Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 16 November 2021

UJIAN SUMATIF BM KERTAS 2 TING.3 NOVEMBER 2021

 

JIKA DAH SIAP JAWAB UJIAN KERTAS 1 APA KATA PELAJAR JAWAB PULA UJIAN KERTAS 2..HARAP PELAJAR DAPAT MEMERAH IDEA DENGAN BAIK UNTUK MENGEMUKAKAN JAWAPAN YANG BERSESUIAN DENGAN KEHENDAK TUGASAN/SOALAN..SELAMAT MENJAWAB

SEMUA PELAJAR YANG CIKGU SAYANG TU..HI..HI..HI..KLIK KAT GAMBAR UNTUK MUAT TURUN SOALAN UJIAN SUMATIF BAGI KERTAS 2


SKEMA/PP UJIAN SUMATIF BM PT3 KERTAS 1 NOV.2021

 

Hello...dah jawab ke soalan ujian sumatif bm ...nk tahu skema jwpn ye..ok..kat sini cg bagi cadangan skema jawapan bagi memudahkan pelajar-pelajar semak jawapan yang telah pelajar jawab..camna berapa betul? Harap skema ini dapat membantu pelajar-pelajar..

SKEMA/PANDUAN PENSKORAN UJIAN SUMATIF BM PT3 KERTAS 1 NOVEMBER 2021

BAHAGIAN A(Objektif Aneka Pilihan )

1. B

6. B

11. C

16.A

2. C

7. C

12.

17. B

3. D

8. B

13.

18. C

4. A

9. B

14. D

19. C

5. A

10.B

15. A

20. B


BAHAGIAN B : (OBJEKTIF PELBAGAI BENTUK)

SOALAN 1

i )   deligasi ------       delegasi

ii)   ekskutif ------   eksekutif

iii)  antara  bangsa------   antarabangsa

 

Soalan 2 : Kesalahan Bahasa

i ) amat tercantik. ---------  tercantik / amat cantik

ii) Aidil Maju Restoran -------------   Restoran Aidil Maju



SOALAN 3 : PEMAHAMAN PETIKAN

1 .Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kemudahan-kemudahan yang diperoleh Alif dan Izara dalam bidang yang mereka ceburi pada era serba moden tersebut.                                                                                        [3 markah]

-Alif tidak perlu bertajak,berkubang,berselut,mengotorkan badan dan tidak perlu terbongkok-bongkok mengerat padi kerana Alif menggunakan pembajak dan jentara tuai.

-izara tidak memerlukan modal yang tinggi dan tidak memerlukan premis untuk menjalankan perniagaan menggunakan teknologi yang canggih

 

2. Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alif dengan Izara.                                                                                                         [3 markah]

-Mereka merupakan generasi yang hidup dalam zaman moden

-mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi

-mereka memanfaatkan teknologi yang terdapat pada zaman moden dengan sebaiknya.

3.Kejayaan Alif dan Izara merupakan hasil usaha kegigihan mereka.

Pada pendapat anda,apakah langkah yang perlu dipraktikkan oleh seseorang untuk mengekalkan kejayaan yang telah diperoleh?                                                                                                                               [4 markah]

-berusaha memajukan lagi pasaran produk yang dihasilkan

-berjumpa dengan golongan yang lebih berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi untuk mendapatkan tip mengekalkan kejayaan

-menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang yang diceburi

* terima mana-mana isi yang bersesuaian dengan kehendak soalan/isi yang relevan

SOALAN 4 : NOVEL

1)MAK SU KIAH

PENGAJARAN: Kita hendaklah prihatin terhadap jiran yang berada dalam kesusahan.

CONTOH PERISTIWA: Mak Su Kiah menyediakan makan tengah hari kepada ibu Alias iaitu Puan Leha.


2) LEHA

PENGAJARAN: Sebagai ibu bapa,kita hendaklah mengajar ilmu agama kepada anak-anak.

CONTOH PERISTIWA: Puan Leha mengajar Alias mengaji al-Quran di rumahnya.

3) SOM

PENGAJARAN: Kita hendaklah tekun menuntut ilmu.

