Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 28 April 2021

FORMULA TATABAHASA BERSAMA 45 LATIHAN MUDAH

 

FORMULA TATABAHASA & LATIHAN 

Arahan :Tandakan atau X  dalam (     ).

 

1.    pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

1.    dua setengah kilogram      ( X  )

2.    dua kilogram setengah      (  )

3.    tiga setengah minit            ( X  )

4.    lima liter suku                    (       )

5.    tiga suku jam                     (     )

 

2.    ayat pasif(kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di..oleh

1. Roti itu dimakan oleh saya.            ( X   )

2. Roti itu saya makan.                       (√  )

3. Roti itu kamu makan.                     (√  )

4. Roti itu dimakan oleh mereka.        (       )

5. Roti itu mereka makan.                   (      )

 

3.    membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda

1. Jangan membuat bising.                ( X   )

2. Jangan berbuat bising.                    (  √ )

3. berbuat begitu                                 (    )

4. membuat begitu                              (      )

5. berbuat demikian                            (      )

 

4.    antara(bukan tempat)  / di  antara(tempat)

1. Antara hobi saya ialah membaca buku.     (√  )

2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X    )

3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )

4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (      )

5. Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (      )

 

     5. di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)

            1. di dalam ingatannya            (  X   )

            2. dalam ingatannya                ( √  )

            3. di dalam bilik                         (  √ )

            4. dalam mesyuarat                  (       )

         5. di dalam hatinya                       (      )

 

   6. ialah(kata nama) /   adalah(kata sendi,kata adjektif)

            1. Ramli ialah abang saya.        (    )

            2. Ramli adalah abang saya.  ( X   )

            3. Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (     )

4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak

    kilang.   (     )

5. Hobi saya adalah bermain badminton.  (     )

 

7.     _____ jangan = Harap sahaja

  1. Harap jangan merokok. (    )

   2. Sila jangan merokok. (  X  )

   3. Tolong jangan merokok. ( X   )

   4. Usah jangan merokok. (      )

   5. Jangan merokok. (      )

 

  8. meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda)

1. menasihati Ali          ( √   )

            2. menasihatkan Ali    ( X   )

            3. menghidangkan tetamu (  X  )

            4. menghidangkan nasi lemak (      )

            5. menaiki bendera   (      )

 

9. (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)

            1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )

            2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )

            3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )

            4. Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. (      )

            5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (     )

 

 10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)

            1. memperdalamkan lubang itu ( x   )

            2. memperdalam lubang itu (√   )

            3. mendalamkan lubang itu (  √ )

            4. memperkatakan  hal itu (      )

            5. memperkata hal itu  (     )

 

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) 

      memperisteri(berkahwin dengannya)

            1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )

            2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )

            3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan

             seorang gadis kampung. (√   )

            4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan

             seorang gadis kampung. (     )

            5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan

             seorang pemuda kampung. (    )

 

12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

            1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )

            2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )

            3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (    )

            4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. (     )

            5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (      )

 

13.      kata bilangan ‘ber’ = 2X

1. berpuluh tahun (  X   )

2. berpuluh-puluh tahun ( √    )

3. beribu-ribu penonton (     )

4. beribu penonton (      )

5. ribuan penonton (      )

 

14.      kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1. kedua-dua anaknya (√   )

2. kedua anaknya ( X   )

3. anaknya yang kedua (√   )

4. ketiga-tiga ekor kucing itu (      )

5. ketiga-tiga kucing itu  (      )

 

15.      kata bilangan =  B  1

1. semua murid-murid (  X  )

2. semua murid  (√   )

3. para pelajar    (√   )

4. semua kanak-kanak (      )

5. ramai budak (     )

 

16. ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)

            1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. (    )

            2. Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )

            3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )

            4. Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. (      )

            5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat (      )

 

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)

            1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)           

2. Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )

            3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )

            4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (     )

            5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. (      )

 

18. kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

            1. Wau itu akan saya buat. (     )

            2. Wau itu saya akan buat. ( X    )

            3. Surat itu telah saya tulis. (    )

            4. Surat itu saya telah tulis. (      )

            5. Orang gila itu  pernah kamu lihat? (      )

 

19. sebab(KATA NAMA ABSTRAK)  

     kerana / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(TIADA)

            1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )

            2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (     )

            3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )

            4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. (      )

            5.  0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (      )

 

20.  ia = ORANG

            1. Saya ada seekor kucing.Ia bernama Si Comel. (  X   )

            2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √     )

            3. Kamus itu sangat mahal.Ia berharga RM60.00. ( X    )

            4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. (     )

            5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.(      )

 

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena..,

                          5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

            1. Kuih itu dimakan oleh bapa. (    )

            2. Kuih itu dimakan bapa. (     )

            3. Kuih itu dimakan oleh bapa. (     )

4. Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )

5. Kuih itu termakan  bapa. ( x    )

6. Kuih itu kena makan oleh bapa. (     )

7. Kuih itu kena makan  bapa. (      )

8. Pencuri itu tertangkap polis. (      )

9. Pencuri itu kena tangkap polis. (      )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. (      )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )

 

22. angka-huruf = ada -

            1. 1950an ( X   )

            2. 1950-an ( √   )

