selamat datang

PENULISAN

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )
1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu calon-calon dikehendaki menulis sebuah karangan, iaitu soalan satu (a/b/c/d/e)
2. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 180 patah perkataan
Jenis-Jenis Karangan :
A. Karangan Berformat
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
B. Karangan Tidak Berformat
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa
TUJUAN ANDA MENGARANG
1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup
A. Pengenalan
 Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi  Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Tip
Antara kaedah mencari isi
Kaedah I ( pertanyaan )   Kaedah II ( peta minda ) Kaedah III ( dikemasek)
Apa ?
Siapa ?
Bila ?
Mengapa ?
Di mana ?
Bagaimana ?  
C. Penutup  Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk
 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
 - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
 - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
 - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
 ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
              Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
 Contoh :
 Perhatikan soalan di bawah ini.
 Soalan 1
 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan  mengenainya.
 
 Soalan 2
 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya  untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Tip Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.  
b. Menyusun rangka karangan
 - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
 - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
 - susun isi mengikut urutan kepentingannya.
 - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
 - Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
i. 7 minit mencari isi
ii. 30 minit menulis karangan
iii. 3 minit menyemak semula karangan
Jumlah   = 40 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 40 minit beralih kepada soalan yang kedua pula.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.


MARI KITA MENULIS KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DIKEMASEK

MODUL LATIHAN PENULISAN
KAEDAH :*DI KEMASEK

DI  = DIRI
KE  = KELUARGA
MA = MASYARAKAT
SE  = SEKOLAH
K    = KERAJAAN/NEGARA

* PILIH 3 SAHAJA UNTUK MENENGAH RENDAH DAN KESEMUA UNTUK MENENGAH ATAS
LATIHAN 1
 Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu diperkukuh
 dan dipertahankan. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk
 meningkatkan perpaduan kaum di  negara ini.
Panduan Menjawab
  1. Kehendak soalan- calon dikehendaki mengemukakan cara-cara atau langkah-langkah untuk meningkatkan perpaduan kaum.
  2. Sekiranya soalan itu berkaitan sebab, kesan dan cara-cara, maka dalam perenggan isi jawapan pelajar seharusnya menyentuh tentang diri, keluarga, masyarakat dan negara atau kerajaan.
  3. Dalam setiap perenggan penulisan seharusnya mengandungi 4 unsur iaitu ayat fakta, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.
    A1 .............. ( ayat fakta)................
     A2 .............( ayat huraian)..............                   4 unsur yang harus ada dalam
     A3 ...........( ayat contoh )........                               setiap  perenggan karangan
     A4 ........( ayat penegas )........
4. Perenggan  pendahuluan dan perenggan isi yang pertama telah ditunjukkan cara menulis.Justeru, para pelajar hanya dikehendaki melengkapkan tempat kosong karangan perenggan isi yang seterusnya dan juga perenggan penutup  di bawah dengan jawapan yang difikirkan sesuai. Kemudian salin semula karangan yang telah anda siapkan itu dalam buku karangan.
Contoh  Jawapan
Perenggan Pendahuluan
Ayat 1  (fakta)              :     Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan konsep
                                             Satu Malaysia.
Ayat 2  (huraian)              Konsep ini adalah untuk mewujudkan rakyat  yang bersatu     
                                              padu  dan negara   yang maju mengikut  acuan sendiri.
Ayat 3 ( contoh )          :    Sebenarnya, konsep ini  telah lama dilaksanakan melalui
                                             Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
                                             Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, peranan
                                             Jabatan Perpaduan Negara dan ideologi Rukun Negara.
Ayat 4 ( penegas)         :   Oleh yang demikian, ternyatalah bahawa perpaduan
                                             merupakan asas kesejahteraan dan keamanan negara.
Perenggan Isi   ( Berkaitan Diri )
Ayat 1  (fakta)             :   Sehubungan itu, perpaduan yang hendak diwujudkan 
                                           hendaklah bermula dengan memiliki kesedaran dalam diri. 
Ayat 2  (huraian)           Individu yang tahu peranannya akan berusaha untuk
                                           merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain.
Ayat 3 ( contoh )         :  Umpamanya Ahmad yang mewakili kaum Melayu dan
                                        tinggal di sesebuah petempatan hendaklah bergaul dengan
                                         setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta agama.
Ayat 4 ( penegas)         :  Dengan cara ini akan  mengelak daripada prasangka buruk
                                           seseorang terhadap jirannya dan seterusnya perpaduan akan
                                          dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Perenggan Isi ( Berkaitan Keluarga )
    Pilihan jawapan untuk mengisi tempat kosong    
       #  menanamkan sikap ...   Satu Malaysia   #  anak-anak  ... masyarakat  berbilang
       #   Selain itu, ibu bapa hendaklah                      #  semasa hendaklah

