Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 24 Februari 2016

Latihan Kesalahan Tatabahasa

MODUL LATIHAN NEGERI KELANTAN  PT3 2015

Pelajar-pelajar yang dikasihi.Sila buat latihan di bawah.


Dalam  setiap  ayat  di  bawah,  terdapat satu kesalahan  tatabahasa.
Gariskan kesalahan  tersebut  dan tulis jawapannya  pada  ruangan
yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.            Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau
ketika berada di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
................................................
2.            Murid-murid  sekolah  itu  sangat  menghormati  akan  guru-guru
mereka yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab.
................................................
3.            Sungguh  amat  terindah  pemandangan  di  sekitar  pulau
peranginan di negeri Sabah itu.
................................................
4.            Kata-kata  aluan  dalam  buku  program  Majlis  Anugerah
Cemerlang itu membawa mesej yang amat berkesan.
................................................
5.            Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada
dalam buku panduan.
................................................
6.            Ibu pejabat persatuan itu terletak di antara perpustakaan dan
balai polis.
................................................
7.            Murid itu bukan sombong bahkan pemalu kerana baru berpindah
ke sini dan belum ramai kawan.
................................................


Selasa, 23 Februari 2016

TIPS UNTUK MENDUDUKI UJIAN LISAN KEMAHIRAN MENDENGAR

 KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR (30 Minit)
Pengenalan
-Ujian Mendengar mengandungi dua bahagian,iaitu bahagian A dan B.
-Kesemua soalan ujian ini ialah 15 soalan.
-Soalan pertama bahagian A merupakan soalan berbentuk objektif yang mengandungi  lima soalan manakala soalan kedua merupakan soalan struktur yang juga mengandungi lima soalan.Justeru,pelajar akan diperdengarkan dua petikan atau bahan yang berbeza.Audio pertama yang diperdengarkan kepada para pelajar adalah untuk menjawab soalan pertama yang mengandungi lima pecahan soalan.Begitu jugalah dengan audio yang kedua dimainkan adalah untuk menjawab soalan kedua yang mengandungi lima soalan struktur.
-Petikan pertama mungkin petikan seperti dialog,drama,cerpen,keperihalan, temu bual,wawancara, dan sebagainya.Manakala petikan kedua merupakan petikan umum.
-Petikan akan diperdengarkan kepada calon-calon sebanyak dua kali.(satu petikan diulang dua kali)
-Bahagian B juga mengandungi lima soalan tetapi bentuk soalannya merupakan soalan tunggal.Hal ini bermakna calon akan diperdengarkan dengan lima bahan atau petikan yang berbeza untuk menjawab soalan bahagian ini.
-Markah keseluruhan ujian mendengar ialah 20 markah(5 markah untuk soalan pertama bahagian A,10 markah untuk soalan kedua bahagian A dan 5 markah untuk bahagian B) dan markah ini akan dicampur dengan markah ujian bertutur yang memperuntukkan markah sebanyak 30 markah.Oleh itu,markah keseluruhan ujian lisan bertutur dan mendengar ialah 50 markah.
NOTA PENTING
*  Semua elemen yang dinyatakan dalam rakaman mesti ditulis semula dalam jawapan untuk mendapat markah penuh, sebagai bukti calon dapat mendengar dengan baik.
* Perkataan yang didengar tidak boleh ditukar dengan perkataan lain yang sama erti.
* Pelajar digalakkan menulis dalam ayat yang lengkap atau gramatis untuk menjawab soalan struktur atau soalan petikan kedua,namun tidak salah jika pelajar memberi terus jawapan.Penjelasannya ialah jawapan calon tidak perlu dalam ayat yang lengkap.Oleh itu, jika pelajar menjawab soalan bahagian ini sama ada dengan menggunakan ayat gramatis atau tidak kedua-dua cara jawapan itu diterima asalkan betul mengikut kehendak soalan.
Tips Menjawab
Bahagian A dan Bahagian B
-Bulatkan jawapan pelajar pada setiap soalan pertama hingga soalan kelima (petikan pertama dan petikan bahagian B sahaja )dan tidak perlu dihitamkan jawapan berkenaan.Calon boleh menjawab dengan menggunakan pensel 2B untuk menjawab soalan ini.
Contoh: Bahagian A
SOALAN PERTAMA
D      Tuk penghulu    √ ( Bulatkan jawapan D ) 
SOALAN KELIMA
A      Tidak berhutang di kedai  (Bulatkan jawapan A )

Bahagian A
Petikan Kedua- Petikan Umum

SOALAN PERTAMA
Contoh jawapan yang menggunakan ayat gramatis/lengkap
Nyatakan agensi kerajaan yang bertanggunjawab mewartakan taman laut di Malaysia.
Agensi kerajaan yang bertanggunjawab mewartakan taman laut di Malaysia ialah Jabatan Taman Laut Malaysia.                                                             ( 2 markah )
Contoh calon yang terus menulis jawapan/ayat tidak gramatis/beri jawapan dalam bentuk poin
Jabatan Taman Laut Malaysia.                                                             ( 2 markah )

SOALAN KELIMA
Berikan kegunaan-kegunaan terumbu karang dalam bidang perubatan.
Contoh jawapan yang menggunakan ayat gramatis/lengkap
Kegunaan-kegunaan terumbu karang dalam bidang perubatan adalah untuk merawat kanser,penyakit jantung dan alat ganti tulang manusia.     (2 markah)
Contoh calon yang terus menulis jawapan/ayat tidak gramatis/beri jawapan dalam bentuk poin
Merawat kanser,penyakit jantung dan alat ganti tulang manusia.     (2 markah)
*  Jika calon tertinggal salah  satu jawapan maka markah yang di peroleh ialah 1 markah.
Contoh jawapan calon
Merawat kanser dan penyakit jantung             (1 markah)
Merawat  penyakit jantung                               (1 markah)

BAHAGIAN B (SOALAN TUNGGAL)
Petikan audio diperdengarkan kepada para pelajar
Soalan:
Berdasarkan petikan kitaran hidup rama-rama yang telah anda dengar, pilih urutan proses hidup seekor rama-rama yang betul?
A.   Telur ----beluncas----kepompong----rama-rama         (Bulatkan jawapan A )

B.   Beluncas-----telur-------kepompong-----rama-rama

C.   Rama-rama------beluncas-----telur------kepompong

D.   Rama-rama------telur------kepompong----beluncas

 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"