Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 11 April 2020

Selasa, 7 April 2020

NOTA SIRI PROGRAM PENDIDIKAN BAHASA KESALAHAN EJAAN



 NOTA INI BOLEH  DICETAK.
 Soalan ejaan akan dikemukakan sebanyak tiga soalan dalam PT3,namun ada juga pelajar yang salah menjawab soalan ini.Justeru, cikgu telah bagi nota ini untuk memudahkan pelajar membuat rujukan perkataan yang biasa dieja salah dan ejaan yang betul.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMUAT TURUN NOTA .DIIZINKAN CETAK.KEMUDIAN BAHAN ITU HENDAKLAH DIFAILKAN SUPAYA SENANG UNTUK RUJUKAN DAN BACAAN.







NOTA PADAT ASPEK SENI BAHASA/ KOMSAS UNTUK NOVEL TING.2& 3



MAKLUMAN: Nota ini disediakan dalam bentuk jadual.Tujuannya untuk memudahkan bacaan dan rujukan pelajar.Cikgu juga telah memberi panduan atau cara untuk menjawab soalan novel.

SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMUAT TURUN NOTA .DIIZINKAN CETAK.KEMUDIAN BAHAN ITU HENDAKLAH DIFAILKAN SUPAYA SENANG UNTUK RUJUKAN DAN BACAAN.













NOTA LENGKAP NOVEL CHOT


SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMUAT TURUN NOTA .DIIZINKAN CETAK.KEMUDIAN BAHAN ITU HENDAKLAH DIFAILKAN  SUPAYA SENANG UNTUK RUJUKAN DAN BACAAN.








https://drive.google.com/file/d/1LcWPCMPKsPMXNZOaZpVBMhD-yaHtFQKu/view?usp=sharing


Ahad, 5 April 2020

MARI BELAJAR TEKNIK MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA


Pada tahun 2019 terdapat perubahan format subjek Bahasa Melayu PT3,yakni kertas soalannya di bahagikan kepada dua kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2.Bicara saya kali ini ialah kertas 2 bahagian B,iaitu karangan yang panjangnya 180 ke atas. Di sini ingin saya kemukakan contoh penulisan perenggan  isi dengan menggunakan teknik IMPAK.

I= isi
M=Mengapa
P=Penegasan/perkembangan
A=Alibi/contoh/bukti
K=kesimpulan kecil berkaitan isi yang dikemukakan/Pengukuhan/rumusan

Untuk pelajar-pelajar lebih memahaminya marilah lihat contoh penggunaannya dalam karangan yang cikgu berikan di bawah.Ingat pelajar-pelajar cikgu sebelum buat perenggan isi itu mesti tulis dahulu perenggan pendahuluan.Tentukan perenggan pendahuluan jenis apa yang kamu mahu gunakan berdasarkan kehendak soalan.Jadi di sini cikgu sertakan juga contoh penulisan perenggan pendahuluan jenis pertanyaan atau persoalan.(sila rujuk jenis-jenis contoh perenggan pendahuluan yang terdapat dalam buku teks BM KSSM tingkatan 2 halaman 44 dskp 3.4.3 dan  buku teks tingkatan 3 halaman 73 dskp 3.4.2 )



KERTAS 2-BAHAGIAN B:CONTOH PENULISAN PERENGGAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK IMPAK.

Kepentingan Menyambut Hari Merdeka

Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi.Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut Hari Kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita? (Pendahuluan Jenis Pertanyaan)

Salah satu kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita ialah  kita dapat mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air.(ISI) Tokoh-tokoh yang telah tiada itu rela berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun.(MENGAPA) Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan.(PENEGASAN /PERKEMBANGAN)  Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya.(ALIBI/CONTOH/BUKTI) Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan di negara kita adalah untuk mengenang jasa tokoh.(PENGUKUHAN/RUMUSAN)

            Seterusnya melalui sambutan Hari Kemerdekaan, pihak kerajaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita.( ISI     ) Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti.(ALIBI) Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.(MENGAPA)Melalui sambutan Hari Kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan Hari Kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara. (PENEGASAN)Jelaslah di sini bahawa sambutan Hari Kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.(PENGUKUHAN/RUMUSAN)



