Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 Jun 2021

BICARA HATI

 



TANPA SEDAR SUDAH MASUK BULAN JUN 2021 DENGAN PKP 3.0 SERTA COVID-19 TERUS MENERKAM SESIAPA SAHAJA INSAN YANG BERADA DI MUKA BUMI INI.YA ALLAH ANGKATLAH PENYAKIT DAN BALA BENCANA INI SECEPAT MUNGKIN DARIPADA DUNIA YANG KAMU PINJAMKAN UNTUK  MANUSIA YANG KERDIL DISISIMU.


Tinggalkan sejenak soal covid-19...Jun yang menjengah tiba ini merupakan detik-detik aku akan meninggalkan dunia pendidikan aliran perdana.Bahan-bahan untuk kegunaan menengah rendah yang aku kongsi dalam blog ini harap berfaedah untuk kalian yang bernama pelajar sama ada anak didiku yang aku ajar di sekolahku atau sesiapa sahaja pelajar yang mengunjungi blog laman rencah didik ini.Namun,sekiranya tiada kekangan atau halangan,jua diberi kudrat,keizinan,ruang kesempatan masa dan idea menulis bahan-bahan menengah rendah akan ku curahkan serta sumbangkan selagi termampu.Hampir 21 tahun mencurah keringat,idea,pdpc,pdpr dan seumpamanya  memberikan ku rasa seronok mengenali serta mendidik anak-anak awal remaja yang pelbagai kerenah.Jua pelbagai pengalaman yang ku timba sepanjang mengajar aliran perdana menengah rendah sebagai bermulanya guru biasa hinggalah sebagai fasilitator,pemeriksa kertas SRP,PMR,Pkw PT3,guru AKRAM Terengganu,mantan guru cemerlang dan lain-lain yang tidak dapat kunyatakan akan menjadi lipatan kenangan dalam atmaku.

Setelah ku renung dan imbas kembali masa-masa terkebelakang tanpa ku sedar bahawa hampir 12 tahun blog ini telah ku tinta dan wujud ... menjadi tempat atau laman ku menyumbang segala rencah ilham dan perkongsian ilmu buat pengunjung blog...terima kasih kepada semua sama ada yang menyokongku baik secara eksplisit dan implisit.

Masih ku ingat jua bulan Mei 2021 aku mula menulis,mengumpul bahan dan sebagainya untuk persediaan mengajar pelajar-pelajar baharu buat diriku iaitu pelajar pra universiti(STPM).Justeru amat sesuai suatu ketika aku namakan blog ini sebagai laman rencah didik yang memuatkan pelbagai bahan untuk aliran perdana kini laman ini juga akan ku tinta dengan bahan-bahan baharu yang aku nukilkan akan berkaitan pula dengan subjek KMK STPM.Malah telah kukongsi beberapa bahan KMK seperti daripada novel SBDKL .Penulisan-penulisan lain juga akan menyusul dengan izin-MU.Insya Allah.

                    Ya Allah...berikan kekuatan buat diri ini untuk menukar 360 darjah bagi aku mengajar pelajar-pelajar yang boleh dianggap matang atau yang telah menuju pengakhiran remaja.Berikan ku jua semangat dan keberdayaan untuk diriku mempelajari  secara total subjek ini serta menguasai disiplin ilmu baharu berkaitan subjek ini.Akan ku cabar diriku untuk buat juga yang terbaik  untuk 'pelajar dunia baharu buatku' Moga diriku diberi kesihatan dan minda yang baik untuk meneruskan perjuangan dan gelaran CIKGU yang ku pegang sebagai status kerjaya dalam kamus kehidupanku.



                              SEKIAN AKHIR KALAM BICARA DARIPADA HATIKU.


""

"MOGA SENTIASA  CERIA DALAM MENGHADAPI LIKU-LIKU HIDUP INI"




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"