            3. 1950 – an ( X    )

            4. lima puluhan (       )

            5. lima puluh an (       )

 

23. lain = di akhir ayat,1x

            1. masalah-masalah lain ( √   )

            2. lain-lain masalah ( x    )

            3. perkara-perkara lain ( √   )

            4. lain-lain perkara (       )

            5. hal-hal lain (       )

 

24. akan = tiada imbuhan

            1. menyayangi akan anaknya ( x   )

            2. sayang akan anaknya (    )

            3. sayang  anaknya (      )

            4. merindui ibunya (      )

            5. rindu akan anaknya (     )

 

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

            1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )

            2. Daud dan Arif saling mengejar (     )

            3. Daud dan Arif kejar-mengejar (     )

            4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (      )

            5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (      )

 

26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

            1. juru-juruterbang (  x   )

            2. juruterbang-juruterbang ( √   )

            3. olahragawan-olahragawan ( √    )

            4. olah-olahragawan (      )

            5. seniman-seniman (      )

 

27. kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

            1. guru-guru besar (    )=banyak guru besar

            2. guru besar-guru besar ( x  )

            3. guru besar-besar (     )=banyak guru yang besar

            4. alat-alat tulis (       )

            5. alat tulis-alat tulis (      )

 

28. kata penguat bebas=sas

            1. sangat cantik (     )

            2. cantik sangat (     )

            3. amat kejam     (     )

            4. kejam amat     (         )

            5. bijak sungguh (         )

 

29.  sekali = tidak perlu ter dan paling

            1. KLCC tertinggi sekali. (   x  )

            2. KLCC tertinggi. ( √    )

            3. KLCC tinggi sekali. (      )

            4. KLCC paling tinggi sekali . (      )

            5. KLCC tinggi sekali. (       )

 

30. ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir,

                      tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan

            1. Buku itu telah kuambil. (    )

            2. Buku itu telah kumengambil. ( x   )

            3. Ke mana  kaupergi tadi? (       )

            4. Itu adikkau? (       ) 

            5. Kausakitkah?(X)

 

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu,

               di tengah boleh 

            1. Siapakah nama saudari? (√   )

            2. Siapa nama saudari? ( x   )

3. Nama saudari siapa? (√   )

            4. Nama saudari siapakah? ( x   )

            5. Yang manakah basikal kamu ? (    )

            6. Cikgu Ali sudah datangkah? (         )

            7. Cikgu Ali sudah datang ? (         )

            8. Sudah datangkah Cikgu Ali? (     )

 

32. baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama

            1. Abu Bakar memakai baju baharu. (    )

            2. Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )

            3. Dia baru sampai pagi tadi. (    )

            4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. (       )

            5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (        )

 

33. apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

            1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )

            2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (    )

            3. Kami tidak ke mana-mana semalam. (         )

            4. Kami tidak ke mana semalam. (        )

            5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

 

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber

            1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (    )

            2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )

            3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )

            4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (      )

            5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. (       )

 

35. belaka = B 1

            1. Baju itu murah-murah belaka. (    )

            2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )

            3. Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )

            4. Mereka bijak belaka. (     )

            5. Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. (      )

 

36. daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa,jarak,tempat

            1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%. ( √  )

            3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

            4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. (       )

            5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (      )

 

37. boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga

            1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )

            2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )

            3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )

            4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (        )

            5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui

             pelbagai berita terkini. (         )

 

38. kata bantu= boleh bersama

            1. Saya belum pernah makan durian. (    )

            2. Adik Lily masih belum bersekolah. (    )

            3. Karim masih sedang menulis surat.(    )

            4. Yati sudah pernah melawat Jepun. (        )

            5. Puan Kok sedang hendak ke pasar. (      )

 

39. sekalian = B 1

            1. Para hadirin sekalian, ( √  )

            2. Hadirin sekalian, (     )

            3. Hadirin yang dihormati, (    )

            4. Hadirin yang dihormati sekalian,  (       )

            5. Tuan-tuan dan puan-puan, (       )

 

40. hanya   / sahaja= tidak boleh bersama

            1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )

            2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (    )

            3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (    )

            4. Hanya Shi Mei yang lulus ujian itu. (       )

            5. Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. (      )

 

41.    1. alat penghawa dingin ( x   )

2. alat hawa dingin ( x    )

3. pendingin hawa (      ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4. penghawa dingin (       )

5. penyaman udara (        )

 

42.    1. nasionalisma ( x    )

            2. nasionalisme (     ) isme bukan isma

            3. plasma (    )

            4. plasme (      )

            5. patriotisme (      )

 

43.  kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

            1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )

                Kami sekeluarga akan pergi esok. ( √  )

            2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (     )

                Kami  akan pergi esok. (     )

            3. Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( √ )

            4. Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. (       )

            5. Kita semua haruslah bekerjasama. (       )

 

44. di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba

            1. Mereka sudah sampai di Tapah. (     )

            2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )

            3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )

            4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (       )

            5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (        )

 

45.       1. menengok televisyen (  √ )

            2. menonton televisyen  (  √ )

            3. memotong getah         (  x   ) = lisan

            4. menoreh getah            (      )

            5. menggantung baju di ampaian (      )= menyidai




 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"