Nota siri 3 Pendidikan Bahasa ini sudah lama saya tulis dan hasilkan tetapi masih lagi boleh dijadikan panduan untuk rakan-rakan guru dan para pelajar saya.Modul siri 3 ini merupakan kesalahan ejaan.
Isnin, 8 Mei 2017
12 Contoh Isi-isi penting karangan Bahagian B KERTAS 2 BM PT3
Begitu cepatnya tahun 2017.Sekarang sudah masuk bulan Mei.Bulan Ogos nanti pula ujian mendengar bagi calon-calon PT3.Kemudian bulan Oktober nanti pelajar-pelajar PT3 akan menduduki ujian bertulis.Tapi bulan Mei ini juga bulan peperiksaan pertengahan tahun.Oleh itu,cikgu ingin memberi 12 contoh isi-isi penting berdasarkan pelbagai tajuk .Oleh yang demikian,cikgu berharap bahan atau nota yang cikgu bagi dalam blog cikgu ini dapat membantu pelajar menulis karangan dengan baik.Sila Klik ikon yang diberi untuk membaca nota yang cikgu tulis.Selamat membaca dan berjaya dalam PT3.Pada tahun 2019 format soalan peperiksaan bagi kertas ini telah mengalami perubahan.Kertas peperiksaan BM PT3 telah dibahagikan kepada 2 kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2.(edisi informasi dikemaskini)
Ahad, 7 Mei 2017
MODUL PERIBAHASA PT3
Latihan untuk meningkatkan kemahiran peribahasa ini mengandungi beberapa latihan yang telah disediakan oleh guru dalam pelbagai bentuk soalan.Para pelajar boleh cuba membuat latihan kemudian boleh menyemak sendiri kerana cikgu menyediakan skema jawapan...tapi biar jujur ye.Buat latihan dahulu kemudian baharu tengok jawapan.
MUAT TURUN MODUL LATIHAN PERIBAHASA(DOWNLOAD)
👉 SILA KLIK SKEMA JAWAPAN MODUL LATIHAN PERIBAHASA DI SINI 😄
Isnin, 26 Disember 2016
JUBLI EMAS BUATMU SMKBAS
Tahun 2017 bulan Januari nanti merupakan sambutan jubli emas buat SMK Badrul Alam Shah.Tema sambutannya ialah "SMKBAS Dihatiku" Moga SMKBAS terus menggilap dan mencungkil permata yang tidak ternilai untuk bangsa dan negara.
BYE 2016...SELAMAT DATANG 2017
Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi dan tahun baharu 2017 akan menjengah tiba menandakan sesi persekolahan baru akan bermula pada 1 Januari 2017.Pada sesi persekolahan 2017 nanti melibatkan perubahan besar dalam sistem pendidikan bagi para pelajar tingkatan 1,iaitu perubahan daripada KBSM kepada KSMM.KSMM nanti akan mengguna pakai DSKP (dokumen standard kurikulum dan pentaksiran) bagi menggantikan huraian sukatan pelajaran.
Rabu, 24 Februari 2016
Latihan Kesalahan Tatabahasa
MODUL LATIHAN NEGERI KELANTAN PT3 2015
Pelajar-pelajar yang dikasihi.Sila buat latihan di bawah.
Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa.
Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis
jawapannya pada ruangan
yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.
Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau
ketika
berada di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
................................................
2.
Murid-murid sekolah itu
sangat menghormati akan
guru-guru
mereka yang baik hati,
penyayang dan bertanggungjawab.
................................................
3.
Sungguh amat terindah
pemandangan di sekitar
pulau
peranginan di negeri Sabah
itu.
................................................
4.
Kata-kata aluan dalam
buku program Majlis
Anugerah
Cemerlang itu membawa
mesej yang amat berkesan.
................................................
5.
Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada
dalam buku panduan.
................................................
6.
Ibu pejabat persatuan itu terletak di antara perpustakaan dan
balai polis.
................................................
7.
Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah
ke sini dan belum ramai
kawan.
................................................
Langgan:
Catatan (Atom)






