Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 15 Mac 2025

KMK STPM BAHAGIAN B: PEMBANGUNAN MASYARAKAT-CINTA AKAN ALAM SEKITAR

 


2.3 CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Hasil Pembelajaran

Calon seharusnya dapat: A) menyatakan rasa cinta akan alam sekitar

A.KONSEP ALAM SEKITAR

- Cinta akan alam sekitar bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cinta akan kepada segala yang ada di langit dan di bumi ( bumi,binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan, sungai,hutan rimba dan sebagainya) yang berada di sekeliling kita. (kamus Dewan Edisi Keempat:2007)

- Perasaan atau cinta akan alam sekitar ini dapat diperlihatkan melalui perbualan atau tindakan anggota masyarakat.

B.RUMUSAN  CINTA AKAN ALAM SEKITAR

-Cinta akan alam sekitar beraksud perasaan atau sayang kepada segala yang ada di langit mahupun di bumi yang merangkumi tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,sungai-sungai dan sebagainya. Perasaan cinta alam sekitar seperti menghargai,menjaga,memulihara,memelihara,mengekalkan dan sebagainya.

C.CADANGAN KESAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

* Pilihlah kesan yang menunjukkan pembangunan masyarakat yang sesuai dengan    kehendak soalan

 

D.  PERASAAN CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Dapat digambarkan dengan perbuatan seperti berikut (7M 1 T)

1. Menghargai

2. Memelihara

3. Memulihara

4. Menjaga

5. Mengekallkan

6. Melindungi

7. Memanfaatkan

8. Takjub/kagum

 

E. SOALAN PERBINCANGAN(LATIHAN& CADANGAN JAWAPAN)

“Perasaan sayang akan alam sekitar faktor penting kepada pembangunan masyarakat”. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas. Jelaskan pernyataan tersebut. [25]

Cadangan Pengenalan

Ayat 1 (konsep perasaan cinta akan alam sekitar)

Cinta akan alam sekitar bermaksud perasaan atau sayang kepada segala yang ada di langit mahupun di bumi yang merangkumi tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang,sungai-sungai dan sebagainya. Perasaan cinta alam sekitar seperti menghargai,menjaga,memulihara,memelihara,mengekalkan dan sebagainya.

 

Ayat 2 (konsep pembangunan masyarakat)

Pembangunan masyarakat merupakan perubahan secara berencana dan dilakukan secara berencana supaya keadaan yang kurang baik dalam masyarakat menuju pada keadaan yang lebih baik.

Ayat 3 (menyenaraikan isi)

Antara gambaran cinta akan alam sekitar dalam novel SBDKL ialah menghargai,  memelihara, memulihara, mengekalkan,takjub dan sebagainya.

 

CADANGAN PERENGGAN ISI

FAKTA 1

Menghargai alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- sesuatu perbuatan atau sikap yang digambarkan oleh anggota masyarakat.

Bagaimana/T(teks)- yang menunjukkan penghormatan dengan menikmati keindahan alam sekitar di samping menjaga alam sekitar

Pm(Pembangunan msykt)- agar dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik dan kesihatan masyarakat terjamin.

Contohnya, sewaktu Encik Muhammad menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif rendah di sebuah Syarikat Dagang Inggeris, beliau bersama keluarga sering ke Port Dickson,Morib dan juga ke Bukit Fraser setiap hujung minggu untuk menikmati dan menghargai keindahan alam di kawasan tersebut

* KK

Jelaslah, bahawa perasaan cinta akan alam sekitar dapat digambarkan melalui penghargaan kepada alam sekitar dengan cara menikmati dan menjaga keindahan alam agar kualiti alam kekal baik dan kesihatan masyarakat terjamin sekaligus membawa kepada pembangunan masyarakat.

 

FAKTA 2

Memelihara alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- Perbuatan atau sikap masyarakat yang membela,menjaga,merawat dan sebagainya

Bagaimana/T(teks)- Alam sekitar dipelihara dengan baik dengan menghalang penerokaan yang boleh menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar. Dengan memelihara alam sekitar ini, keindahan alam sekitar kekal terpelihara

P(pembangunan)- dan sumber alam/keindahan alam dapat dinikmati oleh anggota masyarakat.

