selamat datang

PRAKTIS SPM

 PRAKTIS SPM  MENGANDUNGI SOALAN
                                      KERTAS 1 & KERTAS 2                                 

                                 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
              ( 30 markah )

            Jawab semua soalan

(a)    Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata dalam pasangan kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.

(i)                  kehujanan
(ii)                kecurian
(iii)               kehausan
(iv)              kepanasan
(v)                kepastian
(vi)              kemestian                                                                      ( 6 markah )

(b)   Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis petikan itu semula dalam bentuk perbualan dengan mengekalkan maksud asalnya.

            Azizan bertanya kepada Adlan tempoh dia berkhidmat di pejabat itu.  Adlan memberitahu Azizan bahawa dia sudah berkhidmat di situ selama lima tahun.  Azizan kemudian bertanya kepada Adlan tentang peraturan kerja di pejabat itu.  Adlan menjelaskan bahawa peraturan kerja di mana-mana pun sama saja, yakni pekerjanya mesti berdisiplin dan mematuhi etika kerja.  Azizan menjelaskan bahawa dia suka akan suasana kerja begitu .  Adlan menasihati Azizan supaya bekerja bersungguh-sungguh, bergaul mesra dengan pegawai-pegawai lain, dan bersabar melayan karenah pelanggan yang berurusan di pejabat mereka.
                                                                   ( 6 markah )

(c)    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)                  Meskipun pembakaran mercun diharamkan di negara ini sejak 90-an, namun masih ada gulongan degil yang membakar mercun sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu menyalahkan undang-undang.

(ii)                Setiap pengarang kretif mempunyai kesedaran untuk menyelitkan mesej dalam karya mereka supaya pembaca mendidik dan lahir sebagai insan yang mulia.

(iii)               Pengabaian terhadap kepentingan alam sekitar telah mengundang masalah lunjukan suhu dunia, kepupusan pelbagai spesies haiwan dan pemusnah hutan.
                                                                                                                              ( 6 markah )

(d)   Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)                  Pucuk pisang yang hendak dimasukkan ke dalam batang buluh lemang hendaklah direbus terlebih dahulu supaya lembut.
(ii)                Barang-barang di kedai itu bertempiaran di atas lantai selepas dibongkar oleh pencuri.
(iii)               Sesiapa sahaja yang bersikap bongkak dan besar hati, lazimnya  dia akan dibiarkan oleh teman-temannya.
                                                                                                ( 6 markah )

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa  yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Datuk Azhan mencuba mengambil kesempatan ke atas Pak Akob dengan menawarkan harga yang rendah untuk membeli tanah itu kerana beliau tahu bahawa Pak Akob amat memerlukan wang untuk membiayai rawatan isterinya.

(ii) Walaupun sudah berpindah ke Kuala Lumpur namun Farah sering mengutus surat untuk rakan-rakannya di kampung.

(iii) Salmah menolak tawaran bekerja di syarikat itu kerana dia berharap 
agar mendapat pekerjaan yang lebih baik di syarikat lain.
                                                                                                                       ( 6 markah )


        

Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Renyah karya Gunawan Mahmood
a)      Huraikan unsur konflik dalam novel yang telah anda kaji
                                                                       ( 7 markah )


b)      Cerita dalam sesebuah novel banyak mengutarakan nilai kemanusiaan.  Berdasarkan novel yang anda baca, nyatakan nilai kemanusiaan berserta contoh yang sesuai.
                                                                                      ( 8 markah )