Kelemahan calon
A)
Ringkasan.
1.
Isi tidak mencukupi.
2.
Pemilihan isi tidak tepat.
3.
Menyalin petikan
sepenuhnya.
4. Tidak menggunakan penanda wacana yang
sesuai.
5. Menulis jawapan melebihi jumlah patah
perkataan.
6. Kesalahan bahasa dari segi penggunaan
kata, frasa dan tanda baca.
7.
Penggunaan bahasa yang lemah.
8.
Kesalahan ejaan yang ketara.
Bahagian C – Ringkasan
[ 15 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang sebab-sebab
perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pendapat
bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit
adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan
tradisional. Kerana miskin mereka tidak berupaya untuk membeli makanan, apatah
lagi bagi mendapat rawatan moden.
Belakangan
ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba
semakin bertambah malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan
moden. Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan
ubat-ubatan moden semakin meningkat.
Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang menghidap penyakit kronik
seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemui
penawarnya. Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin
tinggi menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan
herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan
dijual pada harga yang rendah supaya
mampu dibeli oleh pengguna.
Walau
bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit
boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan
tradisional hanyalah mengisi kekosongan
yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam
perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains
dan teknologi supaya benar-benar berkesan. Kini, kajian bioteknologi mengenai
ubat-ubatan ini giat dijalankan di kebanyakan negara di dunia ini. Di Malaysia
pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak
zaman-berzaman seperti dalam rawatan
resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin.
Satu
fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan
masuk ke dalam sistem tubuh. Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit
menghidapi penyakit yang sama, ubat yang
serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu,
ubat-ubatan yang moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan
tradisional mampu mengesan dan
merawat punca penyakit tersebut. Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil
ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir
usia.
Dipetik dan diubahsuaikan
daripada ‘Herba Pelengkap kepada Perubatan Moden’, Berita Harian, 16 April 2006)
0 ulasan:
Catat Ulasan