ANALISIS SOALAN
PEPERIKSAAN PMR BAHAGIAN B
TAHUN
|
ASPEK SOALAN
|
2005
|
Gambar: Kitar semula (buku teks tingkatan 1: m/s 11 )
|
2006
|
Rajah : Kebaikan bergotong-royong
|
2007
|
Gambar: Aktiviti sempena pesta
flora
|
2008
|
Rajah : Kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu
kawasan (buku teks
tingkatan 3 : m/s
242 )
|
2009
|
Rajah : Kesesakan jalan raya ( Cara mengatasinya)
(adaptasi buku teks
tingkatan 3: m/s
203 )
|
2010
|
Rajah : Kesan-kesan kegiatan pembalakan secara
tidak terkawal (buku
teks tingkatan 2 : m/s 188 )
|
2011
|
Rajah : Faedah-faedah memajukan industri
pelancongan ( buku teks
tingkatan 2: m/s
114-116 dan tingkatan 3 : m/s 94 )
|
2012
|
???????
|
ANALISIS SOALAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI (2012)
TAHUN 2012/ NEGERI
|
ASPEK SOALAN
|
TERENGGANU
|
Rajah : Kepentingan sungai kepada
manusia
|
MELAKA
|
Rajah : Cara-cara menghargai warga
tua
|
PAHANG
|
Rajah : Punca-punca keracunan
makanan
|
NEGERI SEMBILAN
|
Rajah : Peranan pelbagai pihak
untuk memupuk minat
membaca dalam
kalangan masyarakat
|
KEDAH
|
Rajah : Kepentingan hutan
|
PERAK
|
Rajah : Kesan kemasukan pendatang
asing tanpa izin
|
SELANGOR
|
Rajah : Langkah-langkah mengatasi
sungai cetek
|
Sekolah Berasrama Penuh
|
Rajah : Usaha-usaha untuk
meningkatkan minat
remaja terhadap permainan tradisional
|
KELANTAN
|
Rajah : Usaha-usaha untuk
menyemaikan sikap berbudi
bahasa
|
PERLIS
|
Rajah : Kepentingan amalan
berbudi bahasa dalam
kehidupan seharian
|
JOHOR (MUAR)
|
Rajah : Faedah amalan berbudi
bahasa
|
BAHAGIAN B-KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
Panduan Umum Menjawab Soalan
1.
Baca
kata kunci soalan untuk mengetahui perkara yang dikehendaki oleh soalan. Kata
kunci merupakan kehendak soalan.
2.
Idea
yang relevan berdasarkan tugasan ;
- Tugasan berfokus – Idea hendaklah berdasarkan bahan rangsangan sahaja.
-
Tugasan umum – Fokus kepada kebaikan/kelebihan/kesan/langkah/faedah/kepentingan
berdasarkan tugasan.
3. Idea mencukupi dengan 3-4 isi dan dikembangkan.
4. Pemerengganan sesuai-biasanya 5 /6
perenggan
- Pendahuluan
- Isi-isi
- Penutup
5. Panjang karangan akur dengan arahan
soalan iaitu tidak melebihi 120 patah perkataan.
Soalan PMR
2009
Bahagian B
[20 markah]
Berdasarkan
rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya.
Panjangnya
huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kesesakan
Jalan Raya
(Cara
Mengatasinya)
1)Tingkatkan mutu pengangkutan awam
2)Baiki sistem lalu lintas
3)Amalan berkongsi kereta
4) Tambah bilangan jalan raya
Untuk mendapat
markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:
·
Ayat perlu gramatis.
·
Kata dan kosa kata luas dan tepat.
·
Ejaan dan tanda baca mesti betul.
·
Idea yang releven berdasarkan tugasan.
·
Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
sesuai dan
berkembang.
·
Pengolahan yang menarik dan berkesan.
Contoh jawapan cemerlang.
Saban hari,
bilangan kenderaan di negara kita kian tahun kian bertambah. Hal ini telah
menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang
perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah
mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu
mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya.
Selain itu,
sistem lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat
supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
Sementelahan,
amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya
dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna
mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin
keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
Contoh
karangan dalam kategori baik.
Sekiranya karangan pelajar mempunyai ciri-ciri
berikut, karangan pelajar masih lagi dalam kategori baik iaitu antara 11 - 15
markah.
·
Ayat masih gramatis.
·
Kata dan kosa kata masih luas dan tepat. Kesalah penggunaan kata yang minimum
·
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
·
Idea yang releven berdasarkan tugasan.
·
Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan.
·
Pengolahan masih
menarik.
Contoh karangan
Kesesakan jalan raya kini semakin meningkat terutamanya
ketika musim perayaan.
Selain itu, Amalan berkongsi kereta perlu diamalkan oleh
mereka yang bekerja di tempat yang sama dengan ini kita dapat mengatasi masalah
kesesakan jalan raya. Selain itu, kita dapat menjimatkan kos dan dapat
mengurang pencemaran udara.
Selain itu,
pihak kerajaan perlulah menambah bilangan jalan raya seperti membina jalan raya
bertingkat.
0 ulasan:
Catat Ulasan