                   (Mohon pelajar cuba tulis isi ketiga dengan menggunakan teknik IMPAK )





            Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, maka rakyat perlulah bersungguh-sungguh meraikan Hari Kemerdekaan negara.(HARAPAN) Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.(SARANAN)







" SELAMAT MEMBACA ,MENGULANG KAJI DAN MEMBUAT LATIHAN"

Sabtu, 5 Mei 2018

Latihan Ringkasan

 klik di sini

MARI BELAJAR RINGKASAN (KSSM)


Ringkasan
Teknik untuk meringkaskan karangan
-       *Baca petikan dengan teliti
-       *Garisi fakta yang difikirkan isinya
-       *Kenal pasti isi,salin, dan senaraikannya mengikut urutan
-       *Semak kesilapan tatabahasa dan ejaan
-       Tulis dalam satu perenggan sahaja.Tiada pengenalan dan kesimpulan.
-       Cadangan jumlah isi : 5 isi sahaja
-       Mesti ada penanda wacana
-       Ayat yang ditulis mesti ada subjek dan predikat


Contoh Ringkasan
                    

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha menangani wabak denggi di negara kita. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.  Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

            Mutakhir ini, negara tidak putus-putus didedahkan dengan berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk Aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dikurangkan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi kemaslahatan bersama.

            Setiap pihak seharusnya merancang strategi yang mantap dalam usaha menangani masalah yang semakin menular ini. Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membersihkan kawasan yang bersemak samun tetapi secara tidak langsung  dapat mengeratkan perpaduan. Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat. Pada masa yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan. Sebagai contohnya, pintu dan tingkap hendaklah ditutup bagi mengelakkan asap semburan itu masuk ke dalam rumah.

            Berdasarkan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, kompaun maksimum RM500 boleh dikenakan kepada pemilik premis yang membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kadar ini dilihat masih rendah dan belum menggerunkan pemilik premis. Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada satu nilai yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk memberikan pengajaran kepada mereka yang terbabit. Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus digiatkan untuk menyedarkan masyarakat.

            Peranan ibu bapa juga amat penting dalam usaha menangani wabak ini. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berpakaian lengkap semasa melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu petang. Hal ini penting untuk melindungi kulit. Anak-anak juga perlu dinasihati agar membersihkan diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Pendidikan awal amat perlu bagi anak-anak selaras dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom denggi. Mereka yang dijangkiti virus ini biasanya akan diserang demam panas yang mengejut. Selain itu, terdapat juga bintik-bintik merah dan sakit sendi di seluruh badan pesakit. Jika keadaan ini dibiarkan tidak mustahil boleh membawa maut.

            Tuntasnya, pembanterasan nyamuk Aedes memerlukan perubahan sikap yang menyeluruh dalam kalangan masyarakat. Setiap individu perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan yang aktif demi menyelamat nyawa sendiri, keluarga dan masyarakat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana  “Denggi: Musuh Yang Dipandang Ringan” Oleh Naim Yaakob.

  Kata kunci  isi


Soalan
Kata Kunci


Usaha / cara / langkah
harus
perlu
mesti
patut
penting
wajar
dituntut
boleh



Penanda wacana

Di samping itu,
Selain itu,
Seterusnya,
Lantaran itu,



Contoh isi yang telah di kenal pasti
1.         Salah satu usaha yang boleh dijayakan oleh penduduk adalah dengan mengadakan        aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.
2.         Pihak-pihak berwajib juga boleh menyumbang jasa dengan melakukan penyemburan secara percuma di kawasan yang terlibat.
3.         Pada masa yang sama kita juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak yang           
datang menyembur racun atau “fogging” di kawasan perumahan.
4.         Lantaran itu, kerajaan disyorkan agar nilai kompaun ini patut dinaikkan kepada
            Satu nilai yang lebih tinggi.
5.         Serentak dengan itu, Kempen Pencegahan Denggi harus digiatkan untuk           menyedarkan masyarakat.


 

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"