CONTOH PERISTIWA: Som belajar Matematik dan membuat latihan bersama dengan Alias.

BAHAGIAN C: PEMINDAHAN MAKLUMAT

BAHAGIAN C

Soalan 1 :skema rumusan

CADANGAN ISI

Idea Utama-Petikan membincangkan manfaat-manfaat membeli barangan buatan tempatan.

 

Idea Sokongan/isi penting

1)Dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan.

2)Harga barangan buatan tempatan yang lebih murah daripada harga barangan import membolehkan kita menabung wang untuk kegunaan masa depan.

3) Selain itu, pembelian barangan buatan tempatan dapat memajukan industri desa.

4) Pertumbuhan pelbagai industri desa dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

5)Di samping itu, imej negara dapat dipertingkat kerana mutu barangan tempatan setanding dengan barangan import.

6)Negara kita lebih dikenali oleh pelancong asing yang membeli barangan tempatan sebagai cenderahati.

 

Penutup

Kseimpulannya,masyarakat perlulah berganding bahu memajukan indusrti barangan buatan tempatan agar setanding dengan negara luar.

 

Soalan 2 : Ulasan ( Klon buku teks tingkatan 1, Banjir, Oh, Banjir !,ms:14 )

Cadangan skema isi tersirat ulasan

1.      mengikuti panduan keselamatan semasa banjir seperti mematikan semua suis elektrik dan mengunci pintu rumah sebelum berpindah.

2.      tidak meredah air banjir atau menggunakan kenderaan semasa banjir

3.      kecuaian boleh menyebabkan kematian

4.      ibu bapa awasi anak-anak agar tidak bermain air bah

·         terima mana-mana isi tersirat yang relevan ( boleh juga rujuk jawapan isi dalam buku teks ting.1 di  halaman 236 )

 

                                                 

 

### SKEMA KERTAS 1 TAMAT ###


UJIAN SUMATIF BM PT 3..KERTAS 1


HAI!..DISEBABKAN CALON PT3 TIADA PENTAKSIRAN TAHUN INI,MAKA CIKGU BINA SOALAN ALA-ALA SO PT3 YANG BERDASARKAN FORMAT PT3 TERAKHIR 2019 (TAHUN 2020 & 2021 TIADA PT3 EKORAN KERANA NEGARA MASIH LAGI DLM BENCANA COVID-19) JADI MANA-MANA PELAJAR CIKGU TU BOLEH LAH GUNA SOALAN NI YE SEBAGAI UJIAN PEMAHAMAN PELAJAR2 SEPANJANG BELAJAR TAHUN NI ...SEBELUM SEKOLAH CUTI PADA 10/11 DIS NISELAMAT MENJAWAB.



Rabu, 16 Jun 2021

MODUL MARI BELAJAR PERENGGAN PENDAHULUAN VERSI PDF


 PELAJAR-PELAJAR CIKGU TU DIIZINKAN MUAT TURUN BAHAN INI BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR MEMBUAT LATIHAN.SKEMA JUGA BOLEH DI MUAT TURUN.TAPI PASTIKAN LATIHAN SIAP DULU BARU BUKA SKEMA.

SILA KLIK DI SINI








SILA KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MUAT TURUN SKEMA JAWAPAN BAGI MODUL MARI BELAJAR PERENGGAN PENDAHULUAN.

MODUL MARI BELAJAR PERENGGAN PENDAHULUAN VERSI FLIPBOOK

 

Khamis, 3 Jun 2021

BICARA HATI

 



TANPA SEDAR SUDAH MASUK BULAN JUN 2021 DENGAN PKP 3.0 SERTA COVID-19 TERUS MENERKAM SESIAPA SAHAJA INSAN YANG BERADA DI MUKA BUMI INI.YA ALLAH ANGKATLAH PENYAKIT DAN BALA BENCANA INI SECEPAT MUNGKIN DARIPADA DUNIA YANG KAMU PINJAMKAN UNTUK  MANUSIA YANG KERDIL DISISIMU.


