Ahad, 5 Februari 2023
Rabu, 11 Januari 2023
AMALAN PENULISAN TERBAIK TS25-KARANGAN PENDEK MENENGAH RENDAH(TEKNIK IMFoTo)
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT PAYONG
TAJUK
PROGRAM: Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Pendek Pelajar Tingkatan 1UM Melalui
Kaedah IMFoTo.
TEMA:
Kemenjadian Murid
TAHUN: 2021
Pengenalan
i )
Latar Belakang
Pembelajaran
dan Pengajaran di rumah (PdPr) ketika PKP pada awal tahun 2021 amat mencabar
guru untuk mengajar kemahiran menulis karangan pendek kepada pelajar tingkatan
satu yang memulakan sesi pembelajaran tanpa bersemuka. Justeru,guru telah
memperkenalkan kaedah IMFoTo untuk mengajar karangan pendek.Deskripsi makna
kaedah IMFoto ialah seperti berikut:
I =
Isi yang diberi harus difahami dan digunakan
M=Menghurai
isi dengan ayat yang gramatis, padat, bernas dan bahasa yang menarik
Fo=Fokuskan
penghuraian isi dengan bantuan foto/gambar/bahan rangsangan
To= Total / keseluruhan jumlah perkataan
MESTI antara 50-80 patah perkataan dan satu perenggan sahaja.(*Pelajar
diingatkan mesti ikut arahan soalan)
ii )
Murid yang terlibat ialah murid tingkatan 1 UM
iii)
Objektif Pelaksanaan Program/Aktiviti adalah seperti berikut:
a) Pelajar
dapat menguasai kemahiran menulis karangan pendek berdasarkan format yang betul
b)Pelajar
dapat menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dengan menggunakan ejaan
yang betul dan bahasa yang tepat,indah serta menarik.(Dskp Kemahiran Menulis-sk:3.4,sp:3.4.4)
Kaedah
Penulisan: Penyelesaian Masalah
Pelaksanaan
Program/Aktiviti
i)
Proses pelaksanaan
Guru
telah merancang terlebih dahulu objektif PdPc dan menyediakan ABM seperti bahan
PdPc untuk digunakan dalam google Meet, google forms, dan bahan bergambar dalam
buku teks yang telah disunting. Kemudian guru membimbing pelajar dengan
menerangkan cara penulisan karangan pendek dengan kaedah IMFoTo,memberi panduan
untuk pelajar menguasai kemahiran penulisan,memandu pelajar untuk membuat
karangan dan membina karangan dengan ayat gramatis sehingga pelajar boleh
membina karangan pendek yang lengkap dalam satu perenggan. Di samping itu,
pelajar dikehendaki menyiapkan latihan melalui borang google forms untuk
dihantar/diserahkan kepada guru secara dalam talian.Proses pelaksanaan
seterusnya guru menyemak dan menilai latihan karangan pendek pelajar.Proses
terakhir guru menghantar atau memberi maklum balas kepada pelajar kembali
tentang karangan yang dihasilkan mereka dan berbincang jawapan pelajar semasa
PdPc mengikut jadual waktu pada hari yang lain.(Proses pelaksanaan ini juga
dihubungkaitkan dengan peranan guru sebagai perancang,pembimbing,pendorong dan
penilai berdasarkan standard 4)
ii)
Impak
Hasil
daripada penggunaan kaedah IMFoTo dalam pembelajaran menulis karangan pendek
maka para pelajar lebih mudah untuk menulis dan mengolah atau menghurai
karangan dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang menarik. Kaedah IMFoto
yang digunakan telah membantu dan
menunjukkan perkembangan pelajar boleh menguasai kemahiran karangan pendek ini.Antara
impak yang jelas pelajar dapat mengawal jumlah perkataan(jika sebelum ini
pelajar menulis antara 100-120pp) serta dapat menggunakan penanda wacana yang
betul dan menghurai isi dengan betul berdasarkan bahan rangsangan.
iii)
Kekuatan dan Kekurangan
-Kekuatan
kaedah IMFoto dapat membantu pelajar menggunakan isi yang diberi dan
menghuraikannya dengan bantuan foto/bahan rangsangan dengan membina perenggan
lengkap karangan penulisan pendek(respons terhad).Kaedah IMFoto ini telah
membantu pelajar untuk menjana idea atau mengembangkan pemikiran untuk pelajar
mengolah atau menghurai isi sesebuah karangan pendek berdasarkan tugasan soalan
yang diberikan sama ada untuk menjawab soalan latihan atau soalan peperiksaan.