Contohnya, Sudin merasa kagum akan kawasan Jeram Medang yang masih terpelihara keindahannya.Beliau mengarahkan Sarip memandu kereta ke tepi sungai untuk melihat keindahan Jeram Medang yang masih kekal keindahan(ms 46) malah Sudin menyatakan beliau ingin melihat Jeram Medang yang telah lama ditinggalkan terlebih dahulu sambil menikmati bekal yang dibawanya bersama.

* KK

Jelaslah, bahawa perasaan cinta akan alam sekitar dapat membangunkan masyarakat dengan memelihara alam sekitar agar keindahan alam akan tetap dinikmati oleh masyarakat pada masa hadapan..


 

FAKTA 3

Memulihara alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- Memulih/membaiki serta memelihara alam sekitar seperti hutan,air,bentuk muka bumi dan sebagainya.

Bagaimana/T(teks)- Perbuatan memulihara sebagai terjemahan perasaan sayang terhadap alam sekitar dengan melindungi dan memulihkan alam sekitar supaya berada dalam keadaan yang baik

P(pembangunan)- agar generasi baru dapat menikmatinya pada masa akan datang serta membawa kemajuan  ekonomi masyarakat.

Contohnya, sifat Encik Muhammad yang cinta akan keindahan alam sekitar ini dapat dilihat apabila En. Muhammad memberi cadangan kepada abangnya Penghulu Mahmud agar kawasan tersebut dijadikan tempat pelancongan agar masyarakat dapat menikmati bersama keindahan yang terdapat di kawasan tersebut termasuk masyarakat kota. Ini secara tidak langsung dapat memulihara dan mengekalkan keindahan kawasan tersebut (ms.39)

* KK

Jelaslah, pemuliharaan dan menjaga kawasan keindahan alam sekitar wajar dibuat secara berterusan agar generasi baru dapat menikmatinya pada masa akan datang membawa kemajuan dalam masyarakat.


 

FAKTA 4

Mengekalkan alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- Perihal perbuatan/tindakan yang menjurus kepada menjadikan alam sekitar kekal seperti asal,menjaga ( memelihara/membiarkan/tidak mengubah)

Bagaimana/T(teks)- alam sekitar seperti bentuk muka bumi dibiarkan dalam bentuk asal tanpa mengubahnya

P(pembangunan)- agar keindahannya terjaga dan dapat memberi ketenangan dan kesedaran kepada masyarakat

Contohnya, Sudin merasa kagum melihat keindahan Jeram Medang yang masih dikekalkan dengan susunan batu-batan yang bertingkat-tingkat di celah-celah aliran sungai,juga terdapat lubuk yang mengandungi air yang jernih terbentuk seolah-olah sebuah kolam.Sudin dan Sarip berehat seketika sambil membuka bekal yang dibawa bersama.(ms 48)

* KK

Jelaslah, tindakan mengekalkan alam sekitar wajar dilakukan agar keindahan alam sekitar terjaga dan dapat dinikmati oleh anggota masyarakat pada masa hadapan.

  

FAKTA 5

Takjub atau kagum kepada alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- reaksi anggota masyarakat yang menunjukkan kekaguman,kehairanan,terpesona dsb

Bagaimana/T(teks)terhadap keindahan alam sekitar  seperti hutan,apresiasi alam sekitar ini akan membawa kepada anggota masyarakat bertindak untuk menikmati keindahan alam semula jadi

P(pembangunan)- dapat memberi ketenangan,kesedaran dan keinsafan kepada anggota masyarakat

Contohnya, Encik Muhammad kagum akan keindahan alam ini terbukti apabila beliau mengarahkan Kasim drebarnya memperlahankan kereta yang dinaiki oleh beliau semata-mata ingin menikmati keindahan sepanjang lebuh raya yang dilalui oleh beliau. En.Muhammad dapat melihat hutan dara di kiri dan di kanan lebuhraya pada waktu petang.ms 179)

* KK

Tuntasnya kekaguman kepada alam sekitar membangunkan masyarakat dengan menterjemahkan apresiasinya dengan menjaga,mengekalkan dan menikmati alam sekitar.