Tinggalkan sejenak soal covid-19...Jun yang menjengah tiba ini merupakan detik-detik aku akan meninggalkan dunia pendidikan aliran perdana.Bahan-bahan untuk kegunaan menengah rendah yang aku kongsi dalam blog ini harap berfaedah untuk kalian yang bernama pelajar sama ada anak didiku yang aku ajar di sekolahku atau sesiapa sahaja pelajar yang mengunjungi blog laman rencah didik ini.Namun,sekiranya tiada kekangan atau halangan,jua diberi kudrat,keizinan,ruang kesempatan masa dan idea menulis bahan-bahan menengah rendah akan ku curahkan serta sumbangkan selagi termampu.Hampir 21 tahun mencurah keringat,idea,pdpc,pdpr dan seumpamanya  memberikan ku rasa seronok mengenali serta mendidik anak-anak awal remaja yang pelbagai kerenah.Jua pelbagai pengalaman yang ku timba sepanjang mengajar aliran perdana menengah rendah sebagai bermulanya guru biasa hinggalah sebagai fasilitator,pemeriksa kertas SRP,PMR,Pkw PT3,guru AKRAM Terengganu,mantan guru cemerlang dan lain-lain yang tidak dapat kunyatakan akan menjadi lipatan kenangan dalam atmaku.

Setelah ku renung dan imbas kembali masa-masa terkebelakang tanpa ku sedar bahawa hampir 12 tahun blog ini telah ku tinta dan wujud ... menjadi tempat atau laman ku menyumbang segala rencah ilham dan perkongsian ilmu buat pengunjung blog...terima kasih kepada semua sama ada yang menyokongku baik secara eksplisit dan implisit.

Masih ku ingat jua bulan Mei 2021 aku mula menulis,mengumpul bahan dan sebagainya untuk persediaan mengajar pelajar-pelajar baharu buat diriku iaitu pelajar pra universiti(STPM).Justeru amat sesuai suatu ketika aku namakan blog ini sebagai laman rencah didik yang memuatkan pelbagai bahan untuk aliran perdana kini laman ini juga akan ku tinta dengan bahan-bahan baharu yang aku nukilkan akan berkaitan pula dengan subjek KMK STPM.Malah telah kukongsi beberapa bahan KMK seperti daripada novel SBDKL .Penulisan-penulisan lain juga akan menyusul dengan izin-MU.Insya Allah.

                    Ya Allah...berikan kekuatan buat diri ini untuk menukar 360 darjah bagi aku mengajar pelajar-pelajar yang boleh dianggap matang atau yang telah menuju pengakhiran remaja.Berikan ku jua semangat dan keberdayaan untuk diriku mempelajari  secara total subjek ini serta menguasai disiplin ilmu baharu berkaitan subjek ini.Akan ku cabar diriku untuk buat juga yang terbaik  untuk 'pelajar dunia baharu buatku' Moga diriku diberi kesihatan dan minda yang baik untuk meneruskan perjuangan dan gelaran CIKGU yang ku pegang sebagai status kerjaya dalam kamus kehidupanku.



                              SEKIAN AKHIR KALAM BICARA DARIPADA HATIKU.


""

"MOGA SENTIASA  CERIA DALAM MENGHADAPI LIKU-LIKU HIDUP INI"




BAHAN KOLOKIUM NOVEL JEJAK MONPUS TING.2 VERSI PDF

 

KLIK DISINI BAHAN KOLOKIUM VERSI PDF

BAHAN KOLOKIUM NOVEL JEJAK MONPUS TING.2 VERSI POWER POINT

BAHAN KOLOKIUM NOVEL JEJAK MONPUS TING.2 VERSI FLIPBOOK

 

BAHAN KOLOKIUM NOVEL FORMULA TERMODINAMIK VERSI PDF

KLIK SINI BAHAN KOLOKIUM VERSI PDF

BAHAN KOLOKIUM NOVEL FORMULA TERMODINAMIK VERSI FLIPBOOK

BAHAN KOLOKIUM NOVEL FORMULA TERMODINAMIK VERSI POWER POINT

 