-Kekurangannya
pula ialah kaedah ini hanya sesuai digunakan oleh pelajar jika kehendak soalan itu
diberi bahan rangsangan seperti foto tetapi tidak sesuai digunakan jika soalan
peperiksaan/soalan tugasan yang diberi dalam bentuk jadual,carta,rajah atau
teks.Kekurangan yang lain ialah kesukaran guru semasa menerangkan kaedah IMFoTo
semasa pembelajaran secara PdPr.
GAMBAR
AKTIVITI BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM
![]() |
ii )Contoh Semakan Karangan Pelajar Menggunakan Perisian Adobe Acorbat Reader
| *mungkin gambar aktiviti diatas tidak dapat dilihat dengan jelas 😊 |
![]() |
| CONTOH SEMAKAN DIPERBESARKAN(MARKAH SEBELUM TEKNIK IMFoTo |
Sebelum Kaedah (latihan pada 18/2/2021) Selepas Kaedah (latihan pada 25/2/2021)
Penutup
Konklusinya,pengajaran
karangan respons terhad agak menyukarkan guru sewaktu pengajaran dibuat secara
PdPr yakni ada kalangan pelajar tingkatan 1UM masih terikat dengan corak
penulisan di peringkat sekolah rendah dan struktur ayatnya masih kurang
matang.Justeru, guru memperkenalkan kaedah IMFoTo untuk memberi kefahaman yang
jelas kepada pelajar berkaitan teknik menulis karangan pendek berdasarkan
format yang betul.Pada mula guru mengajar kemahiran ini hanya 4 orang sahaja
pelajar yang menghantar latihan namun terdapat penggunaan bahasa yang kurang
menarik,ejaan yang salah dan isi tidak dapat dihuraikan secara bernas dan
padat. Dapatan secara lisan semasa Video/Voice
Telegram group di dapati pelajar-pelajar lain yang tidak menghantarnya pula
memberi alasan kurang faham untuk menulis karangan pendek.Daripada 4 orang
pelajar hantar hanya seorang sahaja yang memperoleh markah 6/10 atau 11%.
Justeru,selepas guru membimbing dan menunjuk cara serta memandu penulisan para
pelajar 1UM tentang cara menulis
karangan pendek yang betul dengan menggunakan kaedah IMFoto,maka didapati
penguasaan kemahiran pelajar menunjukkan peningkatan iaitu seramai 8 orang
pelajar daripada 9 pelajar yang menghantarnya telah memperoleh markah 6 hingga
9 markah atau sebanyak 88.88%.
Nama Penulis: Mohd Hazli Bin Che Seman @ Che Othman
Jawatan:
Guru Akademik Biasa/Guru subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1UM
Nama
Sekolah: SMK Bukit Payong, Jerteh, Terengganu.
Ahad, 21 Ogos 2022
Cadangan panduan menjawab Syair Ikan TerubukSTPM KMK Sem.1 (panduan ini berdasarkan pandangan penulis sahaja)
CONTOH PANDUAN MENJAWAB DALAM BENTUK ESEI
SYAIR IKAN TERUBUK
A) Huraikan kepentingan syair dalam konteks masyarakat
Melayu tradisional. [9]
KATA TUGAS-HURAIKAN (Fakta,Huraian,Contoh &
Kesimpulan Kecil)
KEHENDAK SOALAN- KEPENTINGAN SYAIR
CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham
teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan
|
FAKTA |
Alat untuk menyampaikan pengajaran |
|
|
HURAIAN |
APA? |
Syair
boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak (apa huraian kpd fakta yg diberi-konsep
fakta) |
|
BAGAIMANA? |
Melalui
syair pengajaran disampaikan secara
berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun. |
|
|
MENGAPA? (kesan) |
Syair
boleh memberi pengajaran kepada
kita agar perlu bijak dalam
membuat sebarang keputusan. |
|
|
CONTOH |
Pulainya rendang dengan rampaknya Ditengah kolah terdiri dianya Sampailah waktu dengan janjinya Puteri
melompat ke atas pucuknya |
|
|
KK |
Jelaslah
kepentingan syair adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya
bijak membuat keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari. |
|
*kemudian pindahkan maklumat dlm petak diatas dalam
bentuk esei spt dibawah
Antara
kepentingan syair dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ialah alat untuk menyampaikan pengajaran. ( fakta) Syair
boleh dijadikan media untuk menyampaikan pengajaran kepada khalayak. Melalui
syair pengajaran disampaikan secara
berkias kerana sifat semula jadi orang Melayu yang sopan-santun.Oleh
yang demikian, Syair boleh memberi
pengajaran kepada kita agar perlu bijak
dalam membuat sebarang keputusan. (huraian)
Contohnya:
Pulainya
rendang dengan rampaknya
Ditengah
kolah terdiri dianya
Sampailah
waktu dengan janjinya
Puteri
melompat ke atas pucuknya
Jelaslah, kepentingan syair
adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pembaca supaya bijak membuat
keputusan dalam kehidupan agar tidak menyesal dikemudian hari.