Ayat 1  (fakta)              :           ........................................................mendidik anak-anak
                                                  tentang kepentingan  perpaduan antara kaum.
Ayat 2  (huraian)          :      Ibu  bapa  dari semasa ke ................................berusaha
                                              untuk  membentuk keluarga yang berfikiran sihat dan  rasional.
Ayat 3 ( contoh )                Caranya ibu bapa perlu memberikan galakan
                                             kepada...............................................  agar  bergaul
                                              dengan...........................................................bangsa.

Ayat 4 ( penegas)         :      Justeru, didikan dari awal yang disemai oleh ibu bapa
                                               kepada anak-anak akan..................................... saling
                                               menghormati adat resam dan kepercayaan kaum lain, yang
                                               akhirnya akan membentuk generasi.....................................     

Perenggan Isi ( Berkaitan Masyarakat )
Ayat 1  (fakta)             :            ........................................mengadakan kegiatan yang
                                                  dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Ayat 2  (huraian)                 Langkah sebegini akan melahirkan .....................bersikap
                                                toleransi dan saling memahami antara satu sama lain
Ayat 3 ( contoh )          :     Oleh sebab itu, aktiviti seperti............................ dan  hari 
                                             keluarga amat sesuai dilakukan dalam masyarakat majmuk
                                             di................................ 
Ayat 4 ( penegas)         :   Jelaslah melalui aktiviti sedemikian rupa akan melahirkan
                                            masyarakat yang tidak lagi bersikap prejudis terhadap
                                            kaum-kaum lain dan menghormati hak keperluan kaum-kaum lain
                                            seperti yang...................... dalam Perlembagaan dan kontrak sosial.
Perenggan Isi ( Berkaitan kerajaan atau negara )
Ayat 1  (fakta)  :           ......................................menganjurkan kempen.............................
                                    ........................................................................................................
                                    .......................................................................................................
Ayat 2  (huraian)           :  Kempen yang dijalankan itu dapat menyekat
                                       anasir-anasir dalaman dan luaran yang bertujuan 
                                       untuk.....................................   ..     masyarakat.

Ayat 3 ( contoh )            Contohnya kempen………………………………………….. .......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Ayat 4 ( penegas)         :...................................................................................................
                                    .......................................................................................................
                                    ..................................... semangat muhibah akan dapat  diperkukuh.

Perenggan Penutup atau Kesimpulan
            Kesimpulannya, perpaduan yang ada pada hari ini tidak menjamin kesejahteraan hari esok. Oleh itu, tingkatkanlah perpaduan demi kesejahteraan kita bersama

Contoh Karangan Lengkap  
          Perdana Menteri Malaysia telah mencadangkan konsep Satu Malaysia.
Konsep ini adalah untuk mewujudkan rakyat  yang bersatu padu 
dan negara yang maju mengikut  acuan sendiri. Sebenarnya, konsep ini 
telah lama dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara,Dasar Kebudayaan Kebangsaan,
Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, peranan Jabatan Perpaduan Negara
 dan ideologi Rukun Negara.Oleh yang demikian, ternyatalah bahawa perpaduan
 merupakan asas kesejahteraan dan keamanan negara.
        Sehubungan itu, perpaduan yang hendak diwujudkan  hendaklah
 bermula dengan memiliki kesedaran dalam diri.  Individu yang tahu peranannya
akan berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain.
Umpamanya Ahmad yang mewakili kaum Melayu dan tinggal di sesebuah petempatan
hendaklah bergaul dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta agama.
Dengan cara ini akan  mengelak daripada prasangka buruk seseorang terhadap jirannya
 dan seterusnya perpaduan akan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum.
                              Sila lengkapkan perenggan isi yang keseterusnya.
Kesimpulannya, perpaduan yang ada pada hari ini tidak menjamin kesejahteraan hari esok. Oleh itu, tingkatkanlah perpaduan demi kesejahteraan kita bersama.