Selasa, 1 Jun 2021

Muat turun latihan 60 soalan tatabahasa dan skema jawapan

  Cikgu dapat info yang hantar pesanan mesej kepada cikgu beritahu bahawa talian atau rangkaian telco bermasalah...kasihan juga kat anak-anak murid cikgu yang tinggal kat luar bandar...ada yang minta cikgu hantar soalan yang boleh dicetak ye..bukan dalam bentuk flipbook...ada yang cakap telefon berkongsi dgn keluarga...jadi dah tak jumpa link google forms & flipbook kat mana pula..tak pe jangan risau anak-anak didik ku yang disayangi..kat sini cikgu kongsi buku soalan dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun atau untuk dicetak..tekan link yang cikgu bagi kat bawah ye....

Opsss tertinggal ...ada yang hendak skema jawapan pula ye yang boleh dicetak atau dimuat turun...ohhh tak puas hati tahu skema kat brg google forms...hendak skema sb nak semak jawapan pelajar-pelajar cikgu buat secara manual  ye..tak apa kat sini juga cikgu kasi skema jawapan kat link di bawah ye sebagai panduan untuk pelajar2..tapi janganlah tengok skema dulu baru buat soalan...tak aci cam tu..hihihi..

SEMOGA PERKONGSIAN CIKGU BERMANAFAAT UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SAYA @ SESIAPA SAHAJA ANAK DIDIK YANG MENGIKUTI BLOG SAYA


LATIH TUBI 60 SOALAN TATABAHASA BOLEH DIMUAT TURUN DISINI.SILA TEKAN TULISAN  INI.


SKEMA JAWAPAN 60 SOALAN TATABAHASA


KERTAS JAWAPAN(OMR) LATIHAN 60 SOALAN TATABAHASA SECARA DALAM TALIAN

LATIHAN OBJEKTIF 60 SOALAN TATABAHASA

Khamis, 27 Mei 2021

SKEMA JAWAPAN 52 SOALAN PERIBAHASA DALAM BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA JILID 1

 Untuk pelajar-pelajar cikgu,,,ni cikgu sertakan skema jawapan untuk pelajar cikgu semak latihan yang telah dibuat...buat latihan dulu ye..kemudian baharu boleh tengok jawapan..cikgu izinkan untuk pelajar muat turun supaya senang untuk buat bacaan kemudian hari.



 

    KLIK GAMBAR  UNTUK MUAT TURUN SKEMA

BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA BERGAMBAR JILID 1 & DILENGKAPI 52 SOALAN PERIBAHASA BERGAMBAR

Selasa, 18 Mei 2021

NOTA NILAI & PENGAJARAN DALAM BENTUK PETA PEMIKIRAN UNTUK NOVEL JEJAK MONPUS TING.2

 MOGA  BERMANFAAT BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA.



NOTA TEKNIK MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN BERSERTA LATIHAN ARAS RENDAH UNTUK TING.1

 

KLIK GAMBAR



Karangan keperihalan akan dipelajari oleh pelajar tingkatan 1 dalam buku teks halaman 52 iaitu berkaitan tajuk Kem Waja Diri (tema 5-SP:3.6.1).Kali ini cikgu mengemukakan contoh karangan lengkap dan latihan yang bersesuaian dengan tema 5.Harap bermanfaat buat pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran menulis karangan keperihalan. Untuk aktiviti menulis karangan aras tinggi sila lihat buku teks. Bagi mana-mana pelajar sekolah lain yang ingin buat latihan tersebut bolehlah hantar latihan kepada guru kesayangan anda masing-masing di sekolah sendiri.😅😅😅😊

AKTIVITI LATIHAN DALAM BUKU TEKS HALAMAN 52.





SKEMA LATIHAN

SOALAN UJIAN/PENILAIAN KETIKA PDPR SIRI 2 UNTUK MENENGAH RENDAH(TG.1,2&3) 2021



 SEBELUM CUTI SEKOLAH BULAN JUN NI..CIKGU NAK UJI MINDA DAN PEMAHAMAN PARA PELAJAR TENTANG APA-APA YANG DIPELAJARI UNTUK PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN ...SILA JAWAB DEH..WALAUPUN BULAN SYAWAL BELUM BERAKHIR DAN CUTI PERSEKOLAHAN KIAN MENJELMA TETAPI CIKGU HARAP ANAK-ANAK DIDIK TETAP TEKUN MENUNTUT ILMU.APATAH LAGI DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SECARA MAYA YANG MENCABAR DAN BANYAK KEKANGAN INI..