CONTOH FAKTA 2
|
FAKTA |
Menggambarkan
daya kreativiti masyarakat Melayu |
|
|
HURAIAN |
APA? |
Masyarakat Melayu tradisional terkenal
dengan sifat lemah-lembut dan banyak berkias apabila mendidik atau
mengkritik.(apa huraian kpd fakta yg
diberi-konsep fakta) |
|
BAGAIMANA? |
Sehubungan
dengan itu,syair dicipta agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan. |
|
|
MENGAPA? (kesan) |
Lagipun
syair menunjukkan daya kreativiti
masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu |
|
|
CONTOH |
Berlida menyahut sambil bercura Lemah
lembut bunyi suara Puteri
nin sudah naik udara Dengan
bala segala tentera |
|
|
KK |
Jelaslah
bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang
tinggi dalam mendidik atau mengkritik masyarakat. |
|
Kepentingannya yang
seterusnya/ kedua adalah untuk Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan sifat lemah-lembut dan banyak
berkias apabila mendidik atau mengkritik. Sehubungan dengan itu,syair dicipta
agar menjadi lebih menarik apabila diperdengarkan. Lagipun syair menunjukkan daya kreativiti masyarakat
Melayu tradisional pada zaman dahulu.
Contohnya
Berlida
menyahut sambil bercura
Lemah
lembut bunyi suara
Puteri
nin sudah naik udara
Dengan bala segala tentera
Jelaslah bahawa masyarakat
pada zaman dahulu mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam
mendidik atau mengkritik masyarakat.
*Catatan: Segala
cadangan/panduan jawapan yang diberikan di sini adalah merupakan pandangan
penulis sahaja.
b) Bincangkan nilai kemanusiaan
berdasarkan petikan syair ikan terubuk di atas[16]
KATA TUGAS-BINCANGKAN(Fakta,Huraian Pro dan Huraian
Kontra,Contoh & Kesimpulan Kecil)
KEHENDAK SOALAN- NILAI KEMANUSIAAN
CONTOH FAKTA 1: Cikgu buat macam ini supaya pelajar faham
teknik menulis jawapan berdasarkan kata tugas dan kehendak soalan
|
FAKTA |
Nilai
Insaf/Keinsafan |
|
|
HURAIAN PRO |
APA? |
Masyarakat/seseorang
individu yang insaf dan menerima takdir.(apa
huraian kpd fakta yg diberi-konsep fakta) |
|
BAGAIMANA? |
Ikan
Terubuk menerima hakikat kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu.
|
|
|
MENGAPA? (kesan) |
Dia
akhirnya insaf dan berserah untung
nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan. |
|
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya
tidak timbul keinsafan maka dia tidak akan menerima takdir yang ditetapkan
dan akan menyebabkan kesan buruk kepada diri. |
|
|
CONTOH |
Terubuk berenang lalu ke laut Sekalian
ikan ramai yang mengikut Hati
di dalam terlalu kusut Bagaikan
datang rasanya takut |
|
|
KK |
Jelaslah
nilai insaf merupakan nilai
kemanusiaan yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir
dalam kehidupan dengan akal yang waras dan hati yang lapang. |
|
Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan tersebut ialah nilai
Insaf/Keinsafan. (Fakta ) Masyarakat/seseorang
individu yang insaf dan menerima takdir.Justeru,Ikan Terubuk menerima hakikat
kerana kegagalannya untuk memiliki puteri Puyu-puyu. Dia akhirnya insaf dan berserah untung nasibnya kepada Tuhan meskipun
terpaksa menelan kedukaan. (huraian
pro ) Sekiranya
tidak timbul keinsafan maka dia tidak
akan menerima takdir yang ditetapkan dan akan menyebabkan kesan buruk kepada
diri. (huraian kontra)
Contoh
Terubuk
berenang lalu ke laut
Sekalian
ikan ramai yang mengikut
Hati
di dalam terlalu kusut
Bagaikan
datang rasanya takut
Jelaslah
nilai insaf merupakan nilai kemanusiaan
yang tinggi dalam diri seseorang kerana dapat menerima takdir dalam kehidupan
dengan akal yang waras dan hati yang lapang.