LATIHAN 2
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kehidupan moden pada hari ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan.

Rangka Karangan
Pendahuluan
-          Semangat kejiranan mementingkan hubungan yang baik antara insan.
-          Semangat kejiranan semakin luntur – langkah-langkah untuk meningkatkannya.
Isi-isi
-          Menjalin hubungan baik dengan jiran – bertegur sapa tanpa mengira kaum dan kepercayaan  ( diri )
-          Menjalankan aktiviti kemasyarakatan – melibatkan semua penduduk setempat – merapatkan hubungan. ( masyarakat )
-          Kunjung-mengunjung semasa perayaan  – amalan rumah terbuka – mewujudkan sikap toleransi ( kerajaan )
Penutup
-          Semangat kejiranan mewujudkan masyarakat yang bersikap prihatin  dan mengambil berat.
-          Salah satu objektif  Wawasan 2020

CONTOH PENULISAN PERENGGAN PENDAHULUAN,ISI DAN PENUTUP.(DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK IMPAK ATAU AMB.COP)

Tajuk: Kesan gejala buli dalam kalangan pelajar.

(contoh perenggan pendahuluan) (Apa isunya?) Gejala buli dalam kalangan pelajar perlu ditangani dengan bijak supaya fenomena ini tidak merebak di sekolah. (Mengapa?) Sekiranya masalah ini tidak dapat dikawal, maka kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan akan merosot dan sekolah tidak dapat diangap sebagai institusi untuk mendidik generasi muda supaya menjadi warganegara yang seimbang dari segi jasmani,emosi,mental,dan sahsiah. (Bagaimana?) Pihak sekolah perlu mengambil berat tentang hal ini dan cuba menyelesaikannya sama ada secara bersendirian atau dengan mendapat bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis. (Contoh) Malah, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak tentang hal ini dan beliau ingin memastikan lima juta orang pelajar di 5000 buah sekolah di negara ini mendapat pendidikan dan perlindungan daripada sekolah. ( Penegasan ) Pada pandangan saya, gejala buli dan gangsterisme dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan buruk kelak.

(Contoh perenggan isi) (Isu )Salah satu kesan buruk gejala buli dalam kalangan pelajar ialah perbuatan membuli secara tidak langsung menerapkan sifat ganas dalam diri pelajar terbabit dan jika masalah itu tidak dibendung,lama-kelamaan gejala ini akan menjadi amalan hidup mereka. (Mengapa?)  Hal ini   dikatakan   demikian   kerana  hasil kajian sebelum ini menunjukkan bukan hanya pembuli, malah mangsa juga membesar menjadi orang dewasa yang bermasalah. (Perkembangan hujah) Malah, kajian mendapati seorang daripada empat orang pembuli lelaki yang berusia lapan tahun berkecenderungan menjadi penjenayah apabila mencapai umur 30 tahun. (Alibi/ contoh) Buktinya, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Profesor Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, berkata dapatan itu ialah hasil kajian membujur atau berterusan yang pernah dijalankan di luar negara termasuk Amerika Syarikat dan England. Bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu (kesimpulan / rumusan idea atau hujah)  mengatakan bahawa hal ini terjadi kerana perbuatan membuli secara tidak langsung menerapkan sifat ganas dalam diri pelajar terbabit.

(Contoh perenggan penutup)
(Isu) Konklusinya, gejala buli dalam kalangan pelajar wajar diatasi dengan segera supaya keadaannya tidak menjadi seperti duri di dalam daging. (Mengapa dan perkembangan hujah) Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak sahaja.(Alibi)  Apabila terdapat iltizam semua pihak, maka masalah ini dapat diatasi dengan segara. (kesimpulan / rumusan hujah)Akhirnya saya menegaskan bahawa gejala buli dalam kalangan pelajar mendatangkan impak buruk sekiranya tidak dibendung.

 






.











Tunggu penulisan cikgu berkaitan penggunaan kaedah  peta minda.