  

FAKTA 6

Melindungi alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- merujuk kepada tindakan anggota masyarakat membela dan memberi naungan kepada alam sekitar

Bagaimana/T(teks)- perasaan cinta akan alam sekitar mewujudkan rasa tanggunjawab melindungi atau membela alam sekitar seperti bentuk muka bumi,hutan,air dll.

P(pembangunan)- agar keindahan alam sekitar terjaga dan sumber alam terus dapat dinikmati oleh masyarakat pada masa hadapan

Contohnya, Lebai Maarup cuba melindungi Jeram Medang yang memiliki keindahan semula jadi daripada dicemari dengan menegur En.Muhammad yang hendak membuka hotel peranginan di kawasan Jeram Medang. Namun rancangan tersebut telah dibatalkan. (ms 312)Selain itu,dengan mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan keperluan agama telah menyebabkan Lebai Maarup dapat melindungi tanah tersebut daripada dimusnahkan akibat aktiviti perlombongan

* KK

Jelaslah, bahawa

  

FAKTA 7

Menjaga alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- Merujuk kepada tindakan anggota masyarakat memelihara atau membela alam sekitar

Bagaimana/T(teks)Perasaan cinta akan alam sekitar menimbulkan idea dan melahirkan anggota masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar daripada diteroka sewenang-wenangnya.

P(pembangunan)- agar menjamin bekalan sumber alam secara berterusan dan membawa kemajuan

Contohnya, Encik Muhammad berikhtiar atau berusaha supaya keindahan alam dapat dikekalkan.Beliau mencadangkan kepada abangnya apabila Wilayah Tualang dimaujukan nanti Jeram Medang yang terletak dalam tanah keluarga mereka akan dijadikan sebagai tempat bercuti. Beliau juga menncadangkan agar hutan di seberang dipagar dan dijadikan tempat buruan kecil.Mms.39)

* KK

Jelaslah, bahawa

 

FAKTA 8

Memanfaatkan alam sekitar

Huraian + contoh

A(apa)/K(konsep)- menggunakan alam sekitar sebaik-baiknya/memperoleh faedah daripada alam sekitar tanpa merosakkan alam sekitar

Bagaimana/T(teks)- alam sekitar menawarkan sumber yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seperti sumber hutan,sumber makanan dan sebagainya. Oleh itu sewajarnya tindakan penerokaan secara berhemah/lestari perlu dilakukan oleh masyarakat

P(pembangunan)- agar menjamin bekalan sumber alam secara berterusan demi kelangsungan hidup masyarakat

Contohnya, Orang kampung memanfaatkan sumber alam seperti mencari buluh,rotan,atap bertam,menangkap ikan,menjala di Sungai Tualang yang kemudiannya dijual untuk mendapatkan sumber pendapatan dan menjamin kelangsungan hidup (ms 41)

* KK

Jelaslah, bahawa

 

PENUTUP

AYAT 1 (RUMUSAN/KESIMPULAN ISI)

Kesimpulannya, rasa sayang atau cinta akan alam sekitar dapat diterjemahkan melalui sikap,reaksi dan tindakan oleh masyarakat seperti memelihara,memulihara,menghargai,kagum,melindungi dan sebagainya

Ayat 2 Harapan/cadangan/saranan + pembangunan masyarakat

Sikap atau tindakan yang menunjukkan kecintaan akan alam sekitar sewajarnya disemai dan diamalkan dalam semua anggota masyarakat pada masa kini agar alam sekitar tetap dijaga dan dimanfaatkan sebaik-baiknya walaupun pembangunan perlu dilakukan.Justeru,sikap anggota masyarakat ini membawa kepada pembangunan masyarakat.

 







KMK STPM BAHAGIAN A:PEMBANGUNAN INSAN-ILMU

 

Hasil Pembelajaran

Calon seharusnya dapat:

 (a) menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan.

KONSEP:

Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan Masyarakat

RUMUSAN HENDAK TULIS KONSEP & CARA INGAT/HAFAL/PERKATAAN MESTI ADA UNTUK PEMBANGUNAN INSAN

BIL

KONSEP ILMU

1

Pengetahuan tentang sesuatu bidang

2

Disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu

3

Menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu


TAHUKAH ANDA TERDAPAT FAKTA PERSAMAAN ILMU DLM TEKS SS& SBDKL?