CONTOH FAKTA 2
|
FAKTA |
Nilai
setia |
|
|
HURAIAN PRO |
APA? |
.Kesetiaan
perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat memerintah dengan
aman(apa huraian kpd fakta yg
diberi-konsep fakta) |
|
BAGAIMANA? |
Hal
ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah satu rakyat yang setia
terhadap rajanya. |
|
|
MENGAPA? (kesan) |
sanggup
menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun
ketika raja mengalami kedukaan. |
|
|
HURAIAN
KONTRA |
Sekiranya
tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan tidak akur kepada perintah
raja. |
|
|
CONTOH |
Terubuk berenang lalu ke laut Sekalian
ikan ramai yang mengikut Hati
di dalam terlalu kusut Bagaikan
datang rasanya takut |
|
|
KK |
Jelaslah
nilai setia begitu penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan
terutama antara rakyat dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni. |
|
Seterusnya,nilai
setia. Kesetiaan perlu disemai dalam diri rakyat agar seseorang raja dapat
memerintah dengan aman. Hal ini dapat dilihat melalui Belida merupakan salah
satu rakyat yang setia terhadap rajanya.Rakyat yang setia sanggup menerima apa
jua arahan raja dan seringkali berada di sisi raja walaupun ketika raja
mengalami kedukaan. Sekiranya tiada nilai setia maka rakyat akan menderhaka dan
tidak akur kepada perintah raja.
Contoh
Terubuk
berenang lalu ke laut
Sekalian
ikan ramai yang mengikut
Hati
di dalam terlalu kusut
Bagaikan
datang rasanya takut
Jelaslah nilai setia begitu
penting diamalkan dan diterapkan dalam perhubungan terutama antara rakyat
dengan raja agar lehidupan menjadi lebih harmoni.
Untuk kemahiran menjawab adalah penting untuk para pelajar berbincang dengan guru anda.Diingatkan sekali lagi disini penulis hanya memberi panduan/cadangan cara menjawab berdasarkan pandangan penulis .
Isnin, 15 Ogos 2022
PERKONGSIAN ILMU BAGAIMANA CARA BINA PAPAN CERITA UNTUK ASPEK SENI BAHASA DALAM BAHASA MELAYU TING.2 (MS 19)
Tajuk
PLC: KOLABORASI AMALAN PDPC SUBJEK KMK& BAHASA MELAYU BAGI TAJUK MEMBINA
PAPAN CERITA
ASPEK
SENI BAHASA
4.3.1 :
Menghasilkan papan cerita berdasarkan idea dan tema mudah menggunakan bahasa
yang betul
PAPAN
CERITA
KONSEP
-Skrip
yang memberi panduan input dan maklumat dalam proses pemindahan karya sastera
ke bentuk multimedia
-Perincian
kandungan dan keperluan dalam proses
pemindahan/persembahan
- Ada
dua jenis bahan yang boleh dimultimediakan , iaitu bahan grafik dan bahan
teks.Pada peingkat menengah rendah biasanya menggunakan bahan grafik untu
dimultimediakan manakala pada peringkat STPM menggunakan bahan teks untuk
dimultimediakan.
FUNGSI
PAPAN CERITA
1.
Mengenal pasti bahan yang hendak dimultimediakan (prosa/puisi)
2.Panduan
menyediakan instrument(teks,audio,grafik,animasi/TAGA)
3. Kenal
pasti keperluan bahan & kepakaran khalayak
4. kenal
pasti masalah memindahkan teks ke bentuk multimedia
5.
Dokumentasi rujukan daripada teks kepada multimedia
FORMAT
(harus ada 6 unsur)
|
|
Teks: (Apa elemen yg
digunakan?/Bagaimana elemen yg itu gunakan /Mengapa elemen itu digunakan) |
|||
|
Audio: (Apa/Bagaimana/Mengapa) |
||||
|
Deskripsi(huraian): i-apakah grafik
yg digunakan? ii-apakah elemen2
multimedia yg digunakan untuk mempersembahkan grafik? |
Grafik: (Apa/Bagaimana/Mengapa) |
|||
|
Animasi: (Apa/Bagaimana/Mengapa) |
CIRI-CIRI
1.
