema juga ye..ok lah cikgu sertakan kat bawah selepas soalan ini..kena muat turun secara berasingan ye..


KLIK PADA GAMBAR NANTI BARU NAMPAK SOALAN😂😂😂



















so ujian penilaian pdpr siri 1 2021 Mei/Jun Tg.1

 Soalan ini disertakan bersama skema..harap pelajar jawab secara jujur..jangan tengok skema dulu deh..mohon selesai jawab baharu boleh tengok skema😃

 

soalan&skema siri 1 tg.1


Isnin, 17 Mei 2021

LATIHAN AYAT INTI/AYAT DASAR TINGKATAN 1

 

AYAT DASAR/AYAT INTI (ms 47 buku teks Ting.1)

 

CONTOH LATIHAN  SERTA JAWAPAN MENGENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT INTI.

 

1. Ayah saya guru

2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang

3. Bangunan itu sangat tinggi

4. Murid itu sedang menulis karangan.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

Ayah saya  

guru

FN + FN

2.

Kampung halaman saya

di Kuantan, Pahang

FN + FS

3.

Bangunan itu

sangat tinggi

FN + FA

4.

Murid itu

sedang menulis karangan

FN + FK

 

·         FN  ialah Frasa Nama

·         FS ialah Frasa Sendi

·         FA ialah Frasa Adjektif

·         FK ialah Frasa Kerja

 

LATIHAN 1 

1. Abangku peragawan.

2. Pelajar itu amat tangkas.

3. Adikku sedang menonton televisyen.

4. Dia ke sekolah pagi tadi.

5. Perempuan itu cantik sekali.

6. Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap.

7. Kakak mahasiswi di Universiti Malaya.

8. Cikgu Mohd Hazli mengajar di sekolah ini hampir 4 tahun.

9. Rumah itu sangat besar.

10.Budak yang berambut panjang itu sangat degil.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

5.

 

 

 

 

6.

 

 

 

 

7.

 

 

 

 

8.

 

 

 

 

9.

 

 

 

10.

 

 

 

 

LATIHAN 2 

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang berhuruf tebal sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN + FS di ruang yang disediakan

 

1.    Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’

 ___________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________

2.    Anak-anak kucing itu comel belaka. _______________________________________________________________

3.    Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. ____________________________________________________________

4.    Kakak Atika pengarang novel ‘Sepi’. ___________________________________________________________

5.    Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan. __________________________________________________________


 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"