Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 26 Oktober 2010

Seni Animasi-Subjek PSV

Sumbangan karya animasi/kartun oleh DIN 4SC1

Animasi tanpa suara boleh difahami apabila kita mentafisr pergerakan yang ditunjukkan oleh watak-watak berkenaan.
Huraikan cerita anda berdasarkan gambar animasi di bawah?

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tragedi dan Kenangan


22 Okt-Kemasek, jika dikira perhitungannya maka sabtu minggu ini genaplah pemergian arwah selama seminggu.Begitu terasa kehilangan seorang jaguh sukan sekolah.Namun,dalam kesedihan ahli keluarganya kini...terselit kisah arwah denganku.Di masa tingkatan 4sc2 akulah guru kelasnya dan guru mengajar subjek BM.Tiap kali dan ketika arwah tiada dalam kelas aku akan bertanya kepada rakan-rakannya yang lain...ke mana Amalina pergi...kejar bola baling ke? Begitulah ketika arwah ada dalam kelas,aku akan memberitahu sukan perlu seimbang dengan pelajaran,terutama subjek aku.Bukan apa bimbang jika dia tak dapat menjawab BM dalam peperiksaan nanti...seringkali aku luahkan kata-kata jangan sampai makan bola baling ye..sijil pula tah ke mana nanti...Namun kini  kata-kata itu hanya tinggal kenangan atau memori dalam kotak mindaku.Tragedi yang sedih dan menyayat hati ini telah menjadi sedu-sedan kawan-kawannya yang lain.Pemergianmu tidak akan kembali lagi.Hanya kenangan itu tersimpan indah dalam album perjalananku sebagai pendidik di SMKBAS.Al-Fatihah buat arwah Amalina dan rakannya Nor Ain,moga roh kalian berdua dicucuri rahmat dan dijauhkan azab kubur.

Anugerah Inovasi

Satu kenangan abadi buat diriku apabila  tahun ini dianugerah sijil inovatif peringkat daerah.

Seni animasi dan kerja cuti sekolah



                                                            Contoh 1                                                                          
                                       Lukisan animasi sumbangan anak murid 4sc2              

Animasi (untuk subjek PSV)
1.Animasi merupakan  salah satu seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yang kelihatan hidup.
2.Pada zaman sekarang animasi mula dicipta watak-wataknya dengan menggunakan komputer melalui penggunaan teknik animasi 3D
             
Conoth 2 

Animasi kartun haiwan(bwh) sumbangan Din 4sc1, atas lakaran bunga saya yang buat.

 Kerja cuti sekolah
Arahan: Sila lukis satu watak kartun kegemaran anda. Anda dibenarkan mengguna sama ada warna air, pensel atau pensel warna untuk mewarna kartun/animasi yang anda lukis.Hantar lukisan anda melalui emel kepada cikgu.Format penghantaran sila lihat tajuk Hantar kerja.

Isnin, 18 Oktober 2010

Oh! demam peperiksaan dah tiba lagi

untuk para pelajar sudah bersediakah anda menghadapi saat getir dlm hidup anda..PMR dah berlalu,tapi yang lebih menguji  anda dan masa depan anda akan menjengah tidak lama lagi...SPM dan STPM ...berilah kekuatan kepada anak-anak didikku untuk menghadapi segala kesusahan ketika menjawab peperiksaan dengan membuka pintu hati dan diluaskan pengetahuan serta kekuatan daya ingatan ketika menjawab peperiksaan.Amin. 
sila klik simbol love islam utk lihat paparan gambar grafik.Anda dikehendaki bersabar.Kemudian tekan kembali anak panah 'back, dikomputer anda untuk kembali ke laman blog ini.

Lambaian Kabah Tiba Lagi

di bulan zulhijah ini,ingin ku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan haji kepada para jemaah...moga pergi mu ke tanah suci mendapat pahala ibadah yang besar disisiNya...ingin jua untuk mengucapkan... sila klik gambar di bawah,kemudian tkn ank pnh 'back' di komputer anda untuk kembali semula ke laman blog ini.Harap maklum.

peperiksaan dah tiba lagi

buat yang terbaik untuk diri anda sendiri

Isnin, 4 Oktober 2010

Cetusan Pendapat Desis hati


Bahasa Melayu dan Kerjaya  Guru  Bahasa Melayu.

Dalam perlembagaan Malaysia melalui perkara 152 telah meletakkan setinggi-tingginya fungsi bahasa Melayu.Fungsi dan penggunaan bahasa Melayu ini perlulah pula di sebar luas secara betul tatabahasa dan pembinaan ayat yang gramatis dari peringkat sekolah lagi.Siapakah yang memainkan peranan ini?Seharusnya guru bahasalah yang memainkan peranan utama untuk menjadikan bahasa Melayu ini berada ditempat yang sepatutnya serta nilai kepentingannya hendaklah melebihi daripada bahasa lain,terutama bahasa Inggeris.Namun,sejak akhir-akhir ini bahasa Melayu seolah-olah terpinggir di negara  sendiri.Kita lihat saja papan-papan iklan di depan mata kita yang sekarang ini banyak dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandrain.Kalau ada penggunaan bahasa Melayu,tapi salah pula dari segi ejaan atau hukum D-M.Justeru,tidak terasakah guru-guru bahasa Melayu untuk membetulkan keadaan ini di peringkat sekolah lagi.Seterusnya menanam perasaan cinta anak murid kita kepada  bahasa Kebangsaan.Jangan biarkan bahasa ini menjadi lipatan sejarah seumpama bahasa Sanskrit yang hanya kini menjadi bahan kajian bahasa saja .

Marcapada,kita seringkali melihat penggunaan bahasa Inggeris lebih mendominasi kehidupan harian kita kini.Ke mana dan bagaimana pula hala tuju bahasa Melayu kita pada suatu hari nanti?Selaku guru bahasa Melayu adakah kita berasa tercabar atau dicabar?Oleh yang demikian,marilah guru-guru bahasa Melayu kita bersatu atas satu paksi menegakkan kembali bahasa ini seperti termaktub dalam perlembagaan supaya ia tidak menjadi keranda 152 di bumi tercinta ini dalam sebuah negara berketuanan Melayu.Justeru,bagaimana peranan yang harus dimainkan oleh guru-guru bahasa Melayu dalam menarik minat supaya pelajar lebih memahami dan memudahkan para pelajar mempelajari bahasa ini?Dalam hal ini,guru-guru perlulah bijak menggunakan pedagogi dalam mengajar bahasa Melayu.Gunakan apa saja kaedah.Contohnya kecerdasan pelbagai.Para guru cuba renungkan teori di bawah ini.

TEORI JOHN CAROLL MENGENAI PENGAJARAN BERKESAN
n      1. KECENDERUNGAN
Ø      MEMUPUK MINAT PELAJAR
2. KEBOLEHAN MEMAHAMI ARAS PELAJAR / IQ
3. KETABAHAN / KETEKUNAN
Ø      MOTIVASI PELAJAR
4. PELUANG / MASA DAN PERSEDIAAN GURU
5. KUALITI PENGAJARAN

TIP/ASET PENULISAN
n       Bacaan yang luas.
            *Rencana dalam akhbar / majalah.
            *Kosa kata terkini.
            *Ragam ayat.
            *Pengetahuan am.
Mohd Hazli
#Penulis ialah Guru Cemerlang Bahasa Melayu.Tulisan berkenaan hanyalah pendapat peribadi penulis.Wassalam.
 

JOM IKUTI BLOG SAYA

"Masa itu emas"