PERSAMAAN ILMU

SS

SBDKL

1. ILMU AGAMA/TASAWUF

ILMU AGAMA

2. ILMU SIASAH

ILMU POLITIK

3. ILMU PENTADBIRAN

ILMU PENGURUSAN

4. ILMU PERTANIAN

ILMU PERTANIAN

5. ILMU PERDAGANGAN

ILMU PERDAGANGAN

6. ILMU KEPAHLAWANAN

ILMU KEPAHLAWANAN

 





CONTOH PENGGUNAAN

SS

WATAK&PERISTIWA

KEPENTINGAN ILMU

Ilmu agama/tasawuf

S.Mansur Syah menguasai ilmu agama khususnya ilmu tasawuf. Mengaji Kitab Duri’ Mazlum dgn Maulana Abu Bakar

melahirkan insan yg bertaqwa iaitu insan yang sentiasa patuh dan taat kpd Allah-laksana apa yg disuruh,tinggal apa yg dilrg

Ilmu Perkapalan/

pelayaran

Hang Isap menguasai ilmu perkapalan-memiliki kapal yang ditumpangi H.Nadim utk keBenua keeling bg mdptkan kain serasah

- meningkatkan kemahiran seseorang individu/insan dlm sesuatu bdg

- menyedia peluang pekerjaan

Ilmu perdagangan

Tun Tahir & Tun Mutahir-guna emas dipinjamkan olh B.Paduka Raja sbnyk 10 tahil utk berniaga.Akhirnya dpt untung yg bnyk

- Menyediakan peluang pekerjaan

-dikagumi dan disanjungi

Ilmu gajah

S.mansur Syah menyuruh ank tuan-tuan berguru dgn Maharaja Dewa Sura

-Mengangkat martabat /status sosial

-berlaku mobiliti sosial

Ilmu Firasat

BPR  memerintah hulubalang mengejar Maharaja Dewa Sura yg melarikan diri. Seri Bija Diraja tdk tergesa-gesa kerana tahu musuhnya tdk akn trlps dr tgnnya

-dikagumi dan disanjung tinggi

 

SBDKL

WATAK&PERISTIWA

KEPENTINGAN ILMU

Ilmu agama

Lebai Maarup memperoleh ilmu agama sewaktu tinggal di Tanjung Karang.

melahirkan insan yg bertaqwa iaitu insan yang sentiasa patuh dan taat kpd Allah-laksana apa yg disuruh,tinggal apa yg dilrg

Ilmu Perniagaan

Encik Muhammad, Datuk Tan, Tan Sri Syed Aris dll mampu bersaing di peringkat antarabangsa kerana memiliki ilmu perniagaan

-Ilmu perniagaan yg dimiliki oleh seseorang mampu memajukan diri dan bersaing di peringkat antarabangsa

- melahirkan ahli perniagaan yg berwawasan.

Ilmu Pertanian

Cik Puan Tipah mengusahakan kebun dgn berbekalkan ilmu pertanian yg dimiliki

- mjdikn usahawan brjaya dlm bidg pertanian

-mampu menjana pdptn lumayan kpd seseorg

Ilmu Politik

YB M.Yusoff mampu mpgrhi pddk Kg.Pulai,akhirnya dilantik mjd wkl rkyt

- melahirkan  ahli politik yg bijak meyusun strategi

Ilmu Kepahlawanan

Hang Tuah -ss

Pendekar Omar-sbdkl

menjadikan insan yg berkeyakinan tinggi

 

* INGAT JIKA SOALAN BERKAITAN DENGAN KEPENTINGAN ILMU,NYATAKAN JENIS ILMU DAN DIIKUTI DENGAN KEPENTINGAN ILMU DALAM AYAT FAKTA YANG DIKEMUKAKAN.

 

 CONTOH CARA JAWAB-KATA TUGAS …BINCANGKAN..KEPENTINGAN ILMU YG DIKAITKAN DGN WTK EN.MUHAMMAD.

FAKTA 1

Ilmu perdagangan penting untuk melahirkan insan yg berkeyakinan/berjaya

H.PRO

Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu perdagangan akan melahirkan ahli perniagaan yg dinamik dan berjaya dlm dunia perdagangan dan perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang yang faham dan arif tentang selok belok dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan akan melahirkan seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat temptan atau antarabangsa yang akhirnya membawa kpd pembangunan insan.

