Salam.Buat para pelajar PMR dan SPM masa begitu pantas berlalu.PMR telah pun berlangsung,kini tunggu saja keputusannya bulan Disember nanti.Calon-calon SPM pula bakal menduduki peperiksaan yang sangat menguja diri.SPM penentuan arah ke mana anda selepas ini.Anda telah pun bertungkus lumus dan siap siaga dari bulan Januari hingga saat ini.Justeru,mengapa masih gundah gulana? Tika ini anda perlu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa...mohonlah ketenangan diri untuk anda hadapi cabaran peperiksaan.Sucikan minda anda daripada berfikir yang bukan-bukan atau jauhkan minda anda daripada terjerumus dengan perkara-perkara negatif yang akhirnya menumpulkan daya fikir.Bersihkan juga hati...sentiasa berdoa,minta direstui ilmu yang anda pelajari dan peroleh daripada guru-guru anda.Jangan gelapkan hati dengan perkara yang menyebabkan anda tidak terbuka hijab apabila berada di dalam dewan peperiksaan nanti.
Akhir kalam...akanku doakan kalian yang pernah menimba ilmu dengan ku satu kemanisan kata-kata MOGA KALIAN BERJAYA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan