Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 13 Februari 2011

Nota dan contoh penulisan ceramah- tajuk teknologi maklumat.

NOTA: DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media ialah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.


Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?


Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.


Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.




Khamis, 20 Januari 2011

Renungan Kata-kata buat anak didikku

Renungan 1
Hanya yang bersifat ingin tahu akan belajar...dan hanya yang cekal sahaja mampu menghadapi rintangan untuk belajar...dan pengembaraan pencarian ini sentiasa mengujakan lebih dari pencarian kepada kebijaksanaan (Eugene S. Wilson)**********************************************************************
Renungan 2

Adalah tidak cukup jika hanya berimpian kecuali jika kita berusaha untuk menggapainya.Jika hanya memendamnya di dalam hati,Kita mungkin akan kehilangan segala-galanya;peluang,masa,tenaga termasuklah akal fikiran kita.
Tetapi,jika kita berusaha untuk menggapainya,nescaya kita pasti akan memperoleh hasilnya.
Hasilnya boleh jadi kejayaan atau kegagalan
dan masa mendapat hasil itulah masa yang terbaik untuk bermulanya
sebuah harapan.
Dan bukannya masa untuk berhenti ataupun 'mati'
***********************************************************

Renungan 3

Yang kita sia-siakan

Pengetahuan yang kita miliki
sia-sia kerana tidak diamalkan

Perbuatan yang kita lakukan
sia-sia kerana tidak disertai rasa ikhlas

Perjuangan yang kita lakukan
sia-sia kerana tiada tujuan yang jelas

Cinta yang kita taburkan
sia-sia kerana dilandasi nafsu syahwat semata

Kejayaan yang diraih
sia-sia kerana menjadikan kita semakin sombong

Dan anugerah yang kita peroleh
sia-sia kerana tidak disyukuri
***************************************************************

Renungan 4

Apa jenis harikah yang akan kutempuhi?

Kerjaku adalah untuk memilih jenis hari yang akan ku tempuhi
Hari ini aku boleh sahaja berceloteh tentang kesihatanku
Atau aku boleh sahaja bergembira bahawasanya aku masih lagi
bernyawa

Hari ini aku boleh merungut kerana perlu ke sekolah
Atau pun membuka minda
Dan mengisinya dengan ilmu pengetahuan

Hari ini aku boleh berasa sedih kerana tidak punya wang
Atau aku boleh bersyukur bahawa keadaan itu
Telah membantu aku merancang dengan bijaksana
Dan sebagai panduan agar tidak membazir

Hari ini aku boleh merungut kerana perlu kerja
Atau aku boleh sahaja menjerit kegembiraan kerana aku
mempunyai sesuatu
Untuk dilakukan

Kerjaku adalah untuk memilih apakah jenis hari
Yang akan kutempuhi
*********************************************************

Renungan 5
Seseorang yang tewas tidak tahu apa yang akan dilakukannya apabila kalah,
tetapi suka bermegah-megah dengan apa yang akan dilakukannya apabila menang, sedangkan seseorang pemenang tidak akan berbicara tentang apa yang akan dilakukannya apabila ia menang,tetapi tahu apa yang akan dilakukannya apabila kalah. (Eric Berne)
****************************************************************


RENUNGAN 6
****************************************************************************** 
RENUNGAN 7
 ***************************************************************************
RENUNGAN 8
 *******************************************************************************
RENUNGAN 9

**************************************************************************
RENUNGAN 10


Selamat menduduki TOV Buat Para Pelajar PMR 2011


anak-anak didikku belajarlah rajin-rajin
moga kelak kalian menjadi orang yang berguna utk diri,keluarga,nusa dan bangsa.

Isnin, 10 Januari 2011

selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah

2011 sudah muncul.Beberpa hari yang lepas kita telah selesai menyambut tahun baru.Kini telah masuk minggu kedua alam persekolahan.Justeru,diharap sesi persekolahan pada tahun ini penuh dengan impian dan cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran.

Jumaat, 31 Disember 2010

hayati dan selamilah secara mendalam bait-bait kata sajak ini

RINTIH HATI...PUISI SANG MANUSIA

Manusia!
Mungkin
Kau kuntum-kuntum terlara
Mungkin kau kuntum-kuntum mekar
Usah yang satu
Membelenggu membaluti
Nyahkan saja

Biar ia
Terlempar jauh di penghujung langit
Terbenam kukuh di bawah tanah
Tenggelam sepi di dasar laut

Sesekali
Manusia
Beruzlah dan bermeditasi...
Selak weltanschauung mu itu...
Kerna kau belum lagi
Musafir Gurun Sahara yang terhina

Kembalilah kamu
Mentafsir darul fana
Menunggu darul baqa
Jadikan hati insanmu itu
Hamba harapan musliman
Yang Ar-Rajak kepada Yang Esa
Sesungguhnya A'aim alam sementara
Bagaikan Widuri silih berganti
Renungilah manusia
Selagi yang satu tetap yang satu

( Penulis tamu: M.Hazli)

* Puisi ini merupakan puisi yang telah diterbitkan dalam majalah Dayasari (Kolej Dayasari Universiti Malaya) melalui ruangan Cetusan Kreatif pada tahun 1997/1998.

Selasa, 26 Oktober 2010

Seni Animasi-Subjek PSV

Sumbangan karya animasi/kartun oleh DIN 4SC1

Animasi tanpa suara boleh difahami apabila kita mentafisr pergerakan yang ditunjukkan oleh watak-watak berkenaan.
Huraikan cerita anda berdasarkan gambar animasi di bawah?

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tragedi dan Kenangan


22 Okt-Kemasek, jika dikira perhitungannya maka sabtu minggu ini genaplah pemergian arwah selama seminggu.Begitu terasa kehilangan seorang jaguh sukan sekolah.Namun,dalam kesedihan ahli keluarganya kini...terselit kisah arwah denganku.Di masa tingkatan 4sc2 akulah guru kelasnya dan guru mengajar subjek BM.Tiap kali dan ketika arwah tiada dalam kelas aku akan bertanya kepada rakan-rakannya yang lain...ke mana Amalina pergi...kejar bola baling ke? Begitulah ketika arwah ada dalam kelas,aku akan memberitahu sukan perlu seimbang dengan pelajaran,terutama subjek aku.Bukan apa bimbang jika dia tak dapat menjawab BM dalam peperiksaan nanti...seringkali aku luahkan kata-kata jangan sampai makan bola baling ye..sijil pula tah ke mana nanti...Namun kini  kata-kata itu hanya tinggal kenangan atau memori dalam kotak mindaku.Tragedi yang sedih dan menyayat hati ini telah menjadi sedu-sedan kawan-kawannya yang lain.Pemergianmu tidak akan kembali lagi.Hanya kenangan itu tersimpan indah dalam album perjalananku sebagai pendidik di SMKBAS.Al-Fatihah buat arwah Amalina dan rakannya Nor Ain,moga roh kalian berdua dicucuri rahmat dan dijauhkan azab kubur.

Anugerah Inovasi

Satu kenangan abadi buat diriku apabila  tahun ini dianugerah sijil inovatif peringkat daerah.

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"