Aliran/flow yang jelas
-Tidak
kelirukan khalayak
- Cth:
Bingkai 1 dimulai dengan Peristiwa 1
2. Logik
dan wajar diguna sebagai panduan
-peristiwa
disusun ikut urutan
-Cth: Peristiwa/aktiviti
bekerjasama/bantu membantu menceriakan kelas disusun secara kronologi( rujuk
buku teks ting.2 ms 19,bingkai 1 warna merah)-bingkai akhir dapat
penghargaan-sijil.
3.
Arahan yang jelas & maklumat terperinci
-Setiap
bingkai ada elemen multimedia
-Cth:
Teks: Kelas Kami Ceria
Audio: irama yang bersesuaian dengan
aktiviti/ irama lagu rancak
Grafik : Gambar wanita cantik
Animasi: Fly in (teks)
4.
Mempunyai format untuk mudahkan penyelarasan
-standard
& konsisten
-setiap bingkai
perlu ada ruang untuk lakaran/deskripsi/teks/audio/grafik/animasi
5.
Mengandungi maklumat sastera
-watak,persoalan/latar/gaya
bahasa dll dlm bahasa sbg asas bahan
-Cth:
Gaya bahasa asonansi dlm tajuk kelas kami ceria (pengulangan vokal a)
PANDUAN
MEMBINA PAPAN CERITA
1.
Tentukan prinsip asas multimedia
-TAGA
-Cth - teks-kelas kami ceria
- audio -bunyi dialog antara pelajar
sesama pelajar
-Grafik- gambar tiga pelajar
perempuan mengemas kelas
-Animasi-pada teks
2.
Pastikan kemudahan multimedia
-mesra
pengguna & mudah diperoleh
-Cth:
guna software filmora,inshoot,canva,power point
3. kenal
pasti audiens
-kanak-kanak/dewasa
Cth:
jika kanak-kanak gunakan melodi lagu rakyat ikan kekek mak iloi-iloi.Jika
pelajar guna melodi/irama yang bersesuaian dengan tajuk
4.
Tentukan teknik persembahan
-agar
persembahan lebih menarik
-Cth:
Guna muzik instrumental/bersyair
5.
Laksanakan pembinaan papan cerita
-pelengkap
kepada semua proses di atas
^
Peringatan sebelum membuat papan cerita pelajar dikehendaki membuat sinopsis
cerita/intipati cerita terlebih dahulu.
Contoh
intipati dalam 1
Intipati
ini menggambarkan peristiwa suasana pelajar-pelajar memain peranan untuk
menceriakan kelas.
*
Kemungkinan bagi pelajar menengah rendah boleh sebut sebagai kerangka isi
penting..ada 5 isi penting berdasarkan bahan grafik di ms 19 buku teks tg.2
CONTOH
BINGKAI CERITA YANG DIHASILKAN BERDASARKAN BAHAN GRAFIK.
*
Apabila siap semua bingkai cerita(papan cerita) sekurang-kurangnya 5,maka
daripada papan cerita itu tadi pelajar boleh menghasilkan multimedia dengan
menggunakan mana-mana software yg dipilih.(Sebagai aktiviti pilihan)
Video Syair Ikan Terubuk (disampaikan Oleh CheKu)
Sila perdengarkan suara anda.hihihi...sama-sama hayati dendangan syair oleh pelajar saya.
Ahad, 14 Ogos 2022
video syair Ikan Terubuk (disampaikan oleh Mimi)
Video ini dihasilkan oleh pelajar saya yang membiasakan dirinya dengan nama Mimi.Pelajar ini merupakan pelajar semester 1 2022. Hayatilah dendangan syair daripada pelajar saya ini
Rabu, 10 Ogos 2022
Jumaat, 5 Ogos 2022
TEKNIK MENUKAR AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH
Dalam tema 14: Ekonomi Mapan, Negara Makmur para pelajar akan mempelajari tatabahasa berkaitan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah tajuk Lindungi Diri Anda .
Namun kemungkinan pelajar cikgu akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan aktiviti latihan dalam buku teks kerana tidak ada nota lengkap atau cara atau teknik untuk menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Dalam blog cikgu kali ini saya sertakan teknik menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah yang bahan ini boleh dimuat turun dan bolehlah dicetak untuk bacaan dan rujukan para pelajar.
![]() |
| Selamat membaca dan memahami teknik menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.Moga bermanfaat untuk para pelajar cikgu dan pelajar -pelajar lain di luar sana. KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN MODUL PEMBELAJARAN |