SILA KLIK UNTUK MUAT TURUN SOALAN BERSERTA SKEMA








soalan ujian/penilaian ketika pdpr untuk tingkatan 3 siri 1(disertakan skema secara berasingan)

 Memandangkan pelajar suka tengok jawapan dahulu,maka  cikgu bagi soalan dulu ye...nak skema juga ye..ok lah cikgu sertakan kat bawah selepas soalan ini..kena muat turun secara berasingan ye..


KLIK PADA GAMBAR NANTI BARU NAMPAK SOALAN😂😂😂



















so ujian penilaian pdpr siri 1 2021 Mei/Jun Tg.1

 Soalan ini disertakan bersama skema..harap pelajar jawab secara jujur..jangan tengok skema dulu deh..mohon selesai jawab baharu boleh tengok skema😃

 

soalan&skema siri 1 tg.1


Isnin, 17 Mei 2021

NOTA DRAMA MAHKAMAH TING.2

Drama Mahkamah

(Awang Abdullah)

 

Sinopsis

Di mahkamah kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia dituduh menyebabkan kematian seorang nenek berusia 99 tahun di taman Gajah Putih. Di mahkamah, Bulat tidak mengaku bersalah. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Bulat dibebaskan daripada dakwaan kerana pihak pendakwa gagal meyakinkan mahkamah bahawa Bulat bersalah.

            Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Ajinomoto mengaku bersalah. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir  itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan  dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak.

            Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.

 Pemikiran:

Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.

Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang  yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.

 Persoalan:

1.    1) Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.

Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

 

2.  2 )   Keberanian mengakui kesalahan sendiri

Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi.

 

3.  3)   Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.

Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami.

 

4.   4)  Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.

Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

LATIHAN AYAT INTI/AYAT DASAR TINGKATAN 1

 

AYAT DASAR/AYAT INTI (ms 47 buku teks Ting.1)

 

CONTOH LATIHAN  SERTA JAWAPAN MENGENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT INTI.

 

1. Ayah saya guru

2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang

3. Bangunan itu sangat tinggi

4. Murid itu sedang menulis karangan.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

Ayah saya  

guru

FN + FN

2.

Kampung halaman saya

di Kuantan, Pahang

FN + FS

3.

Bangunan itu

sangat tinggi

FN + FA

4.

Murid itu

sedang menulis karangan

FN + FK

 

·         FN  ialah Frasa Nama

·         FS ialah Frasa Sendi

·         FA ialah Frasa Adjektif

·         FK ialah Frasa Kerja

 

LATIHAN 1 

1. Abangku peragawan.

2. Pelajar itu amat tangkas.

3. Adikku sedang menonton televisyen.

4. Dia ke sekolah pagi tadi.

5. Perempuan itu cantik sekali.

6. Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap.

7. Kakak mahasiswi di Universiti Malaya.

8. Cikgu Mohd Hazli mengajar di sekolah ini hampir 4 tahun.

9. Rumah itu sangat besar.

10.Budak yang berambut panjang itu sangat degil.

 

BIL

SUBJEK

PREDIKAT

POLA AYAT

1.

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

4.

 

 

 

 

5.

 

 

 

 

6.

 

 

 

 

7.

 

 

 

 

8.

 

 

 

 

9.

 

 

 

10.

 

 

 

 

LATIHAN 2 

Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang berhuruf tebal sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN + FS di ruang yang disediakan

 

1.    Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’

 ___________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________

2.    Anak-anak kucing itu comel belaka. _______________________________________________________________

3.    Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi. ____________________________________________________________

4.    Kakak Atika pengarang novel ‘Sepi’. ___________________________________________________________

5.    Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan. __________________________________________________________


 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"