H.KTRA

Tanpa ilmu perdagangan akan meletakkn seseorg ahli perniagaan itu dlm kerugian atau ketinggalan berbanding dengan orang yg mempunyai ilmu perdagangan

CTH

En.Muhd. mpnyi ilmu prdag yg ckp mantap & luas. Hal ini diakui olh Datuk Tan,iaitu rkn kongsi En.Muhd.Keyakinan Datuk Tan terhdp En.Muhd mybkn Datuk Tan menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan En.Muhd memenuhi kontrak lada hitam ke Jerman.

KK

Oleh itu,jelaslah bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan insan itu peluang untuk berjaya dan membangun.

 

CADANGAN CARA MENJAWAB/MENGHURAI/MENULIS

KATA TUGAS-JELASKAN

FAKTA

Ilmu agama membolehkan seseorang itu dihormati dan disanjungi.

HURAIAN

Individu yang menguasai/berpengetahuan agama akan mendapat sanjungan dan kemuliaan dengan upacara perarakan bagi memuliakan mereka. Penguasaan terhadap ilmu agama mampu mengangkat martabat/status seseorang individu/insan.

CONTOH

Sultan Mansur Syah menerima kedatangan Maulana Abu Bakar ke Melaka. Kitab Duri’Mazlum diarak ke balairung.Sultan telah berguru dengan Maulana Abu Bakar dan diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata. Baginda sering memuji dan menghormati Maulana Abu Bakar.


CONTOH JAWAPAN  LENGKAP PENULISAN ESEI BAGI KATA TUGAS JELASKAN




CARA MENULIS PERENGGAN PENUTUP YANG MANTAP

A1/K1(Kesimpulan)

Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam merealisasikan kejayaan dalam kehidupan seseorang insan seperti ilmu…

A2/K2 (Harapan)

Adalah diharapkan agar generasi muda khasnya melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu agar menjadi modal insan yang akan beroleh kejayaan pada masa hadapan.

 Catatan: untuk teknik menjawab sila tanya dan berbincang dengan guru anda.Teknik menjawab di atas hanya pandangan penulis sahaja.


Ahad, 25 Ogos 2024

AMALI MUTIMEDIA : CERPEN DI SEBALIK SIRAT MAKNA OLEH PELAJAR-PELAJAR SEMESTER 3 2023/2024

 

Saksikan persembahan video yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar saya kohort 2023 bagi membantu kefahaman tentang pengaplikasian ilmu multimedia.








DENDANGAN 5:SYAIR IKAN TERUBUK OLEH AYUNI SOFIA ( 6B KMK SESI 2024)

 

VIDEO INI DIHASILKAN BAGI MEMENUHI AKTIVITI PDPC  SEM.1 STPM (BAHAGIAN A : PENGHAYATAN SASTERA)



DENDANGAN 4: SYAIR IKAN TERUBUK OLEH SYAFIQ (6BKMK SESI 2024)

 Pelajar ini telah menggunakan muzik gitar yang dimainkan sendiri. 



VIDEO INI DIHASILKAN BAGI MEMENUHI AKTIVITI PDPC  SEM.1 STPM (BAHAGIAN A : PENGHAYATAN SASTERA)

DENDANGAN 3:SYAIR IKAN TERUBUK OLEH ALYA NATASYA (6B KMK SESI 2024)

 VIDEO INI DIHASILKAN BAGI MEMENUHI AKTIVITI PDPC  SEM.1 STPM (BAHAGIAN A : PENGHAYATAN SASTERA)



DENDANGAN 2 :SYAIR IKAN TERUBUK OLEH ADLIN LINA (6 B KMK SESI 2024)

 


VIDEO INI DIHASILKAN BAGI MEMENUHI AKTIVITI PDPC  SEM.1 STPM (BAHAGIAN A : PENGHAYATAN SASTERA)

DENDANGAN 1: SYAIR IKAN TERUBUK OLEH FARHAN SHAMSUDIN (6B KMK SESI 2024)

 


VIDEO INI DIHASILKAN BAGI MEMENUHI AKTIVITI PDPC  SEM.1 STPM (BAHAGIAN A : PENGHAYATAN SASTERA)

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"